Connect with us

Viral

Pernah 2 Kali Keguguran, Wanita Tabah Anak ke-3 ‘Pergi’ Selepas Dilahirkan

Published

on

Ayyash

Pernah 2 Kali Keguguran

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina malah ianya juga membawa keceriaan pada ibu bapanya.

Pun begitu, ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan m4ut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu kehilangan anaknya, Ayyash oleh kerana mengalami k0mplik4si dari usia kandungan 21 minggu mencuri perhatian ramai.

Ayyashh

Difahamkan, wanita cekal ini telah mengalami kegguran selama 2 kali sebelum ini dan pemergian Ayyash membuatkannya berasa amat sedih kerana dia benar-benar menginginkan zuriat.

“Tarikh keramat buat ibu. Sepatutnya Ayyash di lahirkan. Namun, Allah sebaik baik perancang. Pada usia kandungan 29 minggu Ayyash lahir kerana ibu mengalami k0mplikasi dari usia kandungan 21 minggu lagi. Kuat anak ibu, Ayyash ”

“Dari usia kandungan 21 minggu, doktor sahkan air ketuban ibu kering sehingga di tahap b4haya. Oleh kerana kandungan terlalu awal, doktor beri kata putus gugur buat ibu.

“2 bulan ibu di tahan di dalam wad kerana takut kegguran. Namun Allah lebih mengetahui. Ayyash tersangat lah kuat sehingga mampu bertahan sehingga 29 minggu.”

“Pada usia kandungan 29 minggu, ibu memgalami c0ntr4ction dan tanda tanda bersalin. Ibu terpaksa di bius tidur dan di ce4ser kerana epidural tidak berkesan pada ibu dan kedudukan Ayyash yg songsang pd ketika itu.

“Selepas melahirkan ibu tk dapat dengar pun suara Ayyash sbb ub4t bius masih ada dlm bdn.”

“Masa ni, doktor dah bagitau babah keadaan Ayyash yg sgt lemah walaupun dah diberikan 100% oksigen.

“Babah azankan Ayyash dlm keadaan yg teramat se’dih sbb babah tau ibu nak sgt anak lepas 2 kali kegguran.

“Masa on call babah langsung tk cerita keadaan Ayyash. Babah cuma ckp yg rupa Ayyash mcm ibu.”

Ayyashh

Dalam masa yang sama, doktor juga memaklumkan bahawa anaknya itu tidak dapat bertahan lama di dunia oleh kerana paru-paru sebelah kiri tidak dapat berkembang akibat terlalu lama berada dalam rahim si ibu yang tiada air ketuban ketika itu.

“Esok tu pakar kanak kanak nk jmpa ibu. Ibu yg tk tau apa apa rasa excaited nk jmpa anak ibu. Sampai nicu, ibu tk nampak perbezaan anak ibu dgn orang lain sbb Ayyash comel sgt.

“Ibu dtg dekat Ayyash ibu hulur jari ibu, Ayyash gengam walaupun tk erat sbb sendi Ayyash semua dah lemah.

“Bila ibu ckp dekat Ayyash, syg ibu datang ni, Ayyash terus senyum dan tahap oksigen Ayyash naik.

“Tp bila doktor dtg and bgitau ibu yg Ayyash tk boleh survive sebab terlalu lama duduk dlm rahim ibu yg tkde air ketuban sampai paru paru belah kiri tk dpt berkembang. Ibu rasa nk jatuh terduduk.”

“Masa ni doktor minta ibu bagi kata putus utk keep on c p r bila oksigen drop or bgi Ayyash pergi dengan tenang. Ibu minta doktor tunggu babah dtg utk buat keputusan.

“Masa ni oksigen Ayyash tiba tiba dr0p. Semua doktor dtg buat c p r, ibu tengok keadaan Ayyash yg kcik tp ditekan tekan sbb nk bagi c p r. Terus luluh hati ibu.

“Bila babah sampai ibu terus ckp biarlah anak kita pergi dgn tenang. Doktor hentikan mesin oksigen dan benarkan ibu dan babah tengok Ayyash pergi.

“Allahuakhbar tenang sgt keadaan awk masa tu sayang. Tkde sikit pun kesakitan yg awk tunjuk.

“Tepat pukul 11.15 am, Allah ambil nyawa Ayyash, anak syurga ibu dan babah. Semoga awk tenang di syurga bersama abang abang awk ya sayang. Tunggu ibu dan babah di pintu syurga”

Sumber : Yoy.my

Semasa

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Published

on

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Konsert Mega Lagenda India A.R. Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu sememangnya menghadirkan pelbagai cerita menarik seperti penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang membuka tirai dengan penuh bertenaga.

Lebih menyeronokkan lagi, kehadiran A.R. Rahman bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat India tetapi turut kelihatan pelbagai kaum bersorak apabila penyanyi dan komposer hebat itu muncul.

Namun, disebalik kemeriahan 60,000 penonton di dalam stadium tersebut ada sesetengah pihak yang langsung tidak peka dan menjaga sensitiviti sebagai rakyat Malaysia apabila memuat naik momen berada di konsert dengan kapsyen rasis.

Menerusi posting yang dibuat pengguna Twitter Kesavan Vekraman, dia telah berkongsi semula rakaman Insta Story seorang wanita yang menyebut perkataan menyentuh perihal sensitiviti kaum India.

“Pening dengar lagu k***ng. Nak lagu Nustey please…waiting for Tokti ni,” tulisnya sambil merakam suasana di dalam stadium.

Hidup dah lama, sensitiviti orang pun tak faham

Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai berasa geram kerana tindakan seperti itu boleh menggangu keharmonian semua kaum di Malaysia terutamanya yang hadir sewaktu konsert mega itu.

Susulan dikecam teruk netizen di media sosial, wanita terbabit telah membuat permohonan maaf diatas keterlanjurannya menulis perkataan rasis di media sosialnya yang mempunyai ratusan ribu pengikut.

Konsert A.R. Rahman yang berlangsung pada 28 Januari 2023 telah mendapat sambutan hangat apabila SNBJ dipenuhi penonton lebih dari 60,000 orang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyaksikan konsert tersebut bersama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah dan mengakui sangat gembira melihat pelbagai kaum menyaksikan konsert mega dari komposer terkenal India.

Sumber: Twitter Kesavan Vekraman

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Published

on

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan tindakan ahli politik Sweden berhaluan kanan yang membakar al-Quran. Tindakan biadapnya telah menjadi kecaman ramai termasuklah negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, pemimpin parti ‘Hard Line’ dikenali sebagai Rasmus Paludan yang juga ahli politik anti-imigran Denmark-Sweden itu telah mendapat permit polis bagi mengadakan demonstrasi bertujuan bagi menentang Islam.

Tindakan biadapnya membakar al-Quran tempoh hari telah dilakukan dihadapan Kedutaan Turkiye.

Bakar al-Quran sekali lagi

Selepas beberapa hari insiden tersebut menjadi kekecohan terutama di negara-negara Islam, Paludan sekali lagi membuat onar dengan membakar al-Quran di hadapan masjid di Denmark.

Turkiye panggil Duta Denmark

Susulan itu, memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada media tempatan, Turkiye telah memanggil duta Denmark semalam untuk mengecam tindakan Copenhagen yang memberi keizinan pelampau berhaluan kanan membakar al-Quran disebabkan keengganan Ankara membenarkan Sweden dan Finland menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dalam video yang tular, Paludan pada awalnya membakar satu salinan ayat suci Al-Quran di hadapan masjid di Copenhagen sebelum membakar salinan kedua di luar kedutaan Turkiye.

Disebabkan Sweden membenarkan ahli politiknya mengadakan protes sebegitu di ibu negara, Stockholm, ia sekali gus mendorong Turkiye menangguhkan rundingan dua negara itu untuk mengertai NATO.

Sumber: Kosmo!

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Published

on

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Manjung: “Semalam saya sempat buat panggilan video dengan arwah mak, tak sangka ia adalah kali terakhir kami dapat bergelak-ketawa,” kata Ahmad Shahful Osman Azmi, anak kepada Fatimah Mohd Ali yang meninggal dunia dalam nahas di Jalan Beruas-Ipoh, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, Fatimah, 64, maut selepas Perodua Kelisa yang dipandunya terlanggar van pekerja, lalu terbabas ke dalam gaung.

Kemalangan itu turut meragut nyawa jirannya, Mohd Ibrahim Md Deram, 77.

Akibat kejadian itu juga, suami kepada Fatimah, Osman Azmi Chulan, 70, patah kaki kanan manakala anak kepada Mohd Ibrahim, Fazlina Mohd Ibrahim, 53, parah.

Menurut Ahmad Shahful, 30, dia mengetahui berita kematian ibunya, 9 pagi tadi ketika di tempat kerjanya di Sungai Petani, Kedah.

“Rakan saya yang tinggal di kampung hubungi saya pagi tadi.

“Susah saya nak percaya pada awalnya kerana baru semalam kami bersembang melalui panggilan video.

“Arwah mak sempat berlawak dengan saya dan bersembang dengan cucu bongsunya, Nur Arisa Adelia Ahmad Shahful, 2,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung, hari ini.

Difahamkan, Fatimah dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beruas untuk membawa Osman membuat pemeriksaan kesihatan.

Ahmad Shahful berkata, ibunya seorang yang periang dan suka membantu jiran tetangga untuk pergi membuat pemeriksaan kesihatan di klinik.

“Memandangkan mak boleh memandu kereta, arwah kerap membantu jiran yang berkeperluan. Kadang-kadang bawa mereka buat pemeriksaan di klinik, ada juga teman kawan-kawanya ke pasar.

“Sebelum ini mak akan maklumkan pada kami anak-anak jika mahu ke mana-mana. Tapi, hari ini tidak,” katanya.

Menurut anak bongsu dari tiga beradik itu, kali terakhir dia dapat pulang berjumpa ibu dan ayahnya adalah semasa cuti hujung Disember lalu.

“Semalam, saya ada beritahu mak yang kami sekeluarga akan balik Ahad depan. Sudah ketetapan Allah begini, saya reda.

“Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi,” kata Ahmad Shahful, sebak.

Menurutnya, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Buluh Akar, Parit.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK