Misteri Tali Pinggang Terurai – Cikgu Nampak Kelibat Murid Tanpa Seluar

Sepasang kasut, sepasang stoking, satu tali pinggang yang kepalanya tercabut berterabur kat luar tandas.Tak jauh dari situ ada sehelai seluar yang bergulung. Nampak sangat dibuang dengan tergesa-gesa.

Aku terus masuk tandas mencari siapa tuan empunya seluar ini. Kelihatan tersengih-sengih seorang murid tahun 1 keluar tandas.

“Seluar awak kat luar tu?”

Kepala dianggukkan malu-malu.

“Kenapa buka kat luar?”

“Saya tak pandai buka seluar kat dalam tandas. Nanti basah. Kat rumah saya buka macam tu.”

“Besi tali pinggang tu dah kenapa tertanggal?”

“Saya nak cepat. Nak buka tak pandai. Saya tarik je, tercabut pula. Cikgu tolong pasang boleh?”

“Boleh.”

Aku pasang kepala tali pinggang semula.

“Sempat tak tadi?”

“Apa cikgu?”

“Sempat sampai ke tandas ke? Ke dah berjejeran kat peha?”

“Sempat la cikgu,” balas dia sedikit marah.

Hahaha. Budak-budak gitu la. Nak tunggu mereka matang dan betul-betul pandai urus diri tu makan masa juga.Aku dah pesan awal-awal dulu, ajar anak buka seluar, buka tali pinggang dan guna tandas awam macam orang ramai. Bukan guna macam di rumah.

Kalau boleh, tak payah la bagi pakai tali pinggang kat anak tahun 1. Tunggu mereka betul-betul pandai guna tali pinggang baru belikan.Kang naya je ada dua tiga ketul dalam seluar hanya kerana tak pandai buka tali pinggang.

Benda ni real berlaku. Murid yang tak pandai buka tali pinggang dan tak pandai guna tandas awam memang ada.

Jadi, ajar mereka ya!

P/S Nasib baik murid tu tak cakap “cikgu boleh tolong basuh tak? ” Hahaha… Mesti murid tu akan ingat cikgu ni sampai bila-bila. Apapun cikgu MFS memang terbaik . sampai ke tandas pun masih membantu murid. Salute bossku!

Sumber: Cikgu Mohd Fadhli Salleh via kotakmedia.trade

Hati-hati ibu ayah..anak-anak kecil kita juga pandai menipu

Selalu sangat orang kata, ‘budak-budak mana pandai menipu’. Sehingga ramai yang merasakan budak-budak ini percakapan mereka sangat jujur dan ada yang terus percaya 100%.

Sebetulnya, budak-budak memang tak pandai menipu. Mereka ada menipu, tapi kita senang dapat kesan. Pusing sikit ayat, psiko sikit, terus keluar cerita sebenar.

Mak dan ayah sekalian. Jangan percaya cakap anak kalian 100%. Terutama bila mereka buat salah. Mereka takut untuk mengaku dan secara semulajadi mencipta alasan lain. Helah bela diri nama kaedahnya ni.

Ya, tuan-tuan tidak pernah ajar anak-anak kalian menipu. Kami guru di sekolah pun tak pernah ajar juga mereka menipu. Ingat tu.

Banyak kali terjadi, murid bawa pulang cerita rekaan sehingga guru menjadi mangsa. Banyak kali terjadi tuan-tuan. Banyak kali aku hadapi.

Bermacam kes. Bermacam cerita. Bermacam angkara. Dan bermacam kesannya.

“Kenapa cikgu tak mengajar? Anak saya cakap cikgu selalu tak masuk kelas. Bagaimana dia nak pandai jika cikgu pun malas masuk kelas.”

Itu antara mesej yang mengguris perasaan para guru. Si ayah bila check buku anak dan dapati tidak banyak anaknya menulis. Maka ditanya pada anak, dan anak menjawab cikgu tak masuk kelas.

Maka kemarahan itu dilepaskan pada guru yang tak bersalah.

Sedangkan situasi sebenar, guru itu masuk kelas. Mengajar macam biasa. Cuma budak itu yang tidak buat kerja.

Budak itu yang tak bawa buku. Kadang-kadang, mereka bawa buku tapi mereka sorok dalam beg atau kat laci meja yang tiada orang.

Malas buat kerja, atau ada kerja yang tak siap maka budak ini mencari jalan mudah. Sorok buku atau katakan saja pada cikgu buku tertinggal kat rumah. Selamat dia dari kena marah akibat tak siap kerja.

Maka makin hari makin menimbun kerja tak siap. Maka ada murid sampai buang buku latihan mereka. Ya tuan. Buang dalam tong sampah.

Pulang rumah cakap kat ayah, buku dengan cikgu. Datang sekolah cakap kat cikgu buku tertinggal.

Ini taktik biasa yang budak-budak buat. Aku dah jadi cikgu selama 13 tahun. Beratus-ratus kali dah lihat taktik sebegini tuan.

Itu belum kes duit lagi. Saban hari ada sahaja kawan-kawan murid jadi mangsa.

“Cikgu, cikgu tolong ambil tindakan pada Jammal. Hari-hari dia minta duit anak saya. Anak saya cerita sampai dia tak makan.”

Bila cikgu siasat, rupanya budak itu dah guna awal duit belanja yang diberi ayah. Beli makanan kat luar, beli mainan, atau beli entah apa-apa kat kedai buku sekolah.

Bila pulang, bawa cerita karut dan rekaan.

Ada juga kes saban hari anak bawa pulang alat tulis dan barangan ke rumah. Bila si ayah dan ibu tanya, anak dengan selamba bagitahu,

“Oh. Pensel ni kawan adik bagi. Jam ni pun kawan adik bagi. Dia orang kaya. Dia suka bagi hadiah pada adik.”

Ayah dan ibu terus percaya sebaik dengar cakap anak. Padahal anaknya dah mula pandai mencuri.

Ada juga reka cerita cikgu buat kelas tambahan atau program di sekolah pada waktu petang mahu pun hari minggu.

Ayah dan ibu gembira bukan main. Bagi duit belanja lebih sebab anak rajin ke sekolah. Rupanya semua itu penipuan dan si anak ke cc atau merayau di shopping complex.

Jadi, tolonglah wahai tuan-tuan sekalian. Dengar pesanku ini.

Jangan taruh kepercayaan 100% pada anak-anak dengan alasan budak-budak tak pandai menipu.

Kita (baca:aku) dulu pernah jadi budak juga. Kita juga pernah mereka-reka alasan karut bila takut kena hukum atau ada benda yang kita nak tapi tahu kita takkan dapat bila kita jujur.

Apa sahaja cerita anak, selidik dan siasat la dahulu baik-baik. Sebelum kita yang akan malu sendiri nanti.

Begitulah.

Sumber: Facebook Mohd Fadhli Salleh  

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*