Connect with us

Viral

Masa Kecil Dahulu Hanya Dibuat Mainan, Rupanya Bernilai RM4,000 Sekilo Jika Dijual Di Luar Negara

Published

on

undur-undur

Apabila anda masih kecil, anda mungkin sering mencari binatang bernama undur-undur ini di kawasan berpasir. Kemudian, anda akan meletakkannya di tangan anda dan haiwan ini akan berjalan ke belakang sebagaimana namanya.

Biasanya haiwan ini hidup di dalam pasir, dalam bentuk kubu kecil, untuk mendapatkan mereka, kita perlu menggerakkan pasir tersebut supaya haiwan ini keluar dari sarangnya. Walau bagaimanapun, selepas anda membesar mungkin anda lupa haiwan ini atau mungkin juga kanak-kanak pada hari ini tidak tahu haiwan ini kerana mereka lebih sibuk bermain gajet.

undur-undur

Rupanya, haiwan ini kini menjadi salah satu buruan kerana dipercayai mempunyai sifat yang luar biasa. Undur-undur, adalah sejenis serangga yang biasanya menyerang serangga-serangga lain yang lebih kecil seperti semut. Sekiranya haiwan serangga kecil ini masuk ke dalam sarangnya adalah sukar untuk serangga kecil itu melarikan diri kerana digigit oleh rahangnya yang kuat.

Haiwan yang jarang dilihat kerana kini ramai orang yang memburunya. Malah, haiwan ini rupanya adalah salah satu ubat herba di China dan dikatakan sangat jarang dilihat. Beberapa platform media sosial dan kedai dalam talian menjual haiwan ini pada harga yang agak tinggi, terutama di China.

Mereka menjualnya dari 10 gram dan mengandungi 69 ekor haiwan undur-undur, yang bermakna satu kilo haiwan ini bernilai ribuan ringgit. Menurut laman Toutiao, kira-kira 1 kilogram haiwan ini bernilai sekitar RM4,000++. Menurut kepercayaan, haiwan ini digunakan sebagai bahan asas pengubatan cina, dikatakan memiliki efek membersihkan panas dan detoksifikasi, penyebaran kahak dan diuretik. Selain, mempunyai ciri-ciri untuk merawat tekanan darah tinggi, batu karang, dan penyakit lain.

Dikatakan juga bahawa haiwan ini mempunyai daya permintaan yang kuat kerana harganya dan keuntungan yang tinggi, haiwan ini kini sangat sukar dicari kerana ia jarang ditemui.

Haiwan ini juga dipercayai memiliki sifat untuk menyembuhkan pelbagai penyakit seperti asma, gout, dan pelbagai jenis masalah-masalah kesihatan dari ringan hingga teruk. Demikian, memetik dari laman islamidia.com

undur-undur

Sumber : Aliffchannel

Viral

Hidu dalam-dalam, cium tuala arwah bapa buat lepas rindu… Ramai sebak tonton video anak manja ini – “Dud sayang papa!”

Published

on

Hidu dalam-dalam, cium tuala arwah bapa buat lepas rindu… Ramai sebak tonton video anak manja ini – “Dud sayang papa!”

RASA rindu pada insan yang sudah meninggal dunia merupakan satu perasaan sukar untuk dizahirkan dengan kata-kata.

Demikian juga perasaan yang membelenggu kanak-kanak lelaki bernama Luth ini terhadap arwah bapanya, Zulfikal Ami yang meninggal dunia pada 26 Disember tahun lalu.

Kisah Luth diceritakan ibunya, Amiesya di TikTok selepas melihat kegelisahan anaknya itu gara-gara menanggung rindu.

“Daripada semalam dia tak tidur. Asyik bangun keluar bilik. Apabila ditanya kenapa, dia bagi alasan nak charge telefon, kencing, makan… nak tidur tepi mama.

“Dia cakap sayang mama. Mama ikutkan sahaja kehendak dia semalam. Sedar-sedar pagi tadi cari mana Luth. Dekat ruang tamu tak ada. Rumah sunyi saja,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menjengah ke ruangan dapur, wanita ni melihat si anak berkelakuan persis arwah bapanya yang akan bermain telefon di kedudukan sama sambil minum di meja makan di kediaman mereka di Kelantan setiap kali pulang daripada kerja.

Apabila ditanya mengenai tindakan anehnya pada pagi itu, Luth hanya mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan.

Tanpa berlengah, si ibu menyediakan sarapan air bersama kuih muih untuk mereka sekeluarga.

Kata Amiesya dia juga menyedari bahawa seawal itu Luth sudah selesai mandi berdasarkan keadaan tuala yang bersepah.

Amiesya bersama ahli keluarganya.

Namun apabila ditanya kepada Luth, jawapan diberikan oleh anak lelakinya ini menyentap jiwa hati seorang ibu.

“Saya tanya sama ada adik (Luth) sudah mandi atau belum. Dia jawab sudah kerana nak pergi Kuala Krai dengan papa. Nak pergi kedai dua ringgit (Ecoshop).

“Saya tanya dia papa dekat mana dik? Dia jawab papa dekat kubur. Terus dia diam. Saya panggil dia masuk bilik… tiba-tiba dia menangis,” ujar si ibu.

Dia masuk bilik peluk Luth tengah tidur… itulah pelukan terakhir untuk Luth.
AMIESYA

“Dud (panggilan Luth) rindu papa… Dud sayang papa,” ujar Luth sambil memeluk tuala buruk yang sering digunakan arwah bapanya.

Pada video dimuat naik si ibu di TikTok, jelas kelihatan si anak menangis teresak-esak sambil memeluk tuala yang dimaksudkan.

Jelas ibu kepada empat cahaya mata, berkemungkinan perasaan itu sudah lama dipendam oleh Luth sejak kehilangan ayahnya sekitar sebulan lalu.

Apatah lagi menurut Amiesya, Luth merupakan anak yang paling rapat dan manja dengan suaminya.

Bercerita mengenai tanda-tanda yang ditunjukkan suaminya sebelum pergi buat selamanya, Amiesya berkata pada hari kejadian arwah pulang awal dari tempat kerjanya berbanding biasa.

“Haritu dia pulang pukul 4.55 pagi. Dia kejut suruh saya buka pintu. Terus dia masuk bilik peluk Luth tengah tidur. Itulah pelukan terakhir untuk Luth.

Zulfikal meninggal dunia pada 26 Disember 2022.

“Papa tinggalkan Luth pukul 8 pagi naik motosikal ke JPJ di Gua Musang sebab ada urusan,” imbasnya lagi.

Namun, pada jam 9 pagi wanita ini dikejutkan dengan panggilan bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawanya.

Begitulah yang terjadi sebagaimana telah dikongsikan Amiesya di TikTok sehingga mengundang sebak warga maya.

Untuk rekod, rakaman menunjukkan keadaan Luth menangis merindui bapanya itu ditonton lebih 3.1 juta pengguna aplikasi berkenaan.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Warga Britain jalan kaki 547 km dari Makkah ke Madinah, hayati pengorbanan hijrah Rasulullah

Published

on

Warga Britain jalan kaki 547 km dari Makkah ke Madinah, hayati pengorbanan hijrah Rasulullah

LIMA lelaki warga Britain yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah berjalan kaki untuk menziarahi Madinah al-Munawarrah.

Perjalanan sejauh 547 kilometer (km) itu mengambil masa kira-kira 185 jam atau tujuh hari untuk kelima-lima pengembara tersebut tiba di destinasi.

Kumpulan tersebut menyatakan tujuan utama kembara itu adalah untuk merasai sendiri jerih perih yang dilalui Rasulullah SAW ketika melakukan hijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada 1400 tahun yang lalu.

“Mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam pengembaraan ini membuatkan kami berasa sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan seolah-olah kami sedang berjalan bersamanya.

“Kami belajar banyak perkara tentang Rasulullah SAW dan rasa sayang kami kepada baginda bertambah berlipat ganda,” kata Rashid Ali yang merupakan salah seorang peserta dalam kumpulan itu.

Terdahulu pada tahun 622 Masihi, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW untuk berjirah ke Kota Madinah kerana tentangan masyarakat Arab Quraisy yang semakin hebat di Makkah.

Hijrah itu mustahak demi keselamatan Rasulullah SAW dan para sahabat serta penyebaran Islam yang perlu diteruskan.

Kumpulan itu menerima sambutan yang luar biasa dari penduduk di Madinah.

Setibanya kumpulan warga Britain itu di Madinah, mereka disambut dengan meriah, diiringi paluan kompang, dihidangi jamuan makanan dan dikerumuni penduduk tempatan yang teruja dengan pencapaian mereka.

Dua orang dari ahli kumpulan itu sebelum ini pernah mengayuh basikal dari London, Britain ke Makkah, Arab Saudi dan merupakan individu pertama dalam sejarah yang berjaya berbuat demikian.

Rata-rata warga maya yang melihat kisah mereka berasa teruja dan mengambilnya sebagai inspirasi untuk tidak mudah berputus asa dalam hidup. – ilmfeed

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Kongsi Ilmu

Cara Buat Sosej Tanpa Pengawet Dan Tiada Perasa Tambahan. Tiada MSG, Baik Untuk Anak Makan.

Published

on

Cara Buat Sosej Tanpa Pengawet Dan Tiada Perasa Tambahan. Tiada MSG, Baik Untuk Anak Makan.

Sosej Tanpa Pengawet Dan Tiada Perasa Tambahan Ini Resepi Mudah Buat Sendiri Di Rumah
Ramai ibu bapa yang melarang makanan untuk anak-anak tapi kesian juga kalau anak teringin nak makan. Jadi cara terbaik adalah buat sendiri. Homemade sosej versi sihat tanpa pengawet, perasa tambahan malah boleh letak sayur dan bahan lain yang kita suka.

Caranya boleh ikut perkongsian Marlina Musafir.

Homemade sosej versi sihat
Alang-alang dah buat kita bubuh sayur-sayuran kesukaan. Yg penting bersih, tiada bahan pengawet, tiada perasa tambahan.

Bahan-bahan:

500gram isi ayam
1 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garlic powder
1/2 sudu teh blackpepper (option)
1 sudu chili flakes (kalau nak pedas. Kalau tak letak pun takpe)
1 gelas kecil air / stok ayam
Sayur-sayuran ikut suka (Carrot, daun sup, mushroom)
Cream cheese (option) tak letak pun xpe. Nak gantikan dgn cheese lain pun boleh.
Tepung ubi (agak-agak je)
Cara membuat:

1. Kisar semua bahan di atas (saya guna food processor).

2. Paipkan dalam plastik aiskrim. Ikat ketat (tujuannya supaya air tak masuk semasa merebus).

3. Rebus sampai masak. Saya kukus saja lebih kurang 15-20 minit.

4. Dah siap kukus atau rebus boleh sejukkan dan buka plastik dan goreng. Nak frozen kan pun boleh.

5. Adunan ini boleh hasilkan dalam 15 batang sosej. Ikut saiz yang kita nak.

6. Bahan boleh tambah dan tukar ikut kreativiti masih masing.

Selamat mencuba.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK