Neymar Balas Kecaman Suka ‘Berlakon’ Atas Padang

0
1375

 

Pemain penyerang Paris Saint-Germain (PSG) berkata dia telah menjadi orang yang baharu selepas ‘menderita’ disebabkan faul.

Bintang Brazil itu yang dilaporkan menjadi sasaran Real Madrid menggunakan iklan bersama Gillette untuk menjelaskan perbuatannya dan penderitaan melalui insiden patah kaki pada awal tahun ini.

“Kadang-kadang saya melebih-lebih, tapi sebenarnya saya memang sakit,” kata Neymar dalam iklan itu.

“Saya pernah disepak di belakang, kaki saya dipijak… kadang-kadang bukannya senang nak mengawal kekecewaan.

“Masih ada budak kecil dalam diri saya dan ada masa saya membuatkan dunia berasa kagum, tapi ia menjengkelkan bagi sesetengah orang.

“Saya perlu biarkan sifat ini hidup dalam diri saya dan bukannya ketika berada di atas padang.

“Kalau orang kata saya selalu terjatuh, yang sebenarnya jiwa saya hancur dan itu lebih menyakitkan daripada seseorang pijak atas buku lali yang dibedah.

“Saya di sini dengan hati terbuka dan menerima kritikan serta menilai diri sendiri, saya menjadi orang yang baharu,” katanya.

Menurut Neymar, dia mungkin telah kecundang, tetapi kini sudah bangkit dan seluruh negara juga akan bangkit sepertinya. – Football Espana

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here