Connect with us

Viral

 “Mak Dengan B0yfriend Mak Suruh..”, Diupah Duit Syiling, Murid Disuruh Jual Tisu Dan Kutip Sedekah Depan KFC!

Published

on

Mak suruh

Mak Dengan B0yfriend Mak Suruh..

B3ngang…G3ram..S4kit h4ti !

Begitulah perasaan penulis dan semestinya sesiapa sahaja yang akan membaca perkongsian Cikgu yang bernama Mohd Fadli Salleh tentang kisah seorang kanak-kanak perempuan yang dipergunakan oleh ibu kandung sendiri untuk kepentingan mereka.

Berikut perkongsiannya;

MaIam ini aku m4rah! Sangat m4rah! Satu mesej masuk berbunyi, ”Cikgu…Alisa jual tisu dan kutip s3dekah lagi depan KFC…”. Baca ayat tu, berd3sing telinga aku. Terus aku capai kunci motor, hidupkan motor dan pergi ke tempat yang dinyatakan.

Kawan aku dah ‘pegang’ dia. Bawa makan KFC sementara aku sampai. Sebaik duduk, aku tarik nafas panjang-panjang, bertenang dan mula bertanya.

” Kenapa Alisa jual tisu dan minta sedekah lagi? Cikgu dah pesan jangan jual tisu dan minta sedekah. Cikgu dah hantar barang dapur, cikgu suruh kawan cikgu bagi duit belanja setiap hari?”

” Mak suruh.”

Pendek dia jawab sambil merenung meja.

Lama aku ‘basuh’ dia malam ini. Lebih banyak lagi aku ‘basuh’ kakaknya. Supaya menjaga adik baik-baik, supaya tidak lagi ke jalanan seperti ini.

Nak apa, aku support semua. Tak perlu turun ke jalanan lagi.

Alisa (bukan nama sebenar) baru usia 10 tahun. Namun dia sering disuruh meminta sedekah, jual tisu dan gula-gula dijalanan oleh ibu dan boyfriend mak dan boyfriend kakak sulungnya.

Dapat duit menjual dan minta sedekah, semua kena rembat. Yang tinggal duit syiling sahaja untuk dia.

Aku g3ram. Aku m4rah. Aku b3ngang. Bukan kat Alisa, tapi kat orang dewasa yang patut menjaga dia. Ibunya, boyfriend ibu dan boyfriend kakaknya yang mengambil kesempatan ke atas anak polos ini. Dia tidak rela pun turun ke jalanan. Namun didesak. Namun dipaksa. Namun disuruh. Maka anak perempuan bongsu ini terpaksa patuh.

Ikutkan hati m4rah, aku cari je boyfriend ibu dan boyfriend kakak, h4ntuk kepala kat dinding. Apa punya perangai suruh budak kecik kutip sedekah jual tisu. Mak dia pun satu hal juga. P3rgunakan anak sendiri. Padahal aku dah jumpa 4 mata duduk bersila depan mak dia. Aku dah pesan jangan lagi suruh anak ini menjual tisu dan meminta sedekah.

Aku dah kata cakap, setiap bulan aku hantar barang dapur. Aku akan support semua perbelanjaan sekolah. Dan dia berjanji masa tu dengan aku tak akan biarkan anak dia ini ke jalanan. Itu yang aku mrah sangat. Malam ni aku bagi dua pilihan pada Alisa.

” Okey Alisa. Dengar sini. Alisa nak duduk dengan JKM?”

” Tak nak. Alisa nak duduk dengan ibu.”

” Jika tak nak, Alisa janji dengan cikgu jangan kutip sedekah dan jangan menjual tisu lagi. Belanja sekolah semua, cikgu tanggung. Barang dapur cikgu hantar.

Jika cikgu dapati Alisa kembali kutip sedekah dan menjual tisu, cikgu akan serahkan Alisa kepada JKM.”

” Baik cikgu.”

Sebenarnya banyak lagi aku berborak dan berbicara sebenarnya. Banyak motivasi dan kata nasihat aku bagi agar anak ini teruskan pelajaran dan belajar elok-elok. Nampak gaya aku kena hadap mak dia lagi sekali esok lusa ni. Kena bertegas dah ini.

Aku tak nak hak anak ini sepatutnya berada di sekolah tapi dipergunakan oleh orang dewasa untuk mencari nafkah pula. Sebenarnya banyak kisah tentang keluarga mereka yang tidak boleh aku tulis untuk menjaga maruah mereka. Banyak benda aku kena simpan sendiri untuk menjaga air muka dan keselamatan mereka.

Usah tanya aku di mana kes ini. Kat mana sekolah mereka. Kat mana mereka tinggal. Aku takkan cakap melainkan kepada jabatan yang ada autoriti. Semoga anak ini berjaya dalam kehidupan dan semoga semua masalah dan rintangan yang dilalui berjaya kami bantu untuk atasi.

Aku akan cuba sedaya upaya untuk bantu Alisa mendapat balik hak dia sebagai kanak-kanak. Aku juga akan cuba bantu keluarga mereka agar kembali ke jalan yang benar dan tidak melalaikan lagi. Doakan agar urusan aku dipermudahkan ya! Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Ya.. hal sebegini benar-benar terjadi dalam masyarakat kita.

Mak suruh

Beginilah realiti pahit kehidupan yang terpaksa dilalui oleh sesetengah kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sepatutnya, sebagai ibubapa, kitalah yang bertanggungjawab menjaga k3bajikan zuriat kita, namun sebaliknya pula yang terjadi kepada kanak-kanak malang ini.

Semoga ada sinar buat kanak-kanak ini…

Sumber : Cikgu Fadli Salleh

Semasa

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Published

on

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.

Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.

Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.

TONTON VIDEO DISINI

Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.

Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.

Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”

Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.

Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.

Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.

Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Published

on

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.

Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.

Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.

Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.

“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.

‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.

“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.

“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.

Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.

‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.

Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.

“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.

Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.

“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.

Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.

‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Published

on

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.

Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.

“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.

Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.

Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.

Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.

“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.

“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.

“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.

Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.

Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.

“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.

Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.

“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,

Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.

Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.

Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.

Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.

“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.

“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.

“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK