Connect with us

Viral

Perantau disuruh balik kampung hanya untuk dibuang keluarga! Kini tinggal di stor, adik-beradik potong bekalan air, elektrik

Published

on

Perantau disuruh balik kampung hanya untuk dibuang keluarga! Kini tinggal di stor, adik-beradik potong bekalan air, elektrik

HUBUNGAN antara adik-beradik umpama ‘air yang dicincang tak akan putus’ kerana pertalian yang terjalin mustahil dapat diputuskan walau berlaku pertelingkahan.

Masalah pergaduhan dalam keluarga pula sudah menjadi kebiasaan terutamanya yang mempunyai bilangan anak atau adik-beradik yang ramai.

Bagaimanapun, masalah ini jika tidak diselesaikan dengan cara betul boleh melarat menjadi satu isu besar.

Begitulah kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dahulunya menjadi perantau mencari rezeki di negeri orang, tetapi diminta pulang ke kampung untuk menemani ibu yang keseorangan di rumah oleh adik-beradik lain.

Selepas pulang ke kampung halaman, lelaki itu disisihkan pula oleh ahli keluarganya gara-gara perselisihan faham dengan adik-beradik sehingga dia terpaksa tinggal di stor yang dibina oleh arwah bapanya.

Terpaksa tinggal di stor yang dibina arwah bapa.

“Dulu aku tak nak balik kampung. Tapi adik-beradik panggil balik sebab mak sunyi dan tak ada orang nak jaga kalau dia sakit atau demam. Bila balik lain pula yang jadinya.

“Kerana ada selisih faham dengan adik, habis semua adik-beradik buang aku. Elektrik dan air kongsi dengan stor arwah abah buat. Aku tinggal di stor tu, tapi mereka semua potong bekalan elektrik dan air,” luahnya.

Dia menulis luahannya itu bersama video dalam suasana gelap, hanya menampakkan cahaya lilin, dipercayai stor tempat tinggalnya sekarang.

Menurutnya, dia tidak mempunyai wang untuk mendapatkan kemudahan asas itu dan lebih parah lagi apabila dia juga baru melakukan pembedahan pintasan jantung (bypass) setahun lalu.

Dia yang bekerja sebagai penahan tangkul ketam tidak mempunyai pendapatan stabil dan kini berasa terhimpit dengan masalah kewangan serta kemelut keluarga.

“Aku tak mampu nak masuk (pasang) elektrik dengan air sebab aku tak mampu. Kos nak buat mahal.

“Aku baru sahaja buat bypass dalam setahun. Tak sangka mak aku sanggup buat aku macam ni hanya kerana aku bergaduh dengan adik sahaja.

“Aku kesempitan duit sekarang. Aku tak sangka bila aku dalam kesusahan, mak aku sanggup buat aku macam ni. Aku hanya kerja di sungai dan tahan tangkul ketam.

“Kos sara hidup yang tinggi, aku tak mampu nak sempurnakan rumah stor yang aku duduk sekarang ni. Aku terpaksa hidup di rumah yang tak ada air dengan elektrik sebab aku tak mampu sekarang,” ujarnya.

Pemuda ini tidak menyangka ibu turut ‘membuangnya’ sama seperti adik-beradik lain.

Sementara itu, individu itu turut meminta orang ramai yang membaca kisahnya untuk mendoakan urusannya sentiasa dipermudahkan.

Dia juga berharap rezekinya akan bertambah supaya mampu untuk meneruskan hidup seperti biasa.

“Aku cuma minta rakan-rakan dan sahabat tolong doakan aku dipermudahkan dalam mencari rezeki dengan kerja aku sekarang iaitu menangkul ketam,” ujarnya.

Video yang dimuat naik di TikTok itu meraih lebih 450,000 tontonan dan lebih 10,000 tanda suka.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan supaya lelaki berkenaan keluar berhijrah jauh daripada keluarga dan mencari pekerjaan yang mempunyai pendapatan tetap

Lelaki ini bekerja sebagai penahan tangkul ketam.

“Hijrah abang. Cari kerja yang ada hostel (asrama) dulu buat sementara. Nanti dah senang sikit balik kampung jarang-jarang. Sebab adik-beradik kalau dekat, gaduh. Jauh jadi rindu.

“Bawa diri jauh-jauh atau cari kerja ikut kawan. Ada duit buka perniagaan kecil dan lama-lama jadi besar perniagaan tu. kaya disanjung, miskin dihina,” komen netizen.

Ada juga netizen berkongsi kisah senasib dengan lelaki itu hanya disebabkan perselisihan faham kecil sehingga ada ahli keluarga yang tersisih.

“Sama macam nasib saya. Memang sama tapi saya buat-buat kuat demi anak-anak. Saya bertahan pun sebab anak-anak. Maklumlah saya tak ada hala tuju sebab ibu tunggal.

“Kita senasib. Saya tetap layan mak saya walau hati menangis dan terguris. Tapi dengan mereka saya senyum. Pasti ada sesuatu yang tuhan janjikan untuk kita.

“Sama macam saya dulu. Saya buat rumah kecil di kebun jauh dari adik-beradik. Hingga sekarang hati tak sakit. Makan apa yang ada. Sekarang Alhamdulillah anak-anak pun dah dewasa,” kongsi beberapa netizen.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Published

on

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.

Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.

Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.

Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.

“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.

‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.

“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.

“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.

Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.

‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.

Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.

“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.

Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.

“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.

Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.

‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Published

on

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Kerinduan pada seseorang atau sesuatu itu adalah rindu pada seseorang yang kita sayang, tidak kira lah ianya rindu pada seorang teman istimewa atau rindu kepada seseorang yang bergelar sahabat. Memang semuanya pun akan kita rindu jika berjauhan.

Bukan sahaja manusia boleh merindui sesama manusia tetapi haiwan juga boleh merindui antara satu sama lain. Tetapi haiwan ini tidak boleh meluahkan melalui kata2 tetapi melalui perbuatan mereka.

Begitulah juga yang dihadapi oleh seekor kucing yang kelihatan sangat murung, tidak seaktif seperti biasa. Nampak seperti kesedihan, si bulus itu kelihatan seperti kehilangan teman atau yang istimewa kepadanya.

LIHAT VIDEO DISINI

“Boleh Bawak M4 ti..” – Kesian! Kucing Makin Hari Makin Murυng Selepas Kucing Jiran Pindah

Menurut tuan kepada si bulus itu, sejak pemergian kucing jirannya yang telah berpindah mengikuti tuannya juga si bulus itu bermurvng seperti kesedihan. Mungkin si bulus itu kesunyian kerana tidak lagi mempunyai teman dan bermurung setelah pemerg1an temannya itu.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memberikan cadangan kepada tuannya supaya memcari teman sepermainan kepada si bulusnya itu kerana dikhuatiri si bulus itu akan lagi murung dan akan j4tuh s4kit.

Sumber : I Muslim Network via bicara kini

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Individu Ini Akhirnya Jumpa Cikgu Yang Tolong Bayar Yuran Masuk Universiti 36 Tahun Lalu

Published

on

Individu Ini Akhirnya Jumpa Cikgu Yang Tolong Bayar Yuran Masuk Universiti 36 Tahun Lalu

Selepas 36 tahun berlalu, seorang individu dikenali sebagai Puan Norasiah Jamil akhirnya berjaya menjejaki cikgu yang membantunya membayar yuran pengajian masuk universiti pada 1988.

Pencarian Norasiah bermula apabila dia memuat naik beberapa keping foto lama beserta maklumat ringkas di Facebook. Orang ramai yang mengenali Cikgu Pak Lin Haw membantu Norasiah yang sudah lama ingin bertemu cikgu itu.

Jumpa selepas 36 tahun

Memetik laporan Malay Mail, Cikgu Pak Lin Haw adalah guru kimia Norasiah ketika bersekolah di SMK Alor Akar, Kuantan Pahang pada tahun 1987.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Norasiah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti tetapi terpaksa menolak kerana kekangan wang.

Cikgu tolong bayar yuran masuk universiti

Untuk semester pertama pengajian, Norasiah perlu membayar yuran sebanyak RM1,200 dan keluarganya kurang berkemampuan pada waktu itu.

Cikgu Pak Lin Haw yang mengetahui hal itu sanggup mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM400. Baki sebanyak RM800 pula adalah daripada sumbangan PIBG sebanyak RM400 (anugerah pelajar cemerlang) dan RM400 lagi dipinjam daripada saudara mara.

Selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik, Norasiah cuba mencari gurunya tetapi gagal.

Baru-baru ini, dia menjumpai gambar bersama cikgu kesayangannya itu selepas menyelongkar barang lama di rumah ibu bapanya terletak di Felda Lepar Hilir 3, Gambang.

Norasiah sangat bersyukur akhirnya mereka bertemu semula selepas 36 tahun.

Kredit: MalayMail | Facebook Norasiah Jamil

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK