Sunday, January 20, 2019
Utama Blog Laman 113
Kelantan mengesahkan tempat ke pusingan ketiga Piala FA selepas berjaya mengatasi Terengganu City FC (TCFC) 2-0 pada aksi di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam tadi. Walaupun turun tanpa kelibat pemain import dari Korea Selatan, Do Dong Hyun, ia tidak sedikit pun menjejaskan penguasaan awal tuan rumah. Perlawanan nyata berat sebelah apabila Kelantan menguasai hampir keseluruhan perlawanan. Kelantan yang dibimbing oleh...
Pemangku jurulatih The Red Warriors, Yusri Che Lah mahu barisan pemain Kelantan fokus untuk memburu kemenangan apabila bakal bertemu Terengganu City FC pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Malam ini. Kata Yusri lagi, amat penting untuk barisan pemain Kelantan memiliki mentaliti kemenangan bagi meneruskan momentum kemenangan selepas melakar kemenangan pertama dalam saingan Liga...
Kejayaan pemangku jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah menberikan kemenangan pertama pasukan itu dalam saingan Liga Super 2018 musim ini sememangnya memberi aura kegembiraan buat penyokong sehingga timbul cadangan agar bekas pemain kebangsaan itu mengisi jawatan ketua jurulatih secara tetap. Baru-baru ini, Yusri membimbing Kelantan untuk meraih 3 mata penting selepas menumpaskan Perak 3-2 dalam perlawanan keempat liga di Kota Bharu....
Sebuah pasukan kelab yang berpengkalan di Kuala Terengganu ini adalah satu lawan yagn tidak boleh di pandang rendah oleh skuad The Red Warrior. Piala FA 2017 sepatutnya Kelantan mampu melangkah lebih jauh namun telah dikecewakan oleh skuad yang tiba-tiba menggegar Liga Malaysia, PKNP FC. Kelantan tewas dalam penentuan sepakkan penalti selepas terikat 1-1 hasil jaringan Indra Putra pada mint ke...
Pasukan Kelantan akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan setelah berjaya melakar kemenangan sulung ketika menumpaskan Perak 3-2 pada aksi keempat Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu lalu. Bagaimanapun, pengendali sementara The Red Warriors (TRW),  Yusri Che Lah tidak mahu barisan pemainnya terlalu mendabik dada dengan kejayaan tersebut. Bagi Yusri, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sekiranya mereka mahu...
Sehari selepas pemergian ketua jurulatih mereka, Ulisses Morais kerana masalah kesihatan keluarga, juara Liga Super 4 kali, Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi menerima tamparan hebat apabila penyerang import mereka, Jorge Pereyra Diaz pula meninggalkan kelab tersebut. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi kelab tersebut, JOHOR Southern Tigers, hari ini....
Penyerang import Kelantan dari Korea Selatan, Do Dong Hyun bertekad mahu terus menjaringkan gol buat The Red Warriors selepas cemerlang meledak hatrik dalam perlawanan dengan Perak, Sabtu lalu. Do Dong Hyun menjadi watak penting dalam aksi keempat Liga Super tersebut apabila berjaya menjaringkan tiga gol yang telah memberikan kemenangan pertama buat Kelantan dalam saingan liga musim ini. "Saya cukup gembira apabila...
Tahniah Kelantan di atas kemenangan pertama selepas mengumpul 1 mata dalam 3 perlawanan pertama. Kredit diberikan kepada Bruno Lopez, permainan beliau sangat efektif dengan membantu bahagian serangan danhampir-hampir juga membuka jaringan ketika Kelantan mengasak Perak di awal perlawanan. Piya juga harus diberikan kredit berdasarkan perlawanan ini dengan 2 bantuan hantaran. Prestasi S Veenod agak mengecewakan, tak pasti jika beliau di...
Ketua jurulatih Perak, Mehmat Durakovic jelas kecewa dengan kekalahan 2-3 anak buahnya kepada Kelantan dalam aksi keempat Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, semalam. “kita buat silap dan dihukum!” begitulah komen ringkas yang diberikan Durakovic ketika diminta mengulas mengenai kekalahan tersebut. Katanya lagi, barisan pemainya telah beraksi dengan baik di sepanjang perlawanan dan buktinya mereka berjaya mendahului lawan sebanyak dua...
Penyerang import Kelantan dari Korea Selatan, Do Dong Hyun muncul wira setelah meledak hatrik untuk menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super 2018 di laman sendiri selepas berjaya menewaskan Perak 3-2 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi. Skuad The Red Warriors (TRW) bermula garang terutamanya pada 10 minit pertama perlawanan. Serangan demi serangan dilancarkan ketika...

MOST POPULAR

HOT NEWS