Orang Sabah memang “Awesome”. Ini sebab orang semenanjung wajib contohi orang sabah.

0
205

Sabah adalah model negeri multi racial yang wajib dicontohi oleh semua pihak. Baru-baru ini, aku berpeluang berprogram bersama adik-adik dari MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan.

Bilangan mereka lebih kurang 1000 orang. 40% dari mereka beragama Kristian, 60% pula Muslim. Yang beragama Kristian rata-rata dari kaum Kadazan Dusun.

Jujur aku katakan, para pelajar di sini sangatlah menghormati guru dan orang luar yang datang. Cikgu Ahmad, selaku kaunselor sekolah berkongsi, kadang-kadang penat beliau menjawab salam pelajar sepanjang perjalanan.

Ada satu slot, aku minta para pelajar cari BFF yang paling mereka sayangi. Tanpa prejudis, terus saja dicapai tangan sahabat karib mereka. Tak kiralah temannya itu bangsa apa, agama yang dianuti, tidak ada masalah. Berbeza sekali dengan semenanjung, sudahlah pelajar cina duduk dengan cina, india dengan india, melayu pula dengan melayu.

Slot malam pula pelajar perempuan non muslim semuanya memakai baju kurung. Aku tanya mereka, pinjam baju kawan yang Muslim ke. Mereka jawab tidak bah, baju kami ni. Siap ada beberapa pasang lagi tu.

Itu yang perempuan. Yang lelaki pula pakai baju melayu. Jika pelajar lelaki muslim tak pakai songkok dan kopiah, mesti aku tak dapat bezakan yang mana Muslim, yang mana Kristian.

Paling best program di Sabah dan Sarawak adalah, ruang dakwah kau terbuka sangat luas. Kau tak perlu selindung untuk gunakan term agama dalam penyampaian.

Mereka tak pernah berbalah hal kalimah Allah, ucapan Assalammualaikum, Inshaallah, Alhamdulillah, nama para Nabi dan lain-lain. Bila kau sebut jom sama-sama baca Al-Fatihah, pelajar non muslim dah tahu ia doa. Mereka terus genggam tangan dan berdoa mengikut kepercayaan mereka.

Hal seperti ini wajar dicontohi oleh kita semua. Inilah yang patut berlaku di dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia. Jika para pemimpin politik memacu negara tanpa memainkan isu rasis, sentimen agama, kau bangsa pendatang, aku bangsa asal, inshaallah negara akan makin disegani di mata dunia.

Brother Fairuz
MFA Smart Training & Consultancy

Fakta Menarik Tentang Orang Sabah Yang Anda Tidak Tahu

Lelaki ataupun wanita Sabah memang terkenal dengan raut wajah yang kacak dan jelita. Memiliki wajah seperti persis cina, berkulit putih, kulit halus dan licin, jika sekali pandang anda sudah pasti akan mengenali mereka.

Jika anda perasan, mereka sering menggunakan perkataan ‘Bah’ di hujung-hujung perkataan mereka, pasti anda tertanya-tanya, apakah fungsi perkataan ‘bah’ itu sebenarnya kan? Jika di semenanjung, bah itu bermaksud banjir besar, namun bukan itu maksudnya bagi orang Sabah.

Perkataan “bah” tidak menyebabkan banjir tahun lepas atau yang sebelumnya
Perkataan bah memang feymes dalam kalangan rakyat Sabah ni. Contoh bah digunakan

– Bah, sy mau jalan sudah ni. Kamu bila mo jalan?
– Sana bah tu sy letak tu kuih, di atas meja.
– Kalau tiada duit, pandai-pandai lah bah cari kerja kan?
– Kenapa bah tu baju tidak kena cuci?
– Bah yalah, kamu lebih pandai dari kami.

So kalau korang tengok, perkataan bah tidak perlu diharamkan kerana penggunaan bah dalam Sabah bukan bermaksud banjir bah…

Rilot’ ialah perkataan yang biasa juga di Sabah yang bermaksud topup

Jika di semenanjung, kita biasanya menggunakan perkataan ‘topup’ untuk mengisi kredik telefon bimbit. Tetapi jika di Sabah pula, mereka menggunakan perkataan ‘rilot’.

Tidak tinggal diatas pokok

Sehingga sekarang, masih ada yang berpendapat penduduk Sabah dan Sarawak tinggal diatas pokok. Pasti ada dikalangan mereka yang belum pernah sampai ke Sabah dan Sarwak, dan oleh itu mereka hanya membuat andaian seolah-olah mereka mengenali Sabah dan Sarawak.

Jika anda ingin tahu, Sabah dan juga Sarawak sekarang seiring maju dan semakin pesat membangun.

Slang orang Sabah bukan slang orang Indonesia

Ada yang menganggap sebutan atau ayat orang sabah ini seperti bahasa indonesia, sebenarnya mungkin ada sedikit persamaan, tetapi tidaklah begitu ketara. Jangan suka hati sebut sahaja, anda harus pelajari dahulu sesuatu loghat atau slang sesebuah tempat sebelum membuat andaian sendiri.

Muslim dan Non-Muslim duduk semeja

Jika di semenanjung, duduk semeja dengan orang bukan islam itu satu perkara yang perlu diambil berat. Terlalu banyak persoalan dan rasis. Sebenarnya tidak salah pun duduk semeja dan berkawan serta berborak dengan mereka. Jika anda jarang melihatnya di semenanjung, di Sabah anda boleh melihatnya di rata-rata kedai makan dan restoran. Bagi mereka tiada alasan untuk tidak saling berkongsi pendapat dan duduk semeja. Sebab itu Sabah dan Sarawak aman dan damai, tiada rasis dan perbalahan kerana isu perkauman.

Peramah dan humble

Mereka lebih suka merendah diri dan lebih mudah mesra dengan orang sekeliling. Sebab itu mereka mudah mendapat rakan.Gadis-gadis sabah juga terkenal dengan kelembutan dan juga kejelitaan. Ramai diantara mereka memiliki bakat dalam nyanyian dan juga lakonan.

Sumber: Jenteratular.press

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here