Wednesday, March 20, 2019
Utama Blog Laman 72
Tahniah Kelantan di atas kemenangan pertama selepas mengumpul 1 mata dalam 3 perlawanan pertama. Kredit diberikan kepada Bruno Lopez, permainan beliau sangat efektif dengan membantu bahagian serangan danhampir-hampir juga membuka jaringan ketika Kelantan mengasak Perak di awal perlawanan. Piya juga harus diberikan kredit berdasarkan perlawanan ini dengan 2 bantuan hantaran. Prestasi S Veenod agak mengecewakan, tak pasti jika beliau di...
Ketua jurulatih Perak, Mehmat Durakovic jelas kecewa dengan kekalahan 2-3 anak buahnya kepada Kelantan dalam aksi keempat Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, semalam. “kita buat silap dan dihukum!” begitulah komen ringkas yang diberikan Durakovic ketika diminta mengulas mengenai kekalahan tersebut. Katanya lagi, barisan pemainya telah beraksi dengan baik di sepanjang perlawanan dan buktinya mereka berjaya mendahului lawan sebanyak dua...
Penyerang import Kelantan dari Korea Selatan, Do Dong Hyun muncul wira setelah meledak hatrik untuk menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super 2018 di laman sendiri selepas berjaya menewaskan Perak 3-2 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi. Skuad The Red Warriors (TRW) bermula garang terutamanya pada 10 minit pertama perlawanan. Serangan demi serangan dilancarkan ketika...
Kelantan menagih sentuhan magis penyerang sensasi, Mohammed Ghaddar dalam pertembungan dengan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. Pemangku Ketua Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah berkata seluruh anggota pasukan dan juga penyokong pastinya amat merindui kelibat penyerang dari Lubnan tersebut yang begitu digeruni ketika di depan gawang lawan. "Penyertaan dia (Mohammad Ghaddar) cukup dirasai oleh pemain,...
Menjelang perlawanan Kelantan dengan Perak, pemangku jurulatih The Red Warriors (TRW) Yusri Che Lah mencabar kepada anak buahnya untuk memburu kemenangan pertama dalam kencah Liga Super dengan menjadikan Perak sebagai mangsa pertama kebangkitan skuad pantai timur itu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam esok. Yusri menyedari betapa pentingnya perlawanan tersebut buat Kelantan setelah hanya mampu meraih satu mata dalam...
Penampilan pertama anak buah Jose Mourinho ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara sejak 2014 tampak tidak bermaya setelah terikat 0-0 dalam perlawanan yang nyata milik Sevilla dengan penguasaan bola 54% dan sebanyak 24 percubaan ke gawang gol, 8 percubaan tepat ke arah gol berbanding United yang hanya mempunyai 1 percubaan tepat dalam 6 percubaan. Anak didik Jose Mourinho perlu menyalahkan...
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menegaskan persiapan pasukan The Red Warriors (TRW) untuk berhadapan Perak, Sabtu ini tidak terjejas walaupun mengambil keputusan memecat ketua jurulatih Sathit Bensoh baru-baru ini. Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, TRW yang kini dikendali oleh penolong jurulatih Yusri Che Lah dilihat tidak mengalami tekanan bagi menghadapi perlawanan keempat saingan Liga Super di Kota Bharu. Malah...
Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil keputusan drastik memecat Sathit Bensoh selaku ketua jurulatih setelah 3 perlawanan Liga Super. Tugas selaku ketua jurulatih sekarang dipangku oleh Yusri Che Lah yang merupakan pembantu kepada Sathit Bensoh sebelum ini. Yusri Che Lah menyatakan dia sudah bersedia untuk menyahut cabaran membimbing pasukan Kelantan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini....
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sedang berusaha untuk cuba menyelesaikan masalah berkenaan kegagalan melengkapkan dokumen pendaftaran bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Dalam masa sama, persatuan tersebut turut mengaku masih terdapat kekurangan dalam pengurusan sehingga menyebabkan pasukan negeri itu menghadapi masalah berkenaan. Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan menyifatkan apa yang berlaku adalah ujian buat pasukan dan kini perlu menghadapi...
Seperti yang dijangkakan Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA) sekali lagi "sangkut" dalam isu melengkapkan dokumen pendaftaran mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP). Kelantan bersama tiga pasukan Liga Super lain iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan PKNS FC mungkin berdepan hukuman tegas oleh FMLLP disebabkan kegagalan tersebut. Antara hukuman yang boleh diambil oleh FMLLP adalah pemotongan mata...

MOST POPULAR

HOT NEWS