Connect with us

Viral

Nenek Ditangkap Kerana Mencuri Ubi Untuk Anak & Cucu Yang Sakit Di Rumah!

Published

on

Seorang nenek telah di tangkap atas tuduhan mencuri ubi rebus (singkong).

nenek

“Saya mencuri kerana ingin memberi kepada anak saya yang sangat lapar & cucu yang sakit dirumah”.

Dengan kata mudah, mencuri kerana terpaksa.

Ketua Hakim Apandi kusyuk menatapi wajah nenek seolah-memikirkan sesuatu.

Manakala pihak pendakwa raya menegaskan hukuman yang berat harus dikenakan, atas alasan ingin memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mengulangi perbuatan wanita yang lanjut usia itu.

Hakim Apandi menarik nafas lalu menyatakan “maaf nenek saya tidak boleh membuat pengacualian terhadap undang-undang, maka nenek harus dihukum tanpa kompromi”.

Nenek tunduk pasrah, tanpa disedari air mata menitis dicelah kedutan rautnya.

Lalu Hakim Marzuki bersuara

“dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1000 atau penjara setahun”.

Nenek tersebut seperti langsung tidak memikirkan tentang wang, kerana mustahil baginya mendapatkan wang yang tidak pernah dipegang seumur hidupnya.

Baginya tempat tinggal selepas ini adalah “tirai besi”. Walau tiada kerelaan, dia terpaksa menerimanya.

Mungkin sisa hidup untuk bersama dan menjaga anak dan cucu yang sakit sudah menemui  noktah.

Bagi nenek tersebut walau terpaksa menempuh kesukaran hidup namun dia tetap gembira dengan adanya anak dan cucu.

Begitu tinggi nilai seorang anak dan cucu disisi nenek ini. Raut wajah seperti ingin meraung kesedihan kerana hilangnya semangat peneman hidup.

Tiba2 Hakim Apandi membuka topi dan memasukkan sejumlah wang ke dalam topi tersebut dan berkata,

“Tuan-tuan dan puan-puan, saya sebagai hakim juga menjatuhkan hukuman kepada ahli mahkamah minimum RM100 seorang atas kerana membiarkan nenek, anak dan cucunya kelaparan”.

Tukul kehakiman diketuk sebagai tanda tamatnya perbicaraan.

Hakim Apandi meminta duit berkenaan dikumpul dalam topi yang sudah berisi wangnya tadi.

Seluruh individu yang ada di mahkamah akur lantas memberikan wang yang diminta oleh Hakim Apandi tadi, tanpa pengecualian.

Segala berjalan seperti kehendaknya.

Hasil dari kesemua kutipan sebanyak RM3,500 diserahkan kepada nenek tersebut.

Lalu Hakim Apandi meninggalkan mahkamah dengan tenang sambil mengukir sejuta senyuman.

Nenek dilihat menadah tangan lalu berdoa

“ya Allah.. masih ada insan yang bernama manusia dimuka bumi mu ini. Moga kau rahmatilah hidupnya dan pengikutnya”.

Seluruh penghuni mahkamah memerhati nenek yang berpelukan bersama anak dan cucu dengan titisan air mata…

“Apabila KEMANUSIAAN menjadi budaya, maka KEHARMONIAN akan dirasa”.

“Apabila KEADILAN ditegakkan, maka matilah segala KEZALIMAN”.

Moga kisah ini menjadi iktibar kepada kita supaya menjadi manusia yang merasa, bukan sebagai manusia yang membinasa.

Sumber : Viralmediaku.xyz

Semasa

Pasangan guru maut kemalangan, bekas pelajar luah sedih hilang kata-kata

Published

on

Pasangan guru maut kemalangan, bekas pelajar luah sedih hilang kata-kata

Pemergian pasangan guru yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 274, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman petang tadi mengundang rasa sayu orang ramai.

Menurut laporan Harian Metro, Arbain Baharudin, 47, dan isterinya Rosmayati Bakar, 48 maut di lokasi kejadian manakala anak mereka tiga anak mereka yang cedera dirawat di Hospital Kemaman.

Menerusi laman Facebook, beberapa kenalan terutama individu yang pernah menjadi anak didik pasangan tersebut memuat naik posting meluahkan rasa sedih atas pemergian kedua-dua mangsa.

Rata-rata mengucapkan takziah dan menitipkan al-Fatihah selain mengimbau semula kenangan sewaktu hayat suami isteri berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila MPV Toyota Estima dipandu Arbain terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh pembahagi lebuh raya lalu terbalik.

Difahamkan, pasangan guru yang bertugas di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang itu tercampak lima hingga 10 meter dari kenderaan mereka dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Sumber: Facebook search, Harian Metro (Rosli Ilham)

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Kesian… nak beritahu ada ular, disangka mahu ayam goreng! Dah 2 kali selamatkan tuan, siapa kata kucing hitam bawa malang?

Published

on

Kesian… nak beritahu ada ular, disangka mahu ayam goreng! Dah 2 kali selamatkan tuan, siapa kata kucing hitam bawa malang?

ORANG kata kucing hitam dianggap malang, membawa petanda buruk. Betul ke?

Mungkin tanggapan itu sekadar mitos dan kepercayaan bagi sebahagian masyarakat, tidak kiralah sama ada di Malaysia atau di luar negara.

Namun, seekor kucing hitam menjadi perhatian di media sosial apabila pemiliknya mendedahkan haiwan peliharaannya itu sudah dua kali membantu menyelamatkan individu lain.

Kucing hitam yang dibela Emma sejak kecil.

Bercakap kepada mStar, pemiliknya, Nurul Irma Ismail berkata, kucing hitam yang diberi nama Bulan Gerhana itu merupakan baka domestic long hair dan berusia tujuh tahun.

Memeliharanya sejak kecil, dia yang lebih mesra disapa Emma memberitahu, kucing jantan itu merupakan haiwan yang sangat manja dan mudah dijaga.

“Kejadian pertama berlaku tiga tahun lalu di rumah keluarga saya di Bukit Wang di Jitra, Kedah. Masa tu hanya mak dan Bulan (panggilan kucing) di rumah.

“Mak saya panaskan kuali sebelum masak lauk makan tengah hari, kemudian dia pergi tengok TV kat ruang tamu sehingga lupa. Biasa la mak dah tua, usia 60an.

“Masa tengok TV, mak perasan Bulan asyik meow, dia datang ruang tamu meow-meow dan kembali ke dapur. Tapi mak saya tak kisah sangat sebab Bulan suka meow,” katanya ketika dihubungi.

Bulan sangat manja dan mudah dijaga.

Bagaimanapun, Emma yang berusia 30 tahun berkata, kucingnya itu berulang kali mengiau dan berjalan antara ruang tamu dan dapur.

“Mak pun pusing tengok dia sambil tanya kenapa? Masa tu baru mak ternampak dapur dah berasap. Kelam-kabut mak bangun dan capai tuala untuk padam api kat dapur.

“Mak melecur sikit di bahagian dagu masa nak padam sebab api dah tinggi, apabila letak tuala, api tu macam menyambar ke muka sikit.

“Apabila api dah padam baru Bulan berhenti meow. Tiada apa yang serius selain kerosakan kecil di bahagian dapur,” ujarnya.

Anggota JPAM membawa keluar ular dari kedai makan.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu lagi, insiden kedua pula baru berlaku minggu lalu di kedai makan abangnya yang terletak di hadapan rumah.

“Bulan jarang ada di kedai waktu pagi. Tapi hari tu dia di situ sampai abang dan kakak datang buka kedai kira-kira pukul 10.30 pagi. Buka je kedai, Bulan masuk sambil meow-meow.

“Kakak saya ingatkan Bulan lapar sebab dia selalu minta ayam goreng, tapi Bulan buat macam curious tentang something, dia jalan perlahan-lahan ke meja tempat bancuh air.

Sebenarnya, tak ada kucing pun yang bawa malang dalam hidup ni.
EMMA
“Bulan macam tengok sesuatu dan terus berjalan mengundur. Kakak pun hairan dan dia jenguk bawah meja nak tengok apa yang Bulan nampak,” tambahnya.

Kata Emma, alangkah terkejutnya apabila kakaknya terpandang seekor ular yang sedang melingkar di bawah meja.

Kucing hitam yang dibela Emma sejak kecil.

“Tapi bukan ular biasa, abang tengok nampak sisik besar-besar… baru tahu itu adalah ular tedung selar.

“Abang hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi membantu mengeluarkan ular tedung tu dari kedai. Lepas abang dan kakak tahu pasal ular tu Bulan pun berhenti meow.

“Alhamdulillah, semua okay dalam kejadian ni. Tapi kalau Bulan tak beritahu ada ular, tak pasti la apa yang akan jadi sebab ular tu besar betul,” katanya lagi.

Emma menolak tanggapan kucing hitam pembawa malang.

Turut membela tujuh lagi kucing, Emma yang mengusahakan bisnes dalam talian berkata, perkongsiannya itu sebenarnya untuk memberitahu bahawa sekiranya manusia menjaga haiwan dengan baik dan sempurna, dengan izin Allah ia akan menjaga dan melindungi kita juga.

“Saya juga nak ubah stereotaip orang tentang kucing hitam ni pembawa malang. Sebab Bulan kucing hitam dan dia adalah kucing paling bertuah yang saya ada.

“Sebenarnya, tak ada kucing pun yang bawa malang dalam hidup ni. Kucing pun makhluk Tuhan juga yang perlu disayangi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Lepaskan! Lepaskan! ronta si bibik. Aku tak kira, ini aku punya balas Oyen. Perebutan ini berakhir dengan.

Published

on

Lepaskan! Lepaskan! ronta si bibik. Aku tak kira, ini aku punya balas Oyen. Perebutan ini berakhir dengan.

Kucing adalah teman setia kepada manusia selain daripada bin4tang lain selain anj1ng. Sifat penyayang, lemah lembut dan kecomelan kucing menjadikan ianya bin4tang peliharaan yang amat digemari oleh penggemar kucing tidak kira jenis kucing baka yang terbaik atau kucing biasa.

Lain pula yang terjadi kepada pemilik seekor kucing yang diberi nama Trekkie ini, trekkie sangat suka akan makanan bahkan trekkie sangat suka makan makanan apa sahaja asalkan ianya makanan. Beberapa video yang menunjukkan ketekunan trekkie yang mengejar dan merebut makanan daripada pemiliknya membuatkan ramai teruja melihatnya.

Dimana sahaja ada makanan, trekkie akan segera mengejar makanan tersebut walaupun terpaksa memanjat, menerk4m mahupun merebut daripada sesiapa sahaja. Selalunya kucing ini tidak ada yang agres1f seperti trekkie sampai pandai membuka bungkusan makanan yang memang dibeli untuk trekkie.

Mempunyai lebih daripada 600 ribu pengikut di aplikasi Tik T0k membuatkan trekkie menjadi kucing yang popular dek kerana lagaknya yang agres1f dalam mengejar makanan.

LIHAT VIDEO DISINI

Walaupun begitu, baru2 ini penjaga trekkie membuat kenyataan bahawa trekkie sudah tiada lagi di dunia ini.

Tiada maklumat lengkap yang dapat dikongsikan berhubung kehilangan kucing bernama trekkie itu. Trekkie akan diingati walaupun sudah tiada dan sampai sekarang video kecomelan trekkie ini mendapat jutaaan tontonan di seluruh dunia.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK