Semasa
‘N4luri, N4fsu Saya Masih Lelaki Tetapi Penampilan Sahaja Perempuan’. Apa kata Ustazah Asma Harun?

Pasir Mas: “Naluri dan nafsu saya masih lelaki tetapi hanya penampilan saja ke arah perempuan terutama daripada segi pemakaian,” kata individu hanya mahu dikenali sebagai Abe Pink, 35.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penampilannya yang berambut panjang dan bersolek ketika majlis sambutan ulang tahun perkahwinan bersama pasangannya, Yana, 29, yang bertemakan majlis persandingan.
Postingan yang viral itu telah mendapat perhatian daripada pendakwah terkenal iaitu Ustazah Asma Harun. Apakah ulasan Ustazah berkenaan isu ini?

Abe pink (kanan), isteri (kanan)
“HANYA PENAMPILAN SAYA SEPERTI WANITA, TETAPI NAFSU DAN NALURI MASIH LELAKI?”

Ustazah Asma Harun
Baru-baru ini lalu di wall saya tentang sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7 di atas pelamin yang dihias indah. Si suami berpakaian pengantin lelaki tetapi solekan wajah, dandanan rambut serta perhiasan barang kemas yang dipakai seolah-olah dirinya seorang wanita.
Bahkan yang lebih menyedihkan ialah apabila si suami ini berkata, “Hanya penampilan sahaja seperti wanita, tetapi nafsu dan nalurinya masih seorang lelaki.” Allahu Akbar
Sungguh, saya terkesima melihat setiap babak video yang dipaparkan. Ia bukan hanya ditonton oleh dua atau tiga ratus orang, bahkan ada videonya yang mencapai sehingga 1 juta tontonan di TikTok.
Bagaimana jika ada sebahagian penonton itu terdiri daripada remaja atau kanak-kanak di bawah umur? Apa agaknya mereka akan fikir?
TASYABBUH (تَشَبُّه ) DILARANG DALAM ISLAM
Tuan Puan,
Antara content yang mendapat tontonan yang tinggi di media sosial ialah content jurusolek lelaki yang membuat tutorial solekan untuk mukanya sendiri. Ia seolah telah diterima oleh masyarakat sehingga begitu ramai yang menontonnya. Walhal perbuatan ini dikenali sebagai “TASYABBUH” dan ia bukanlah hal yang ringan kerana ianya DILARANG DI DALAM ISLAM.
Jika kita fahami daripada segi bahasa, tasyabbuh membawa maksud menyerupai sesuatu. Dalam perbahasan fiqh pula, ia merujuk kepada seorang lelaki menyerupai perempuan atau perempuan menyerupai lelaki dalam perkara-perkara seperti pakaian, perhiasan, percakapan dan suara, gaya berjalan dan fizikal tubuh.
Dari Ibn ‘Abbas R.Anhuma dalam sabda Baginda SAW:
لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاء]
Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki. (HR Bukhari)
Jangan kerana kecenderungan dan minat, kita menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. Saya terfikir betapa anehnya manusia, di saat Allah Maha Baik kurniakan rezeki harta, makan minum, ibu bapa, pasangan atau anak-anak kepada kita, namun kita masih tergamak melakukan perkara yang Allah SWT larang.
Bayangkan, seandainya para remaja Islam kita yang menonton video sebegini. Hal yang melibatkan dosa besar dianggap sebagai biasa sahaja. Malahan lama-kelamaan menjadi satu normalisasi yang boleh diterima pula. Nauzubillahi min zalik.
WAJIB ADA RASA RISAU TERHADAP MASA DEPAN ANAK-ANAK MUDA ISLAM
Apa yang berlaku ini sebuah jarum halus dalam masyarakat. Jika perbuatan seperti ini dibiarkan sahaja tanpa apa-apa teguran di media sosial, kita amat bimbang jika suatu hari nanti budaya “TASYABBUH” semakin berleluasa tanpa dapat dibendung. Kita tidak mahu nanti saat bersiar-siar di jalanan, terjumpa pula dengan seorang lelaki namun solekan tebal mengalahkan anak gadis, atau wanita yang wajahnya ayu tetapi berpakaian seperti lelaki.
Mungkin kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat naik, bangga apabila ramai yang memuji. Namun ingatlah bahawasanya perbuatan ini sangat jauh daripada redha Allah SWT.
Jika alasan yang digunakan ialah demi tujuan pemasaran dan ingin menaikkan ‘followers’, sungguh ia tidak boleh diterima. Adakah berbaloi kerana ingin mengaut keuntungan dunia yang sementara, larangan
Allah sanggup diabaikan begitu sahaja?
Allahu Akbar
Dalam Islam, kita diajarkan bahawa:
“الغَايَةُ لَا تُبَرِّرُ الوَسِيلَة”
Maksudnya: “Matlamat tidak menghalalkan cara.”
Jelas, setiap perbuatan yang dilakukan mestilah mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Walaupun kita merasakan dengan cara sebegitulah ‘followers’ mula meningkat, channel Youtube kita juga semakin dikenali. Namun, apa yang lebih penting adalah memikirkan dahulu sama ada pekerjaan yang dilakukan itu mendapat redha Allah atau hanya akan mengundang murka-Nya.
Saya yakin bahawa ramai yang mungkin sudah menyampaikan nasihat buat kalian namun anggaplah penulisan ini sebagai sebuah lagi peringatan kasih sayang daripada saudara se-Islam yang amat mengasihi kalian. Tiada rasa benci, jauh sekali rasa ingin mengaibkan. Namun, saya juga sayangkan masyarakat dan generasi anak-anak kita. Bagaimana seandainya keadaan ini menjadi sebuah normalisasi pula kerana ramainya orang yang sebut “tak apa” pada perbuatan menyerupai jantina lain.
Sahabat, syukurilah setiap bentuk kejadian yang Allah SWT telah kurniakan kepada diri kita.
Firman Allah SWT:
لَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ فِيْٓ اَحْسَنِ تَقْوِيْمٍ
Maksudnya: “Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
(Surah at-Tin 95: 4)
Allah SWT menyimpan banyak hikmah dalam setiap ciptaan-Nya yang pasti membawa rahmat buat manusia. Hukum dalam Islam bukan berasas kepada logik akal semata-mata atau merasakan sebagai hak asasi manusia tetapi semuanya berpandukan wahyu Ilahi dan petunjuk daripada Nabi Muhammad SAW melalui hadis baginda. Ini yang mesti kita benar-benar fahami.
Saya yakin kamu sedang usaha untuk kembali ke fitrah asal seperti yang saya tonton dalam salah satu video kamu, dan saya berbangga dengan ikhtiar kamu itu. Semoga Allah SWT ringankan langkah dalam perjalanan hijrah kamu, dik.
Saya mendoakan juga supaya Allah SWT sentiasa membimbing kita semua dengan hidayah-Nya untuk kembali kepada cara hidup Islam sebenar. Jika ada dalam kalangan sahabat sekalian yang pernah tergelincir dalam kehidupan lalu ingin berubah, saya doakan semoga Allah beri kekuatan dan pandu jalan. Jangan sesekali berputus asa dan bersangka baiklah kepada-Nya. Allahumma ameen.
DOA AGAR ALLAH MEMBIMBING HATI KITA UNTUK TAAT KEPADA-NYA
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Ertinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)
Semoga bermanfaat buat semua.
Semasa
Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga
Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.
Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.
Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.
TONTON VIDEO DISINI
Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.
Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.
Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”
Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.
Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.
Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.
Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!
KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.
Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.
“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.
Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.
Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.
Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.
“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.
“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.
“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.
Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.
Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.
“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.
Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.
“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,
Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.
Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.
Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.
Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.
“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.
“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Selalu Tiap Jumaat Ada Duit RM100 Dilipat Dlm RM1, Tapi Skrng Dah Takde.. AJK Masjid Risau Keadaan Penderma Unik

Selalu Tiap Jumaat Ada Duit RM100 Dilipat Dlm RM1, Tapi Skrng Dah Takde.. AJK Masjid Risau Keadaan Penderma Unik
Masjid bukan sahaja dikunjungi jemaah untuk menunaikan solat atau menyertai aktiviti keagamaan, malah turut menjadi platform untuk menyalurkan derma.
Sedekah akan menjadi lebih ‘rancak’ ketika solat Jumaat, di mana peti sumbangan disediakan di masjid untuk jemaah menderma.
Kebiasaannya, kutipan derma pada hari berkenaan akan dibuat pengiraan sebaik selesai solat Jumaat, yang dilakukan oleh ahli jawatan kuasa (AJK) masjid.
Seorang anak kepada bekas AJK di sebuah masjid di Besut, Terengganu berkongsi pengalaman membantu bapanya bersama AJK lain mengira duit tabung setiap Jumaat.
Namun, remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Aidil berkata, dalam longgokan wang kertas sumbangan jemaah itu terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya.
“Setiap Jumaat, saya akan kira duit tabung masjid di kampung saya. Hampir setiap minggu, saya akan jumpa wang kertas RM100 yang dilipat dalam wang kertas RM1 yang digulung.
“Penyumbang itu selalu guna duit kertas lama RM1, mungkin sebab mudah untuk digulung. Hampir setiap Jumaat, pasti ada satu gulungan wang kertas RM1,” katanya sambil menambah tabung itu diletakkan di pintu masuk dewan solat setiap Jumaat.
Aidil yang berusia 17 tahun itu percaya gulungan RM1 yang disimpan RM100 di dalamnya disumbangkan oleh penyumbang yang sama.
“Ayah saya dilantik jadi bendahari masjid sejak awal tahun dan sehingga ke bulan ini (Disember) ini, masih ada gulungan RM1 di dalamnya RM100.
“Ia membuatkan saya tertanya-tanya, dan rupa-rupanya menurut AJK masjid lain ia merupakan perkara yang biasa yang disedari mereka sejak tahun lalu,” katanya.
Walaupun pandemik Covid-19 memberi kesan kepada masyarakat termasuk ekonomi, namun dia beranggapan ia tidak memberi kesan besar kepada penderma misteri itu.
Dia tidak dapat meneka individu di sebalik sumbangan yang caranya begitu konsisten itu.
Aidil berkata, penderma misteri itu berbuat demikian mungkin tidak mahu nilai sumbangannya disedari oleh jemaah lain sehingga boleh menimbulkan buruk sangka.
“Kalau letak RM100 sampai jemaah lain boleh nampak, dikhuatiri akan menimbulkan riyak. Jadi, adalah lebih baik disorokkkan di dalam gulungan RM1.
“Mungkin juga faktor keselamatan supaya tidak mahu orang lain tahu begitu banyak duit derma dalam tabung. Tambahan sekarang ni di sesetengah masjid ada saja kes pecah tabung derma,” katanya sambil menambah bapanya meletakkan jawatan sebagai bendahari masjid tersebut, baru-baru kerana masalah kesihatan.
Selain identiti penderma misteri itu menimbulkan persoalan, ketidakhadirannya ke masjid itu pada Jumaat turut membuatkan ramai gelisah.
View this post on Instagram
“Bukan sebab tak ada duit RM100, tapi tentang keadaan penderma berhati mulia itu. Sampai kami bimbang penderma itu adakah dia sakit sebab tak dapat ke masjid.
“Mungkin juga dia solat Jumaat di masjid lain atau ada uruan kerja. Sama juga seperti penderma-penderma lain, kami harapkan penderma misteri ini diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezekinya. Terima kasih di atas sumbangan kepada masjid,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan