Semasa
Momen cucu-cucu melompat peluk nenek buat ramai sebak… Tapi ‘Maktin’ pula bocor rahsia, rupanya baru 2 minggu tak jumpa

Momen cucu-cucu melompat peluk nenek buat ramai sebak… Tapi ‘Maktin’ pula bocor rahsia, rupanya baru 2 minggu tak jumpa
KEHADIRAN anak kecil sememangnya menjadi penyeri dalam sebuah keluarga.
Mereka bukan hanya ditimang dan ditatang ibarat minyak yang penuh oleh ibu bapa, malah menjadi ‘intan payung’ kesayangan datuk nenek serta ibu saudara.
Jika ditelusuri di media sosial, banyak perkongsian video yang dimuat naik oleh warga maya memaparkan momen istimewa bersama datuk atau nenek masing-masing yang bisa menyentuh hati ramai.
Baru-baru ini tular satu video memaparkan momen di mana seorang nenek datang membuat kejutan di rumah cucunya untuk melepaskan kerinduan, yang mana membuatkan rata-rata netizen turut sebak.
Sehingga kini video tersebut meraih lebih 450,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.
Berkongsi cerita dengan mStar, Fatin Zulaikha Ismail berkata video tersebut dirakam olehnya secara spontan ketika dia bersama ibu, Zaimah Mohd, 64, berkunjung ke rumah sepupunya.
“Tiga orang kanak-kanak di dalam video itu sebenarnya anak kepada abang sepupu saya. Kiranya, mereka adalah cucu saudara kepada ibu saya. Walaupun berpangkat cucu saudara dengan nenek saudara, namun hubungan mereka sangat erat.
“Abang sepupu saya sebelum ini pun rapat dengan ibu malah membesar bersamanya. Jadi selepas dah berkahwin dan ada anak, anak-anaknya pula rapat dengan ibu.
Fatin (kiri) bersama ibunya (tiga, kanan) dan keluarga abang sepupunya.
“Malah ibu sering menjaga mereka sebab rumah kami dengan abang sepupu sekitar 30 kilometer saja… masih lagi dalam bandar Seremban.
“Kalau tengok video, orang mesti ingat itu nenek dan cucu, dan orang fikir dah lama tak berjumpa. Sebenarnya dua minggu kami tak bersua muka, tapi gaya mereka berpelukan ibarat dua tahun tak berjumpa,” ceritanya berseloroh.
Mesra disapa sebagai Fatin, wanita berusia 29 tahun ini berkata kanak-kanak tersebut yang berusia dalam lingkungan dua hingga lapan tahun memanggil ibunya dengan gelaran Tokde.
“Saya anak tunggal dan masih belum berkahwin. Jadi, budak-budak itulah tempat ibu saya melepaskan kerinduan dan melayan macam cucunya sendiri.
Sebenarnya dua minggu kami tak bersua muka, tapi gaya mereka berpelukan ibarat dua tahun tak berjumpa.
FATIN ZULAIKHA ISMAIL
“Kalau kami berjalan ke mana-mana, ibu mesti tak lupa belikan buah tangan atau hadiah buat cucu saudara kesayangannya itu. Selalu juga kami ‘culik’ tiga beradik tu bawa balik sebab mereka mesti nak ikut.
“Abang sepupu saya dan isterinya pun dah tahu dah… anak-anak mereka memang suka ikut Tokde sebab nak tidur dengan Tokde mereka. Kalau nak tahu, mereka memang jenis periang dan penyayang.
“Saya balik kerja dan muncul dekat pintu rumah pun, mereka terpa dan peluk macam lama tak jumpa. Tapi itulah hati tulus kanak-kanak apabila mereka nak tunjukkan kasih sayang,” ujarnya lagi.
Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Fatin berkata dia sekadar mahu mengabadikan momen istimewa tersebut untuk dijadikan tatapan untuk masa depan kelak.
Busana raya pasti dipilih dengan tema warna sedondon melambangkan keakraban hubungan keluarga.
“Ibu saya dah tua… ini salah satu perkara yang membuatkannya gembira. Kita tak tahu hayat masing-masing berapa lama, jadi selagi ada peluang dan ruang, habiskan masa dengan melakukan perkara-perkara gembira bersama keluarga.
“Tak sangka ramai turut tersentuh bila tengok video tu. Tapi sedih juga bila ada yang komen, hubungannya dengan neneknya macam langit dengan bumi. Sedih pula apabila terbaca komen macam tu.
“Secara tak langsung, menerusi video itu, saya nak sampaikan betapa pentingnya kita eratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga dan ambil peluang yang ada untuk cipta kenangan manis,” ujarnya lagi.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Pemuda kuku panjang ‘tewas’ tibanya Ramadan, tiada lagi alasan ‘tunggu Jumaat’! Ibu akhirnya dapat guna pengetip dalam beg

Pemuda kuku panjang ‘tewas’ tibanya Ramadan, tiada lagi alasan ‘tunggu Jumaat’! Ibu akhirnya dapat guna pengetip dalam beg
PENANGAN ‘kuasa’ seorang ibu sememangnya tidak dapat dinafikan.
Manakan tidak, seorang pemuda hanya mampu tersenyum merelakan kukunya yang panjang di jari kelingking dipotong ibu sendiri.
Kawasan parkir kereta menjadi saksi, apabila ibunya secara spontan mengeluarkan pengetip kuku dari dalam beg tangan bagi memotong kukunya sehingga pendek agar kelihatan kemas.
Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Aliff Aiman Ismail berkata, dia menyimpan kuku sehingga panjang di jari kelingkingnya sejak lima bulan lalu.
Sepanjang tempoh itu juga, dia yang lebih mesra disapa Aliff memberitahu, ibunya berkali-kali menegur supaya memotong kukunya yang panjang itu.
“Mulanya saya simpan kuku panjang ni ikut kawan. Mak kemudian tegur tak elok simpan kuku panjang dan secara kebetulan ditegur bukan pada hari Jumaat.
“Saya beri alasan nak potong kuku hari Jumaat sebab sunat (digalakkan). Sudahnya berkali-kali Jumaat kuku panjang di jari kelingking masih belum potong.
“Itu belum lagi macam-macam alasan lain seperti orang-orang tua dulu pantang kalau potong kuku pada waktu malam,” katanya kepada mStar.
Kuku Aliff dipotong pendek.
Pemuda berusia 25 tahun itu berkata, dia sebenarnya baru menjalani pembedahan ligamen lutut akibat kecederaan yang dialami ketika bermain bola.
“Mak juga tegur imej kuku panjang tidak baik di tempat kerja. Malu orang tengok kuku panjang sebab ia merupakan sebahagian daripada penampilan kita.
“Saya pula cuti sakit selama dua bulan selepas pembedahan dan banyak masa dihabiskan di rumah. Jadi memang tak pergi ke tempat kerja untuk guna alasan tu,” ujarnya yang berasal dari Setiu, Terengganu.
Buka puasa bersama keluarga selepas insiden ‘potong kuku’.
Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia bersyukur kerana keadaan lututnya beransur pulih dan boleh berjalan seperti biasa.
Pada masa sama, Aliff juga pernah menyuarakan kepada ibunya untuk memotong kukunya yang panjang menjelang Ramadan sempena bulan yang penuh keberkatan.
Biasalah mak-mak, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak.
ALIFF AIMAN ISMAIL
“Sempena hari Jumaat lalu yang penuh barakah, kuku di jari kelingking akhirnya dipotong mak sebelum kami sekeluarga ke kedai makan untuk berbuka puasa.
“Mak pula memang simpan pengetip kuku dalam beg tangan, sentiasa bawa ke mana-mana. Jadi, mak terus potong kuku saya di situ sebelum masuk kedai,” ujarnya secara berseloroh.
Aliff (kanan) bersama ibu.
Bercerita lebih lanjut, Aliff berkata, ibunya yang berusia 56 tahun merupakan guru penolong kanan (GPK) kokurikulum di sebuah sekolah menengah, maka disiplin amat dititikberatkan.
“Mak sangat garang dan tegas, mengalahkan guru disiplin sebab itulah ada pengetip kuku kalau spot check pelajar. Bukan setakat pelajar, penampilan anak-anak pun kena sentiasa kemas.
“Pernah suatu hari saya pergi potong rambut tapi mak ‘tak lulus’. Saya terpaksa berpatah balik ke kedai gunting rambut dan perkemas semula,” katanya.
Walaupun tegas, kata Aliff, ibunya begitu penyayang dan setiap tegurannya untuk kebaikan anak-anak.
“Biasalah mak-mak, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun sudah bekerja, mak masih pantau penampilan saya… saya layankan saja demi kebaikan,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
#CELEB
Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’

Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’
PELAKON Datin Lisa Surihani menarik perhatian peminat apabila memuat naik video bergandingan dengan Beto Kusyairy menerusi sebuah iklan di Instagram miliknya.
Apa membuatkan peminat teruja, ia adalah gandingan pertama pasangan pelakon itu yang pernah mencetuskan fenomena menerusi filem Istanbul Aku Datang yang ditayangkan 11 tahun lalu.
Menerusi video tersebut, Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 37, dilihat turut melontarkan dialog popular filem berkenaan yang menggamit memori peminat.
“Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya,” katanya.
Lisa mengimbau kenangan berlakon bersama Beto.
Lisa berkongsi sebuah video mempromosikan produk makanan yang turut disertai oleh Beto dan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim.
Bermula adegan pertemuan di halaman rumah, Lisa menyapa Beto atau NurKusyairy Zakuan Osman, 43, iaitu jirannya untuk mengajak berbuka puasa di rumahnya.
Beto kelihatan terkejut dengan penampilan terbaharu ‘Dian’ yang sudah bertudung.
Sewaktu di meja makan, Yusry turut memainkan peranan memberitahu seperti pernah melihat wajah Beto dan aktor berkenaan sempat berseloroh mengatakan dia pernah berkahwin dengan Lisa.
“Dulu kan saya pernah kahwin dengan isteri abang, eh tapi dalam filem bang,” ujarnya.
Menjengah ruang komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu mengenangkan kembali gandingan dua pelakon hebat itu menerusi filem Istanbul Aku Datang.
“Comelnya, Ini spin off baik punya.
Peminat masih merindui filem Istanbul Aku Datang.
“Rindunya filem ni. Ingat dulu setiap malam ulang tonton filem ni sampai boleh hafal skrip.
“Kita masih tengok filem ni sampai sekarang tau,” tulis netizen.
Untuk info, Istanbul Aku Datang menceritakan kisah seorang wanita, Dian yang berkunjung ke Istanbul semata-mata untuk menunggu pinangan daripada kekasihnya, Azad lakonan Tomok.
Bagaimanapun, kekasihnya berlaku curang dan Dian bertemu dengan Harris untuk merawat kesedihannya pada ketika itu.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini
Kerinduan pada seseorang atau sesuatu itu adalah rindu pada seseorang yang kita sayang, tidak kira lah ianya rindu pada seorang teman istimewa atau rindu kepada seseorang yang bergelar sahabat. Memang semuanya pun akan kita rindu jika berjauhan.
Bukan sahaja manusia boleh merindui sesama manusia tetapi haiwan juga boleh merindui antara satu sama lain. Tetapi haiwan ini tidak boleh meluahkan melalui kata2 tetapi melalui perbuatan mereka.
Begitulah juga yang dihadapi oleh seekor kucing yang kelihatan sangat murung, tidak seaktif seperti biasa. Nampak seperti kesedihan, si bulus itu kelihatan seperti kehilangan teman atau yang istimewa kepadanya.
LIHAT VIDEO DISINI
“Boleh Bawak M4 ti..” – Kesian! Kucing Makin Hari Makin Murυng Selepas Kucing Jiran Pindah
Menurut tuan kepada si bulus itu, sejak pemergian kucing jirannya yang telah berpindah mengikuti tuannya juga si bulus itu bermurvng seperti kesedihan. Mungkin si bulus itu kesunyian kerana tidak lagi mempunyai teman dan bermurung setelah pemerg1an temannya itu.
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memberikan cadangan kepada tuannya supaya memcari teman sepermainan kepada si bulusnya itu kerana dikhuatiri si bulus itu akan lagi murung dan akan j4tuh s4kit.
Sumber : I Muslim Network via bicara kini
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral12 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral11 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized12 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG12 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi12 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan