Connect with us

Isu Semasa

Pakaikan Gelang Pada Bayi 3 Bulan, Ibu Terkejut Melihat Perubahan Anaknya

Published

on

Pakaikan Gelang Pada Bayi 3 Bulan, Ibu Terkejut Melihat Perubahan Anaknya

Pakaikan Gelang Pada Bayi 3 Bulan, ibu Terkejut Melihat Pervbahan Anaknya. Kepada para ibu bapa yang suka pakaikan anak gelang emas dari bayi, sila amb1l perh4tian kes4n pemakai4n barang kemas tersebut. Ikuti perk0ngsian daripada se0rang ibu, Puan Auni.

Penanti4n menunggu sec0nd baby setelah 4 tahun.. Alhamdulillah dapat baby girl diberi nama Puteri Alice Kayyisa.. Ciw1 baby girl takpayah cakap lah s3bagai seorg ibu mesti nk berdandan ank p0mpuan kan tapi..baca smpai habis?

Bagi Alice pakai gelang Dari umur dia 3 Bulan..
Setiap bulan adjvst saiz gelang dia..Gelang tu boleh gerak2 Kat tangan.. Tapi bulan lepas saja rasa nak pergi cuci gelang Alice sebab nampak berd4ki..Apa yg jadi bila buka gelang Alice…???

Tangan Alice mengecil dekat pergelang4n tangan.. Walaupun gelang tu boleh gerak2.. Jadi Auni dah f0bia nk bg pakai.. Nasib la buka nak cuci kalau tak.. taktahu apa jadi..Allah gerakkan hati untuk buka?

Lepas kejadi4n Auni bawa Alice pergi Klinik ch3ck tangan dia , Doct0r cakap jangan bagi baby pakai gelang, rantai atau anything sbb ganggu tumbes4ran baby.. Baby membesar waktu tidur dia..Allah ser1at dar4h dengar.. Kalau la tak buka cuci tntu lagi ter0k jadi?

Itu tangan Alice dah semakin sembvh.. gambar tangan tu gambar sekarang.. Ok dah tangan tak mengecil.. Gelang ni nampaknya simpan saja la.. tunggu Alice besar sikit Baru Mommy bg pakai atau tak pakai dah.

Biasalah simpt0m mak2 nak anak dara seg4k comel.. Nampak comel pakai emas, Pakai headb4nd.. Rupanya bila jumpa d0ctor tak el0k banyak kes4n samp1ngan kalau kita cu4i tak ambil tahu??? Sumpah dh F0bia..

Jangan Jvdge Auni, sebab auni pun tak tahu ak1bat dia.. mybe ada yg pakai tak jd apa2.. ada yang senasib mcm Auni.. Niat nk sh4re agar ramai dpt inf0 ni dan tak terima nasib mcm ni.. Tak ada n1at nk menvnjuk.. cuma sbgai mak2 mmg tak din4fikan exc1ted bila dapat baby girl mulalah nak berh1as2..

Tak sal4h pun cuma kita jangn l4lai ja.. Nasib Allah gerakkan hati untuk buka , kalau tak.. Hmm tak tahu nk cakap?

.Auni Harap Ibu2 Muda diluar sana boleh ter1ma dengan hati terbuka atas perk0ngsian yg terjadi kpd ank Auni sendiri..Kalaulah kita tahu benda tu buruk mana mungkin kita buat.. Auni pun tak tahu tpi lepas jadi dekat diri sendiri baru ada ilmv..Apa pun thank you kepada yang P0sitif. K0ngsilah dengan rakan2, tak salah Pakai.. Cuma kena al3rt sentiasa…Tapi Auni dah fob1aa?????

Semoga boleh jadi pengaj4ran buat ibu bapa sekalian.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Ibu Keluar Beli Makanan Berbuka, Litar Pintas Dipercayai Punca 4 Beradik Maut

Published

on

Ibu Keluar Beli Makanan Berbuka, Litar Pintas Dipercayai Punca 4 Beradik Maut

Hasrat seorang ibu yang meninggalkan empat orang anaknya di kediaman untuk mencari kelengkapan juadah berbuka puasa bertukar tragedi apabila kesemua anaknya ditemui meninggal dunia.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan insiden menyayat hati itu berlaku sekitar jam 7.49 malam semalam.

Difahamkan, empat adik-beradik iaitu Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, disahkan meninggal dunia ketika ditemui di dalam bilik air rumah mereka.

Menurut Raiz Mukhliz, ibu yang berusia 31 tahun itu terpaksa keluar sebentar untuk pergi ke kedai berhampiran manakala ayahnya bekerja di sebuah restoran sekitar bandar.

“Maklumat awal oleh ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.
“Bagaimanapun, kita percaya keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat ditemukan di dalam tandas dipercayai bagi tujuan menyelamatkan diri,” katanya.
Apa yang lebih menyedihkan, ibu yang meninggalkan anaknya selama 10 minit itu mendedahkan dia mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi oleh jiran berdekatan dengan rumahnya.

Kes tersebut diklasikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas namun masih dalam siasatan oleh pihak bomba.

Terdahulu, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran.

Bomba mengambil masa selama lima minit untuk mengawal kebakaran yang berlaku dan pemadaman berjaya dalam beberapa minit kemudian dengan kemusnahan sebanyak 80 peratus.

Sumber: Harian Metro (Ahmad Ismail)

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Sakan berjoli guna kad ATM milik warga emas, siap bawa isteri beli iPhone… polis giat buru suspek

Published

on

Sakan berjoli guna kad ATM milik warga emas, siap bawa isteri beli iPhone… polis giat buru suspek

KISAH pasangan dipercayai suami isteri yang didakwa menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik seorang warga emas kecoh diperkatakan di media sosial.

Terbaharu, polis mengesahkan sudah menerima laporan daripada mangsa dan kini sedang giat memburu suspek terlibat.

“Pada 27 Mac 2023, polis menerima laporan daripada lelaki tempatan yang juga pesara kerajaan berusia 62 tahun.

“Pengadu mengatakan kad ATM bank miliknya telah ditukar dan digunakan oleh individu tidak dikenali.

“Siasatan telah dibuka. Usaha untuk mengesan suspek juga telah dibuat,” ujar Polis Kuala Langat menerusi satu kenyataan media.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, mStar melaporkan mangsa mengalami kerugian bernilai RM46,000 selepas wang simpanannya ‘lesap’ dikebas seorang lelaki yang menggunakan kad ATM miliknya, baru-baru ini.

Menerusi ciapan yang tular di laman Twitter, difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa cuba mengeluarkan wang menerusi mesin ATM di sebuah bank, di Banting, Selangor.

Namun tanpa disedari mangsa, mesin ATM yang digunakannya sudah dirosakkan oleh suspek, menyebabkan kad bank milik mangsa tersangkut dan wang tidak dapat dikeluarkan.

Suspek kemudiannya cuba membantu dan didakwa menukar kad mangsa dengan kad berlainan ketika kejadian.

Suspek didakwa membuat sebanyak 23 transaksi termasuklah membeli telefon iPhone 13 Pro Mac di sebuah kedai komunikasi di Kapar.

Resit pembelian gajet itu serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis yang dikunjungi oleh suspek turut ditularkan di media sosial.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Published

on

Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mohd Shukri hari ini telah berkongsi satu kenyataan bahawa dirinya menerima surat saman daripada ‘orang ketiga’ disebabkan posting Instagramnya sebelum ini.

Menurut Shuhada, wanita dikenali sebagai Athira Yuhada itu telah melayangkan tuntutan kepadanya menerusi peguam dan ia nyata membuatkan dirinya berasa susah hati.

Susah hati fikirkan saman
Mana tidaknya, dengan pelbagai masalah yang tiba-tiba sahaja muncul, dia terpaksa bekerja keras demi anak-anak dan perbelanjaan dirinya memandangkan tidak mempunyai simpanan sewaktu bergelar suri rumah.

Apabila baru mula berdikari dia telah disaman pula oleh individu yang menjadi punca rumah tangganya hancur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Ramai yang sanggup nak hulur sumbangan
Susulan daripada kenyataan yang ditulis di media sosial, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita berusia 29 tahun itu. Kebanyakan mereka mengakui geram dengan Athira dan mengatakan bahawa individu berkenaan tidak tahu malu selepas menjadi punca runtuhnya sebuah rumah tangga.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mencadangkan agar membuat kutipan bagi membantu Shuhada membayar kos guaman kerana tahu untuk ‘berlawan’ di mahkamah memerlukan kos yang agak tinggi.

 

Terdahulu, Shuhada telah membuat satu hantaran dengan mengucapkan terima kasih kepada ‘penyondol’ kerana berjaya menghancurkan hatinya serta anak-anak kerana menjalinkan hubungan dengan suaminya.

Hal ini susulan permohonan maaf dari Athira yang mengaku mempunyai hubungan dengan Hafidz Roshdi dan berjanji untuk mengakhiri hubungan mereka setelah merasakan tindakan yang dibuat adalah salah.

Sumber: Instagram ShuShukrii

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK