Liverpool Buat Laporan Polis Terhadap Salah

 

Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah bakal berhadapan disaman polis apabila kelabnya sendiri mengambil langkah drastik membuat laporan polis terhadapnya selepas dia dirakam menggunakan telefon pintar ketika memandu.

Berdasarkan rakaman yang tular di Twiter itu menunjukkan Salah menggunakan telefon pintarnya ketika sedang memandu kereta jenama Mercedes miliknya. Ramai peminat termasuk kanak-kanak mendekati keretanya ketika itu.

Penyerang Mesir itu dilaporkan menjalani latihan bersama rakan-rakannya di Melwood bagi melakukan sesi regangan badan selepas beraksi selama 88 minit menentang West Ham.

Berdasarkan undang-undang memandu Britain, pemandu dilarang menggunakan telefon pintar semasa memandu walaupun sedang berhenti di lampu isyarat.

“Pihak kelab selepas mengadakan perbincangan dengan pemain sudah merujuk kepada pihak polis.

“Kami juga sudah berbincang dengan pemain dan tindakan susulan akan dilakukan secara dalaman,” kata juruacakap Liverpool.

Mengulas mengenai isu tersebut, Polis Merseyside mengatakan pihaknya menyedari rakaman video tersebut pada pukul 1 petang semalam dan mengesahkan sudah mengadakan perbincangan bersama Salah.

“Perkara ini akan dihantar ke jabatan berkaitan. Penalti tolak enam mata terhadap lesen memandu selain denda 200 pound (RM1000) dikenakan jika didapati bersalah menggunakan telefon pintar ketika memandu,” kata Polis Merseyside.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*