Connect with us

Agama

Misteri Kemunculan Dabbat Al-Ard Haiwan Melata Dari Perut Bumi

Published

on

Pada Artikel kali ini, kami akan menjelaskan mengenai ‘Kemunculan Dabbatul Ardh, Kerena Manusia Tidak Beriman Kepada Al-Qur’an’..

Sebelum membaca lebih lanjut, marilah kita bersama-sama membaca Ta‘awuz : أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ “A’udzu billahi minasy syaithonir rojiim” dan Basmalah : بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ “Bismillahirraahmanirrahiim” Agar Bacaan yang dibaca menjadi Berkah dan Bermanfaat. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ “Aamiin ya Rabbal’alamin” …

Bismillahirahmannirahim..

Dābbat ( دابة) dalam Bahasa Arab yang berarti “binatang” atau “binatang buas (m0nster)”, berasal dari kata debbe, yang bererti berjuang, perkataan ini sering digunakan untuk binatang dan serangga. Sedangkan kalimat al-Ard (الأرض) berarti bumi. Namun makna secara bahasa, Dābbat al-Ard bermaksud “Haiwan bumi (tanah)”. Sebagaimana disebutkan di dalam Al-Qur’an Surah An Naml: 82

۞ وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ

“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.”

Makhluk Misteri Dabbat al-Ard

Apakah Dabbat al-Ard dan Bagaimanakah bentuk dan rupa Dabbat al-Ard itu? Dalam sejarah manusia, masih belum ada sesiapa pun yang melihat Dabbat al-Ard, kerana masanya belum tiba. Walaupun hanya nama, umat islam perlu yakin, di saat kia’mat semakin hampir, Dabbat al-Ard pasti akan muncul. Berikut ialah beberapa punca yang dipetik dari pelbagai sumber mengenai Makhluk Misteri Dabbat al-Ard. Wallahu’alam bissawab dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.

Dabbat al-Ard adalah sebuah frasa yang ertinya binatang bu’as yang muncul dari perut bumi. Dalam agama Islam binatang ini sebagai salah satu tanda sebelum datangnya Hari Kia’mat. Binatang melata yang dikenali sebagai Dabbat al-ard ini akan keluar di kota Mekah di gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas.

Ibnu Jurayj mengatakan bahawa Ibnu Zubair menkhabarkan;

“Dabbat al-ard ini akan membawa tongkat Musa dan cincin Sulaiman. Tiada tersisa bagi orang beriman yang tersisa tanpa membuat tanda putih diwajahnya, sehingga bersinarlah wajahnya dan tiada yang tersisa bagi orang ka’fir tanpa membuat tanda hitam diwajahnya, sehingga hitam legam keseluruh wajahnya”

Ketika mereka sedang berjualbeli di pasar, mereka akan berkata;

“Berapa harganya wahai orang beriman?” “Berapa harganya wahai orang ka’fir?”

Sehingga ketika salah seorang dari anggota keluarga duduk makan bersama, mereka akan mengetahui siapa yang beriman dan yang kafir.

Kemudian binatang itu berkata kepada orang beriman;

“Wahai orang beriman, kalian akan berada diantara orang-orang penghuni Syurga”

Kemudian binatang itu berkata pula kepada orang ka’fir;

“Wahai orang ka’fir, kalian akan berada diantara orang-orang penghuni Neraka”

Sesuai dengan firman Allah dalam Surah An Naml: 82;

“Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami” [27:82]

Selain itu rupa paras Dabbat al-Ard juga pernah dijelaskan dengan terperinci. Ibnu Jurayj mengatakan bahwa Ibnu Zubair menjabarkan binatang ini dengan;

“Kepalanya seperti kepala kerbau, matanya seperti mata ba’bi, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa jantan, lehernya seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warna kulitnya seperti warna kulit harimau, ping’gulnya seperti ping’gul kucing, ekornya seperti ekor biri-biri jantan dan kakinya seperti kaki unta. Diantara sepasang persendiannya sejarak 12 ukuran garis lurus”

dabbat al-ardAbu Dawud at Tayalisi mencatat dari Abu Hurairah, Muhammad bersabda;

“Binatang ini akan muncul dari perut bumi dan akan membawa tongkat Musa dan memakai cincin Sulaiman. Ia akan memukul hidung orang kafir dengan tongkat itu dan akan mengusap wajah orang beriman sehingga cerah dengan cincin itu. Sehingga mereka makan bersama, mereka akan saling mengenali orang yang beriman dan yang kafir”

Kisah ini juga dicatat oleh Imam Ahmad dalam musnadnya;

“Binatang itu akan memukul hidung orang kafir dengan cicin dan akan dan akan mebuat wajah orang beriman menjadi cerah dengan tongkat, sehingga ketika mereka makan bersama, mereka akan berkata satu sama lainnya, “Wahai orang beriman” dan “Wahai orang ka’fir”

Beberapa hadis juga mencatat seperti berikut;

“Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang ka’fir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang ka’fir”

Wallahu’alam bissawab dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.

Sumber : Alif MH

Agama

Seawal usia 2 tahun pegang Iqra’, ibu dedah rahsia ajar anak pandai mengaji

Published

on

By

Seawal usia 2 tahun pegang Iqra’, ibu dedah rahsia ajar anak pandai mengaji

Ini perk0ngsian Puan Nooraishah Abdul Wahab berkenaan bagaimana dia mendidik anak pertama mereka belajar mengaji di rumah.

Pasangan ibu bapa muda, Nooraishah dan suaminya, Encik Hafiz Zulkarnain Muhammad telah dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Hafiz Zulfiqar.

Namun menjadi kebiasaan bagi seorang kanak-kanak, ada kalanya Hafiz Zulfiqar akan merag4m juga lebih-lebih lagi jika dia tidak mendapat sesuatu yang dimahukannya.

Menurut Puan Nooraishah, anak sulungnya ini merupakan seorang kanak-kanak yang agak sensit1f, manja dan cermat, tetapi agak aktif dan suka bercakap.

Untuk ajar anak mengaji al Quran mungkin agak sedikit ‘tricky’, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anak pertama dalam keluarga. Namun, jika tahu langkah dan kaedah yang tepat, ia boleh dilakukan tanpa sebarang masalah yang besar.

Selain itu, anaknya ini juga agak senang untuk dijaga sejak daripada kecil kerana anaknya bukan jenis yang kuat meragam.

Seawal Usia Tahun Sudah Pegang IQRA’
Menariknya, ada kala Hafiz Zulfiqar akan meminta sendiri untuk belajar mengaji dan kadang-kadang perlu juga disuruh mengaji, tetapi tidaklah sampai tahap memaksa dan masih boleh dipujuk.

Nooraishah telah membiasakan anaknya itu dengan buku-buku mengaji sejak umur anaknya 2 tahun.

Menurut ibu ini, sebagai permulaan dia memperkenalkan buku Iqra’ sebagai buku pertama kepada Hafiz Zulfiqar.

Apabila anaknya itu sudah berusia 4 tahun, barulah dia mendidik anak belajar mengaji dengan lebih serius.

Perkara ini bertitik-tolak selepas menyedari anaknya itu seorang yang mudah untuk menghafal ayat-ayat al-Quran.

Tambahan pula, Nooraishah dan suami telah merancang untuk mula menghantar anaknya ke tadika semasa usia 5 tahun.

Jadi, adalah lebih baik jika anaknya itu tahu asas mengaji al Quran bermula daripada rumah.

Semakin Minat Belajar
“Saya akan pastikan anak mengaji sebelum suami balik kerja untuk mengelakkan dia hilang fokus ketika mengaji. Ini kerana dia terlalu obses dengan babahnya sendiri dan banyak menghabiskan masa dengan babahnya,” katanya mengakhiri perbualan.

Satu perkara yang Nooraishah sedar apabila mengajar mengaji ialah anaknya itu semakin suka untuk belajar.

Bagi Nooraishah, mengajar anaknya untuk belajar mengaji bukanlah satu perkara yang sukar kerana dia sendiri merupakan seorang suri rumah yang menjalankan bisnes secara dalam talian sahaja.

Selain itu, dia melihat anaknya semakin mudah menghafal dan menjadi kanak-kanak yang lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara.

Dia mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk mengajar anaknya mengaji al Quran.

Namun, dia akan pastikan bahawa Hafiz Zulfiqar mengaji sebelum suaminya pulang ke rumah daripada kerja.

Hafiz Zulfiqar juga semakin cepat dan mudah mengenal huruf. Jika anaknya terjumpa huruf jawi di mana-mana, dia akan menyebutnya satu persatu.

1. Tetapkan had masa mengaji.
Bagi kanak-kanak yang berusia sekitar 4 atau 5 tahun, tetapkan had masa mengaji antara 5 hingga 10 minit sahaja.

Ini kerana, jika waktu mengaji terlalu lama, anak akan mudah menjadi bosan dan cepat str3ss.

Selain itu, sediakan juga sudut khas untuk anak belajar mengaji dan sebagai tempat untuk anak menyimpan buku-buku Iqra’.

Apabila selesai waktu mengaji, anak akan menyimpan kembali buku Iqra’ di tempat yang telah disediakan.

2. Sama-sama mengaji selepas solat Maghrib.
Untuk memupuk tabiat mengaji dalam diri anak, ibu bapa juga boleh mengajak anak untuk sama-sama mengaji selepas solat Maghrib.

Menurut Nooraishah,

“Saya akan sentiasa ingatkan anak bahawa waktu Maghrib hampir tiba. Saya minta anak untuk mandi siap-siap dan bersedia untuk solat dan mengaji. Secara tidak langsung anak akan sentiasa bersedia.”

3. Teknik pujuk anak.
Ada harinya Hafiz Zulfiqar malas untuk belajar mengaji. Jadi, ibu ini akan memujuk dengan berkata seperti, “Kalau tidak baca Iqra’ hari ini, nanti lambat alih ke muka surat yang baharu.”

Selain itu, ibunya juga akan memberikan mainan sebagai hadiah atau galakan untuk cepat belajar buku Iqra’ yang baharu.

4. Terangkan kebaikan mengaji kepada anak.
Ketika mengaji, boleh cuba menerangkan sedikit kebaikan mengaji al Quran kepada anak seperti mendapat pahala dan boleh masuk syurga.

Ceritakan segala kebaikan yang akan kita dapat jika mengaji supaya anak berasa bahawa mengaji itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

5. Guna teknik lagu atau nyanyian.
Untuk mengelakkan anak menjadi cepat b0san ketika mengaji al Quran, Nooraishah juga mengajar anaknya mengaji dengan kaedah menyanyi atau berlagu.

Selain itu, jika anak tersalah baca, ibu bapa tidak perlu memar4hi anak.

Sebaliknya, tukarkan kesalahan yang dilakukan itu kepada satu bentuk bahan jenaka agar anak tidak menjadi stres ketika mengaji.

6. Guna teknik memuji anak terlebih dahulu.
Kanak-kanak akan lebih berm0tivasi melakukan sesuatu perkara jika ibu bapa kerap memuji mereka.

Ini juga langkah penting yang dilakukan oleh Nooraishah ketika mengajar anaknya mengaji al Quran.

Menurutnya,

“Saya selalu sebut bahawa Zulfiqar anak yang pandai. Walaupun hanya satu huruf yang dia kenal, saya akan memujinya dengan berkata seperti ‘Good b0y’, ‘Betul’, atau ‘Pandai’. Saya boleh melihat mukanya menjadi seronok untuk mengenal huruf-huruf baharu.”

Sumber : SM Via DetikIniViral

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Agama

Tak Perlu Marah – Marah Anak Jika Mereka Nakal, Amalkan Tips Ni Jer

Published

on

By

Tak Perlu Marah – Marah Anak Jika Mereka Nakal, Amalkan Tips Ni Jer

Tak Perlu Marah Anak Jika Mereka Nakal. Cukup Sekadar Amalkan Tips Ni Jer | Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Kaedah Kedua:

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineraluntuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Doa Untuk Anak Yang Degil

Setelah membuat kajian, saya dapati banyak carian berkaitan doa untuk anak. Untuk post kali ini, saya siarkan doa untuk diamalkan oleh ibubapa bagi mengatasi masalah anak yang degil.

Sebelum memulakan rawatan untuk anak ini, saya nasihatkan ibubapa supaya mengenalpasti dulu punca masalah tersebut. Cari sebab kenapa anak-anak kita menjadi degil, nakal atau tidak mahu mendengar nasihat.

Cuba lihat pada nama anak itu. Cari maksud nama tersebut. Adakah ia bersesuaian dengan karektor anak.

Kemudian fikirkan sejenak cara kita mendidik dan melayan anak. Adakah sangat ketat, sangat garang, sangat manja atau terbiar sahaja. Kesemua ini memberi kesan terhadap perangai anak.

Cubalah selami jiwa dan kemahuan anak-anak. Barangkali ada pertentangan antara cara kita dan kehendak anak-anak. Mungkin juga disebabkan oleh “jurang generasi”.

Fikirkan juga punca rezeki yang kita perolehi. Dari sumber mana dan adakah ia halal, syubhah atau haram. Kesemua ini ada kesan kepada jiwa anak-anak.

Seterusnya , bagaimana pula dengan didikan agama mereka ? Berapa kali kita berjemaah bersama keluarga. berapa kali kita membaca Quran bersama-sama.

Sebagai ibubapa, kita perlu ambil tahu siapakah teman-teman anak kita dan apakah aktiviti mereka dan kemana mereka selalu pergi.

Sekiranya ada kekurangan berkaitan cara kita, silalah perbaiki diri. Berubahlah supaya kita menjadi idola anak-anak. Rapatkan hubungan dengan ank-anak. Kemudian amalkanlah doa untuk anak yang degil ini.

Untuk memulakan rawatan untuk anak yang degil, mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, Ayatul Qursi Selawat Syifa sebanyak tujuh kali.kemudian usaplah ubun-ubun anak itu dengan penuh kasih sayang. Pasang niat di dalam hati. Bacalah doa rawatan anak yang degil sebanyak tujuh kali. Tiuplah di ubun-ubun anak itu setiap kali selesai membaca doa dibawah.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Agama

Zuriat ‘Penyejuk Mata Hati’, Takkan Ada Ibu-bapa Yang Tidak Tersentuh Hati Bila Melihat Anaknya Begini

Published

on

By

Zuriat ‘Penyejuk Mata Hati’, Takkan Ada Ibu-bapa Yang Tidak Tersentuh Hati Bila Melihat Anaknya Begini

Allahu Akbar! Sungguh HEBAT didikan ibu bapa mereka. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah bila besar nanti ya dik…First and foremost, tahniah kepada ibu dan bapa yang berjaya mendidik dan mentarbiah permata hati mereka dengan baik dan membanggakan… Di dalam al-Quran, Allah merakamkan doa khusus untuk diamalkan bagi memohon kepadaNya supaya dikurniakan anak-anak soleh dan solehah, zuriat ‘Penyejuk Mata & Hati’. Ini membuktikan betapa pendidikan anak-anak adalah suatu perkara yang besar di dalam Islam.

“رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامً QS. Al Furqaan: 74)

Ertinya: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Tunaikan solat walau di mana kamu berada …

Cerita 4 hari lepas, balik ke rumah tengok anak2 dan kawan2nya sedang mandi laut. Disuruh naik untuk solat Asar dahulu. Punyalah sayang nak tinggalkan mandi laut; Ahmad dengan goggles sekali tak cabut. Aduhai anak…

“ Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambaMu yang mendirikan solat dan zuriat kami juga; Ya Tuhan kami perkenanlah doa kami “.

Ali (Imam), ma’mum (Ahmad, Sarah dan kawan2).

Adakah anda tahu siapakah sekumpulan anak-anak yang menunaikan solat di tepian pantai ini?

Semoga di suatu hari nanti, di bahau-bahu merekalah akan terpikul panji2 perjuangan Islam di tanah air kita…Mengikut seorang netizen, mereka ini adalah anak kepada Muhammad Khalil Abdul Hadi dan cucunda kepada bekas Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK