Viral
“Berniaga Sambil Beramal..″ – Beli nasi lemak RM 1.50, Dapat Duit RM 5!

Beli nasi lemak RM 1.50, Dapat Duit RM 5!
Perkongsian yang dibuat oleh seorang individu bernama Ameerul Hay4t, dia mana dia berkongsi mengenai nasi lemak yang berlaukkan wang nota RM 5 tular di sosial media, Facebook.
Standard nasi lemak biasanya akan ada lauk sambaI tumis, telur rebus, ikan bilis beserta kacang g0reng, dan timun di daIamnya.
Tapi bila ikut peredaran masa ini, nasi lemak boleh ditambah dengan lauk-lail lain seperti ayam, s0tong, paru dan ker4ng serta aneka sayur pilihan.
Namun lain pula pengaIaman se0rang lelaki ini apabila bungkusan nasi lemaknya mengandungi ‘lauk’ istimewa. Siapa s4ngka, apabila membuka bungkusan nasi Iemaknya, terselit sekali dengan n0ta RM5 yang disimpan kemas dalam plastik kecil.
Terk3jut dan teruja dengan pengaIaman itu, Ameerul Hay4t telah berk0ngsikan pengalaman tersebut di laman Facebook.
Menurut Ameerul, nasi lemak tersebut sebenarnya dibeli 0leh rakan isterinya di sebuah gerai yang terIetak di Taman Saujana Kota Tinggi, Johor
“Nasi lemak ini dibeli rakan isteri. Dia beli enam bungkus. Bila buka ada duit, saya terkejut. Terus WhatsApp hantar gambar dan tanya bini, apa maksudnya? Bini saya jawab mungkin peniaga tersebut nak bersedekah sebab duit itu terIetak el0k dalam plastik takut k0tor kena sambaI,” katanya.
Tambahnya lagi, ini kali ketiga rakan isterinya membeli nasi lemak berharga RM1.50 sebungkus di gerai terbabit dan baru kali ini terdapat duit di daIamnya.
“Dalam enam bungkus itu saya yang bertuah kerana dapat RM5. Saya kira ini hari bertuah untuk saya. Peniaga itu pula, dalam berniaga pada masa sama dia nak buat sedikit amaI. Saya mend0akan agar perniagaannya semakin maju,” ujarnya.
Baru-baru ini se0rang pengguna Twitter @hznietlib turut berk0ngsikan nasib yang sama apabila mendapati ada n0ta RM5 dalam nasi lemaknya.
Sem0ga dimurahkan rezeki peniaga yang menjual nasi Iemak itu.
Pelbagai cara untuk nak buat amaI dan kebaikan, terpuIang atas kreativiti masing-masing.
Sumber gambar dan artikel: says.com / newshubs24
Viral
Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun

Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun
Seorang lelaki berusia 38 tahun di Indonesia akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas 25 tahun melarikan diri daripada rumah tanpa sebarang berita dan dianggap sudah meninggal dunia.
Disambut gembira
Difahamkan, lelaki berkenaan menghilangkan diri gara-gara takut untuk berkhatan semasa berusia tujuh tahun. Kepulangannya secara tiba-tiba itu telah mengejutkan ahli keluarganya.
Ini kerana, ahli keluarganya telah mencuba dan berusaha sedaya upaya untuk menjejaki kehilangan lelaki tersebut namun gagal ditemui.
Pun begitu, hasil kerjasama serta bantuan daripada pihak berkuasa dan sekumpulan YouTuber, akhirnya membuahkan hasil apabila ditemui di wilayah Bantul, Jogjakarta.
Kepulangannya tetap disambut gembira oleh ahli keluarga yang berkumpul di hadapan rumah.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Viral
Hidu dalam-dalam, cium tuala arwah bapa buat lepas rindu… Ramai sebak tonton video anak manja ini – “Dud sayang papa!”

Hidu dalam-dalam, cium tuala arwah bapa buat lepas rindu… Ramai sebak tonton video anak manja ini – “Dud sayang papa!”
RASA rindu pada insan yang sudah meninggal dunia merupakan satu perasaan sukar untuk dizahirkan dengan kata-kata.
Demikian juga perasaan yang membelenggu kanak-kanak lelaki bernama Luth ini terhadap arwah bapanya, Zulfikal Ami yang meninggal dunia pada 26 Disember tahun lalu.
Kisah Luth diceritakan ibunya, Amiesya di TikTok selepas melihat kegelisahan anaknya itu gara-gara menanggung rindu.
“Daripada semalam dia tak tidur. Asyik bangun keluar bilik. Apabila ditanya kenapa, dia bagi alasan nak charge telefon, kencing, makan… nak tidur tepi mama.
“Dia cakap sayang mama. Mama ikutkan sahaja kehendak dia semalam. Sedar-sedar pagi tadi cari mana Luth. Dekat ruang tamu tak ada. Rumah sunyi saja,” ujarnya.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan dapur, wanita ni melihat si anak berkelakuan persis arwah bapanya yang akan bermain telefon di kedudukan sama sambil minum di meja makan di kediaman mereka di Kelantan setiap kali pulang daripada kerja.
Apabila ditanya mengenai tindakan anehnya pada pagi itu, Luth hanya mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan.
Tanpa berlengah, si ibu menyediakan sarapan air bersama kuih muih untuk mereka sekeluarga.
Kata Amiesya dia juga menyedari bahawa seawal itu Luth sudah selesai mandi berdasarkan keadaan tuala yang bersepah.
Amiesya bersama ahli keluarganya.
Namun apabila ditanya kepada Luth, jawapan diberikan oleh anak lelakinya ini menyentap jiwa hati seorang ibu.
“Saya tanya sama ada adik (Luth) sudah mandi atau belum. Dia jawab sudah kerana nak pergi Kuala Krai dengan papa. Nak pergi kedai dua ringgit (Ecoshop).
“Saya tanya dia papa dekat mana dik? Dia jawab papa dekat kubur. Terus dia diam. Saya panggil dia masuk bilik… tiba-tiba dia menangis,” ujar si ibu.
Dia masuk bilik peluk Luth tengah tidur… itulah pelukan terakhir untuk Luth.
AMIESYA
“Dud (panggilan Luth) rindu papa… Dud sayang papa,” ujar Luth sambil memeluk tuala buruk yang sering digunakan arwah bapanya.
Pada video dimuat naik si ibu di TikTok, jelas kelihatan si anak menangis teresak-esak sambil memeluk tuala yang dimaksudkan.
Jelas ibu kepada empat cahaya mata, berkemungkinan perasaan itu sudah lama dipendam oleh Luth sejak kehilangan ayahnya sekitar sebulan lalu.
Apatah lagi menurut Amiesya, Luth merupakan anak yang paling rapat dan manja dengan suaminya.
Bercerita mengenai tanda-tanda yang ditunjukkan suaminya sebelum pergi buat selamanya, Amiesya berkata pada hari kejadian arwah pulang awal dari tempat kerjanya berbanding biasa.
“Haritu dia pulang pukul 4.55 pagi. Dia kejut suruh saya buka pintu. Terus dia masuk bilik peluk Luth tengah tidur. Itulah pelukan terakhir untuk Luth.
Zulfikal meninggal dunia pada 26 Disember 2022.
“Papa tinggalkan Luth pukul 8 pagi naik motosikal ke JPJ di Gua Musang sebab ada urusan,” imbasnya lagi.
Namun, pada jam 9 pagi wanita ini dikejutkan dengan panggilan bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawanya.
Begitulah yang terjadi sebagaimana telah dikongsikan Amiesya di TikTok sehingga mengundang sebak warga maya.
Untuk rekod, rakaman menunjukkan keadaan Luth menangis merindui bapanya itu ditonton lebih 3.1 juta pengguna aplikasi berkenaan.
Sumber: mStar
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Warga Britain jalan kaki 547 km dari Makkah ke Madinah, hayati pengorbanan hijrah Rasulullah

Warga Britain jalan kaki 547 km dari Makkah ke Madinah, hayati pengorbanan hijrah Rasulullah
LIMA lelaki warga Britain yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah berjalan kaki untuk menziarahi Madinah al-Munawarrah.
Perjalanan sejauh 547 kilometer (km) itu mengambil masa kira-kira 185 jam atau tujuh hari untuk kelima-lima pengembara tersebut tiba di destinasi.
Kumpulan tersebut menyatakan tujuan utama kembara itu adalah untuk merasai sendiri jerih perih yang dilalui Rasulullah SAW ketika melakukan hijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada 1400 tahun yang lalu.
“Mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam pengembaraan ini membuatkan kami berasa sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan seolah-olah kami sedang berjalan bersamanya.
“Kami belajar banyak perkara tentang Rasulullah SAW dan rasa sayang kami kepada baginda bertambah berlipat ganda,” kata Rashid Ali yang merupakan salah seorang peserta dalam kumpulan itu.
Terdahulu pada tahun 622 Masihi, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW untuk berjirah ke Kota Madinah kerana tentangan masyarakat Arab Quraisy yang semakin hebat di Makkah.
Hijrah itu mustahak demi keselamatan Rasulullah SAW dan para sahabat serta penyebaran Islam yang perlu diteruskan.
Kumpulan itu menerima sambutan yang luar biasa dari penduduk di Madinah.
Setibanya kumpulan warga Britain itu di Madinah, mereka disambut dengan meriah, diiringi paluan kompang, dihidangi jamuan makanan dan dikerumuni penduduk tempatan yang teruja dengan pencapaian mereka.
Dua orang dari ahli kumpulan itu sebelum ini pernah mengayuh basikal dari London, Britain ke Makkah, Arab Saudi dan merupakan individu pertama dalam sejarah yang berjaya berbuat demikian.
Rata-rata warga maya yang melihat kisah mereka berasa teruja dan mengambilnya sebagai inspirasi untuk tidak mudah berputus asa dalam hidup. – ilmfeed
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral11 months ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral10 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral9 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral11 months ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized10 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG10 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi10 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral10 months ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan