Global
Menunggu lebih 10 tahun untuk jalan itu dibaiki, lelaki secara sinis memancing dalam lubang jalan raya yang rosak

Menunggu lebih 10 tahun untuk jalan itu dibaiki, lelaki secara sinis memancing dalam lubang jalan raya yang rosak
Keadaan jalan raya yang menyedihkan itu terletak di kampung Non Man Thet. Kampung itu telah menunggu lebih 10 tahun untuk jalan itu dibaiki.
Seorang lelaki dari timur laut Thailand, secara sinis telah memancing ke dalam lubang jalan raya yang rosak. Tujuan lelaki tersebut adalah untuk menarik perhatian pihak berkuasa tentang keadaan jalan raya yang rosak itu.
Jalan itu menghubungkan daerah Non Sung dan Chaloem Phrakiat, jadi ia merupakan jalan yang sibuk. Namun masih terdapat banyak lagi jalan yang rosak seperti itu membahayakan banyak pengguna, terutamanya pada musim tengkujuh.
Lubang gergasi itu terletak betul-betul di luar sekolah dan merupakan halangan yang perlu dihadapi oleh pelajar setiap hari dalam perjalanan pergi dan balik sekolah, kata lelaki itu.
Beliau telah beberapa kali menghubungi pihak berkuasa selama bertahun-tahun untuk bertanya bila jalan itu akan diperbaiki. Apabila penduduk kampung meminta jalan itu dibaiki, mereka memberitahu untuk bersabar dan bertenang.
Selepas 10 tahun menunggu, penduduk kampung tidak merasakan bantuan akan datang dalam masa terdekat.
Jalan sepanjang dua kilometer itu adalah di bawah tanggungjawab Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Nakhon Ratchasima. Penduduk menggesa tindakan harus diambil secepat mungkin selepas seorang penduduk kampung membuat protes.
Bagi mempersendakan kecuaian agensi kerajaan yang enggan membaiki jalan berlubang selama beberapa tahun itu, Penduduk Chon Buri melepaskan ikan keli ke dalam lubang jalan raya di mukim Huay Kapi.
Sumber: The Thaiger
Global
Pasangan Warga Emas Berumur 70 Tahun Menyambut Kelahiran Anak Pertama Mereka Selepas 54 Tahun Menanti

Pasangan Warga Emas Berumur 70 Tahun Menyambut Kelahiran Anak Pertama Mereka Selepas 54 Tahun Menanti
Daerah Alwar Rajasthan, 54 tahun selepas mereka berkahwin, pasangan warga emas lelaki berusia 75 tahun dan pasangannya yang berumur 70 tahun menyambut kelahiran anak pertama mereka. Menjadi ibu bapa dengan kaedah rawatan persenyawaan in Vitro (IVF).
Bayi lelaki itu dilahirkan di Pusat Bayi Tabung Uji Indo IVF, satu-satunya pusat IVF berdaftar di Alwar.
“Kira-kira satu setengah tahun yang lalu, Gopichand datang ke pusat ini bersama saudaranya, Chandrawati dan Gopi Singh Chandravati Devi yang tinggal di sebuah kampung berhampiran sempadan Haryana di Jhunjhunu Rajasthan. Pasangan itu juga pergi ke beberapa bandar metropolitan untuk mendapatkan rawatan. Tetapi sia-sia. kata pakar IVF Dr Pankaj Gupta.
“Chandrawati hamil sembilan bulan lalu dalam percubaan ketiga rawatan IVF. Di sebalik kegembiraan, ada juga ketakutan kerana usianya sudah lanjut. Tetapi akhirnya pada hari Isnin, dia selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat,” kata pakar IVF di pusat berkenaan, Dr Pankaj Gupta.
Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan berat bayi tersebut lebih kurang 3.5 kilogram. Gopi Singh ayah kepada bayi tersebut merupakan seorang pesara askar yang berkhidmat di kampung Nuhaniya, Jhunjhunu.
Pasangan itu bernasib baik kerana hamil sebelum Parlimen India meluluskan satu undang-undang berkaitan rawatan IVF yang berkuat kuasa pada Jun lepas. Menerus undang-undang berKenaan, tiada pusat rawatan IVF dibenarkan menawarkan rawatan kepada wanita dan lelaki yang berusia lebih 50 tahun.
Sumber: India Today
Global
Remaja Nekad Menyorok Dalam ‘Teddy Bear’ Gergasi, Nak Elak Dari Ditahan Polis

Remaja Nekad Menyorok Dalam ‘Teddy Bear’ Gergasi, Nak Elak Dari Ditahan Polis
Selepas menyedari teddy bear gergasi tersebut bernafas, polis berjaya menahan remaja lelaki yang bersembunyi di dalam teddy bear tersebut.
Remaja dari Rochdale tersebut difahamkan telah besembunyi daripada pihak polis selepas mencuri sebuah kereta dan gagal membayar duit minyak pada bulan Mei lalu.
Semasa proses pencarian remaja itu dilakukan, pihak polis yang memasuki sebuah rumah terkejut apabila menemui sebuah teddy bear berukuran 5 kaki ‘bernafas’ sebelum mendapati bahawa suspek telah mengoyakkan patung tersebut dan menyorok di dalamnya.
Remaja tersebut telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Manchester dan dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan atas tiga kesalahan iaitu mencuri kereta, memandu semasa hilang kelayakan dan meninggalkan stesen minyak tanpa membayar.
Pegawai polis yang terlibat menceritakan situasi semasa mereka mendapati teddy bear tersebut kelihatan seperti bernafas.
Mereka menemui remaja tersebut yang bersembunyi di dalam teddy bear lalu menariknya keluar.
Remaja tersebut telah menjadi buruan polis sejak Mei selepas dia mencuri kereta jenis Mitsubishi ASX dan mencuri minyak di stesen minyak berhampiran.
Polis Rochdale turut mengeluarkan kenyataan mengenai kes itu di Facebook rasmi mereka.
Gambar: Facebook GMP Rochdale
Banyak komen yang diberikan oleh penduduk sekitar mengenai cara remaja tersebut bersembunyi di dalam teddy bear untuk mengelak dari ditangkap polis.
Sumber : Mail Online
Global
Kucing Diangkat Sebagai Wira, Selamatkan Rumah Dari Perompak Bersenjata

Kucing Diangkat Sebagai Wira, Selamatkan Rumah Dari Perompak Bersenjata
Seekor kucing diangkat sebagai wira, Pada 25 Julai lalu, Fred Everitt dari Belden, Mississippi, mendengar suara kucingnya seberat 20 paun, Bandit ‘meow’ dengan kuat di dapur sekitar jam 2.30 pagi hingga 3 pagi sebelum melompat ke atas katil.
Memetik People, Everitt, 68, memaklumkan kepada Daily Journal bahawa dia menjadi cemas ketika kucing tersebut melakukan hal itu. Sebelum ini, kucing miliknya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu.
Apabila Everitt menuruti apa yang Bandit mahukan dengan keluar dari bilik dan menuju ke dapur dan Sebaik sahaja dia menyalakan lampu, dia melihat terdapat dua individu sedang cuba membuka pintu belakang rumahnya dan salah seorang daripada mereka mempunyai senjata ap1 dipercayai p1stol.
Everitt kemudian bergegas untuk mengambil p1stol yang dia letak di dapur, namun apabila dia kembali semula ke bahagian pintu belakang, dua individu tersebut telah melarikan diri.
“Keadaan mungkin akan jadi lebih teruk jika Bandit tidak mengejutkan saya dari tidur,” jelasnya.
Everitt tidak melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.
Sumber: People
-
Viral6 months ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral4 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral4 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral5 months ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized4 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG4 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi5 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral5 months ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan