Connect with us

Kongsi Ilmu

Orang Melayu, Orang Pertama Yang Mengelilingi Dunia, Namun Tiada Dalam Buku Sejarah!

Published

on

orang melayu

TIDAK ramai pihak termasuk rakyat Malaysia mengetahui ratusan tahun lalu, seorang pemuda Melayu dari Melaka pernah mencatatkan pencapaian dan penemuan terbesar dalam sejarah dunia.

Pemuda itu memecahkan antara misteri terbesar menyelubungi masyarakat dunia ketika itu tetapi selama ratusan tahun, peranan dan sumbangan tokoh terbabit dipercayai `disembunyikan’ sejarawan Barat.

Sebelum ini, masyarakat silam cenderung menganggap bumi berbentuk leper dan pelayaran berterusan merentasi lautan menyebabkan manusia jatuh ke ruang misteri `di bawah’ Bumi.

Bagaimanapun, misteri itu berjaya disanggah pemuda Melayu bersama rakan pelayarannya dalam ekspedisi merentas lautan diketuai pelayar terkemuka Ferdinand de Magellan pada tahun 1519.

Ekspedisi bersejarah itu akhirnya membuktikan Bumi berbentuk bulat yang mampu menghubungkan dunia Timur dengan Barat.

Selama ratusan tahun, pelayar Barat seperti Magellan dan Sebastian Elcano dijulang dan dikenang sebagai tokoh membongkar hakikat rahsia itu dan pencapaian pemuda Melayu itu selaku `manusia pertama mengelilingi dunia’ seolah-olah cuba disembunyikan.

Bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini, segelintir pengkaji mula menilai semula jurnal ekspedisi Magellan yang direkodkan pencatat pelayaran, Antonio Pigafetta dan sejak itulah mereka mula menyedari kewujudan pemuda Melayu terbabit.

Ketika itulah, terlintas di fikiran mereka hakikat pemuda terbabit sebagai manusia pertama mengelilingi dunia lantaran beliau ‘mengembara’ dari Melaka ke dunia Timur seterusnya merentasi laut Barat sehingga kembali semula ke tempat asalnya di Asia Tenggara.

Siapakah sebenarnya pemuda Melayu itu? Nama, asal usul dan latar belakangnya tidak diketahui tetapi dalam kalangan pengkaji Barat, beliau dikenali ‘Henry the Black’ atau ‘Enrique de Malacca’.

Pengembaraan beliau mengelilingi dunia bermula apabila Portugis menakluk Melaka pada tahun 1511 yang menyebabkan ratusan pemuda Melayu ditangkap dan dibawa menggunakan kapal ke Lisbon sebagai tawanan perang atau dijual sebagai hamba.

Sebaik tiba di wilayah asing itu, lelaki terbabit ‘berkhidmat’ dengan Magellan dan namanya ditukar kepada ‘Henry the Black’ atau ‘Enrique de Malacca’.

Magellan kemudian berhijrah ke Sepanyol bersama Enrique dan ketua negara itu, Raja Charles I, kemudian mengarahkan pelayar Portugis itu belayar mencari tanah dan harta untuk Kerajaan Sepanyol.

Pemimpin tertinggi Kristian, iaitu Pope, bagaimanapun mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi ke Timur yang diperuntukkan kepada Portugis, sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.

Arahan itu menimbulkan kekhuatiran dalam kalangan kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai dan amat misteri.

Akibatnya, tanpa kelasi, Magellan terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal. Selain Enrique, orang kanan Magellan adalah Elcano dan Pigafetta.

Penemuan dunia baharu

Pada tahun 1519, kumpulan kapal ekspedisi meninggalkan pelabuhan Seville menuju horizon Barat.

Pelayaran menempuh pelbagai kepayahan sehingga ramai kelasi sakit dan mati, malah memberontak meminta Magellan berpatah balik.

Bagaimanapun, penentangan sedikit reda apabila benua baharu ditemui di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Magellan.

Tidak puas dengan penemuan dunia baharu itu, Magellan ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus dalam kalangan kelasi.

Walaupun ditentang, Magellan meneruskan pelayaran memasuki Lautan Pasifik. Pelbagai masalah timbul antaranya ada kapal hilang, selain krisis bekalan makanan meruncing menyebabkan kelasi kebuluran.

Penderitaan dikelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada tahun 1521, satu lagi daratan ditemui apabila ekspedisi itu tiba di Pulau Cebu, Filipina.

Berlabuh di situ, Enrique menyedari pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai bahasa Melayu.

Jurnal Pigafetta mencatatkan Enrique bertindak sebagai jurubahasa antara pelayar dengan penduduk asli tetapi tidak lama kemudian, mereka terbabit dalam konflik peperangan dengan penduduk tempatan.

Pigafetta mencatatkan ramai pelayar, termasuk Magellan terbunuh dan hanya 18 pelayar termasuk dirinya dan Elcano berjaya melarikan diri dan pulang ke Sepanyol pada tahun 1522.

Enrique bagaimanapun diriwayatkan tidak dibunuh tetapi ditinggalkan di pulau itu dan ramai pengkaji sejarah meyakini pemuda itu kembali ke kampung halaman asalnya yang ditinggalkan lama dulu.

Ia sekali gus menjadikan beliau manusia pertama menyelesaikan pengembaraan mengelilingi dunia, iaitu lebih awal berbanding Pigafetta, Elcano serta 16 pelayar yang selamat kembali ke Sepanyol.

Tercatat dalam sejarah luar

orang melayuBagaimanapun, selama ratusan tahun, pencapaian pemuda Melaka itu tidak disedari ramai pihak termasuklah masyarakat negara ini. Hal ini disebabkan kewujudan pemuda terbabit tidak direkod dalam kitab Melayu lama yang menjadi asas rujukan sejarah negara sejak ratusan tahun lalu.

Walaupun peranan pemuda itu tidak tercatat dalam kitab Sejarah Melayu, kewujudan beliau tidak dinafikan kerana tertera dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing, terutama catatan Pigafetta.

Sejarah dilakarkan pemuda Melaka itu sememangnya satu pencapaian besar buat bangsa Melayu tetapi sayangnya peristiwa agung itu kini bagai sudah hilang daripada lembaran sejarah negara.

Berbanding tokoh lain seperti Hang Tuah, Tok Janggut, Parameswara mahupun Pak Pandir, tidak ramai masyarakat, terutama generasi baharu mengetahui atau mengenali jasa pemuda terbabit.

Kisah pencapaian pemuda Melaka itu, bagaimanapun berjaya dikesan penulis fiksyen sejarah, iaitu Harun Aminurrashid yang menghasilkan novel tokoh itu pada tahun 1958. Berikutan nama Melayu pemuda itu tidak diketahui, maka Harun menggelarkan beliau sebagai ‘Panglima Awang’.

Sumber: Berita Harian Online via demimalaiu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#CELEB

“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Masa Mengaji” Rosyam Noor Tegas Dengan Staf Dipuji Netizen

Published

on

“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Masa Mengaji” Rosyam Noor Tegas Dengan Staf Dipuji Netizen

Pelakon senior dan serba boleh yang kini bergelar usahawan sememangnya sering dikagumi masyarakat dan peminat tak kira dalam dunia lakonan ataupun di luar bidang seni.

Terkini, pemilik syarikat penerbitan Suhan Movies telah berkongsi satu video melalui channel youtubenya. Dalam perkongsian tersebut, ianya menunjukkan Dato Rosyam Nor atau pemilik nama sebenar Mohamed Noor Bin Shamsuddin dilihat sedang mengajar para pekerjanya mengaji iqra.

Apa yang menarik perhatian ramai, para pekerja yang diajari oleh Dato Rosyam bukan sahaja lelaki, malah termasuk pekerja wanitanya dalam kira-kira 20 orang kesemuanya.

Dalam rakaman berkenaan jelas kelihatan ketegasan yang dimiliki beliau mengajar para pekerjanya. Beliau sememangnya nampak garang, ibarat gangster namun tetap ada lawak jenakanya. Dato Rosyam yang biasa dipanggil mesra Tok Syam bukan sekadar mengajar mengaji sahaja, malah turut memberikan pesanan dan nasihat tentang kehidupan, terutamanya kesedaran beragama dan kepentingan mengaji Al-Quran dalam kehidupan.

Menurut sumber, Rosyam pernah berkongsi kisah bagaimana beliau mempunyai kesedaran dan ingin belajar tentang agama ketika usianya sudah mencecah 45 tahun. Semuanya bermula apabila dia telah kehilangan ayahnya, akhirnya dia menyedari bahawa dirinya tidak pandai mengaji walaupun diusia yang agak lewat.

Pelakon yang terkenal sebagai watak ‘Tailong’ dalam filem KL Gangster itu memberitahu, setelah berpuluh tahun dia meninggalkan Al-Quran, akhirnya pada usia 45 tahun beliau terdetik untuk kembali mendekati kitab suci umat Islam itu.

Hasil usahanya ingin mendekati Al-Quran, beliau sanggup bermula dengan belajar dari peringkat iqra sehinggalah beliau mampu mengaji dan khatam Al-Quran pada usia 45 tahun. Alhamdulilah.

“Jauh di sudut hati saya, ada satu perkara yang membuatkan saya takut, kerana sehingga ke satu usia, saya masih tak pandai membaca Al-Quran. Arwah ayah saya meninggal dunia depan mata, dan pada ketika itu saya rasa hina sangat diri sebab masih tak boleh mengaji.

“Pada masa itu, saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih kerana masih tak boleh mengaji. Saya terduduk menangis. Saya sangat teringin nak baca Al-Quran untuk ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak. Kami ni orang susah, dulu tinggal satu keluarga dekat estet ladang dan kami memang tak pandai.

Tambah beliau lagi, sekiranya beliau menjadi imam di rumah, anak-anak pun dah tahu apa surah yang akan dibaca.

Beliau mengambil masa yang lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji Al-Quran, sehinggalah hidayah datang dalam hidupnya melalui seorang ustaz.

“Dalam satu sesi penggambaran, ada seorang insan yang telah muncul dan pada peringkat awal saya hanya anggap beliau sebagai peminat biasa. Semasa itu saya mengaku bahawa saya ni tak pandai mengaji dan minta ustaz tersebut mengajarnya.

“Masa saya jemputlah ustaz tersebut datang ajar saya. Setiap hari saya belajar, dan umur 45 tahun saya berjaya khatam Al-Quran, semasa itu ialah 10 hari akhir ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. saya berusaha setiap tahun untuk cuba khatam Al-Quran, dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama”.

“Tapi ada satu syarat, janganlah beritahu orang lain, sebab saya rasa malu, inilah masalah paling besar dalam hidup saya bila dah tua. Tapi kita janganlah malu. Alhamdulilah saya mula belajar mengaji dengan alif ba ta, ujar Dato Rosyam.

Kongsi beliau lagi, ibunya sempat mengerjakan haji, boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak dalam hati apabila kisah isterinya yang mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang itu pun semuanya dinasihati.

“Wahai anak ayah sekalian, ayah dulu banyak buat salah, ayah minta anak ayah tolonglah ayah, jadilah anak yang baik.

Dengan penuh kasih sayang , Dato Rosyam Noor sebagai ketua keluarga memimpin isteri dan anak-anaknya semua. SubhanaAllah, rahsia kemudahan ini semua adalah doa dari ibu dan ayah.

“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu doa lagi dari ibu saya. Saya berikan dia duit dan minta beliau bersedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niatkan Allah luaskan kuburr dan dihadiahkan syurga firdaus untuk ayah saya”.

Beliau yang juga Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah sahaja dulu iaitu Al-Fatihah, An-Nas dan Al-Ikhlas. Kini usia yang semakin meningkat tapi beliau tetap berbangga akhirnya beliau berjaya khatam Al-Quran di hadapan kaabah mekah.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

#CELEB

“Cerita keluarga simpan dalam selimut”… Ashraf Muslim kongsi tip damaikan dua isteri, suami kena tunjuk contoh baik

Published

on

“Cerita keluarga simpan dalam selimut”… Ashraf Muslim kongsi tip damaikan dua isteri, suami kena tunjuk contoh baik

ISU rumah tangga membabitkan selebriti yang hangat diperkatakan di media sosial hari ini sama sekali tidak menjejaskan keharmonian perkahwinan pelakon Ashraf Muslim.

Kata Ashraf, 42, dia sudah menasihati kedua-dua isterinya iaitu Dr Dayana Lokman (isteri pertama) dan Wan Sakinah Ahmad Saburi (isteri kedua) untuk tidak memberi pandangan atau mencampuri urusan perkahwinan orang lain.

“Apa saja cerita mengenai keluarga ni kalau boleh simpan dalam selimut, jangan buka aib… kalau kita sebarkan di media sosial akan rasa kebaikan untuk diri tapi sebenarnya ia memberi ruang untuk nampak keburukkan diri.

“Bila berlaku isu rumah tangga ini, saya cakap kepada kedua isteri saya… biarlah mereka, jangan ambil tahu sebab perkara ini serba sedikit akan memberikan kesan nanti.

“Sejujurnya, dua isteri saya ada la risau sikit apabila melihat isu pergolakkan rumah tangga begini tapi saya selalu pesan kepada mereka kalau boleh jangan samakan masalah orang dengan kita sebab setiap orang ada masalah yang berbeza,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 september 2011 di Makkah.

Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf, 7.

Ashraf kemudiannya berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

#CELEB

Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua

Published

on

Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua

Pelakon veteran, Ruminah Sidek, 77, mendedahkan dirinya seorang gadis yang takut kepada lelaki, tetapi kini mencipta sejarah apabila berkahwin sebanyak lima kali. Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah Kata berkata, dia sudah melalui banyak masam manis dan bersyukur berjaya membesarkan enam anak-anaknya dengan baik sepanjang lima kali perkahwinan.

Jujurnya, saya paling takut dengan lelaki, tetapi takdir menentukan, saya akhirnya lima kali berkahwin. Mulanya, saya kenal dengan askar, orang tegap dan tinggi.

Tetapi, pada awal perkenalan ask4r itu mahu menc!um saya, terus tak jadi mahu berkahwin kerana t4kut. Namun, banyak pula saya berkahwin selepas itu. Saya pernah kem4tian suami sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan itu, saya memiliki seorang anak perempuan dan lima lelaki.

Dan saya memiliki 40 anak tiri,” katanya kepada BH Online. Berkongsi pandangan soal perkahwinan, Mak Mah mengakui, sebagai isteri dan wanita, seseorang perlu sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah. Kita menjadi wanita, tak kira wajah kamu bagaimana diberikan oleh Allah, jangan kamu jadikan apa yang Allah kurniakan itu untuk kamu melonjak di dunia yang sementara.

Kita mempunyai ‘jeneral’ di atas sana, yang menetapkan takdir hidup, jadi apa-apa pun jangan lupa pada ‘jeneral’ kita. Saya tahu ada yang merungut soal dugaan, tetapi kita kena nilai diri sendiri, solat bagaimana. Zikir dan selawat yang disuruh itu bagaimana amalannya?

Kalau kita sendiri tak tahu mengenai Allah, bagaimana Allah nak tahu mengenai kita. Saya cakap bukannya bermaksud menunjuk saya hebat. Apa yang saya nasihatkan ini untuk kebaikan bersama. Solat perlu dijaga dan bila kita buat apa yang diperintahkan Allah, saya percaya kita akan selamat,” katanya yang ditemui pada sidang media dan pelancaran filem Didi & Friends The Movie di Panggung Asia, Gombak, baru-baru ini.

Dan sekiranya diuji dengan perpisahan atau kehadiran insan ketiga dalam perkahwinan, Mak Mah berkata, lalui setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah dengan hati yang terbuka. Kita jalani sahaja laluan hidup yang ditakdirkan Allah. Andai kata sudah buat yang terbaik, tetapi ia tetap berlaku (perpisahan), itu namanya takdir.

Jangan bila Allah uji dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup, kita terus memberontak, jangan. Buang perasaan jika kita rasa tidak berguna dan sebagainya, itu salah. Kita kena terima kerana ini ujiannya kerana Allah nak bagi markah. Jangan tamak sebab setiap orang ada bahagiannya sendiri.

Itu sebabnya ada perkataan reda dan rela. Kita kena yakin dengan Allah, jadi reda. Kalau sesat di tengah jalan, kita kembali kepada Allah,” katanya. Mak Mah berkata, jangan sesekali menyalahkan lelaki kerana dia juga dijadikan oleh Allah. Bukan dia minta dilahirkan sebegitu kerana dunia ini memang dicipta untuk berlakunya semua itu. Jadi, pesanan saya apabila bersuami, kita kena sayang, suka, hormat dan puji dia. Terima dia seadanya,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK