Inspirasi
Pensyarah beri amanat penting sebelum pelajar mula semester… jangan stres tengok kawan pandai, paling lega ‘boleh couple’

Pensyarah beri amanat penting sebelum pelajar mula semester… jangan stres tengok kawan pandai, paling lega ‘boleh couple’
MENJEJAKKAN kaki ke pusat pengajian tinggi merupakan peluang untuk menimba pengalaman bagi mematangkan dan mendewasakan diri.
Ilmu boleh diperolehi daripada seorang pensyarah, tetapi pengajaran tentang asam garam kehidupan perlu dilalui sendiri oleh pelajar kerana ia tidak boleh dibeli di mana-mana.
Begitulah kisah pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ini yang menerima kata-kata hikmat daripada pensyarah mereka yang dilihat sangat prihatin dan lembut dalam pertuturannya.
Pesanan oleh pensyarah ini dimuat naik di TikTok.
Melalui satu video tular di TikTok, pensyarah tersebut yang dikenali sebagai Nurul Hakimi mengingatkan pelajarnya yang meyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) untuk tidak meninggalkan solat.
“Ada tiga benda yang saya nak remind, pertama sekali ialah jangan tinggal solat. Jahat macam mana sekali pun jangan tinggal solat. Sibuk la macam mana pun sebab main futsal ke apa jangan tinggal solat.
“Yang kedua, apa benda sekali pun yang kamu nak buat, ingat mak ayah dan ingat family dulu. Awak masuk sini pun bukan sebab awak pandai tapi sebab doa dari diaorang.
“Nombor tiga jangan compare diri dengan orang lain, biarlah dia pandai, mungkin rezeki dia dekat situ, tapi kita usahalah,” ujar Hakimi yang dikatakan akan sentiasa memberikan nasihat sebegini kepada pelajar baharunya.
Hakimi juga memberitahu pelajarnya untuk berlapang dada jika apa yang dihajati tidak dapat dicapai.
“Satu lagi tak semua benda yang kita minta akan dapat, sejujurnya saya pun buka student yang pandai. Degree (ijazah) saya Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 je.
Seronok kan pensyarah sembang-sembang macam ni, dekat dengan hati student.
NETIZEN
“Tapi rezeki saya ada dekat master dan kelulusan doktor falsafah (PhD), nampak tak, saya mungkin tak dapat untuk degree tapi saya dapat untuk master dan PhD.
“Masuk PhD bukan maksudnya orang dah pandai tapi ia ialah learning process, untuk teruskan belajar juga. Dah ada PhD tak bermaksud semua benda saya tahu. Bila saya belajar baru saya tahu.
“Jangan fikir semua benda kita tahu, tak semua benda kita tahu, jadi just enjoy your study,” kata Hakimi kepada pelajarnya yang dipercayai sedang memulakan pengajian di peringkat PhD.
Hakimi juga sempat menyelitkan nasihat kepada pelajarnya untuk memberikan kerjasama penuh sekiranya melibatkan tugasan berkumpulan.
“Jangan jadi ahli lelap dalam group assignment. Lagi satu, kalau nak couple tu, couple la. Tapi satu je saya nak cakap, jangan letak harapan yang tinggi pada manusia.
“Manusia itu hati dia berubah-ubah. Kalau awak minta semua benda dekat manusia, nanti belum apa-apa awak yang kecewa.
“Jadi just enjoy je, boleh couple cuma jangan letak pengharapan yang terlampau tinggi kepada manusia,” kata Hakimi mengakhiri bicaranya.
Menjengah ke ruangan komen, sebahagian warga maya mengaku mengenali Hakimi dan mengangkatnya sebagai pensyarah yang sangat mesra pelajar.
“Dr Nuzul Hakimi always the best.
“Seronok kan pensyarah sembang-sembang macam ni, dekat dengan hati student.
“Beginilah kata-kata orang yang dah matang, bila kita dah sampai umur 30 lebih, betul apa yang lecturer ni cakap, semua betul,” ujar sebahagian warga maya.
SEBAHAGIAN KOMEN NETIZEN
Sumber: mStar
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Sopan Sangat. Nenek 90 tahun bercakap dengan dialek istimewa. Tetapi lain pula yang dipuji orang

Sopan Sangat. Nenek 90 tahun bercakap dengan dialek istimewa. Tetapi lain pula yang dipuji orang
Walaupun orang Melayu kaya dengan bahasa atau loghat sendiri mengikut faktor geografi tetapi kini, bahasa Melayu berubah-rubah mengikut peredaran zaman.
Jika dahulu, Bahasa Melayu itu sendiri memang dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asing yang menjajah Tanah Melayu.
Jadi, tidak hairanlah ada perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu sama dengan bahasa lain antaranya adalah seperti “helikopter”, “dunia”, “zikir”, “duniawi” dan banyak lagi perkataan yang wujud dari pengaruh bahasa asing.
Namun, pernahkan anda mendengar dialek Melayu Pattani yang 100% asli tanpa pengaruh dari bahasa Thailand? Jom kita saksikan video di bawah ini.
Dialek Melayu Pattani tanpa pengaruh bahasa Thailand
LIHAT VIDEO DISINI
Baru-baru ini virἀl sebuah video seorang nenek yang bertutur dalam bahasa atau dialek Melayu Pattani. Satu perk0ngsian yang dibuat oleh pengguna Twiitter nazirshahmhd, se0rang warga emas mɛnjadi pɛrhatian kerana masih mɛnuturkan dialɛk yang semakin ditelan zaman.
Bercἀkap dengan menggunakan dialɛk Melayu Patani dengan lancar, nenek yang bertudung putih berkɛnaan sempat menceritakan serba sedikit mɛngenai kehidupannya pada zaman pɛnjajahan Jepun.
Umur 90 Tahun Tapi Nampak Sangat Ayu
Selἀin tertἀrik dengan keunikan bahasa asli berkenaan, nampaknya nɛtizen mula mɛnyedari kɛcantikan awet muda yang dimiliki oleh warga emas ini. Wἀlaupun umurnya sudah 92 tahun, tetἀpi dia masih kɛlihatan sihat tubuh badan dan mampu mɛmberikan sɛnyuman manis sewaktu berk0ngsikan cɛrita hidupnya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Rezeki dari jalanan. “hasil pendapatan sebagai busker, saya berjaya memiliki rumah serta berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia lima bulan,”- Muhammad Aizad Azman

Rezeki dari jalanan. “hasil pendapatan sebagai busker, saya berjaya memiliki rumah serta berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia lima bulan,”- Muhammad Aizad Azman
Pelbagai pengalaman dilalui oleh Muhammad Aizad Azman, 32, atau lebih dikenali sebagai Bob Sentuhan sebelum berjaya menggapai impian bergelar penyanyi jalanan atau busker. Pada usianya 19 tahun dan dengan berbekalkan RM130 yang ditolak RM40 untuk tiket bas, Bob merantau dari Pulau Pinang dan awalnya memilih tidur di kaki lima kedai di pusat bandaraya.
“Saya sebenarnya belajar sehingga tingkatan empat sahaja tanpa sempat ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) kerana terlalu minat dengan muzik.
“Jadi kehidupan yang dilalui sekarang adalah berdasarkan pengalaman hidup yang mendewasakan saya. Sekitar dua tahun juga saya melalui kehidupan begini.
“Saya tiada keluarga di ibu kota dan selepas puas tidur di kaki lima kedai, saya beralih arah tidur di Masjid Sri Petaling yang menjadi tumpuan jemaah tabligh,” katanya.
Di situ, Bob turut mengambil kesempatan mendalami agama dan bertemu jalan yang lebih baik dalam hidupnya.
“Saya belajar dan amalkan apa yang dipelajari. Alhamdulillah sampai sekarang kehidupan saya semakin stabil. Bagi memenuhi cita-cita bermain muzik, saya bekerja sebagai pembuat air di sebuah kedai makan dan kumpul duit berdikit-dikit sehingga berjaya membeli gitar akustik.
“Alhamdulillah… hasil pendapatan sebagai busker, saya berjaya memiliki rumah serta berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia lima bulan,” katanya.
Menurutnya, dia juga berjaya mengubah persepsi keluarganya yang dulu menentang hasratnya untuk berhenti sekolah dan bermain muzik. “Keluarga saya menentang sejak usia saya 16 tahun kerana saya enggan pergi sekolah, asyik ponteng sekolah dan pelbagai masalah lain.
“Bapa saya sangat m4rah sehingga suruh saya pilih sendiri jalan hidup. Katanya apa jadi nanti saya tanggung sendiri. Syukurlah segala-galanya sudah berubah sekarang. Ibu bapa kita hanya beri pendidikan dan alasan, jadi ia terserah kepada apa bidang yang kita pilih,” katanya.
Bob yang sering mengadakan persembahan jalanan di lokasi popular seperti SOGO dan Bukit Bintang kini tampil dengan single berjudul ‘Bukit Bintang’ yang menampilkan Maman Teacher’s Pet.
“Bukit Bintang adalah lagu yang sangat istimewa buat saya kerana Bukit Bintang pernah dan akan terus menjadi pentas untuk saya beraksi.
“Matlamat saya adalah menjadi seorang penghibur yang menghiburkan. Saya bersyukur dipilih oleh komposer Maman Teacher’s Pet untuk merakamkan lagu ini.
“Apapun, bergelar artis rakaman tidak akan mengubah matlamat saya sebagai artis jalanan kerana nadi perjuangan seni saya adalah untuk menghiburkan, tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama atau kedudukan,” katanya.
Single terbitan Meta Music Extreme (MMX) ini mengisahkan mengenai cinta yang berputik dan mekar di Bukit Bintang, sebuah lokasi yang berwarna-warni serta penuh dengan kisah kehidupan.
Bukit Bintang juga adalah lagu yang dihasilkan khas sebagai penghormatan kepada mereka yang membangunkan Bukit Bintang sehingga terkenal seperti sekarang.
Sumber: www.hmetro.com.my
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
#CELEB
Tolak tepi pasal jodoh, nekad nak berbakti dulu pada ibu. “Mak adalah segala-galanya buat saya”-Fikri Ibrahim

Tolak tepi pasal jodoh, nekad nak berbakti dulu pada ibu. “Mak adalah segala-galanya buat saya”-Fikri Ibrahim
Mak adalah segala-galanya.’ Ketepikan soal kahwin demi ibu, luahan Fikry Ibrahim undang sebak. Memuliakan dan membahagiakan insan tersayang lebih-lebih lagi orang yang berkorban nyawa mengandung dan melahirkan kita tinggi pahalanya. Demikian yang dilakukan pelakon, Fikry Ibrahim yang sanggup berbakti kepada ibunya, Bibi Zaleha.
Beliau sebelum itu sering berkongsi gambar dan video membuatkan ramai yang terharu dan kagum akan cara beliau dalam melayani ibu tersayang. Malah, Fikry juga kerap kali pulang ke kampungnya yang terletak di Jitra, Kedah dan adakalanya sanggup menunda semua komitmen kerja.
Menerusi satu temu bual baru-baru ini, Pelakon Rahsia Hati Perempuan itu berkongsi luahan dalam menjaga wanita pengarang jantungnya. Kata empunya diri, beliau rela tidak kahwin demi menjaga ibu. Kalau buat bisnes saya boleh bekerja dari rumah, tetapi kalau saya shooting tiada masa untuk menjaga ibu.
Mak memang suka duduk dengan saya, kalau shooting lama ada pak cik yang menjaga mak. Pun begitu, sedikit huru-hara. Justeru, saya fikir kalau dulu mak boleh jaga saya, takkan sekarang saya tak boleh berbuat demikian (tidak berkahwin) untuknya,” ujarnya lagi sambil memberitahu ibunya sudah dua tahun mengalami minor strok. Sumber Sinar Plus.
Mengimbas momen sewaktu kecil, akui Fikry, ibunya dulu rajin membawanya keluar. Biarpun mereka tidak memiliki kenderaan sendiri, sebaliknya hanya menaiki bas, namun Bibi Zaleha tetap mahu membawa anaknya itu berjalan-jalan . Sekarang ibu s4kit, giliran saya pula menjaga dan membawanya berjalan-jalan untuk gembirakan hatinya.
Mak adalah segala-galanya buat saya. Hubungan kami cukup rapat sejak saya kecil lagi. Sekarang saya bawa mak ke mana sahaja saya pergi. Kalau saya pernah duduk di hotel mahal, saya rasa menyesal kalau tidak bagi mak merasai situasi tersebut. Mak yang jadikan saya begini (berjaya) sekarang,” ungkap Fikry lagi. Mengulas mengenai jodoh dan perkahwinan, empunya diri tidak menafikan keinginan berkahwin tetap ada.
Saya gembira dan mahu kahwin dengan calon yang boleh gembirakan ibu. Mudah dan tidak pening. Sebab itu, soal kahwin saya letakkan di nombor lapan. Malah, saya juga tidak mahu apabila kahwin kelak, perhatian pada isteri terkurang kerana saya jaga mak. Bukan semua orang mampu terima situasi tersebut.
Pada masa sama, saya tidak mahu bakal isteri saya kelak rasa diri ‘hamba’ kepada saya. Sebab itu saya korbankan hal kahwin untuk menjaga ibu terlebih dahulu,” ujar bekas hos program Dewi Remaja itu lagi.
Sumber: https://empirekini.website/
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral12 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral11 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized12 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG12 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi12 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan