#CELEB
Pertama Kali Berhijab Di ‘Fashion Show’, Nasha Aziz Terima Pinangan Munawwareen

Pertama Kali Berhijab Di ‘Fashion Show’, Nasha Aziz Terima Pinangan Munawwareen
Kemunculan pelakon Nasha Aziz di pertunjukan fesyen Munawwareen telah memberi aura luar biasa pada pengunjung yang hadir.
Nasha sebagai model untuk jenama itu tampil menggayakan rekaan jubah khas rona hijau zamrud bertatahkan jemeki sebagai perincian pada busana.
Tampil berhijab
Ketika ditemui OhBulan!, aktres berumur 51 tahun ini menyatakan ini adalah kali pertama dirinya menjadi model muslimah sepanjang terlibat dalam bidang peragaan sejak 1989.
Kata Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz , dia bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan untuk beraksi solo di pentas yang gah.
Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT bagi dan berterima kepada pihak Munawwareen terutamanya Datin Aliza Abu Bakar kerana memberi kepercayaan kepada saya.
Saya hanya melakukan tugas dengan sehabis baik apabila diberikan tanggungjawab. Apa sahaja rezeki yang datang, saya terima.
Bagi saya, dalam apa sahaja yang kita lakukan, buatlah sepenuh hati. Hargailah setiap momen, kreativiti, keindahan dan usaha masing-masing.
Nasha berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Munawwareen di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sempurnakan Hijrah Cinta
Sementara itu, pengasas jenama fesyen Muslimah Munawwareen iaitu Datin Aliza Abu Bakar berkata dia memilih pertunjukan fesyen Muslimah gilang -gemilang sebagai platform untuk menyebarkan dakwah.
Sebenarnya semua orang boleh buat pertunjukan fesyen, tetapi untuk fesyen Muslimah sangat memberi makna besar untuk diri saya.
Saya tidak pandai berd4kwah, jadi saya rasa dengan menghasilkan sebuah jenama Muslimah, ia sedikit sebanyak dapat menyalurkan d4kwah itu sendiri dalam pemakaian seseorang.
Landasan syariah
Menurut Aliza, asas setiap rekaan Munawwareen adalah untuk memelihara aurat wanita dengan sempurna dan variasi pakaian jenama berkenaan direka dengan potongan longgar dengan pemilihan fabrik yang tidak menampakkan bentuk badan pemakai.
Terdapat banyak pakaian Muslimah yang dipasarkan tetapi konsep ‘muslimah sejati’ itu tidak sepenuhnya dipraktikkan. Munawwareen mahu dikenali dengan identiti fesyen Islamik yang berusaha mengikuti landasan Syariah.
Sekarang kita dapat lihat lebih ramai wanita bijak bertesyen meskipun menutup aurat dengan sempurna. Jadi Munawwareen ingin menjadi sebahagian daripada gerakan fesyen Islamik yang sentiasa menampilkan rekaan-rekaan segar serta mengikut arus semasa tapa mengetepikan kewajipan memelihara aurat.
Munawwareen turut melancarkan lagu rasmi jenama berjudul Munawwareen, ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun dan didendangkan penyanyi hebat, Ernie Zakri.
Sebanyak 21 rekaan dengan jumlah 36 pakaian dipentaskan dan kesemuanya akan dilancarkan secara berperingkat bermula Oktober 2022 sehingga Mac 2023.
Antara koleksi yang dipentaskan telah mula dipasarkan dan boleh didapati di laman web rasmi di www.munawwareen.com.my atau Shopee Munawwareen HQ, dan juga pembelian di butik yang akan membuka pintu secara rasmi di Putrajaya pertengahan Oktober 2022.
Sumber : ohbulan.com /keramatviral
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
#CELEB
Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua

Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua
Pelakon veteran, Ruminah Sidek, 77, mendedahkan dirinya seorang gadis yang takut kepada lelaki, tetapi kini mencipta sejarah apabila berkahwin sebanyak lima kali. Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah Kata berkata, dia sudah melalui banyak masam manis dan bersyukur berjaya membesarkan enam anak-anaknya dengan baik sepanjang lima kali perkahwinan.
Jujurnya, saya paling takut dengan lelaki, tetapi takdir menentukan, saya akhirnya lima kali berkahwin. Mulanya, saya kenal dengan askar, orang tegap dan tinggi.
Tetapi, pada awal perkenalan ask4r itu mahu menc!um saya, terus tak jadi mahu berkahwin kerana t4kut. Namun, banyak pula saya berkahwin selepas itu. Saya pernah kem4tian suami sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan itu, saya memiliki seorang anak perempuan dan lima lelaki.
Dan saya memiliki 40 anak tiri,” katanya kepada BH Online. Berkongsi pandangan soal perkahwinan, Mak Mah mengakui, sebagai isteri dan wanita, seseorang perlu sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah. Kita menjadi wanita, tak kira wajah kamu bagaimana diberikan oleh Allah, jangan kamu jadikan apa yang Allah kurniakan itu untuk kamu melonjak di dunia yang sementara.
Kita mempunyai ‘jeneral’ di atas sana, yang menetapkan takdir hidup, jadi apa-apa pun jangan lupa pada ‘jeneral’ kita. Saya tahu ada yang merungut soal dugaan, tetapi kita kena nilai diri sendiri, solat bagaimana. Zikir dan selawat yang disuruh itu bagaimana amalannya?
Kalau kita sendiri tak tahu mengenai Allah, bagaimana Allah nak tahu mengenai kita. Saya cakap bukannya bermaksud menunjuk saya hebat. Apa yang saya nasihatkan ini untuk kebaikan bersama. Solat perlu dijaga dan bila kita buat apa yang diperintahkan Allah, saya percaya kita akan selamat,” katanya yang ditemui pada sidang media dan pelancaran filem Didi & Friends The Movie di Panggung Asia, Gombak, baru-baru ini.
Dan sekiranya diuji dengan perpisahan atau kehadiran insan ketiga dalam perkahwinan, Mak Mah berkata, lalui setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah dengan hati yang terbuka. Kita jalani sahaja laluan hidup yang ditakdirkan Allah. Andai kata sudah buat yang terbaik, tetapi ia tetap berlaku (perpisahan), itu namanya takdir.
Jangan bila Allah uji dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup, kita terus memberontak, jangan. Buang perasaan jika kita rasa tidak berguna dan sebagainya, itu salah. Kita kena terima kerana ini ujiannya kerana Allah nak bagi markah. Jangan tamak sebab setiap orang ada bahagiannya sendiri.
Itu sebabnya ada perkataan reda dan rela. Kita kena yakin dengan Allah, jadi reda. Kalau sesat di tengah jalan, kita kembali kepada Allah,” katanya. Mak Mah berkata, jangan sesekali menyalahkan lelaki kerana dia juga dijadikan oleh Allah. Bukan dia minta dilahirkan sebegitu kerana dunia ini memang dicipta untuk berlakunya semua itu. Jadi, pesanan saya apabila bersuami, kita kena sayang, suka, hormat dan puji dia. Terima dia seadanya,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
#CELEB
Meniti Usia 49 Tahun, Fauzi Nawawi Timang Cucu Ke-3! Hanna Faresha Selamat Bersalin Anak Lelaki

Meniti Usia 49 Tahun, Fauzi Nawawi Timang Cucu Ke-3! Hanna Faresha Selamat Bersalin Anak Lelaki
Siapa sahaja yang tidak mengenali Fauzi Nawawi yang merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia. Dikenali dengan watak antag0nis dalam filem Anak Halal sebagai Jeff membuatkan namanya lebih dikenali.
Gandingan pasangan selebriti popular Fauzi Nawawi dan isteri, Lisdawati seringkali menjadi tumpuan netizen terutamanya di laman sosial. Bukan sahaja disebabkan kerana kehebatan lakonan kedua-duanya, malah kemesraan kedua-dua pelakon hebat ini sebagai suami isteri antara sebab net1zen suka melihat mereka.
Meniti usia 48 tahun tidak menyangka pelakon ini sudah bergelar datuk kepada tiga orang cucu apabila anak perempuannya iaitu Hanna Faresha selamat timang cahaya mata lelaki pada awal tahun.
Terdahulu, pelakon Fauzi Nawawi bersyukur dan teruja apabila dalam tempoh sebulan dia dikurniakan dua cucu dan sudah pasti cukup seronok apabila bergelar datuk dan keluarganya semakin besar.
Semalam, Hanna Faresha berkongsi berita gembira bergelar ibu selepas selamat bersalin anak lelaki pada 3 Januari 2023 dan diberi nama Tuah Hamzah bin Mohd Aqif.
Hanna Faresha selamat menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada 12 Disember 2021.
View this post on Instagram
Sekadar pengetahuan Hanna merupakan anak ketiga hasil dari perkahwinan Fauzi Nawawi bersama bekas isterinya. Merupakan adik kepada bekas juara Mentor Milenia 2016, Fareez Hazwan dan anak tiri kepada pelakon cantik, Lisdawati.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
#CELEB
Fattah Amin lancar 5 lagu zikir sempena Ramadan, harap dapat beri ketenangan kepada pendengar

Fattah Amin lancar 5 lagu zikir sempena Ramadan, harap dapat beri ketenangan kepada pendengar
Fattah teruja dapat melagukan zikir menerusi aplikasi Mukmin Pro.
SEMPENA Ramadan ini, penyanyi Fattah Amin melancarkan lima buah lagu zikir eksklusif yang boleh dihayati melalui aplikasi Mukmin Pro.
Menurut Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 32, ini merupakan satu penghargaan buatnya kerana dapat melagukan zikir menerusi aplikasi berkenaan.
Kata Fattah, dia berharap dengan alunan zikir-zikir ini dapat memberikan ketenangan buat mereka yang mendengarnya sepanjang bulan Ramadan ini.
Fattah ketika pelancaran lagu zikir yang diadakan baru-baru ini.
“Saya bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikir ini dengan peminat dan komuniti Muslim yang lebih luas.
“Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro dan saya berharap ia dapat membawa ketenangan dan kedamaian kepada semua,” katanya.
Antara lima trek zikir yang dialunkan oleh pelakon filem Mat Kilau itu termasuk Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah.
Peminat pasti akan teruja mendengar suara Fattah dalam genre baharu dan dapat menghayati zikir-zikir ini bagi refleksi dan meditasi spiritual sepanjang Ramadan.
Alunan zikir ini boleh dihayati menerusi Spotify, Apple Music dan YouTube mulai minggu pertama Ramadan.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral12 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral11 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized11 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG12 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi12 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral12 months ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan