Connect with us

Inspirasi

“Pahalanya Buat Arwah Ayah”- Terinspirasi Daripada Arwah Ayah, Wanita Wujudkan Pusat Perlindungan Haiwan Terbiar

Published

on

pahala ayah

Wanita Wujudkan Pusat Perlindungan Haiwan Terbiar

Kasih dan sayang Norashikin Ahmad, 29, terhadap haiwan sememangnya tiada sempadan sehingga sanggup mewujudkan pusat perlindungan demi menyelamatkan ratusan haiwan terutama kucing serta anjing terbiar di sekitar Melaka.

Pengasas STAR Cat Shelter itu, yang terletak di Kampung Paku Kelemak di sini, berkata usaha yang dilakukan secara aktif sejak 2014 sedikit sebanyak adalah sebagai mengikut jejak langkah ayahnya Allahyarham Ahmad Saad.

“Ayah meninggal dunia pada 2012 dan ketika hayatnya, arwah memang sangat sayangkan haiwan. Mana-Mana haiwan sakit yang dia jumpa, akan dibawa balik untuk dirawat. Sejak kecil, saya lihat apa yang dia buat sehingga meresap ke dalam jiwa,” katanya kepada pemberita di program Kongsi Rezeki-CSR Programme Helping Stray Shelter di sini hari ini.

pahala ayahProgram yang dihadiri Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Presiden Kelab Kucing Malaysia Khalid Rashid itu bertujuan memberi vaksin kepada kucing serta anjing jalanan di pusat perlindungan haiwan berkenaan dengan kerjasama Kelab Kucing Malaysia .

Norashikin berkata pusat perlindungan haiwan miliknya kini menempatkan hampir 100 ekor kucing dan 60 ekor anjing serta lima ekor monyet.

“Biasanya saya akan bawa balik kucing jalanan yang dijumpai dan bagi rawatan bersesuaian termasuk vaksin serta memandulkannya. Untuk rawatan, saya bertuah sebab ada ramai kenalan di seluruh negara yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan berkaitan haiwan bersedia memberi bantuan tanpa mengira masa,” katanya.

Bercerita pengalaman menyelamatkan haiwan terbiar, beliau mengakui pelbagai kesukaran dan cabaran terpaksa dihadapi.

pahala ayah

Paling tidak boleh dilupakan, kata Norashikin, ialah ketika misi menyelamatkan beberapa ekor kuda yang diabaikan.

“Setelah menerima aduan, kami ke tempat kuda tersebut dan memang sangat sedih melihat keadaan haiwan itu. Saya dan pasukan buat laporan kepada pihak polis serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Campur tangan ini berjaya menyelamatkan haiwan tersebut.

“Begitu juga dengan kes kami menyelamatkan seekor anjing yang dibakar individu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Biarpun terpaksa menanggung beban kewangan selain berdepan kekangan masa dan tenaga, Norashikin berkata beliau tidak akan sesekali berpatah balik dalam usaha menyelamatkan haiwan yang terbiar.

“Saya anggap apa yang saya lakukan ini sebagai niat sedekah pahala buat arwah ayah atas teladan yang ditunjukkan semasa hayatnya. Saya harap ibu bapa dapat semaikan pada anak-anak mereka perasaan sayang pada haiwan,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Inspirasi

Warga Britain jalan kaki 547 km dari Makkah ke Madinah, hayati pengorbanan hijrah Rasulullah

Published

on

Warga Britain jalan kaki 547 km dari Makkah ke Madinah, hayati pengorbanan hijrah Rasulullah

LIMA lelaki warga Britain yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah berjalan kaki untuk menziarahi Madinah al-Munawarrah.

Perjalanan sejauh 547 kilometer (km) itu mengambil masa kira-kira 185 jam atau tujuh hari untuk kelima-lima pengembara tersebut tiba di destinasi.

Kumpulan tersebut menyatakan tujuan utama kembara itu adalah untuk merasai sendiri jerih perih yang dilalui Rasulullah SAW ketika melakukan hijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada 1400 tahun yang lalu.

“Mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam pengembaraan ini membuatkan kami berasa sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan seolah-olah kami sedang berjalan bersamanya.

“Kami belajar banyak perkara tentang Rasulullah SAW dan rasa sayang kami kepada baginda bertambah berlipat ganda,” kata Rashid Ali yang merupakan salah seorang peserta dalam kumpulan itu.

Terdahulu pada tahun 622 Masihi, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW untuk berjirah ke Kota Madinah kerana tentangan masyarakat Arab Quraisy yang semakin hebat di Makkah.

Hijrah itu mustahak demi keselamatan Rasulullah SAW dan para sahabat serta penyebaran Islam yang perlu diteruskan.

Kumpulan itu menerima sambutan yang luar biasa dari penduduk di Madinah.

Setibanya kumpulan warga Britain itu di Madinah, mereka disambut dengan meriah, diiringi paluan kompang, dihidangi jamuan makanan dan dikerumuni penduduk tempatan yang teruja dengan pencapaian mereka.

Dua orang dari ahli kumpulan itu sebelum ini pernah mengayuh basikal dari London, Britain ke Makkah, Arab Saudi dan merupakan individu pertama dalam sejarah yang berjaya berbuat demikian.

Rata-rata warga maya yang melihat kisah mereka berasa teruja dan mengambilnya sebagai inspirasi untuk tidak mudah berputus asa dalam hidup. – ilmfeed

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Margaret Gan bersyukur,pertama kali raih tahun baru cina denga versi seorang muslim

Published

on

Margaret Gan bersyukur,pertama kali raih tahun baru cina denga versi seorang muslim

Pelak0n veteran, Margaret Gan meIuahkan kesyukuran kerana meraikan sambutan Tahun Baharu Cina buat kali pertama sebagai Muslim selepas memeIuk Islam pada 15 Februari tahun lalu.

Menurut lap0ran Harian Metro, aktres berusia 80 tahun itu bersyukur kerana menyambut perayaan dengan memperbanyakkan amaIan sedekah selain mampu menghafaI surah al-Fatihah dengan baik.

Walaupun sudah Iama meraikan Tahun Baharu Cina bersama ahli keIuarga secara sederhana, tetapi Margaret merasakan sambutan pada tahun ini sedikit berbeza memandangkan dia sudah menganuti agama Islam.

Katanya Iagi, sambutan pada tahun ini berbeza kerana ia dihadiri dengan perasaan ketenangan jiwa.

“Saya gembira meraikan Tahun Baharu Cina setiap tahun kerana menghabiskan masa bersama keIuarga. Cuma, kali ini saya lebih gembira kerana banyak bersedekah. Ia membuatkan saya sangat ser0nok dan tenang jiwa,”ujarnya.

Dalam pada itu, Margaret atau nama sebenarnya Gan Ee Kek turut meIuahkan kesyukuran kerana dikurniakan rezeki kesihatan yang baik serta berpeIuang terlibat dengan aktiviti kebajikan.

“Alhamdulillah, saya juga masih dianugerahkan Tuhan menjaIani kehidupan seperti biasa dengan bahagia bersama anak, menantu dan cucu, selain kesihatan yang baik serta peIuang terbabit dengan banyak aktiviti kebajikan dianjurkan persatuan-persatuan yang mengajak saya menyertainya.

“JaduaI aktiviti saya boleh dikata tetap sibuk walaupun sekarang jarang berlak0n kerana watak tidak sesuai,”jelasnya.

Katanya lagi, dia terpksa men0lak tawaran berlak0n yang memerIukannya membuka tudung memandangkan kini sudah hidup sebagai se0rang beragama Islam.

“Jadual aktiviti saya b0leh dikata tetap sibuk waIaupun sekarang jarang berlak0n kerana watak tidak sesuai.

“Sebagai 0rang Islam dan bertudung, saya memang men0lak twaran berlak0n yang memerIukan saya tidak bertudung,”katanya lagi.

TerdahuIu, Margaret bersyukur impian anak tunggaInya, Mohd Taufik Gan, 38, untuk melihat dia memeIuk agama Islam menjadi kenyataan tahun lalu selepas menunggu dengan sabar bertahun-tahun lamanya.

Perkara itu juga dik0ngsikan oleh pelak0n Serina Redzuwan yang juga anak kepada cef selebriti terkemuka, Chef Wan di laman Instagram.

Sumber: Harian Metro / ohmymedia

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Kebaikan mcm ni bukan semua mampu buat… Sekali CEO datang…Pemuda inI tak sangka Apa Yg Dia Bakal Dapat!

Published

on

Kebaikan mcm ni bukan semua mampu buat… Sekali CEO datang…Pemuda inI tak sangka Apa Yg Dia Bakal Dapat!

Pernah tak jumpa orang yang terlebih sayangkan kucing? Maksudnya perasaan sayang kepada kucing yang melampau. Sayang kucing itu perkara biasa, lagi2 jika mereka memang pencinta kucing yg tegar. Ada juga orang yang membawa makanan kucing kemana sahaja mereka pergi, mana tahu jika terserempak dengan kucing jalanan, mereka boleh memberi makan kepada kucing2 tersebut. Alangkah mulianya hati mereka.

Adalah perkara biasa bagi pemilik kucing untuk sayang kepada haiwan peliharaannya. Menjaganya dengan baik, memberi makan setiap hari, mandi, bermain serta mengambil berat terhadap kesihatan kucingnya. tapi bagaiman pula dengan kucing2 liar yang berkeliaran dimana2? ada juga kucing2 liar ini yg jinak2 dan ada yg boleh di bawa balik untuk dipelihara lagi.

satu video perkongsian seorang pengguna fesbuk ini ternyata mendapat respect daripada orang ramai. Lelaki ini sanggup berhabis separuh daripada gajinya hanya untuk memberikan kucing2 jalanan makan. Lelaki ini hanya bekerja sebagai penjaga parkir sahaja pun. Itupun masih cukup untuk dia menyara dirinya sendiri selain separuh daripada gaji dihabiskan untuk makanan kucing jalanan.

Bukan itu sahaja, lelaki ini juga memberikan makan kepada anjing jalanan. Alangkah mulianya hati mu wahai pemuda. Ini la balasan bila kau buat baik dgn Binatang,..walaupon seekor anjing. CEO Modenas datang untuk berikan anugerah dan ganjaran kepada lelaki ini.

LIHAT VIDEO DISINI

Komen Netizen

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK