Connect with us

Isu Semasa

Nelayan Temui M4yat Lelaki, Leher Dije’rut Tali & Diikat Pada Pokok

Published

on

nelayan

M4yat seorang lelaki dalam keadaan leher dije’rut tali dan diikat pada sebatang pokok ditemui di satu lokasi di Pulau Melaka, Melaka hari ini, lapor Utusan.

Merujuk Utusan, m4yat yang dipercayai warga tempatan berusia 27 tahun itu ditemui dalam keadaan terduduk oleh seorang nelayan di lokasi kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Menurut Ketua P0lis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, penemuan menge’jutkan itu dilap0r oleh saksi di Balai Polis Bandar Hilir tengah hari tadi.

“Sebaik menerima lap0ran, sepasukan pegawai penyi4sat termasuk daripada Unit F0rensik D10 Jabatan Sias4tan Jen4yah (JSJ) Ibu Pejabat P0lis Kontinjen (IPK) Melaka dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan didapati si 4ati merupakan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun berasal dari Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang,” katanya kepada pemberita, lap0r Utusan.

Menurutnya, m4ngsa tersebut ditemui dalam keadaan duduk dan lehernya dije’rut serta diikat pada sebatang pokok.

“Ketika ditemui m4yat mangsa masih lengkap berpakaian dan setakat ini tiada unsur jen4yah ditemui di tempat kejadian.

“M4yat telah dibawa ke Jabatan F0rensik H0spital Melaka untuk proses bed4h si4sat dan kes’ diklasifikasikan sebagai m4ti menge’jut,” jelasnya.

Sumber: Utusan via Siakapkeli

BACA JUGA : Mis’teri Terungkai, Bapa Dan Anak Perempuan Di Tu’duh Kes’ Penemuan R4ngka Budak!

nelayan

SEREMBAN: Dua beranak dihadapkan ke M4hkamah M4jistret Seremban atas pertu’duhan membu’nuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lalu.

Tertvduh Khalid Redza Shuib, 41 dan anak perempuannya berusia 18 hanya mengangguk faham selepas kertas pertvduhan dibacakan jurubahasa di hadapan M4jistret Mohd Firdaus Saleh.

Menurut pertu’duhan, mereka secara bersama pada 3 Mac 2022 lebih kurang jam 7 malam di sebuah rumah di Taman Nee Yan di Seremban telah menyebabkan kem4tian Hanan Hasrul Izwan, 5.

Berikutan itu tertduh did4kwa melakukan kes4lahan di bawah Seksyen 302 Kanun Kes3ksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Khalid Redza turut did4kwa membvnuh Meriammah Abdullah Basam, 29, pada tarikh antara 15 Mac 2022 hingga 17 Mac 2022 di lokasi sama.

Bagi pertvduhan itu juga tiada pengakuan direk0dkan dan tertvduh hanya mengangguk faham selepas kertas pertvduhan dibacakan di hadapan Mjistret Norzaliza Tesmin.

Selain itu di Mhkamah Sesyen pula, Khalid Redza did4kwa menyebabkan ceder4 par4h ke atas Siti Syarifah Aibiddin, 35, dengan cara menyimbah air panas sehingga kulitnya mlecur yang dilakukan antara 1 Disember 2021 hingga 24 Mac 2022.

Artikel penuh (KLIK SINI)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Ajal dalam bilik hotel… pengetua maut ketika adakan hubungan sulit dengan guru wanita

Published

on

Ajal dalam bilik hotel… pengetua maut ketika adakan hubungan sulit dengan guru wanita

Seorang pengetua meninggal dunia dalam bilik hotel. -gambar hiasan

SEORANG pengetua sekolah meninggal dunia di sebuah bilik hotel ketika bersama dengan seorang guru wanita.

Lelaki berusia 50 tahun itu disyaki dan guru berusia 39 tahun menjalinkan hubungan sulit.

Kejadian berlaku di sebuah hotel di Tulungagung, Jawa Timur di Indonesia, pada 24 Januari lalu.

Kedua-dua mereka bertugas di sekolah yang sama.

Pasangan bukan suami isteri itu kemudian menginap di sebuah hotel.

Beberapa jam kemudian pengetua tersebut tidak sedarkan diri dan sempat diberi bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak dapat diselamatkan dah disahkan meninggal dunia.

Susulan itu, laporan polis dibuat berhubung kejadian.

Berdasarkan keterangan guru wanita itu, mangsa tidak mengambil sebarang pil ketika melakukan hubungan intim.

Perbuatan ini salah dari segi undang-undang atau/ haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. – Kompas

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Projek HSR: Dua Bekas PM Kena Saman, Pampasan RM1 Juta Untuk Setiap Rakyat Malaysia?

Published

on

Projek HSR: Dua Bekas PM Kena Saman, Pampasan RM1 Juta Untuk Setiap Rakyat Malaysia?

Ekoran dari pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura, seorang lelaki bertindak memfailkan saman terhadap dua bekas Perdana Menteri dan menuntut pembayaran ganti rugi RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia!

Mohd. Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif telah memfailkan saman tersebut pada Disember lalu atas kapasiti peribadi dengan menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai defendan pertama dan kedua.

Bekas Menteri Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan kerajaan Malaysia pula masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Beliau memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi dan bagi pihak seluruh rakyat negara ini yang terjejas dan terkesan akibat tindakan salah, kecuaian dan misfeasans (salah laku ketika berada di pejabat awam) sehingga membawa pembatalan salah projek HSR dan pembayaran pampasan tidak perlu kepada Singapura.

Wartawan Nuzulsham Shamsuddin dari KOSMO! ONLINE juga melaporkan, plaintif telah mendakwa Dr. Mahathir melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatannya ketika itu dengan menangguhkan projek HSR menyebabkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.

Ketika Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin menjadi Perdana Menteri pula, beliau didakwa cuai apabila menamatkan projek berkenaan sehingga kerajaan dan semua rakyat Malaysia termasuk plaintif selaku pembayar cukai perlu mengeluarkan wang RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan Perjanjian Dua Hala di antara Malaysia dan Singapura yang dipersetujui.

Manakala Wee Ka Siong pula didakwa cuai sehingga menyebabkan hak rakyat Malaysia untuk menikmati sistem pengangkutan kelas pertama di peringkat antarabangsa yang pantas, selamat dan murah telah dinafikan.

Kerajaan Malaysia dan Singapura sebelum ini telah bersetuju secara rasmi pada 19 Februari 2013 untuk melaksanakan projek HSR sejauh 350 kilometer yang dijangka siap pada 2026 dengan anggaran kos RM60 billion.

Namun, projek untuk rakyat menikmati perjalanan di antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit itu dibatalkan pada 1 Januari 2021 selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Malaysia kemudiannya dikehendaki membayar sebanyak SGD$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura sebagai kos yang perlu ditanggung bagi pembangunan projek dan pelanjutan penggantungannya.

Plaintif menuntut deklarasi bahawa pembatalan projek yang diumumkan oleh Muhyiddin adalah batal dan tidak sah dan deklarasi supaya kesemua defendan membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia termasuk plaintif kerana telah secara salah dan cuai membatalkan projek HSR.

Pengurusan kes ditetapkan pada 2 Februari 2023 di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar.

Sumber: KOSMO! ONLINE

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Buat lawak lucah ketika ‘live’, netizen jijik tengok perangai ‘bapak2 orang’

Published

on

Buat lawak lucah ketika ‘live’, netizen jijik tengok perangai ‘bapak2 orang’

Tindakan beberapa individu yang membuat live di aplikasi TikTok sambil bergurau sesama sendiri menggunakan lawak ‘double meaning’ telah mendapat perhatian ramai setelah rakaman live tersebut dimuat naik ke laman Twitter.

Buat live lawak double meaning
Menerusi perkongsian daripada pengguna Twitter dikenali sebagai Cikgu Anep, beberapa individu yang ada di antara mereka merupakan pelawak telah membuat bergurau dengan seorang wanita sambil menggunakan perkataan menjurus ke arah lucah.

Dalam video terbabit, mereka telah berlakon seperti berada di dalam kelas dengan wanita tersebut menjadi guru dan individu yang lain sebagai ‘anak murid’.

LIHAT VIDEO DISINI

Kesemua lelaki yang berada di dalam live tersebut seperti mempermainkan guru berkenaan dengan menjatuhkan pen ke bawah dan berulang kali menyebut ‘how much’ merujuk kepada perkara seksual.

Kalau perempuan tu ahli keluarga mereka macam mana?
Gurauan kurang cerdik mereka telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet yang rata-rata jijik mendengar ucapan mereka termasuklah ketika menyebut berkenaan ‘cup’ yang pasti merujuk kepada saiz pakaian dalam wanita.

Mereka menganggap perbualan individu-individu tersebut tidak wajar kerana masing-masing telah mempunyai pengikut tersendiri yang boleh jadi ada diantaranya adalah kanak-kanak.

Sumber: Twitter Cikgu Anep

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK