Connect with us

Global

Petani menemui berlian 14.98 karat ketika menggali tanah di tapak yang disewanya, batu berlian itu bernilai RM327,000

Published

on

Petani menemui berlian 14.98 karat ketika menggali tanah di tapak yang disewanya, batu berlian itu bernilai RM327,000

Petani Jumpa Batu Berlian Bernilai RM327,000, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Seorang lelaki tidak menyangka kehidupannya akan berubah ketika sedang mengusahakan tapak tanah yang disewanya.

Petani yang dikenali sebagai Lakhan Yadav, 45, menemui berlian 14.98 karat itu ketika menggali tanah di tapak yang disewanya bulan lalu di Madhya Pradesh. Batu berlian yang ditemuinya itu adalah bernilai lebih kurang RM327,000!

 

Dia segera membawa batu itu ke pakar batu berlian di daerah tersebut dan pakar berkenaan mengesahkan batu tersebut adalah berlian yang bernilai lebih dari £60,000 (lebih kurang RM327K)

Yadav pada awalnya menyangka batu tersebut sebagai batu kerikil. Tetapi setelah menggosok kotoran pada batu itu, dia melihat batuan itu bersinar dan berbeza dari batu lain.

Yadav berkata, dia akan menyimpan sebahagian wang itu untuk kegunaan pendidikan anaknya yang lebih utama berbanding kehendaknya yang lain.

 

Petani itu kemudian menjual berlian tersebut. “Ini telah mengubah hidup saya,” katanya memetik dari laporan Times of India.

Dia juga telah membeli sebuah motosikal dengan tanah seluas dua hektar serta dua ekor kerbau dengan wang yang diterima sebagai ganti rugi kerana pihak Taman Negara Panna telah mengambil alih tanah tempat tinggal keluarganya untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan spesis harimau.

Yadav berkata, dia tidak akan berhenti dan akan terus mencari berlian dan berharap akan menemui batuan itu lagi di tanah yang akan diusahakannya beberapa bulan lagi.

“Saya membeli sebuah motosikal kerana dinasihatkan oleh anak saudara saya. Tetapi saya cukup sekadar menunggang basikal,” katanya.

VIDEO DARI YOUTUBE

Sumber; Times of India / nangtime, Dhakatribune, Youtube

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Global

Pihak Israel Dipercayai Gali Tapak Bawah Masjid Menyebabkan Keretakan Pada Struktur Bangunan Masjid Al-Aqsa Hingga Berisiko Runtuh

Published

on

By

Pihak Israel Dipercayai Gali Tapak Bawah Masjid Menyebabkan Keretakan Pada Struktur Bangunan Masjid Al-Aqsa Hingga Berisiko Runtuh

Pihak Israel dipercayai telah melaksanakan penggalian di bawah tapak Masjid Al-Aqsa sejak beberapa minggu yang lalu dan ia didakwa telah menyebabkan keretakan hingga batu mula tertanggal dari dinding dan juga siling bangunan suci itu.

Pegawai di Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis telah menzahirkan rasa bimbang terhadap kerja-kerja gali dipercayai dilakukan oleh pihak Israel yang didakwa menyebabkan kerosakan dan keretakan pada struktur bangunan Masjid Al-Aqsa hingga berisiko runtuh.

Ketua Jabatan Wakaf Islam Al-Aqsa di bandar itu, Azzam Al-Khatib telah memberi amaran bahawa masjid itu mungkin akan runtuh jika penggalian itu akan terus dijalankan dari masa ke masa, lapor Arab News.

“Terdapat kerja-kerja penggalian yang tidak diketahui dan berbahaya. Tiada sesiapa yang tahu kenapa penggalian itu dibuat dan tujuannya. Kami dapat lihat terdapat sejumlah habuk dan bunyi peralatan penggalian serta batu-batu pecah.

“Gegaran tersebut telah menyebabkan beberapa ketulan batu dari atas siling masjid tertanggal di bahagian selatan.

“Kami meminta pihak polis Israel untuk membenarkan jurutera dan juruteknik dari pihak kami untuk menilai situasi yang sedang berlaku,” katanya.

Bagaimanapun menurut pegawai berkenaan, setakat ini tiada respon diberikan terhadap permintaan tersebut.

Menurut Al-Khatib, kerja-kerja yang sama seperti itu pernah berlaku sebelum ini, tapi kali ini aktiviti penggalian didakwa berlaku semakin kerap.

“Kami bimbang tentang terowong yang digali akan menyebabkan keruntuhan Al-Aqsa.

“Jadi, kami telah maklumkan kepada Mahkamah Diraja Jordan, Kementerian Wakaf Islam Jordan, Kedutaan Jordan dan Raja Abdullah (Jordan) selaku penjaga tapak suci itu untuk campur tangan menangani isu ini.

“Pihak pengurusan Awqaf Islam tidak mahu berlaku sebarang pergeseran dan sangat mengambil berat tentang apa yang mengganggu gugat kestabilan Al-Aqsa dan seluruh rantau ini.

“Saya telah meminta pihak polis Israel membenarkan kami membaik pulih dinding yang telah rosak dengan batu-batu telah tertanggal yang mungkin akan membawa kepada keruntuhan, tetapi tiada respon.

“Sama ada Wakaf, UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB), tiada siapa yang tahu apa yang sedang berlaku. Kita diamanahkan untuk menjaga Al-Aqsa, apa yang berlaku sangat membimbangkan dan mungkin akan membahayakan kita,” jelasnya lagi.

Pegawai teknikal Islamic Waqaf memaklumkan bahawa satu jawatankuasa jurutera dan pakar bergabung untuk melihat apa yang sedang berlaku dan hasil laporan akan dimaklumkan nanti.

Sumber: Arab News

Continue Reading

Global

Tertekan Dilahirkan Sebagai Seorang Manusia, Lelaki Ini Nekad Menjadi Seekor Kambing

Published

on

By

Tertekan Dilahirkan Sebagai Seorang Manusia, Lelaki Ini Nekad Menjadi Seekor Kambing

Lazimnya pelbagai cara akan dilakukan untuk mengembalikan keyakinan diri untuk terus hidup apabila seseorang itu berdepan masalah dalam kehidupan. Contohnya pergi bercuti ke tempat yang menjadi impian untuk dikunjungi bersama orang yang tersayang atau seorang diri.

Tetapi, berikutan kecewa dengan kehidupan yang dialaminya, lelaki berasal dari United Kingdom sanggup seorang diri pergi ke kawasan pergunungan Swiss untuk menikmati kehidupan sebagai seekor kambing.

Justeru, dia mendapatkan sepasang kaki kambing dan usus kambing buatan manusia yang boleh menghadam rumput hijau untuk dirinya.

Lelaki yang dimaksudkan itu bernama Thomas Thwaites, sebelum itu dia menetap di London, berdepan masalah pengangguran dan masalah peribadi serta bosan dengan kehidupan di bandaraya.


Suatu hari dia mendapati anjing yang dibela oleh rakannya kelihatan sungguh ceria, dan keadaan tersebut membuatkannya teringin menjadi haiwan. Pelik, bukan?

Setelah memikirkan ia secara mendalam, Thomas Thwaites akhirnya memilih untuk menjadi seekor kambing.

Bagi menyesuaikan diri dengan tabiat makan rumput seperti kambing, dia memasang usus buatan manusia di bahagian pinggangnya.


Pelbagai cabaran dialaminya ketika hidup sebagai kambing, contoh seperti sering terjatuh ketika merangkak bersama kumpulan kambing, dan sebagainya.

Selain itu, kewujudannya tidak diterima oleh sekumpulan kambing dan menganggap dia sebagai spesis asing, malah ada yang cuba menyerangnya.

Namun, akhirnya seekor kambing kelihatan mengekorinya ke mana saja dan cuba menyentuhnya melalui hidungnya.

Menurut seorang pengembala kambing, tindakan kambing tersebut menandakan Thomas Thwaites telah diterima sebagai spesis mereka. Thomas Thwaites rasa terharu dengan apa yang terjadi.

Dalam usaha menjalani kehidupan yang lebih relaks, Thomas Thwaites terinspirasi dengan Kehidupan menjadi seekor kambing, bahawa manusia wajar belajar daripada kambing. Ini kerana kambing lebih tahu menikmati kehidupan daripada manusia.

Sumber: Dairishare

Continue Reading

Global

Pemuda Menderit4 Bar4h Es0fagus Sehingga Menyebabkan FizikaInya Berubah Dan Berat badannya juga turun secara Mendadak

Published

on

By

Pemuda Menderit4 Bar4h Es0fagus Sehingga Menyebabkan FizikaInya Berubah Dan Berat badannya juga turun secara Mendadak

TuIar satu perk0ngsian yang memap4rkan se0rang pemuda berusia 20 tahun menderit4 bar4h es0fagus sehingga menyebabkan fizikaInya berubah.

Fajar Septiawan yang berasaI dari Desa Jajar Sumberkepuh, Kabupaten Tanjungan0m Nganjuk, Indonesia dilap0rkan sedang menjalani raw4tan kem0terapi.

Lebih meny4yat hati apabila perutnya tepksa ditebuk bagi menyaIurkan makanan melaIui tiub kerana dia tidak b0leh menggunakan muIut seperti biasa. Tiubnya itu pula difahamkan sering tersumb4t.

Bahkan dia dikatakan terpksa membersihkan atau menuk4r tiub yang baru di Rumah S4.kit Sut0mo di Surabaya. Keadaan kesihatan Faj4r sering kali menyu.sut dan ianya memksanya untuk beruIang-alik ke h0spital.

Netizen yang bersimp4ti akan nasibnya itu telah bekerjasama untuk mengutip dana buat Fajar agar dapat mering4nkan uj1an yang dihad4pinya.

Beberapa p0tret dirinya sebelum dan selepas menderit4 bar4h es0fagus telah membuatkan ramai warganet bersimp4ti disebabkan berat badan Fajar yang turun secara mendadak.

Sumber : wowberita

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK