Connect with us

Viral

“Nak KFC!!”- Anak Meraung Nak KFC Dari Pagi, Ibu Luah Rasa Bersalah Sebab Tidak Mampu

Published

on

KFC

Kehidupan dalam norma baharu sememangnya memberikan cabaran yang lebih terutamanya bagi mereka yang bekerja sendiri. Tidak dinafikan ramai di luar sana yang hadapi kisah yang sama separti yang dilalui oleh wanita ini di mana anaknya menangis kerana tidak dapat apa yang diinginkan disebabkan ketidakmampuan si ibu.

Anak menangis mahu makan KFC, ibu luah rasa bersalah

Seperti yang dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Fatin Athirah menerusi aplikasi TikTok, anaknya tidak berhenti menangis disebabkan terlalu ingin makan KFC.

KFC

Sebagai ibu yang  tidak dapat memenuhi permintaan si anak, ada kalanya timbul rasa serba salah dan hilang sabar ketika berdepan situasi berkenaan.

Tidak hanya KFC, anaknya juga minta buah durian.

“Bila anak korang minta nak pergi KFC, tapi korang tidak mampu. Dari pagi duk minta nak pergi makan KFC. Kejap KFC, kejap minta nak makan durian. Mama yang jadi hilang sabar.” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai warganet. Rata-ratanya berasa cukup kasihan melihat anak kecil berkenaan. Malah ada yang bertanya keberadaannya dan berniat untuk belanja anaknya makan KFC.

“Akak duk kat mana? Kalau kawasan KL, saya boleh belanja ayam goring..”

“Ni kat mana? Mai saya nak belanja adik ni KFC. Takdelah mampu sangat, tapi bolehlah nak bagi dia happy.”

Perasaan ibu apabila tidak mampu memenuhi permintaan anak

KFC

Dalam pada itu, ada yang berkongsi cerita mengenai anak saudaranya juga teringin KFC. Sebagai alternatif, dia telah belikan ayam goreng seringgit.

“Macam anak saudara saya. Dia minta nak KFC. Last sekali mak pak dia belikan ayam goreng seringgit. Sampai sekarang balik sekolah mesti akan beli ayam goreng seringgit.”

Sebagai ibu, pastinya jauh di sudut hati anda berasa cukup sedih apabila tidak dapat menunaikan kemahuan anak-anak. Lebih-lebih lagi bila bab makanan…

Namun percayalah, setiap kesukaran hidup akan ada jalan penamatnya. Semoga Allah mudahkan urusan ibu-ibu hebat di luar sana dalam melayani karenah anak!

KFC

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

-Anak menangis mahu makan KFC, ibu luah rasa bersalah

-Perasaan ibu apabila tidak mampu memenuhi permintaan anak

-Cabaran yang dihadapi kebanyakan ibu zaman moden

Cabaran yang dihadapi kebanyakan ibu zaman moden

#1. Tiada sokongan atau pertolongan orang lain

Apabila tidak mempunyai sokongan dari orang lain, ibu terpaksa melakukan segalanya seorang diri.

Bukan mudah untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak tanpa adanya pertolongan daripada pasangan. Bayangkan dari pagi hingga ke malam, semua perkara terletak atas bahu anda seorang.

Memang mencabar menjadi seorang ibu, suri rumah dan juga ibu bekerjaya!’

#2. Konfliks dalam hubungan

cabaran ibu zaman moden

Apabila pasangan tidak memberikan sokongan yang sepatutnya, ini secara tidak langsung boleh menjejaskan hubungan suami isteri.

Kesabaran seorang isteri dalam melakukan pelbagai perkara seorang diri lambat laun boleh membuatkan emosi dan fizikal mereka

Justeru jangan tunggu ia berlaku, duduk dan berbincanglah dengan pasangan. Dengar setiap luahan dan dapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.

#3. Ibu terpaksa jadi pakar dalam segenap hal

Meskipun bergelar suri rumah, masih banyak kerja sampingan dari rumah yang perlu diselesaikan.

Bukan itu sahaja para ibu kena serba tahu tentang makanan yang sesuai untuk anak, mengurus hal sekolah dan penjagaan diri anak-anak ketika musim pandemik ini.

Bagi anak yang sudah bersekolah, anda mungkin juga perlu bersiap sedia untuk menjadi ‘guru’ di rumah ketika proses pdpR berjalan.

KFCSejak pandemik ini, ramai ibu meluahkan rasa tertekan dan hilang sabar bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hakikatnya, anak yang masih kecil sukar memberikan fokus ketika kelas online berjalan.

Sumber:TheAsianparent via detikkini

Semasa

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Published

on

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Konsert Mega Lagenda India A.R. Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu sememangnya menghadirkan pelbagai cerita menarik seperti penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang membuka tirai dengan penuh bertenaga.

Lebih menyeronokkan lagi, kehadiran A.R. Rahman bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat India tetapi turut kelihatan pelbagai kaum bersorak apabila penyanyi dan komposer hebat itu muncul.

Namun, disebalik kemeriahan 60,000 penonton di dalam stadium tersebut ada sesetengah pihak yang langsung tidak peka dan menjaga sensitiviti sebagai rakyat Malaysia apabila memuat naik momen berada di konsert dengan kapsyen rasis.

Menerusi posting yang dibuat pengguna Twitter Kesavan Vekraman, dia telah berkongsi semula rakaman Insta Story seorang wanita yang menyebut perkataan menyentuh perihal sensitiviti kaum India.

“Pening dengar lagu k***ng. Nak lagu Nustey please…waiting for Tokti ni,” tulisnya sambil merakam suasana di dalam stadium.

Hidup dah lama, sensitiviti orang pun tak faham

Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai berasa geram kerana tindakan seperti itu boleh menggangu keharmonian semua kaum di Malaysia terutamanya yang hadir sewaktu konsert mega itu.

Susulan dikecam teruk netizen di media sosial, wanita terbabit telah membuat permohonan maaf diatas keterlanjurannya menulis perkataan rasis di media sosialnya yang mempunyai ratusan ribu pengikut.

Konsert A.R. Rahman yang berlangsung pada 28 Januari 2023 telah mendapat sambutan hangat apabila SNBJ dipenuhi penonton lebih dari 60,000 orang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyaksikan konsert tersebut bersama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah dan mengakui sangat gembira melihat pelbagai kaum menyaksikan konsert mega dari komposer terkenal India.

Sumber: Twitter Kesavan Vekraman

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Published

on

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan tindakan ahli politik Sweden berhaluan kanan yang membakar al-Quran. Tindakan biadapnya telah menjadi kecaman ramai termasuklah negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, pemimpin parti ‘Hard Line’ dikenali sebagai Rasmus Paludan yang juga ahli politik anti-imigran Denmark-Sweden itu telah mendapat permit polis bagi mengadakan demonstrasi bertujuan bagi menentang Islam.

Tindakan biadapnya membakar al-Quran tempoh hari telah dilakukan dihadapan Kedutaan Turkiye.

Bakar al-Quran sekali lagi

Selepas beberapa hari insiden tersebut menjadi kekecohan terutama di negara-negara Islam, Paludan sekali lagi membuat onar dengan membakar al-Quran di hadapan masjid di Denmark.

Turkiye panggil Duta Denmark

Susulan itu, memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada media tempatan, Turkiye telah memanggil duta Denmark semalam untuk mengecam tindakan Copenhagen yang memberi keizinan pelampau berhaluan kanan membakar al-Quran disebabkan keengganan Ankara membenarkan Sweden dan Finland menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dalam video yang tular, Paludan pada awalnya membakar satu salinan ayat suci Al-Quran di hadapan masjid di Copenhagen sebelum membakar salinan kedua di luar kedutaan Turkiye.

Disebabkan Sweden membenarkan ahli politiknya mengadakan protes sebegitu di ibu negara, Stockholm, ia sekali gus mendorong Turkiye menangguhkan rundingan dua negara itu untuk mengertai NATO.

Sumber: Kosmo!

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Published

on

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Manjung: “Semalam saya sempat buat panggilan video dengan arwah mak, tak sangka ia adalah kali terakhir kami dapat bergelak-ketawa,” kata Ahmad Shahful Osman Azmi, anak kepada Fatimah Mohd Ali yang meninggal dunia dalam nahas di Jalan Beruas-Ipoh, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, Fatimah, 64, maut selepas Perodua Kelisa yang dipandunya terlanggar van pekerja, lalu terbabas ke dalam gaung.

Kemalangan itu turut meragut nyawa jirannya, Mohd Ibrahim Md Deram, 77.

Akibat kejadian itu juga, suami kepada Fatimah, Osman Azmi Chulan, 70, patah kaki kanan manakala anak kepada Mohd Ibrahim, Fazlina Mohd Ibrahim, 53, parah.

Menurut Ahmad Shahful, 30, dia mengetahui berita kematian ibunya, 9 pagi tadi ketika di tempat kerjanya di Sungai Petani, Kedah.

“Rakan saya yang tinggal di kampung hubungi saya pagi tadi.

“Susah saya nak percaya pada awalnya kerana baru semalam kami bersembang melalui panggilan video.

“Arwah mak sempat berlawak dengan saya dan bersembang dengan cucu bongsunya, Nur Arisa Adelia Ahmad Shahful, 2,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung, hari ini.

Difahamkan, Fatimah dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beruas untuk membawa Osman membuat pemeriksaan kesihatan.

Ahmad Shahful berkata, ibunya seorang yang periang dan suka membantu jiran tetangga untuk pergi membuat pemeriksaan kesihatan di klinik.

“Memandangkan mak boleh memandu kereta, arwah kerap membantu jiran yang berkeperluan. Kadang-kadang bawa mereka buat pemeriksaan di klinik, ada juga teman kawan-kawanya ke pasar.

“Sebelum ini mak akan maklumkan pada kami anak-anak jika mahu ke mana-mana. Tapi, hari ini tidak,” katanya.

Menurut anak bongsu dari tiga beradik itu, kali terakhir dia dapat pulang berjumpa ibu dan ayahnya adalah semasa cuti hujung Disember lalu.

“Semalam, saya ada beritahu mak yang kami sekeluarga akan balik Ahad depan. Sudah ketetapan Allah begini, saya reda.

“Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi,” kata Ahmad Shahful, sebak.

Menurutnya, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Buluh Akar, Parit.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK