Connect with us

Isu Semasa

Orang ramai mula berpusu-pusu merentasi Tambak Johor apabila sempadan Malaysia-Singapura dibuka tepat pada pukul 12.01 tengah malam tadi..

Published

on

tambak

Ribuan rakyat Malaysia jalan kaki lintas Tambak Johor

Johor Bahru: Ribuan rakyat Malaysia yang sebelum ini terk4ndas di Singapura sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 lalu, akhirnya kembali ke tanah air bermula detik 12.01 tengah malam tadi.

tambakTinjauan di Tambak Johor awal pagi tadi mendapati, lebih separuh daripada rakyat Malaysia yang pulang melintas tambak sejauh 2.5 kilometer berkenaan dengan berjalan kaki beramai-ramai selain ada yang menaiki basikal.

Deretan motosikal dan kereta turut dilihat beratur di laluan masing-masing di Tambak Johor. menunggu giliran untuk kembali ke tanah air.

Lebih menyentuh rasa, laungan Allahuakbar serta nyanyian Negaraku yang dinyanyikan rakyat Malaysia yang sedang berjalan kaki, dapat didengari ratusan keluarga yang menunggu penuh sabar di susur keluar Tambak Johor, sehingga ramai yang dilihat mengalirkan air mata kesyukuran.

Kumpulan pertama rakyat Malaysia yang berjaya melintasi Tambak Johor seawal jam 12.05 tengah malam tadi, turut dilihat mengalirkan air mata kesyukuran apabila disambut keluarga tersayang yang ditinggalkan sejak lebih dua tahun lalu.

Penyelia tapak pembinaan di Singapura, Fajrul Rizal Abu Bakar, 28, berkata, perasaannya tidak dapat diungkap dengan kata-kata berikutan terlalu gembira dan terharu apabila akhirnya dapat menjejak kaki di tanah air.

Menurutnya, dia antara ribuan rakyat Malaysia yang terk4ndas di Singapura sejak P K P pada 2020 lalu, sehelai sepinggang.

“Dua tahun saya tak balik. Perasaan itu tak dapat nak digambarkan kerana segala kerinduan dan kese’dihan yang terpendam sejak lebih dua tahun lalu seolah-olah terlepas dari dada.

“Saya tidak dapat lupakan detik 17 Mac 2020 itu kerana saya baru masuk semula ke Singapura bagi memulakan kerja. Namun ketika pengumuman P K P dan sempadan ditutup dilakukan, saya masih bekerja dan tidak menyangka ‘terper4ngkap’ di republik itu untuk lebih dua tahun.

“Saya dan ribuan rakyat Malaysia yang terkndas ketika itu tidak bersedia dari segi ment4l kerana kami beranggapan sempadan ditutup hanya dua minggu berita pembukaan sempadan tidak kunjung tiba selepas lebih dua tahun berlalu, sehinggalah berita gembira yang ditunggu-tunggu diumumkan pada 24 Mac lalu.

“Saya seb4k kerana akhirnya dapat menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga semula lepas dua tahun hidup sendiri di perantauan. Saya akan pastikan untuk berbuka puasa puas-puas dan akan memasak hidangan kegemaran keluarga,” katanya ketika ditemui.

Bagi pekerja tapak pembinaan di Singapura, Mohd Ashraf Azizan, 26, pula, ramai rakyat Malaysia yang mengalirkan air mata kesyukuran apabila berjalan beramai-ramai melintasi Tambak Johor tadi.

Dia juga terkndas di republik itu sejak lebih dua tahun lalu, tidak menyangka mampu bertahan selama itu dalam keadaan sehelai sepinggang ketika sempadan negara ditutup.

“Bayangkanlah, saya dan ramai rakyat Malaysia yang terkndas di Singapura terpksa tidur di kaki lima dan bangku taman pada dua minggu pertama sempadan ditutup kerana tiada persediaan untuk tinggal di republik itu.

“Namun. kami terpaksa kuatkan semangat apatah lagi kebanyakan ahli keluarga di Malaysia diberhentikan kerja dan kami menjadi harapan utama keluarga sebagai penerus mata pencarian.

“Alhamdulillah, penantian kami untuk pembukaan sempadan berakhir walaupun laluan yang ditempuh di Singapura amat berliku namun ia amat mendewasakan kami,” katanya seb4k.

Bagi bapa tunggal, R Suresh, 49, yang bertugas sebagai pegawai sumber manusia di Singapura berkata, dia turut bersyukur dapat kembali ke Johor Bahru dan akan berulang-alik untuk bekerja seperti sebelum pand3mik melanda.

Katanya, dia terbeb4n dengan k0s hidup yang tinggi di Singapura terutama bagi menyewa bilik selain makan dan pengangkutan di republik itu.

“Lebih daripada separuh gaji saya dihabiskan untuk membayar sewa bilik dan menyara hidup di Singapura, manakala separuh lagi untuk dihantar pulang ke empat anak saya.

Sumber : Harian Metro

Gambar :

tambak tambak tambak tambak

Video :

Sumber : Tenter4 Bawang Malaysia

Isu Semasa

Ajal dalam bilik hotel… pengetua maut ketika adakan hubungan sulit dengan guru wanita

Published

on

Ajal dalam bilik hotel… pengetua maut ketika adakan hubungan sulit dengan guru wanita

Seorang pengetua meninggal dunia dalam bilik hotel. -gambar hiasan

SEORANG pengetua sekolah meninggal dunia di sebuah bilik hotel ketika bersama dengan seorang guru wanita.

Lelaki berusia 50 tahun itu disyaki dan guru berusia 39 tahun menjalinkan hubungan sulit.

Kejadian berlaku di sebuah hotel di Tulungagung, Jawa Timur di Indonesia, pada 24 Januari lalu.

Kedua-dua mereka bertugas di sekolah yang sama.

Pasangan bukan suami isteri itu kemudian menginap di sebuah hotel.

Beberapa jam kemudian pengetua tersebut tidak sedarkan diri dan sempat diberi bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak dapat diselamatkan dah disahkan meninggal dunia.

Susulan itu, laporan polis dibuat berhubung kejadian.

Berdasarkan keterangan guru wanita itu, mangsa tidak mengambil sebarang pil ketika melakukan hubungan intim.

Perbuatan ini salah dari segi undang-undang atau/ haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. – Kompas

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Projek HSR: Dua Bekas PM Kena Saman, Pampasan RM1 Juta Untuk Setiap Rakyat Malaysia?

Published

on

Projek HSR: Dua Bekas PM Kena Saman, Pampasan RM1 Juta Untuk Setiap Rakyat Malaysia?

Ekoran dari pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura, seorang lelaki bertindak memfailkan saman terhadap dua bekas Perdana Menteri dan menuntut pembayaran ganti rugi RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia!

Mohd. Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif telah memfailkan saman tersebut pada Disember lalu atas kapasiti peribadi dengan menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai defendan pertama dan kedua.

Bekas Menteri Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan kerajaan Malaysia pula masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Beliau memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi dan bagi pihak seluruh rakyat negara ini yang terjejas dan terkesan akibat tindakan salah, kecuaian dan misfeasans (salah laku ketika berada di pejabat awam) sehingga membawa pembatalan salah projek HSR dan pembayaran pampasan tidak perlu kepada Singapura.

Wartawan Nuzulsham Shamsuddin dari KOSMO! ONLINE juga melaporkan, plaintif telah mendakwa Dr. Mahathir melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatannya ketika itu dengan menangguhkan projek HSR menyebabkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.

Ketika Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin menjadi Perdana Menteri pula, beliau didakwa cuai apabila menamatkan projek berkenaan sehingga kerajaan dan semua rakyat Malaysia termasuk plaintif selaku pembayar cukai perlu mengeluarkan wang RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan Perjanjian Dua Hala di antara Malaysia dan Singapura yang dipersetujui.

Manakala Wee Ka Siong pula didakwa cuai sehingga menyebabkan hak rakyat Malaysia untuk menikmati sistem pengangkutan kelas pertama di peringkat antarabangsa yang pantas, selamat dan murah telah dinafikan.

Kerajaan Malaysia dan Singapura sebelum ini telah bersetuju secara rasmi pada 19 Februari 2013 untuk melaksanakan projek HSR sejauh 350 kilometer yang dijangka siap pada 2026 dengan anggaran kos RM60 billion.

Namun, projek untuk rakyat menikmati perjalanan di antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit itu dibatalkan pada 1 Januari 2021 selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Malaysia kemudiannya dikehendaki membayar sebanyak SGD$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura sebagai kos yang perlu ditanggung bagi pembangunan projek dan pelanjutan penggantungannya.

Plaintif menuntut deklarasi bahawa pembatalan projek yang diumumkan oleh Muhyiddin adalah batal dan tidak sah dan deklarasi supaya kesemua defendan membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia termasuk plaintif kerana telah secara salah dan cuai membatalkan projek HSR.

Pengurusan kes ditetapkan pada 2 Februari 2023 di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar.

Sumber: KOSMO! ONLINE

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Buat lawak lucah ketika ‘live’, netizen jijik tengok perangai ‘bapak2 orang’

Published

on

Buat lawak lucah ketika ‘live’, netizen jijik tengok perangai ‘bapak2 orang’

Tindakan beberapa individu yang membuat live di aplikasi TikTok sambil bergurau sesama sendiri menggunakan lawak ‘double meaning’ telah mendapat perhatian ramai setelah rakaman live tersebut dimuat naik ke laman Twitter.

Buat live lawak double meaning
Menerusi perkongsian daripada pengguna Twitter dikenali sebagai Cikgu Anep, beberapa individu yang ada di antara mereka merupakan pelawak telah membuat bergurau dengan seorang wanita sambil menggunakan perkataan menjurus ke arah lucah.

Dalam video terbabit, mereka telah berlakon seperti berada di dalam kelas dengan wanita tersebut menjadi guru dan individu yang lain sebagai ‘anak murid’.

LIHAT VIDEO DISINI

Kesemua lelaki yang berada di dalam live tersebut seperti mempermainkan guru berkenaan dengan menjatuhkan pen ke bawah dan berulang kali menyebut ‘how much’ merujuk kepada perkara seksual.

Kalau perempuan tu ahli keluarga mereka macam mana?
Gurauan kurang cerdik mereka telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet yang rata-rata jijik mendengar ucapan mereka termasuklah ketika menyebut berkenaan ‘cup’ yang pasti merujuk kepada saiz pakaian dalam wanita.

Mereka menganggap perbualan individu-individu tersebut tidak wajar kerana masing-masing telah mempunyai pengikut tersendiri yang boleh jadi ada diantaranya adalah kanak-kanak.

Sumber: Twitter Cikgu Anep

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK