Connect with us

Semasa

Mertua Tak Nak Tinggal Sorang, Berkepit Je Dengan Suami Dalam Kereta, Aku Pegang Tangan Suami Mertua T3mpik Aku Tersentak Terus Aku Terasa

Published

on

Mertua Tak Nak Tinggal Sorang, Berkepit Je Dengan Suami Dalam Kereta, Aku Pegang Tangan Suami Mertua T3mpik Aku Tersentak Terus Aku Terasa

Aku Molly. Baru berkahwin beberapa bulan. Dengan lelaki dari negeri yang selalu kena bash. Haa, termasuk lah aku. Dah namanya jodoh, aku kenal suami aku dari laman sosial. Kenal setahun, terus nikah di musim PKP dulu.

Di pendekkan cerita, aku tinggal dengan mertua aku. Aku sebenarnya dah beritahu yang aku tak sanggup tinggal dengan mertua. Tapi memandangkan dia anak bongsu, jadi mak memilih untuk tinggal dengan kami.

Oh ya, sbab paling utama, rumah kami tinggal adalah rumah mertua yang dah ditukarkan nama kepada nama suami.

Boleh kata kami menumpang di rumah mertua. Mulanya aku cuba menerima mertua. Tapi lama lama terasa lah juga.

Pertamanya, mertua selalu nak ikut kami keluar ke mana mana saja. Boleh kata jarang kami keluar berdua sejak mertua ada. Sebelum ni mertua tinggal di rumah kakak ipar disebabkan bapa mertua ada di sana.

Selepas bapa mertua fly ke kl, terus dia taknak tinggal di sana. Walaupun penat atau lewat malam sekali pun dia tetap nak ikut. Katanya takut tinggal seorang diri dirumah.

Aku mulanya okay je nak keluar sekali. Tapi sejak kena tegur dengan mertua kerana pegang tangan suami ketika memandu, terus aku terasa.

Yelah, kami dah biasa pegang tangan dalam kereta. Tersentak bila tiba tiba dia cakap aku tarik tangan suami aku dalam nada yang agak keras.

Kedua, pasal makanan. Aku dibesarkan dalam family susah. Boleh kata jarang sangat family aku membeli di luar. Mama memang lebih suka memasak. Bila aku kahwin, aku nak masak tapi mertua lebih suka membeli.

Boleh kata 3 kali makan 3 kali membeli. Dengan alasan dia tak tahu nak makan apa. Kena tengok dulu baru tahu. Memanglah dia guna duit pencen dia tapi ni berkait dengan no 3 yang aku akan ceritakan nanti.

Pernah satu hari aku masak nasi ayam. Aku ajak suami makan dan mak mertua makan. Dia cakap nanti dia makan.

Last last kakak ipar datang, dia ajak kami semua makan dekat chicken rice shop. Sehinggakan membazir nasi ayam aku buat. Terasa tu hanya Allah yang tahu.

Banyak kali. Aku memanglah tak berapa pandai masak tapi tiap kali aku masak aku akan mintak suami aku komen apa yang kurang. Kalau dah menambah dua tiga kali tu, kira tak sedap ke?

Ada satu hari dibulan puasa hari tu kakak ipar datang tanya mana aku. Aku tengah masak.

Kakak ipar tanya aku masak apa. Mak boleh cakap, “masak apa lagi, masak telur je untuk dia dan suami.” padahal aku goreng telur sebab nak buat nasi goreng kampung.

Sedih masa tu. Aku tahu dari suami. Padahal dia yang selalu nak makan luar. Bila aku nak masak cakap tak payah nanti penat. Last last depan orang dia cakap macam tu.

Yang ketiga ni aku paling tak tahan. Mak (mertua) bayar aku baki hantaran aku. Bila aku tanya suami aku kenapa mak dia bayar, dia cakap sebab mak ada pinjam wang.

Kiranya mak dia bayar balik tapi pada aku. Tapi lain ceritanya bila mak bagitau yang dia bagi duit tu sebagai tanggungjawab sebelah pihak lelaki. Aku sangat pelik dan terasa menyusahkan. Tak tahu nak percaya yang mana.

Satu lagi kereta suami aku ni takde roadtax, tak boleh jalan jauh. Sekarang makin teruk sebab selalu keluar. Mak dah beberapa kali bagitau depan aku yang sebelum ni dia dah simpan duit, tapi disebabkan majlis (kahwin aku), duit tu habis semua.

Semalam aku beraya di rumah kakak ipar. Kami terpaksa pinjam kereta kakaknya satu lagi kerana jarak agak jauh. On the way ke sana, mak ungkit lagi pasal duit ni.

Dia kata ada cash 10k dia simpan di tangan tapi semua habis sebab majlis. Tak tahu habis ke mana yang tahu ada seketul ni sambil dia pegang lengan aku.

Aku tahu niatnya bergurau, tapi makin lama makin aku terasa.

Suami aku baru diberhentikan keje dan aku masih lagi struggle mencari keje di tempat baru. Kalau tak aku rela bayar balik duit mertua asalkan dia tak sebut lagi hal ni.

Aku terasa macam aku ni jadi bebanan pula pada mak dan suami. Mak asyik bagitau duitnya hilang sedangkan mak boleh dikatakan agak boros.

Adik beradik selalu pandang serong pada suami kerana suami tinggal dengan mak dan tak bekerja. Semua orang nak disogok dengan duit. Cucu cucu semua sayang tokwan kerana duit.

Yelah tiap kali datang mesti bagi upah duit. Puasa penuh dapat RM300 tiap seorang, yang tak penuh RM200. Anak sedara dekat 20 orang. Pastu sedih sebab duit hilang.

Banyak sebenarnya. Tak masuk lagi bab suami sendiri. Rasa macam nak leraikan je semua ni.

Penatnya menjadi isteri. Aku fikir selepas kahwin hidupku lebih mudah. Lelaki yang memahami, supportive sebelum kahwin dulu entah hilang ke mana.

Makin hari makin aku rapuh. Suami selalu kata aku nipis (sensitif) tiap kali ada krisis. Manakan tidak, aku dididik oleh seorang ibu yang sangat menjaga tutur kata.

Hanya perkataan bdoh dikeluarkan bila dia teramat marah. Dan perkataan tu last bila entah. Mungkin masa 3 4 tahun lepas.

Tadi masa suami keluar beli barang, mak cuba untuk menggunakan air fryer. Niat aku memang nak tolong. Aku basuh braket dia tapi mak letak dalam lapisan bawah yang ada sisa minyak.

Aku kata jangan letak dulu ada minyak tu. Dia terus cakap “B0doh mak mertua tak pandai guna.” Aku terkedu. Diam seketika.

Pastu aku kata aku tak cakap. Dia balas lagi “Bukan ada cakap ke tadi”

Ya Allah aku rasa berdosa jawab macam tu tapi mak suka trigger darkside aku.

Aku sampai tahap hari tu menjerit sebab stress dengan “gurauan” kasar mak. Bukan sekali, banyak kali. Bila aku diam dia akan buat lagi, macam sengaja nak sakitkan hati aku.

Macam pagi tu, aku tengah mood elok, aku dah niat nak baik dengan mak, lupakan kisah semalam. Aku tanya, mak dah makan?

Dia jawab “Nak makan apa, bukan ada apa pun dekat rumah.” dengan gaya memerli. Allahu. Aku terus ajak suami pergi beli makanan.

Sebenarnya banyak aje makanan yang dia biasa makan. Roti, buah, nestum. Kalaupun taknak makan, boleh aje bagitau ajak pergi beli sarapan dengan cara baik.

Oh ya apa apa yang berlaku biasanya memang bukan depan suami aku. Kalau depan suami aku, dia saja yang biasanya counter back mak dia.

Suami pulak beli sarapan untuk dia dan mak dia saja. Dengan alasan aku cakap nak masak. Luluh hati. Dah la tengah lapar alih alih takde makanan.

Diorang makan, aku layan saja perasaan sambil cuci ayam untuk masak. Langsung tak di ajak makan.

Teringat ibu kat rumah. Ibu tiap kali balik pasar, ibu akan mintak kami (anak perempuan) isi perut dulu baru buat kerja. Sebab ibu tahu kerja cuci mencuci ni akan jadi lama.

Diorang lepas dah nak habis makan baru offer makanan. Seperti biasa aku kena habiskan makanan yang mak tak habis makan.

Suami pun lepas habis makan terus ke depan main game. Tinggal aku sendiri makan hati. Pinggan semalam sisa makan tinggal macam tu saja.

Aku tahu mak yang suruh dia tinggal. Dah sedia maklum dari kakak ipar, adik beradik lelaki memang dimanjakan oleh mak. Bab duit dan kerja rumah memang mudah saja.

Sejak kebelakangan ni sabar aku makin kurang. Hari tu orang ada komen kan beruntung mak nak membeli tak payah masak.

Tapi sekarang dah terbukti apa naluri aku cakap betul. Mak buat cerita depan ipar duai aku tentang duit banyak habis sebab membeli makanan.

Padahal aku masak saja hari hari sekarang. Dah jarang sangat membeli. Dia saja yang tak nak makan air tangan aku. Suami aku elok saja menambah nasi tiap kali makan.

Pernah la dia makan aku masak tapi dia komen tak cukup itu ini. Aku dengar saja. Sebab ipar duai aku masak kadangkala bukan sedap mana pun tapi dia puji melambung. Padahal dia sendiri makan sikit saja.

Hari tu kakak ipar datang, mak sound aku depan depan kata ” maafla kat rumah tok tak masak nasi”. Aku terus sangkal kata ada saja nasi dalam periuk. Dia terus terkulat kulat nak cover malu.

Satu lagi tabiat mak. Simpan makanan lama lama dalam peti. Mak kan suka membeli. Nafsu besar selera kecik. Paling latest dia perli aku,

“Tak pe simpan saja dalam peti, nanti ada la orang rajin buang”

Allahu, mak. Kalau aku tak buang sebulan dalam peti tu tak terusik.

Aku perhati saja, kalau aku tak kemas peti, siapa nak kemas Harapkan anak jantan dia Cakap boleh, buatnya tak. Bila aku kemas peti mak duduk depan aku check apa yang aku keluarkan.

Bab ni kadang suami aku backing aku. Aku diam saja makan hati, suami yang cakap ” orang tak buang benda yang elok. yang tak elok baru buang. Dia iyakan dalam keadaan tak puas hati.

Suami cuba tenangkan aku cakap mak dia bergurau. Takde niat nak lukakan hati aku. Ye, setiap kali ayat tu yang dia beri. Bergurau.

Habis bab makanan, bab mengemas pulak. Hmm, kalau aku tak cuci tandas memang berkerak la. Mak dan suami langsung tak sentuh. No wonder la awal kahwin bilik air tu penuh dengan tahi burung. Geli geleman aku masa mula mula datang.

Mak pulak aku perasan jenis buang sampah atas lantai. Tisu penuh tepi bucu kerusi tempat dia makan. Aku faham mak kata tak larat nak buang sampah. Dia letak plastik gantung tepi kerusi aku boleh terima lagi.

Ni atas lantai penuh sampah, apa guna plastik yang tergantung tu. Suami aku pun terikut sama. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan.

Aku sempat merasa hidup berdua selama sebulan lebih masa awal kawin. Lepas tu mak duduk sini sampai taknak langsung ke rumah anak lain. Minggu lepas suami ada utarakan tentang planning minggu ni kami akan sibuk.

Dia seolah merajuk bila suami utarakan untuk tinggal mak sebentar di rumah kakak. Suami pulak lepas emaknya balik tinggal sekali lagilah jadi perangai lama. Mak pernah marah aku kejut suami aku tidur petang.

Padahal aku cuba untuk tukar tabiat dia. Asal takde keje, tidur. Aku pun faham juga kalau suami penat takkan aku kejutkan. Mak pun pernah bagitau yang suami aku tak pernah buat kerja dapur sebelum ni.

Dia seolah tak suka suami aku tolong aku di dapur. Tolong tiarap pinggan, masak nasi goreng, benda ringan saja pun. Dan sebulan sekali pun nasib baik lah tu.

Jujur aku cakap bila aku buat kerja sorang sorang, minda aku selalu kata aku ni tak ubah macam bibik. Yelah, aku penat berpanas di dapur, diorang senang lenang tengok phone kat depan.

Mak tu tak kisah sangat sebab dah tua. Suami aku pun sama naik. Tak de empati kat isteri. Common sense nak tanya or bantu isteri tu takde.

Selagi aku tak terasa hati, tak bagitau memang dia akan senyap macam tu jela main game.

Bab duit, paling latest suami terasa hati bila mak jaja kat semua adik beradik dia takde duit sebab kereta sewa mahal masa nak hantar ipar ke airport.

Aku dah cakap kat suami kalau asbab pergi ni kita takde duit, baik kita tak pergi. Daripada kita menyusahkan orang.

Kami pergi pun sebab ada krisis family yang menyebabkan kami terpaksa sewa kereta.

Lepas dah hantar actually boleh saja balik terus tapi mak pulak takut nak balik malam. So drag masa tidur di rumah ipar yang jarak 200km.

Kiranya tambah lagi 200km untuk balik ke rumah. Tambah lagi kos minyak, tol, makan.

Alhamdulillah asbab kejadian ni suami mula baiki kereta yang dia ada. suami pun sekarang decide nak makan rumah dan taknak susahkan mak. Tapi mak pulak asyik tanya nak duit ke tak dan pelik mana suami aku dapat duit.

Hahahhaa lawak pun iya jugak. Kalau guna duit dia, dia duk jaja kat anak anak yang lain yang dia takde duit. Bila tak guna dia pulak susah hati.

Sampai tahap sekarang, setiap benda aku borak dengan suami aku dia akan tanya. Aku ni jenis yang tak suka cakap kuat. Cukup sekadar dengar.

Bila aku borak dengan suami dia akan tanya apa, setiap kali. So aku pun decide untuk senyap dan biarkan dia bercakap dengan anaknya.

Oh ya, setiap kali keluar mesti mak ikut. Kalau dia tak ikut, dia akan menganjing aku sebab nak ikut suami padahal dekat saja. Hahaha nak buat macam mana tu saja masa aku tuk bersama suami aku. Lain lain kena bawak mak sekali.

Kadang kadang aku rasa macam aku bermadu pun ya. Bermadu dengan mertua sendiri. Hahaha

Sebelum nikah, suami aku cakap takde orang yang peduli pasal dia. Termasuk mak dia. Masa dia sakit aku yang call situ sini utk CODkan makanan. Masa tukan PKP dan kami LDR.

Sekarang lepas kawin, mak dia pulak nak kan perhatian dia. Kakaknya sendiri kata adik dia banyak berubah lepas kawin. Alhamdulillah la kan.

Sebelum ni masing masing kata dia tak dengar cakap orang, buat hal sendiri saja. Entah lah.

Aku tahu mak dia tak dapat apa yang suami aku buat kat aku dari ayah. Tapi tu bukan tiket dia untuk sekat suami aku jadi lebih baik.

Kenapa nak cemburu bila anak kita layan perempuan lain baik. Tu kan isteri dia Bukan ke patut bersyukur yang anak nya tak ikut jejak ayahnya

Aku hari hari berdoa semoga aku dapat jadi menantu yang baik, isteri yang baik. Yang sabar dengan keadaan sekeliling. Tapi tulah, aku macam sayang diri aku dan taknak peristiwa dulu berulang. Aku taknak orang pijak aku.

Aku selalu cakap kat suami aku, kenapa awak kahwin dengan saya sedangkan awak boleh hidup dengan mak awak?

Kalau aku dibuat seperti tunggul dan sekadar bibik untuk cuci sisa orang dan masak untuk kenyangkan perut, apa guna aku bernikah?

Maaf luahan aku panjang. Doakan aku kuat menghadapi semua ni. Doakan yang terbaik buatku. Terima kasih atas nasihat sebelum ini dan selepas.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber:petuadanresepibonda

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Published

on

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.

Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.

Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.

TONTON VIDEO DISINI

Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.

Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.

Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”

Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.

Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.

Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.

Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Published

on

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.

Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.

“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.

Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.

Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.

Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.

“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.

“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.

“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.

Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.

Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.

“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.

Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.

“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,

Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.

Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.

Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.

Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.

“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.

“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.

“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Selalu Tiap Jumaat Ada Duit RM100 Dilipat Dlm RM1, Tapi Skrng Dah Takde.. AJK Masjid Risau Keadaan Penderma Unik

Published

on

Selalu Tiap Jumaat Ada Duit RM100 Dilipat Dlm RM1, Tapi Skrng Dah Takde.. AJK Masjid Risau Keadaan Penderma Unik

Masjid bukan sahaja dikunjungi jemaah untuk menunaikan solat atau menyertai aktiviti keagamaan, malah turut menjadi platform untuk menyalurkan derma.

Sedekah akan menjadi lebih ‘rancak’ ketika solat Jumaat, di mana peti sumbangan disediakan di masjid untuk jemaah menderma.

Kebiasaannya, kutipan derma pada hari berkenaan akan dibuat pengiraan sebaik selesai solat Jumaat, yang dilakukan oleh ahli jawatan kuasa (AJK) masjid.

Seorang anak kepada bekas AJK di sebuah masjid di Besut, Terengganu berkongsi pengalaman membantu bapanya bersama AJK lain mengira duit tabung setiap Jumaat.

Namun, remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Aidil berkata, dalam longgokan wang kertas sumbangan jemaah itu terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya.

“Setiap Jumaat, saya akan kira duit tabung masjid di kampung saya. Hampir setiap minggu, saya akan jumpa wang kertas RM100 yang dilipat dalam wang kertas RM1 yang digulung.

“Penyumbang itu selalu guna duit kertas lama RM1, mungkin sebab mudah untuk digulung. Hampir setiap Jumaat, pasti ada satu gulungan wang kertas RM1,” katanya sambil menambah tabung itu diletakkan di pintu masuk dewan solat setiap Jumaat.

Aidil yang berusia 17 tahun itu percaya gulungan RM1 yang disimpan RM100 di dalamnya disumbangkan oleh penyumbang yang sama.

“Ayah saya dilantik jadi bendahari masjid sejak awal tahun dan sehingga ke bulan ini (Disember) ini, masih ada gulungan RM1 di dalamnya RM100.

“Ia membuatkan saya tertanya-tanya, dan rupa-rupanya menurut AJK masjid lain ia merupakan perkara yang biasa yang disedari mereka sejak tahun lalu,” katanya.

Walaupun pandemik Covid-19 memberi kesan kepada masyarakat termasuk ekonomi, namun dia beranggapan ia tidak memberi kesan besar kepada penderma misteri itu.

Dia tidak dapat meneka individu di sebalik sumbangan yang caranya begitu konsisten itu.

Aidil berkata, penderma misteri itu berbuat demikian mungkin tidak mahu nilai sumbangannya disedari oleh jemaah lain sehingga boleh menimbulkan buruk sangka.

“Kalau letak RM100 sampai jemaah lain boleh nampak, dikhuatiri akan menimbulkan riyak. Jadi, adalah lebih baik disorokkkan di dalam gulungan RM1.

“Mungkin juga faktor keselamatan supaya tidak mahu orang lain tahu begitu banyak duit derma dalam tabung. Tambahan sekarang ni di sesetengah masjid ada saja kes pecah tabung derma,” katanya sambil menambah bapanya meletakkan jawatan sebagai bendahari masjid tersebut, baru-baru kerana masalah kesihatan.

Selain identiti penderma misteri itu menimbulkan persoalan, ketidakhadirannya ke masjid itu pada Jumaat turut membuatkan ramai gelisah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Bukan sebab tak ada duit RM100, tapi tentang keadaan penderma berhati mulia itu. Sampai kami bimbang penderma itu adakah dia sakit sebab tak dapat ke masjid.

“Mungkin juga dia solat Jumaat di masjid lain atau ada uruan kerja. Sama juga seperti penderma-penderma lain, kami harapkan penderma misteri ini diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezekinya. Terima kasih di atas sumbangan kepada masjid,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK