Connect with us

Semasa

“Orang lain lepas SPM dapat sambung belajar, anak saya lepas SPM dapat laki (suami).”; kalau ada ke tak ada diploma atau ijazah mesti akan duduk dapur juga kan?

Published

on

“Orang lain lepas SPM dapat sambung belajar, anak saya lepas SPM dapat laki (suami).”; kalau ada ke tak ada diploma atau ijazah mesti akan duduk dapur juga kan?

“Walaupun tak ada A (gred A), yang penting dapat laki.”, kata-kata ibu tentang anaknya, Shakilla Miezam, 17, susulan keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini.

Pada tahun ini, bagai jadi trend para pelajar bangga memuat naik video menunjukkan slip SPM dengan keputusan tidak memuaskan malah ada juga pelajar seolah-olah bangga mendapat gred gagal (gred G) untuk semua mata pelajaran diambil.

Ketika dihubungi mStar, gadis yang merupakan anak jati Terengganu ini memperjelaskan kisah yang berlaku di sebalik video dimuat naik dengan kapsyen ‘ada saya kisah’ sehingga menjadi tular.

“Saya buat kapsyen macam tu lepas kena kecam upload video bertunang 11 Mac lalu.

Sebenarnya saya ambil SPM tahun depan, bukan macam netizen sangka tu. Tapi saya sudah bertunang atas persetujuan kedua-dua belah famili. Rancangan asal, kami akan berkahwin tahun depan tapi masih belum ada tarikh ditetapkan.

“Keluarga belah tunang yang minta percepatkan ikatan sebab bimbang saya berubah hati. Maklumlah tunang pun dah umur 27 tahun sebab tu mereka risau kalau tak jadi,” katanya yang mesra disapa Killa.

Berbeza dengan kebanyakan pelajar, Killa mempunyai alasan tersendiri kenapa dia mengambil keputusan untuk berkahwin selepas menamatkan sesi persekolahan dengan tunangnya, Nazirul.


Killa telah melangsungkan majlis pertunangan pada 11 Jun lalu.

Katanya, mengikut perancangan mereka akan melangsungkan perkahwinan pada Oktober 2023 dan dia sudah bersedia untuk menghadapi alam rumah tangga.

Jelas Killa lagi, perkenalan singkat selama lapan bulan bukanlah satu alasan atau halangan untuk berkahwin jika jodohnya sudah tiba.

“Kami memang dah rancang nak kahwin tahun depan sebab tu mama cakap macam tu dalam video yang viral.

“Saya kenal dia masa ada shooting dekat Kuala Lumpur. Bakal suami jadi prop master masa tu. Lepas berkawan sejak November tahun lepas, dia terus ajak bertunang.

“Lepas keluar keputusan nanti saya tak pasti lagi nak sambung belajar atau tak tapi bakal suami ada suruh sambung. Cuma saya sendiri rancang nak ikut dia saja bekerja jadi assistant prop,” jelas Killa.

Berikutan video yang dimuat naik di TikTok sehingga meraih lebih 2 juta jumlah tontonan, rata-rata netizen memberikan pendapat masing-masing di ruangan komen.

Malah gadis yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal, Kemaman, Terengganu ini tidak terlepas daripada menerima kecaman sesetengah ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan dibuat olehnya.

Walaupun menerima kecaman, Killa ada alasan tersendiri kukuh bagi keputusan dibuat.

Namun, gadis ini tetap mempunyai sebab kukuh walau menerima kecaman.

“Bagi saya tak ada masalah nak kahwin muda. Hidup sekarang pun saya cuma ada keluarga sendiri saja. Dekat sekolah pun ada dua orang saja kawan. Balik rumah memang luangkan masa dengan mama dan papa.

“Mama pun ada pesan nak kahwin muda ni dia tak kisah pun asalkan tahu galas tanggungjawab. Mama sendiri pun kahwin muda. Alhamdulillah bahagia saja sampai sekarang dah 17 tahun berkahwin. Dari hidup susah sampailah kami senang macam sekarang.

“Lagipun restu ibu bapa kita akan berikan keberkatan dan kebahagiaan hubungan kami. Bagi saya, kalau ada ke tak ada diploma atau ijazah mesti akan duduk dapur juga kan? Tapi kalau macam kes saya, bila dah kerja sama-sama nanti memang jarang duduk dapur,” selorohnya

Dalam pada itu, Killa menegaskan bahawa rezeki, jodoh dan ajal adalah ketentuan Allah yang telah ditetapkan kepada diri masing-masing.

Walaupun masih belajar atau bersekolah, kita hendaklah bersyukur dan tidak mempertikaikan rezeki dan jodoh awal orang lain.

Sumber :Mstar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Semasa

Setelah tiga tahun ‘Menunggu’ Sebab Cov1d, wanita Jepun menikmati durian hingga menitiskan air mata, seolah dia merindui dengan kenikmatan rasa durian

Published

on

By

Setelah tiga tahun ‘Menunggu’ Sebab Cov1d, wanita Jepun menikmati durian hingga menitiskan air mata, seolah dia merindui dengan kenikmatan rasa durian

Durian merupakan buah-buahan tempatan yang digelar sebagai ‘raja buah’, tak hairanlah kalau ada yang sampai menangis apabila dapat menikmati durian, seperti wanita dari Jepun ini. Namun, masih ada juga yang tidak suka dengan buah yang satu ini kerana mempunyai bau yang agak kuat.

Bukan sahaja orang Malaysia yang jatuh cinta dengan rasa lemak berkrim buah ini, orang luar juga ada yang menggemari raja buah ini hingga sanggup datang merentas benua untuk menikmati salah satu kenikmatan dunia termasuk warga Jepun ini.

Mengeksplorasi siaran Youtube milik salah seorang warga Jepun, dia berkongsi detik menikmati durian setelah tiga tahun. Menariknya, wanita Jepun ini menikmati durian hingga menitiskan air mata, seolah dia benar-benar merindui dengan kenikmatan rasa durian.

Dalam pada itu, menerusi video Youtube yang menggunakan nama iChang RM, wanita dan pasangannya itu jelas sekali sangat menggemari buah tersebut dilihat dari ekspresi wajah setiap kali suapan lemak berkrim durian menyentuh lidah mereka berdua.

“Lama tidak berjumpa,” tegur salah seorang peniaga durian itu menandakan bahawa memang dia pernah singgah di gerai ini beberapa tahun lalu sebelum dunia dihebohkan dengan pandemik.

Lebih menarik, wanita Jepun ini juga memiliki dompet yang mempunyai bentuk seperti sepangsa durian. Menurut kapsyen yang dimuat naik bersama video berkenaan, peniaga durian tersebut mungkin mengenali mereka berdua berdasarkan dompet durian yang dimiliki oleh wanita Jepun itu.

Perkongsian video pengalaman warga yang berasal dari negara matahari terbit ini menikmati buah kebanggan Malaysia.

Sumber: iChang RM (Youtube)

Continue Reading

Semasa

Belum bertemu pengganti Vida, Iqbal mahu mencari jodoh, menangis sebelum tidur fikir soal jodoh

Published

on

By

Belum bertemu pengganti Vida, Iqbal mahu mencari jodoh, menangis sebelum tidur fikir soal jodoh

Iqbal menitiskan air mata setiap kali memikirkan soal jodoh. Sehingga kini Iqbal Zulkefli masih belum mempunyai pengganti. Sejak hubungan cinta dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida kecundang ditengah jalan.

Iqbal yang juga usahawan sensai itu menerusi laman Instastory miliknya mendedahkan perkara itu sebagai menjawab pertanyaan netizen yang ingin mengetahui statusnya terkini.

“Jujur akak nak tahu, Iqbal dah ada girfriend atau seseorang yang istimewa di hati? Jawab dengan jujur,” tanya netizen.

Antara soalan netizen yang dijawab oleh Iqbal.

Menurut Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, mendapatkan pasangan hidup yang boleh menerima kekurangan serta susah senang bersama tidak semudah disangka.

Malah kata bekas peserta program Big Stage 2022 itu, ada masa air matanya mengalir memikirkan soal jodoh yang belum tiba sebelum tidur.

Kadang-kadang saya menitis air mata di tengah malam.
IQBAL ZULKEFLI
USAHAWAN

“Belum (kekasih). Kadang-kadang saya stres fikir tentang jodoh. Saya boleh beli apa sahaja yang saya mahu tetapi pasangan hidup, ia tak semudah itu.

“Menemui orang yang jujur, sanggup susah senang dan boleh terima segala kekurangan, ia tidak mudah. Tak semudah orang ramai bertanya ‘Iqbal bila nak kawin? Iqbal dah ada semua kenapa tak kawin? Iqbal, kawin sajalah’.

“Kadang-kadang saya menitis air mata di tengah malam. Tolong doakan saya ya,” kata Iqbal.

Sebelum ini, usahawan berusia 28 tahun itu pernah merancang untuk meminang Vida atau DSV pada tahun lalu namun hubungan mereka berakhir disebabkan konflik yang berlaku.

Iqbal mahu mencari jodoh.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hujan ini juga menjawab persoalan netizen yang ingin melihat gambarnya ketika zaman kanak-kanak.

“Ini gambar saya. Ketika lahir, kulit saya betul-betul gelap seperti orang India. Sampaikan orang fikir ibu saya bela anak angkat. Berganjak usia tiga tahun terus berubah muka macam cina.

“Sebelah ayah saya ada arab, pakistan, india… entahlah. Saya pun pening. Apa yang penting saya sihat,” kata Iqbal.

Continue Reading

Semasa

Yasin Rayu Keluarkan Gan’ja Daripada Senarai Nar’kotik

Published

on

By

Yasin Rayu Keluarkan Gan’ja Daripada Senarai Nar’kotik

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pertu’duhan terhadap Yasin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana menanam 17 pokok gan’ja itu kekal berdasarkan laporan kimia diterimanya. Kes pendakwaan terhadap penyanyi terkenal, Yasin Sulaiman dikekalkan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Da’dah Berbahaya (ADB) 1952.

Bagi peguam Yasin, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan berkenaan dan berterima kasih kepada pihak pendakwaan kerana menyediakan laporan kimia dalam masa singkat.

Selain itu, keadaan semasa Yasin sempat menjadi bualan orang. Dilihat tersenyum, menerusi video dikongsikan Instagram Hlive, Yasin sempat menitipkan pesan menggesa kerajaan Malaysia mengeluarkan kan’abis daripada senarai nark’otik.

“Kan’abis bukan nark’otik, satu dunia dah tahu. 40 negara antara yang maju telah membenarkan kanabis perubatan. Tuhan tak jadikan pohon kan’abis sia-sia, pohon kan’abis adalah untuk rawatan. Maka, keluarkanlah kan’abis daripada senarai nark’otik. Terima kasih semua,” katanya.

Kebanyakan netizen sebak dan bersimpati dengan nasib yang menimpa Yasin. Perkongsian video itu kemudiannya tular di beberapa platform media sosial yang lain.

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK