Connect with us

Isu Semasa

Orang Tuanya Berc3rai Dan Meningg4lkan Keduanya, Tubuh Kurus Kering, 2 Beradik Diseksa Oleh Keluarga Angkat Selama 7 Tahun

Published

on

diseksa

Orang Tuanya Berc3rai Dan Meningg4lkan Keduanya, Tubuh Kurus Kering, 2 Beradik Diseksa Oleh Keluarga Angkat Selama 7 Tahun

Tak ada satu anak pun yang ingin kedua orang tuanya bercerai. Namun, nasib m4lang itu harus dialami adik beradik yang dijaga oleh keluarga angkat, lantaran orang tuanya yang bercerai dan meninggalkan keduanya.

Perc3raian bukan hanya berpengaruh kepada pasangan saja tetapi ia juga memberi kesan buruk kepada anak dan keluarga lainnya. Menurut worldofbuzz.com, pasangan ini meninggalkan kedua anaknya yang berusia 7 dan 8 tahun selepas bercerai.

Akhirnya, dua beradik ini dijaga oleh keluarga angkat. Namun penjaga mereka tidak sebaik yang difikirkan, ternyata dua beradik ini telah dis3ksa oleh mereka. Peny3ksaan tersebut telah dilap0rkan oleh publik kepada pihak polis dan akhirnya keluarga ini ditangkap.

P0lis menemukan banyak luk4 diseluruh badan 2 saudara kandung ini. Selain itu mereka juga dikatakan mend3rita kekurangan nutrisi. Ia jelas terlihat dari tubuh mereka yang sangat kurus.

diseksaIbu bapa dua beradik ini telah berpisah pada 7 tahun lepas dan semenjak itulah juga mereka dijaga oleh keluarga angkat. Ini menjelaskan bahawa, mereka telah dis3ksa semenjak kecil lagi lagi. Susp3k merupakan pasangan India yang berusia sekitar 30 tahun serta anak perempuan mereka yang berusia 13 tahun. Sangat mengejutkan apabila diketahui bahawa sepupu mereka juga turut teribat menyeksa dua beradik ini.

Ismail Borhan, Ketua Polis Serdang, menyebutkan bahawa mereka telah menemukan barang bukti iaitu tongkat, garpu perak, dan getah paip telah diselidiki dan dinyatakan sebagai alat peny!ksaan dua anak beradik ini.

Polisi juga mengajukan perintah pen4hanan terhadap ketiga susp3k di Mahkamah Petaling Jaya. Ramai netizenkecewa dengan apa yang berlaku.

“Saya tidak menyangka ada individu yang sanggup mend3ra dua beradik ini sedemikian rupa. Jika anda tidak mampu menjaga mereka dengan baik, mengapa mengambil mereka sebagai anak angkat?!” ujar salah satu netizen.

“ Sudahlah ditinggalkan orang tua, ditambah pula diseksa oleh penjaga. Kasihan mereka..” ujar netizen lainnya.

Semoga dua beradik ini cepat pulih daripada trauma fizikal dan mental.

Sumber : mysumbermaya

Baca juga : “Kerana Saya Seorang Ibu..” Wanita Ini Menyara Puluhan Anak Angkat Termasuk Anak Yatim!

Baca lagi : Siang Jual Kuih, Petang Ajar Mengaji! Lihat Tempat Pengajian Percuma Miliknya!

Jangan lupa baca : Mengejutkan! Warga Emas Tinggal Di Bekas Tapak Pelupusan Sampah!

Isu Semasa

Atu Zero terpaksa merayu minta bayaran, dedah guna duit sendiri ketika penggambaran Awesome Raja Lawak

Published

on

Atu Zero terpaksa merayu minta bayaran, dedah guna duit sendiri ketika penggambaran Awesome Raja Lawak

PELAWAK Atu Zero meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menagih bayaran daripada stesen televisyen Awesome TV yang masih belum dilunaskan meskipun program Awesome Raja Lawak yang disertainya sudah selesai November tahun lalu.

Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 31, berkata, apa lebih malang, dia menggunakan wang sendiri sepanjang menjalani penggambaran namun apabila bayaran dituntut dia hanya diberi janji kosong.

“Duit sendiri sudah pakai buat minyak, tol, makan dan segalanya sudah saya korbankan.

Atu luahkan kekesalan terhadap Awesome TV.

“Takkan saya sendiri kena mengemis meminta? Hari itu saya sudah pergi ke pejabat Awesome dengan wajah gembira dan tersenyum tapi pulang bersama janji dan gaji yang tertunggak dari tahun lepas,” katanya.

Atu berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Atu menjelaskan biarpun bayaran tersebut tidak seberapa namun ia cukup untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

Atu bagaimanapun memohon maaf sekiranya kenyataan dikeluarkan menyakiti segelintir pihak namun bersedia untuk bertemu pihak stesen berkenaan bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Saya ini hanya seorang bapa dan suami yang berjuang untuk keluarga. Gaji saya yang tertunggak itu tidak besar dan lumayan tapi jangan main-main dengan duit dan hak orang.

“Saya minta maaf kalau ini akan buat ada pihak marah. Kalau tak puas hati saya boleh datang sekali lagi ke pejabat tapi kali ini bukan dengan senyuman,” ujarnya.

Kalau tak puas hati saya boleh datang sekali lagi ke pejabat tapi kali ini bukan dengan senyuman.
ATU ZERO
PELAWAK
Sementara itu, isteri Atu iaitu Syafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, bayaran tersebut tertunggak sejak November tahun lalu.

“Rancangan tersebut sudah habis dari bulan November lagi, bukan Atu seorang sahaja yang terkena tapi ramai lagi artis jadi mangsa.

“Itu belum lagi penggambaran sitkom, artis yang jadi tetamu. Kru pun belum dapat gaji mereka,” katanya kepada mStar.

Syafeeqa berkata, pihak berkenaan berjanji untuk melunaskan bayaran tersebut pada Februari lalu namun sehingga penghujung Mac masih belum ada khabar berita.

Atu bersama pelawak lain di sidang media Awesome Raja Lawak.

“Sampai pejabat mereka janji nak bayar pada bulan Februari, tapi ini dah habis bulan Mac dah. Program dah siar, pemenang program tersebut pun dah umum.

“Stesen televisyen lain dua minggu selepas pengambaran terus dapat bayaran,” katanya lagi.

Sebelum ini penerbit drama Datuk Ayu Puteh turut berkongsi masalah serupa selepas bayaran untuk drama terbitannya tidak dibayar stesen itu walaupun karya berkenaan selesai ditayangkan.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Ustaz Wadi mohon tunda tarikh hadir siasatan, nafi berceramah tanpa tauliah di Kangar – “Ia acara santai bersama masyarakat”

Published

on

Ustaz Wadi mohon tunda tarikh hadir siasatan, nafi berceramah tanpa tauliah di Kangar – “Ia acara santai bersama masyarakat”

NAMA pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat negara kita.

Pada Khamis, nama Ustaz Wadi sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di negeri Perlis.

Terbaharu, Ustaz Wadi tampil memberi penjelasan menerusi media sosial bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung isu berkenaan.

Jelasnya, acara dihadirinya di Kampung Padi Machang, Kangar, pada Khamis bukanlah majlis pengajian agama, sebaliknya acara santai bersama masyarakat setempat sahaja.

“Pada 30 Mac 2023 jam lebih kurang 9.45 malam, saya mengadiri program di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar. Saya dimaklumkan penganjur ini bukan majlis pengajian agama dan hanya sembang santai bersama masyarakat.

“Majlis ini melibatkan beberapa soalan berkaitan perkembangan agensi bukan kerajaan (NGO) kelolaan saya, keadaan terkini ibadah di Makkah dan Madinah dan beberapa kupasan isu semasa.

“Maka saya menerima jemputan yang diadakan di premis persendirian itu serta tidak memerlukan tauliah agama negeri,” jawabnya dalam satu kenyataan pada tengah hari SabtU

Jelas Ustaz Wadi lagi, dia juga tidak pernah dipelawa untuk permohonan tauliah dan belum bertemu dengan pihak Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Saya tidak pernah dipelawa permohonan tauliah melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam Negeri Perlis seperti yang dinyatakan dalam sebahagian laporan akhbar.

“Dan saya juga belum pernah mengadakan perjumpaan bersama JAIPs sebelum ini seperti yang didakwa sesetengah pihak,” jelasnya lagi.

Berkongsi lanjut, Ustaz Wadi mengakui ada menerima surat perintah hadir siasatan daripada JAIPs, namun memohon ditunda ke tarikh lain kerana kekangan masa serta jadual program melibatkan dirinya.

“Pada 29 Mac 2023 saya menerima surat perintah hadir siasatan oleh JAIPs bertarikh 7 April 2023. Kerana kekangan masa dan jadual program yang padat, maka saya sendiri memohon untuk ubah tarikh hadir siasatan pada 17 April 2023 dan diterima oleh pihak berkenaan.

“Saya juga menjunjung perintah Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan tidak pernah mempersendakan peraturan oleh DYMM Raja Perlis.

“Semoga kenyataan balas ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul pada malam tersebut dan memperbetulkan semula persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya lagi.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Lelaki caci maki jiran penghuni flat buang sampah merata, geram bumbung kereta kemik – “Mentaliti miskin pemalas!”

Published

on

Lelaki caci maki jiran penghuni flat buang sampah merata, geram bumbung kereta kemik – “Mentaliti miskin pemalas!”

SETIAP orang pasti ada batas dan titik maksimum dalam mengawal emosi serta perasaan marah.

Namun jika sudah sampai masanya, perasaan itu tidak mampu lagi dikawal hingga dizahirkan dengan kata-kata atau perbuatan.

“Mentaliti miskin pemalas!” demikian luahan kecewa dan marah seorang lelaki gara-gara tingkah laku jirannya yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan video yang dirakam, bumbung keretanya kemik dipercayai terkena bugkusan sampah yang dibuang dari tingkat atas sebuah perumahan pangsapuri.

Lelaki ini menunjukkan suasana perumahan tersebut.

Namun, lokasi kejadian tidak dinyatakan oleh pelayar tersebut.

Menurut mangsa, ini merupakan kali pertama dia berdepan situasi teraniaya seperti itu.

“Tengok tu (sambil merakam keadaan bumbung kereta).

“Aduh, habis kereta. Pertama kali kena macam ni. Memang b*d*h (penghuni) kawasan ni,” katanya.

Video itu kemudian dikongsikan semula di Twitter hingga mengundang kecaman ramai.

Rata-rata mengecam tindakan pelaku yang dianggap tidak bertamadun kerana membuang sampah merata-rata dan membahayakan keselamatan orang ramai dan harta benda.

Hantaran tersebut ditonton lebih 1.2 juta kali setelah disiarkan di Twitter.

Aku B40 juga tapi pemikiran tak ada sampai tahap macam ni suka hati campak-campak dari atas.
NETIZEN
Antara isu yang dibangkitkan ialah tahap kemalasan serta common sense pelaku hingga tergamak menyusahkan jiran-jiran sendiri.

“Orang pemalas pun mereka ada otak, tahu dekat mana nak buang sampah. Bukannya pakat baling je ikut tingkap.

“Ada beza malas ada otak dengan malas tak ada otak ni,” ujar beberapa netizen.

Komen netizen di Twitter.

Selain itu, beberapa pelayar lain turut berkongsi foto menunjukkan situasi sama pernah dialami mereka sebelum ini.

“Tak semua macam ni tapi memang ada. Apabila cakap nanti tahu pula melenting. Aku pun b40 juga tapi pemikiran tak ada sampai tahap macam ni suka hati campak-campak dari atas.

“Memang penduduk PPR ramai pemalas, pengotor. Aku pernah kena. Lauk dibaling dari tingkat atas. Kereta aku habis calar, door visor patah semuanya,” komen netizen di Twitter.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK