“Mujur sempat elak…” – Sangkakan sampah,rupanya ‘Bangla’ diikat,dibuang tgh jalan.

Cullik sering kita dengar melibatkan golongan kanak-kanak dan juga wanita. Hal ini disebabkan golongan ini dijadikan sebagai hamba pada masa akan datang ataupun digunakan untuk penjualan organ-organ dalaman manusia. Perkara ini amat membimbangkan terutamanya kepada ibu bapa.

Namun begitu, golongan dewasa juga tidak terkecuali menerima ancaman risikko jenayyah ini. Golongan dewasa selalunya dijadikan bahan tebusan untuk memeras ugut bagi mendapatkan wang bagi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam di jalan dari Sungai Buloh mengarah Kuala Selangor, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Afiq Qawiem telah berkongsi detik-detik cemas apabila beliau hampir-hampir sahaja melanggar seorang lelaki warga Bangladesh di tengah-tengah jalan. Pada mulanya,menurut beliau hanya menyangka plastik hitam ditengah jalan dan berjaya mengelak. Tetapi bila dilihat dengan teliti,rupanya itu bukanlah sampah seperti yang disangka,tetapi adalah manusia yang telah diikat kaki,tangan dan mulut. Ikuti perkongsian beliau.

Sangkakan Plastik Hitam

Cerita depan mata Hari Ni… Lebih kurang dlm 10 malam td, otw balik kampong Dari Saujana Utama ngam2 dkt simpang 3 dpn kilang UPB, Dari jauh nmpak mcm plastik hitam dkt tgh jalan.

Mujo mmg bawak slow td dpt elak plastik hitam tu tp bile dipandang betul2 itu bukan plastik hitam tapi org y diikat kaki, tangan, mulot ditutup. Dicampak Dari kereta ke tgh jalan mungkin dgn tujuan nk suruh org langgar sbb jalan tu gelap kalau aku bawak laju td mmg dah sapu habis dah.

Aku Pon patah balik nk pastikan betul ke org atau plastik hitam, betul org.. org tu Bangla, merengek2 suruh selamatkan die.. tp aku cakap terus terang

Tangan & Kaki Diikat Guna Dawai,Tape Hitam

“Bhai sini tempat gelap, dlm kereta sy Ada anak bini, sy mintak maaf sy xboleh turun.. BIAR sy call polis dulu biar polis dtg, Baru sy turun. Sy tkt kena sammun” dah call polis dlm 15 minit polis sampai, tangan kaki ikat dgn dawai + tape hitam + Tali mmg kaw ketat punya smpai tgn bhaiya tu bengkak la darah Tak jalan..

Sempat gak Tanya TD siapa buat mcm Ni Bhai, die jawap “Ada org ramai, tutup muka.. sy kerja LBS diorg culik tgh hari bawak sy pergi rumah, Kasi hantam saya sbb mau wang.. sy xda wang, malam buang sy sini tgh jalan, salamat abg Tak langgar sy, sy takut”

Org Pon dah ramai berenti, aku pegi dkt polis TD ckp “kalau dah xde apa2 saya balik dulu, Sy buat call 999 td, kalau Ada apa-apa boleh call sy”

wehhhh agak2 la wehh.. nk paw2 jela smpai buat mcm Ni cmpak tgh jalan pulak, kalau kene langgar dah menyusahkan org lain.. bodo si buat keje Ni.

Menurut seorang rakan beliau,beliau juga ada melalui kawasan tersebut sebelum saudara Afiq menjumpai warga Bangladesh tersebut. Beliau terdengar jeritan meminta tolong dari arah sisi jalan dan ketika itu terdapat 3 kereta yang berhenti di sisi jalan. Namun beliau meneruskan perjalanan kerana takut disamun.

Syukur kepada Allah kerana menyelamatkan warga Bangladesh tersebut. Allah memanjangkan umur beliau dengan menhantar seseorang untuk membantu beliau yang sedang didalam kesusahan. Tindakan berani lelaki ini juga harus diberikan pujian kerana berani menghulurkan bantuan walaupun berdepan dengan risiko. Semoga kisah ini menjadikan kita seorang yang prihatin terhadap keadaan sekeliling.

Semoga bermanfaat.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*