Connect with us

#BANTUAN

Permohonan bantuan kanak-kanak(BKK)2021 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)

Published

on

Permohonan bantuan kanak-kanak(BKK)2021 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)

Bantuan kanak-kanak (BKK) merupakan salah satu daripada 11 jenis bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan meringankan beban rakyat.

Dengan adanya bantuan kanak-kanak JKM ini, ia di harap dapat memelihara serta memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Sekiranya Ibu/bapa atau penjaga yang ingin memohon bantuan ini, sila baca maklumat berikut dengan teliti.

Apa itu Bantuan Kanak-kanak (BKK)

Skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwujudkan bagi tujuan memastikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia mendapat pembelaan untuk meneruskan kehidupan yang kondusif.

Menyedari bahawa kanak-kanak adalah masa depan negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM berusaha keras untuk memastikan tiada kanak-kanak, terutamanya dari golongan kurang bernasib baik ataupun anak yatim ketinggalan untuk memperolehi kehidupan yang normal dalam kalangan keluarga mereka sendiri.

Kadar Bantuan

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

Skim Bantuan kanak-kanak JKM - Kadar Bantuan

Tujuan

  1. Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Kriteria Kelayakan Khusus

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak JKM

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERMOHONAN MANUAL

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang permohonan yang berkaitan:

1.KLIK SINI

2.KLIK SINI

eBantuan JKM - Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan

Permohonan bantuan kanak-kanak juga boleh dibuat secara atas talian melalui portal E-Bantuan JKM berikut;

KLIK SINI

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Untuk maklumat lanjut sila layari realmerah,terima kasih.

Sumber:bantuanrakyat

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#BANTUAN

Pembayaran Fasa 3 (BKC) DISEMBER 2021 Bermula Hari Ini!

Published

on

By

bantuan

Pada 25 November,bayaran fasa kedua BKC melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin telah dikreditkan.

Pembayaran terakhir Bantuan Khas (BKC) Fasa 3 bakal dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021.

Bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM 1.2 billion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

Di sini kami kongsikan info lanjut tentang semakan kelayakan serta jumlah bayaran bagi penerima BKC Fasa 3 yang akan diterima Disember ini.

SYARAT KELAYAKAN :

  • Miskin Tegar
  • B40
  • M40

Sila rujuk jadual kelayakan penerima BKC dengan terperinci melalui kriteria di bawah :

bkc

Kriteria semakan kelayakan BKC 2021

 

JUMLAH BAYARAN BKC FASA 3

Jumlah bayaran BKC Fasa 3 adalah :

  • B40 (Kategori Berkahwin) : RM300
  • Miskin Tegar (Kategori Berkahwin) : RM300

Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lebih terperinci tenteng bayaran BKC bagi setiap kategori.

bkc

TARIKH BAYARAN BKC FASA 3

Bermula 20 Disember 2021.

 

SEMAKAN STATUS BANTUAN BKC :

https://bkc.hasil.gov.my

 

Continue Reading

#BANTUAN

Berikut ialah Semakan & Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) Fasa 2

Published

on

By

Berikut ialah Semakan & Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) Fasa 2

Info dan maklumat berkaitan pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) fasa 2.

Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) merupakan antara inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP sebelum ini telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.

Pembayaran bagi Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) fasa 2 (November) akan diumumkan dalam masa terdekat.

Apa itu GKP 4.0?

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Berkemungkinan GKP 4.0 adalah bantuan terakhir bagi siri pemberian GKP untuk PKS memandangkan tiada pengumuman khas yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam Bajet 2022 baru-baru ini.

Semakan Status GKP 4.0

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan GKP ini, hendaklah melalui portal rasmi yang dikeluarkan oleh LHDNM iaitu

KLIK SINI

  • Klik Log Masuk,
  • Isi nombor MyKad
  • Masukkan kata laluan.

Tarikh dan Jumlah Bayaran GKP 4.0 Fasa 2

Secara umumnya untuk fasa 2, bayaran akan disalurkan pada bulan November.

Pun begitu, tarikh pembayaran secara tepatnya belum diumumkan kerajaan buat masa ini.

Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan akan memaklumkan secara rasmi tarikh bayaran ini dari semasa ke semasa.

Berdasarkan pengalaman GKP fasa 1 September yang lepas, pembayaran disalurkan bermula 10 hari terakhir bulan tersebut iaitu 21 September (SELASA).

Namun, untuk fasa ke-2 ini tiada lagi jangkaan tarikh.

Beberapa penerima GKP di group Facebook Khas GKP 4.0 sedang rancak membincangkan perkara ini.

Siapa Yang Layak Menerima Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 Fasa 2?

Mereka yang layak menerima GKP 4.0 adalah PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut

  • Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
  • Permohonan baharu GKP 4.0

Jumlah Bantuan Yang Diterima

Untuk fasa 2, jumlah bantuan yang akan diterima adalah RM500 secara one-off.

Nilai keseluruhan bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:

  1. Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang berstatus Lulus – RM1,000 (2 Fasa)
  2. Lulus permohonan baharu GKP 4.0 –  RM1,000 (2 Fasa)

Kaedah Bayaran GKP 4.0

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

* Peringatan: Sekiranya gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran GKP 4.0, proses pembayaran akan gagal dan bayaran akan terbatal. Ini memandangkan pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Permohonan GKP 4.0

Permohonan GKP ini telahpun ditutup 31 Julai 2021 di laman portal GKP.

Buat masa sekarang tiada lagi pengumuman terkini yang diumumkan oleh kerajaan untuk pembukaan semula permohonan baharu.

Baru-baru ini juga, tiada lagi pengumuman tentang pemberian GKP bagi tahun hadapan dalam pembentangan Bajet 2022. Ia akan digantikan dengan Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM 40 bilion.

Skim pembiayaan SemarakNiaga merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti dengan sasaran untuk memanfaatkan setiap golongan usahawan tidak kira perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.

Penerima GKP akan Menerima Bantuan Keluarga Malaysia

Sebelum ini penerima GKP tidak layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat.

Ia amat mendukacitakan kebanyakan penerima GKP kerana secara tidak langung penerima GKP juga tidak layak menerima bantuan lain seperti BKC, Jaringan Prihatin, Baucar Perlindungan Tenang, MySalam dan lain-lain.

Pun begitu, dalam kemas kini terbaharu di laman portal MyBPR memaklumkan sebagaimana berikut;

“Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

“Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Oleh yang demikian, penerima GKP sebelum ini dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat apabila Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) dibuka pada awal Januari 2022.

Status Kelulusan GKP 4.0

Untuk makluman, jika anda sudah membuat semakan status, anda akan menerima notis sama ada lulus atau tidak lulus permohonan.

LULUS PERMOHONAN – Akan memaparkan amaun jumlah kelulusan GKP 4.0 beserta kelulusan sebelum ini dan juga jumlah kelulusan GKP secara keseluruhan.

TIDAK LULUS – Akan memaparkan status kelulusan tidak lulus beserta kod dan kod keterangan tidak lulus.

Untuk maklumat lanjut sila layari realmerah,terima kasih.

Sumber:bantuanrakyat

Continue Reading

#BANTUAN

Berikut ialah tarikh dan jumlah bayaran BKC fasa 2 (November 2021)

Published

on

By

Berikut ialah tarikh dan jumlah bayaran BKC fasa 2 (November 2021)

Info dan maklumat berkaitan tarikh, bayaran dan semakan BKC Fasa 2.

Untuk makluman, pembayaran BKC melibatkan 3 fasa iaitu September, November dan Disember 2021.

Pun begitu, tidak semua kategori akan menerima pembayaran BKC fasa 2 bulan November ini.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila teliti maklumat berikut agar anda tidak keliru dengan bayaran yang akan disalurkan.

Apakah Itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Ia diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada bulan Jun yang lalu.

Semakan Status

Semakan status BKC boleh dibuat di laman portal rasmi BKC;

KLIK SINI

Kelayakan Penerima BKC

Terdapat tiga kategori penerima BKC iaitu;

  1. Miskin tegar
  2. B40
  3. M40

Untuk Miskin tegar dan B40, kriteria kelayakan adalah sama iaitu berdasarkan kriteria BPR 2021 dengan jumlah pendapatan;

  1. Isi rumah / Warga emas – RM5000 dan ke bawah.
  2. Bujang – RM2,500 dan ke bawah

Manakala bagi kategori M40, kriteria semakan kelayakan untuk menerima BKC adalah melalui pelaporan cukai pendapatan dengan jumlah pendatapan

  1. Isi rumah – RM5,0001 – RM9,000
  2. Bujang – RM2,501 – RM5,000

Lihat jadual berikut untuk lebih jelas.

Kelayakan Penerima BKC

Tarikh Bayaran BKC Fasa 2

Pembayaran BKC fasa 2 akan dikreditkan pada bulan November. Namun kerajaan belum mengumumkan tarikh sebenar pembayaran ini.

Ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan.

Berdasarkan pengalaman BCK fasa 1 yang lepas, ia disalurkan pada awal bulan iaitu 6 September 2021.

Buat masa sekarang tiada lagi jangkaan tarikh bagi pembayaran fasa 2 ini.

Siapa Yang Dapat Pembayaran Untuk Fasa 2?

Untuk makluman, tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam bulan November ini.

Kategori penerima yang akan menerima bayaran kali ini adalah sebagaimana berikut;

KATEGORI MISKIN TEGAR

  • Bujang – RM300.00
  • Warga emas sebatang kara (WE) – RM300.00
  • Bujang – RM300.00

Bayaran BKC Fasa 2 (November)

Tiada pembayaran bagi kategori B40 dan M40 bagi bulan November.

Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Soalan yang sering ditanya oleh rakyat adalah bagaimana saya ingin membuat permohonan BKC?

Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

Kaedah Bayaran

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank

Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.

  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

Penunaian Bayaran Melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengeluarkan notis penunaian bayaran melalui kaunter BSN sekiranya pengumuman rasmi bayaran bagi bulan November dikeluarkan oleh Kerajaan.

Hal-hal lain berkaitan BKP

Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak bantuan BKP. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BKP yang telah diterima?

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  1. Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad / Nombor Pengenalan, alamat surat menyurat dan sebab pemulangan; dan
  2. Lampirkan draf bank / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
  3. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:

Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia,
Presint 2 62592 Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut sila layari realmerah,terima kasih.

Sumber:bantuanrakyat

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK