Mourinho: Kami ‘Hadiahkan’ Kemenangan Buat Brighton

0
293

 

Permulaan hambar Manchester United musim ini berlanjutan apabila mereka tewas 3-2 di tangan Brighton & Hove Albion, malam tadi.

Corak Permainan United dalam perlawanan tersebut mengundang kritikan ramai pihak kerana United dilihat bermain cukup teruk, terutamanya ketika bertahan. Kombinasi Eric Bailly dan Victor Lindelof banyak melakukan kesilapan yang menjadi penyebab gawang David De Gea dibolosi dengan tiga gol.

Mourinho tidak mahu berdalih lagi, dia mengakui pasukannya membuat banyak kesilapan dan terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal apabila dimalukan Brighton. Bekas jurulatih Chelsea itu tidak tahu sama ada pasukannya sekarang cukup baik untuk bersaing untuk merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Sebagaimana diketahui, sepanjang sesi pra-musim United, Mourinho selalu mengeluh tentang keadaan skuadnya yang tidak lengkap. Dia terus mengeluh kerana United gagal mendapatkan pemain yang dia mahukan.

Mourinho turut yakin pasukannya tak mampu bersaing untuk merebut gelaran musim ini kerana pesaing mereka seperti Manchester City dan Liverpool berjaya membina pasukan dengan baik.

“Saya sudah pernah menagtajan bahawa akhir November, Desember, anda akan mengetahui jika kami mampu bersaing atau pun tidak (merebut gelaran kejuaraan),” kata Mourinho kepada manchester evening news.

Diminta mengulas lanjut mengenai kekalahan kepada Brighton, Mourinho mengatakan pasukannya telah memberi kemenangan percuma kepada lawan.

Bagi Mourinho, Brighton layak meraih kemenangan kerana bijak memanfaatkan peluang yang diperolehi hasil daripada kesilapan pemain United.

“Dua kesilapan. Kami membuat kesilapan dan dihukum kerana itu, terkadang anda membuat kesilapan dan dihukum, terkadang lawan tak mampu memanfaatkan peluang tersebut.

“Mereka (Brighton) sangat bijak memanfaatkan ‘hadiah’ yang kami berikan dan itulah saya fikir mereka layak menang,” kata Mourinho.

 

 

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here