Connect with us

Isu Semasa

Penuntut Universiti Putus Kaki Kanan Terkena Kipas Bot Ketika Latihan Menyelam Di Caribbean!

Published

on

menyelam

ALOR SETAR: Seorang penuntut Ijazah Pengurusan Pelancongan di Universiti Utara Malaysia (UUM), yang sedang menjalani latihan menyelam di Dive Division Curacao di Caribbean, putus kaki kanan selepas terkena kipas bot dalam kejadian pada Rabu lalu.

menyelam

Penuntut tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) UUM, Sintok itu baru tiga bulan berada di negara itu sejak berlepas ke sana pada 24 September lalu. – Foto Astro AWANI

Mangsa, Nur Nabilah Mohd Azhar, 25, kini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Curacao, Venezuela.

Menurut bapa mangsa, Mohd Azhar Zakaria, 58, kaki kanan anaknya itu terpaksa dipotong manakala lengan kanannya pula retak.

Menurut Mohd Azhar, anak bongsu dari empat beradik yang dipanggil Puteri itu sedang menjalani latihan amali selama enam bulan di negara berkenaan.

Katanya, anaknya yang juga penuntut tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) UUM, Sintok itu baru tiga bulan berada di negara itu sejak berlepas ke sana pada 24 September lalu.

Dia terkejut sebaik mengetahui kejadian itu daripada isterinya yang memaklumkan anak mereka kemalangan pada jam 11 malam (waktu tempatan).

menyelam

Menurut Mohd Azhar, anak bongsu dari empat beradik yang dipanggil Puteri itu sedang menjalani latihan amali selama enam bulan di negara berkenaan. – Foto Astro AWANI

“Saya sampai, dia (isteri) menangis. Saya kata habis lah anak aku. Ya Allah, dia kata anak kita habis, kaki dia hancur dah kena kipas. Saya kata Ya Allah, lepas tu saya cuba bagi dia tenang, kalau kita menangis air mata darah pun tak boleh buat apa benda dah jadi dah. Cuma kita berdoa bagi dia selamat,” katanya ketika di temui Astro AWANI di sini.

Sumber : Astro Awani , Buletin Malaysia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Usap perut nampak ‘baby bump’, netizen sahkan Neelofa hamil anak kedua

Published

on

Usap perut nampak ‘baby bump’, netizen sahkan Neelofa hamil anak kedua

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa telah menyambut hari jadi anak sulungnya, Muhammad Bilal yang ke satu tahun hari ini di sebuah majlis sederhana dengan dihadiri para tetamu jemputan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @indigovelvet4, kelihatan Neelofa dan suaminya yang juga merupakan pendakwah bebas, Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Rizz memberi sedikit ucapan sebelum majlis tersebut dimulakan.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah Neelofa dilihat mengusap perutnya sehingga menampakkan ‘baby bump’ ketika memberi ucapan kepada khalayak umum telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

LIHAT VIDEO DISINI

Neelofa hamil anak kedua?
Malah, kapsyen pemilik video terbabit turut menguatkan lagi dakwaan selebriti yang berusia 33 tahun itu sedang berbadan dua namun, empunya badan belum memberi sebarang berita mengenai perkara tersebut.

“Selamat ulang tahun ke satu tahun Bilal, dah nak jadi abang dah Bilal nanti,” ujar pemilik video tersebut.

Alhamdulilah, tahniah Neelofa!
Susulan itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Neelofa atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepadanya dan mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan kelak.

Sumber: TikTok @indigovelvet4

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

“masih ingat gurauan terkahir” – Shila Amzah sedih nenek meninggal dunia

Published

on

“masih ingat gurauan terkahir” – Shila Amzah sedih nenek meninggal dunia

PENYANYI Shila Amzah berk0ngsi berita duka pemrgian nenek tercinta iaitu Senah Md Som, 86, pada maIam Jumaat.

Menurut Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 33, banyak kenangan manis bersama arwh yang tak mungkin diIupakan.

MaIah, kali terakhir mereka bertemu, Shila berkata arwh sempat bergurau bertanyakan kepadanya tentang kekasih.

“Saya teIah kehiIangan nenek saya hari ini, tetapi saya tetap akan menghargai semua kenangan kami bersama.

“Kali terakhir kami berbual dia semp4t bergurau bertanyakan bila nak bawa balik kekasih… ‘kalau dah suka kahwin sahajaIah buat apa buang masa, bawa balik jumpa wan’.

“Wan 0rang (panggilan diri Shila) akan rindu wan, 0rang sayang wan,” katanya.

Shila berk0ngsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu.

Allahyarham semp4t bergurau mahu bertemu dengan kekasih baharu Shila.
Dalam pada itu, penyanyi Patah Seribu ini juga mem0hon orang ramai mend0akan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-0rang yang beriman.

“Saya moh0n sama-sama kita sedekahkkan al-Fatihah buat wan. Sem0ga Allahyarham diampunkan segala d0sa, dicucuri rahmat dan ditempatkan dikaIangan orang-orang beriman,” ujarnya.

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Duit tak cukup nak beli susu anak, ibu ganti air rebusan nasi… Syukur jiran bagi RM10 upah cuci longkang buat beli sardin dan beras

Published

on

Duit tak cukup nak beli susu anak, ibu ganti air rebusan nasi… Syukur jiran bagi RM10 upah cuci longkang buat beli sardin dan beras

JANGANKAN nak dekat, bau busuk longkang pun orang tak sanggup.

Namun, seorang ibu sanggup bergelumang dengan air longkang demi sesuap nasi.

Tidak merungut, sebaliknya wanita berkenaan bersyukur diberikan upah bagi membolehkan dia mengisi perut bersama anak-anak.

“Alhamdulillah, rezeki hari ini cuci longkang depan rumah jiran… jiran bagi upah RM10. Ibu beli sardin dan beras.

“Dapat masak, makan dengan anak sulung. Dari pagi tadi abang (panggilan anak sulung) puasa ye,” luahannya menerusi satu hantaran di Facebook.

Wanita ini juga kehabisan susu anak kecilnya.

Menurut wanita itu, upah mencuci longkang itu bagaimanapun masih belum cukup untuk membeli keperluan lain, termasuk makanan buat anaknya seperti yang dijanjikan.

“Ibu janji nak beli biskut yang abang suka tapi tak cukup duit. Nasib abang faham ibu… ibu janji nanti ibu beli, ibu janji!” katanya tanpa memaklumkan usia anak sulungnya.

Bukan sekadar biskut, si ibu juga tidak mampu untuk membelikan susu buat anak kecilnya.

Jelas wanita itu, dia terpaksa menggunakan air rebusan nasi bagi menggantikan susu anaknya buat sementara waktu.

“Kebetulan susu adik baby habis, ibu buat air rebusan nasi ganti susu. Malam ni adik baby minum ni dulu ye. Nanti ibu kerja lagi esok, ibu janji beli susu adik, dengan nasi untuk abang.

“Doa untuk ibu ye anak-anak. Semoga Allah jaga anak-anak ibu selalu. Bersyukur seadanya, selagi mana mampu, berusahalah,” katanya.

Janganlah kecam, saya tak minta bantuan dengan sesiapa… cuma kongsi cerita.
IBU
Luahannya yang dikongsi menerusi Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini baru-baru ini menjadi tular.

Difahamkan, hantaran tersebut dipadamkan setelah menerima kecaman dan kritikan dalam kalangan netizen.

Menerusi nota kaki dalam luahan tersebut, wanita berkenaan menegaskan dia hanya mahu berkongsi pengalamannya.

Luahannya di grup Facebook.

Tanpa menjelaskan mengenai status dirinya, wanita itu menegaskan bahawa perkongsiannya bukan untuk meraih simpati.

“Janganlah kecam saya, saya tak minta bantuan dengan sesiapa. Saya cuma kongsi cerita apa saya buat hari ini seperti tajuk grup, salah ke saya?

“Facebook lama ada, tapi biarlah rahsia sebab saya ada masalah peribadi. Jadi, saya memang tak boleh bercampur dengan orang luar,

“Sebab itu saya tak boleh kerja dengan orang. Nak berurusan dengan saya boleh, silakan… saya bukan scammer (penipu) dan saya tak takut,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK