Inspirasi
Masih Ingat Pelakon Irma Hasmie? Begini Kehidupannya sekarang “tak sangka dah jadi…”

Masih Ingat Pelakon Irma Hasmie? Begini Kehidupannya sekarang “tak sangka dah jadi…”
Ini perkembangan terkini Irma Hasmie, tak sangka dah jadi macam ni. Sejuk tengok peribadi dan perwatakan Irma Hasmie. Memulakan karier seni sebagai model dan pelakon, fokus Irma hari ini lebih tertumpu kepada aktiviti dan misi kemanusiaan.
Menjadikan kebajikan masyarakat khususnya wanita dan kanak-kanak sebagai keutamaan, Irma kini merupakan menyandang tugas sebagai Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia dan Ikon Media sumbangan.com. Alhamdulillah!
Di sebalik kesibukannya mengurus keperluan keluarga dan anak-anak yang masih kecil, wanita berusia 40 tahun ini sedaya-upaya memanfaatkan masa dengan usaha meringankan beban insan kurang berkemampuan.
Dalam masa sama, menyampaikan dakwah dan mendidik masyarakat ke jalan diredai Allah SWT.
Salah satu posting Irma yang menarik perhatian Nona ialah mengenai kesederhanaan dalam pelbagai aspek. “Harus sabar dan sederhana namun kadang-kadang sulit untuk dijalankan adalah ketika kita merasakan hal yang tidak enak, maka jangan pernah bersangka buruk kepada Allah. Setiap ujian itu boleh jadi agar kita boleh menaiki tangga yang lebih lagi.
Sukar ya memang sukar, tapi bila kita saling berjemaah MashaAllah hasilnya luar biasa, tanpa sedar muram berganti senyum, penat lelah seakan pudar diubati semangat.
Terima kasih semua. Allah pasti ada ganjaran berserta kasih sayangNya buat kalian di kehidupan seterusnya.”
Berkongsi mengenai rutin kecantikan, “Kebersihan adalah perkara pertama, kemudian penjagaan rapi mengikut kesesuaian produk yang diambil untuk diri. Saya tidak terlalu mengikut trend sehingga menggunakan produk yang tidak bersesuaian dengan kulit sendiri.
Sebagai wanita yang berhijab kita juga perlu menjadi contoh dan menjaga kecantikan. Antara akhlak-akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW adalah dengan menjaga penampilan diri Baginda SAW di hadapan khalayak ramai.
Hal ini termasuklah bagaimana fesyen baginda ketika berpakaian. Jadi kita sebagai umatnya juga perlu menjaga penampilan tidak kira wanita mahupun lelaki.
Ketika diajukan pertanyaan, bagaimana mahu memelihara kecantikan tetapi tetap patuh syariah? Jawabnya, “Adakah salah untuk kita berfesyen? Allah SWT suka hambaNya yang menjaga keterampilan diri dan kecantikan. Malah Allah SWT menyukai sesuatu perkara yang cantik dan indah.
Nabi SAW tidak melarang seseorang itu untuk berfesyen malah Baginda SAW menerangkan bahawa Allah SWT itu sifatNya cantik dan sukakan kecantikan. Tetapi Nabi SAW melarang kalau seseorang itu berfesyen dalam keadaan angkuh dan s0mbong pada masyarakat sekeliling.
View this post on Instagram
Walaupun kita ada kebebasan dalam memperagakan sesuatu fesyen, tidak bermakna kita boleh pakai apa saja pakaian tanpa perlu menghiraukan adab dan tata susila. Islam ada garis panduan bagi seseorang Muslim mahupun Muslimah dalam berpakaian seperti menjaga aurat, tidak jarang dan ketat serta fesyen yang keterlaluan,” tutur Irma Hasmie.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
“Ramai ingat saya mahu jadi P Ramlee” – P Radhi tiru suara kerana minat, akui tiada siapa boleh ganti

“Ramai ingat saya mahu jadi P Ramlee” – P Radhi tiru suara kerana minat, akui tiada siapa boleh ganti
MENGIDOLAKAN Allahyarham Tan Sri P Ramlee sejak kecil, penyanyi P Radhi menganggap seniman agung itu merupakan seorang legenda yang tiada pengganti.
Menyedari arwah tiada pengganti, Radhi atau Muhammad Radhi Abd Rahman, 31, berkata dia bukanlah mahu menjadi P Ramlee tetapi mengambil inspirasi perjalanan tokoh seniman itu.
“Saya tak nak jadi P Ramlee sebenarnya, arwah tetap nombor satu tiada siapa boleh ganti seniman itu.
“P Ramlee idola saya walaupun ada yang kata saya tak sama macam dia tapi saya tak marah sebab saya tak pernah kata saya sama macam P Ramlee.
“Walaupun ada juga yang kata sama, saya berterima kasih kerana samakan saya dengan orang yang hebat,” katanya .
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
#CELEB
Aishah dah boleh sarung saiz S, baju lama sedekah kepada golongan memerlukan

Aishah dah boleh sarung saiz S, baju lama sedekah kepada golongan memerlukan
IMPIAN penyanyi Datuk Aishah mengenakan busana bersaiz kecil tertunai apabila dia akhirnya mampu bergaya dengan pelbagai jenis baju terutama baju kebaya.
Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, dia pada awalnya seakan tidak percaya tentang perubahan itu sehingga ke gedung pakaian untuk mencuba saiz lebih kecil.
Jelasnya, baju-baju miliknya sebelum ini terpaksa didermakan kepada mereka yang kurang berkemampuan kerana sudah tidak boleh digunakan lagi.
Aishah gembira dapat sarung kebaya.
“Jika dahulu, saya memang tak boleh pakai saiz S, tetapi sekarang saya seolah-olah tak percaya boleh memakainya.
“Saya pergi ke pelbagai kedai mencuba pakaian saiz S kerana mungkin setiap kedai potongan berbeza-beza. Jadi, bila sudah membuat percubaan, memang sah saya boleh pakai saiz kecil.
“Ya betul (kebanyakan baju bersaiz S), baju-baju lama terpaksa disedekahkan kepada orang lain yang lebih memerlukan seperti mangsa banjir.
“Saya juga banyak memberikan kepada kawan-kawan, cuma baju persembahan yang lama masih ada kerana tidak tahu mahu berikan kepada siapa,” katanya.
Aishah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media majlis berbuka puasa bersama Datuk Aishah & Ezad Lazim di Ampang, Selangor pada Isnin.
Dalam pada itu, Aishah memberitahu bahawa dia sudah puas bersedih apabila tidak dapat mengenakan pakaian yang dia mahukan.
Sekarang dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dahulu hanya lalu dan lihat sahaja.
DATUK AISHAH
PENYANYI
Tambah Aishah, sebelum ini dia hanya mampu melihat dan menyimpan angan namun sekarang semuanya sudah menjadi satu kenyataan.
“Kalau dahulu rasa sedih juga bila lihat ada baju cantik, tetapi tak dapat dibeli disebabkan tiada saiz. Perkara ini hanya orang berbadan besar sahaja tahu.
“Tetapi sekarang sudah berbeza dan itulah yang seronok. Ini kerana saya boleh beli baju baru sebagai hadiah untuk diri sendiri.
Perbezaa Aishah dulu dan sekarang.
“Sekarang dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dahulu hanya lalu dan lihat sahaja. Apa yang boleh beli adalah beg tangan dan kasut.
“Saya cuba menyarung baju kebaya sejak beberapa tahun lalu, tetapi hanya sekarang baru boleh pakai. Jadi, itu adalah pencapaian untuk diri sendiri,” katanya lagi.
Untuk rekod, Aishah pernah menjalani pembedahan pintasan usus atau bariatrik sekitar 2018.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Anak Ketua Paderi Di Sebuah Kampung Di Sibu Sarawak – Sanggup Lari Dari Keluarga Demi Peluk Islam

Anak Ketua Paderi Di Sebuah Kampung Di Sibu Sarawak – Sanggup Lari Dari Keluarga Demi Peluk Islam
“Tiga bulan hidup saya seperti dalam nɛr4ka, tetapi saya tetap dengan pendirian mahu terus menjadi orang Islam.
“Keluarga tidak merestui keputusan saya menyebabkan saya nɛkad meninggalkan mereka,” kata Catherin Casby atau Norhayati Abdullah, 54 tahun mengenai dµgaan dihadapi apabila membuat keputusan menµkar agama.
Kisah pilµ yang dihadapi tidak pernah padam dalam ingatan suri rumah ini meskipun ia sudah lama berlalu.
Beliau kini hidup dengan lebih tenang melayari kehidupan bersama keluarga tercinta dan bersyukur pilihannya memeluk Islam amat tepat.
Tokoh Maal Hijrah 2015 Daerah Batu Pahat, Johor ini yakin jalan yang penuh berliku pada usia awal hidupnya adalah ujian Allah SWT bagi menguatkan imannya sebagai saudara baharu sekali gus menjadikannya Muslimah yang lebih tabah, beriman dan bertakwa.
Walaupun Norhayati dari suku kaum Iban mahu melupakan semua kenangan sedih, beliau bersedia berkongsi pengalaman yang ditɛmpuhi bagi memberi inspirasi dan iktibar kepada umat Islam khususnya saudara baru.
“Saya anak tunggal perempuan daripada lima beradik. Bapa saya ketua padɛri di sebuah kampung di Sibu, Sarawak. Ibu bapa saya meningg4l dunia, pada usia 13 tahun dan kemudian saya dijaga oleh ibu saudara,” katanya mengimbau zaman silamnya ketika ditemui di rumahnya di Batu Pahat, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Norhayati berkata, beliau berasa tertɛkan di rumah menyebabkannya menjadi seorang yang p4nas b4ran, pem4rah dan pendɛndam.
“Saya juga amat bɛnci dengan rakan sekolah yang beragama Islam sehingga sanggup meng0yakkan buku rakan jika mereka lebih cemerlang daripada saya dalam peperiksaan”.
“Malah, saya juga sering membµli mereka dengan mengambil bekal makanan yang dibawa dan membµangnya berkenaan ke longkang jika ia tidak menepati selera saya.
“Namun apa yang pɛlik, rakan yang beragama Islam sedikit pun tidak m4rah, malah tetap bersabar dengan kelakuan saya. Lebih mengɛjµtkan mereka turut membawa bekal makanan khas untuk diberi kepada saya dan masih mahu terus berkawan dengan saya,” katanya.
Tahap kesabaran rakan beragama Islam melayan kelakuan bvruk beliau menyebabkan Norhayati mula tertarik hati dengan keikhlasan mereka menerima beliau seadanya sehingga nɛkad untuk mengenali dan mendalami Islam secara diam-diam.
Beliau mula mencari bahan bacaan untuk mengetahui mengenai Islam, selain memberanikan diri pergi sendiri ke Jabatan Agama Islam Sibu untuk mendalami agama itu.
Beliau juga mempunyai keluarga angkat beragama Islam, yang turut membimbingnya mendalami Islam berikutan usianya masih muda.
Yang nyata, kehidupannya penuh dengan ujian. Tr4gɛdi paling melekat di dalam jiwanya ialah apabila beliau diminta berhenti sekolah walaupun mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) dan disuruh menjadi menjadi r4hib di gɛreja.
“Hati saya h4ncur kerana satu-satunya perkara yang seronok ketika remaja ialah ketika di alam persekolahan. Tetapi keseronokan itu dir4mpas. Ketika di sekolah, saya dapat melupakan sebahagian daripada kisah sɛdih di rumah,” katanya.
Berikutan itu, beliau member0ntak dan melarikan diri ke rumah keluarga angkatnya di Sibu bagi menenangkan fikiran.
“Perkara paling saya ingin elakkan ialah dipaksa menjadi r4hib. Selepas puas berfikir, tanpa pengetahuan keluarga, saya nɛkad memeluk Islam secara senyap pada usia 15 tahun dengan bantuan keluarga angkat,” katanya.
Pada awalnya beliau mahu merahsiakan keputusannya memeluk Islam, tetapi selepas dua minggu pulang ke kampung, hatinya tidak mampu lagi menyimpan rahsia.
“Akhirnya memberitahu keluarga supaya mereka merestui. Bagaimanapun, saat permulaan mimpi paling ngeri dalam hidup saya. Keluarga membantah kɛras keputusan saya,” katanya.
Beliau nɛkad melarikan diri ketika semuanya ahli keluarganya sedang tidur dan menumpang di rumah kawan.
Dengan bantuan rakannya itu, Norhayati mula bekerja di sebuah restoran dan di situ jugalah, beliau bertemu jodoh. Beliau dilamar seorang pegawai kerajaan, yang menyatakan kesudian untuk menjaganya.
Pada usia 15 tahun, Norhayati bergelar isteri kepada Mohd Meras Ishak, yang 14 tahun lebih tua daripadanya.
Ketika baru berkahwin, saya sangat polos dan tidak tahu apa-apa. Sehingga ketika suami pergi kerja, saya yang menetap di kawasan kuarters kerajaan akan keluar bermain bersama anak jiran, bermain guli dan bermain sembunyi-sembunyi sehinggalah suami panggil untuk pulang.
“Suami banyak membimbing dan mengajar saya banyak perkara, termasuk cara bersolat dan berpuasa, selain menguruskan rumah tangga.
“Kami bahagia sehingga saya melahirkan enam cahaya mata. Namun, umur suami tidak panjang kerana dijɛmput Ilahi selepas 15 tahun berumahtangga,” katanya.
Selepas menjadi balu, Norhayati memutuskan untuk berpindah di kampung halaman suaminya di Batu Pahat dan meneruskan kehidupan dengan bekerja di kilang elektronik bagi membesarkan anak yang masih kecil.
“Dengan duit pampasan peninggalan arw4h suami, saya membeli sebuah rumah dan membesarkan semua anak hasil dengan bekerja kilang selama lebih 18 tahun. Anak meminta saya berhenti bekerja selepas mereka semua sudah tamat belajar di universiti dan bekerja,” katanya.
Kelapangan masa selepas berhenti kerja itu membolehkan Norhayati mendalami agama Islam. Beliau memasuki kelas agama di Badan Kebajikan Saudara Kita sehingga sekarang.
Saya berpeluang memperbetulkan bacaan al-Quran, bacaan dalam solat dan ilmu pengetahuan Islam lainnya, malah kerana berasakan kelas ini amat penting sebagai pembimbing hidup, saya tidak pernah sekali pun tidak hadir ke kelas yang diadakan tiga kali seminggu ini.
“Alhamdulillah, selepas gigih mengikuti kelas sejak tahun 2010, saya mendapat rezeki dan terpilih mengerjakan haji bersama rombongan kerajaan negeri Johor pada tahun 2013, yang menjadi hadiah paling bermakna dalam hidup saya,” katanya.
Kini, beliau nɛkad meningkatkan lagi ilmunya dalam bidang agama. Beliau mahu menuntut dengan guru agama sebagai persiapan mencapai cita-citanya, bergelar guru agama.
Beliau berazam kembali ke kampungnya di daerah Song, Sibu, Sarawak untuk berdakwah kepada keluarga dan masyarakat di sana.
“Sebelum ini, mereka cuba mencari saya dan berita kehilangan saya juga turut pernah disiarkan televisyen dan akhbar, namun ketika itu saya belum bersedia apatah lagi ilmu agama masih tidak cukup di dada,” katanya.
Beliau bercadang membawa ibu saudaranya tinggal bersama di Batu Pahat dan menjaganya, selain mahu mengajaknya memeluk Islam.
Norhayati mengakui, cabaran sebagai seorang saudara baharu amat hebat. Jika iman tidak cukup di dada, kemungkinan untuk kembali kepada agama asal amat tinggi.
“Alhamdulillah, saya dikelilingi sahabat, masyarakat yang baik, amat memahami malah langkah ke kelas agama juga banyak membimbing saya untuk terus bertakwa dan bersabar jika berdepan ujian.
Sumber nasihatustaz.net
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral12 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral11 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized11 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG12 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi12 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral12 months ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan