Uncategorized
Lelaki, kalau ada niat nak kahwin, kena ubah tabiat-tabiat ini. Nombor 5 tu yang ramai lelaki payah nak ubah..

Lelaki, kalau ada niat nak kawin, ubah tabiat-tabiat ni :
- Solat
Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tiggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu…tapi kalau kita masih sama, masih bawak perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung didalam rumahtangga yang bakal didirikan, maka rumahtangga tu tak akan dapat bertahan lama…sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia.
- Kerja.
Bila nak kawin, pastikan anda dah ada keje yg stabil, yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu untuk satu tempoh yg tertentu…nak bela anak orang, nak jaga anak org, keje tak boleh ikut suka, tak boleh keje sekejap, berhenti, lepas tu menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri…tak boleh macam tu sebab kita ada ank bini untuk ditanggung dan disara …jadi, pastikan anda mempunyai keje yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu.
- Perangai bujang.
Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan…merempit, melepak, keluar rumah ikut suka, balik rumah ikut suka dan sebagainya…maka kita perlu ubah smua ni, perlu ubah gaya hidup kita. Didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita sudah berkahwin, kita tidak cenderung untuk buat perangai2 masa kita bujang dahulu.
- Belajar mengemas.
Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah tanggungjawab isteri sahaja…kita sebgai lelaki juga perlu bantu buat kerja-kerja rumah…perlu tahu cara menyapu smpah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya. Percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan diakui oleh kaum hawa bahawa lelaki sebenarnya nampak macho jika tahu buat kerja-kerja rumah. Tak percaya? Cuba tanya mak kita!
- Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan.
Ini antara tabiat yang paling susah lelaki nak ubah! Sebelum kahwin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan, tetapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sbb kita dah beristeri, dan tiada keperluan utk kita ada kwn perempuan yg kita masih rapat lagi..anda sudah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung dengan wanita lain saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang.

Gambar hiasan
Perkahwinan merupakan ikatan yg suci, yg menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan.
Perkahwinan bukan sekadar utk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kpd seorang perempuan yg diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yg diredhai Allah s.w.t.
Maka, ubah tabiat2 yang dinyatakan jika kita ada niat utk mendirikan rumahtangga…
Kredit : Peguam Syarie Khidmat Masyarakat & jentikhati
Uncategorized
Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan mengenai video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan berhubung perkara tersebut,
“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, Kajang hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 52 saat memaparkan dua lelaki mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran bagi baginda.
Rakama itu turut menarik perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyiasat siapa dalang di sebalik ajaran berkenaan.
View this post on Instagram
Sumber: BERNAMA, Instagram Caprice
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Uncategorized
Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah
SYDNEY – Seorang aktivis anti-Islam terkemuka di Australia mengejutkan ramai pihak terutama kumpulan berhaluan kanan apabila mengisytiharkan dirinya telah memeluk agama Islam.
Shermon Burgess ialah bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts (UPF) dan terkenal dengan peranannya semasa protes anti-Islam yang tertumpu kepada pembinaan masjid di Bendigo pada 2015. Burgess menganjurkan berpuluh protes bersama ketua kumpulan neo-Nazi, Blair Cottrell dan Neil Erikson.
Selain UPF, Burgess pernah mengetuai beberapa lagi organisasi anti-Islam dan antipendatang, antaranya Reclaim Australia serta Defence League yang kini telah dibubarkan.
Alasan utama Burgess memilih Islam kerana tertarik dengan pendirian teguh agama tersebut terhadap isu maskuliniti, peranan jantina dan penentang total terhadap lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).
Tidak lama dahulu, Burgess pernah melabelkan Islam sebagai mundur dan menegaskan agama tersebut tidak sesuai diamalkan dalam cara hidup orang tempatan di Australia.
Dia juga menghasilkan pelbagai kandungan berbaur perkauman dan menghasut di laman media sosialnya ‘The Great Aussie’ sebagai tanda kebencian terhadap komuniti Muslim.
TERBUKA HATI
Burgess dalam temu bual eksklusif di portal Crikey berkata, dia terbuka hati mendekati Islam, seterusnya memeluk agama itu semasa Australia dilanda pandemik Covid-19.
Malah, pertemuannya dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose menjadi titik penting dalam memberinya input dan pandangan lebih jelas mengenai Islam.
“Anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah. Kini saya bersama komuniti Muslim untuk melawan penind4san Zi0nis dan Fre3mason yang memerintah,” katanya.
TERIMA KEC4MAN
Selepas memeluk Islam, Burgess mengakui dia menerima banyak kec4man dan u.gutan daripada bekas ahli-ahli UPF. Malah, akaun media sosialnya dihujani dengan kata-kata k3sat, namun perkara itu tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk terus mendalami Islam.
“Ramai antara mereka merupakan peminum ar4k t3gar.
“Malah, mereka juga mempunyai kehidupan yang tungg4ng-l4nggang.
“Saya suka dengan aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada mengambil alkohol serta d4dah,” ujarnya.
Tambah Burgess, kehidupannya kini lebih teratur dan bermakna berbanding sebelum mengucap dua kalimah syahadah.
Sumber: https://mykmu.ne
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Uncategorized
Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor
Pendakwah popular, Datuk Kazim Elias mendedahkan beliau tidak mempunyai tauliah untuk mengajar tentang agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Datuk Kazim atau popular dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, ketika ini beliau hanya mempunyai tauliah di dua negeri selain akan menerima satu lagi tauliah khas daripada sebuah negeri.
Menurut pendakwah berusia 50 tahun itu, beliau mengucapkan terima kasih atas ‘kebenaran sementara’ selama ini yang dipohon pihak penganjur bagi sesebuah program serta menyedari bahawa perlu mengikut undang-undang ditetapkan.
“Saya tidak ada tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun begitu saya berterima kasih kerana diberi peluang berceramah di seluruh negeri Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundang saya.
“Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor.
“Kerana ini adalah peraturan dan undang-undang. Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook semalam.

The Tahfiz school Al-Barakah Manjoi will eventually closed down due to unsufficient funds in sustaining the cost of running the school said the founder Ustad Datuk Mohammad Kazim Elias.
Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa menolak bagi memenuhi undangan program ceramah di Selangor dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Insya-Allah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor dan saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.
“Terima kasih kepada semua yang pernah mengurus, menjemput dan menghadiri semua program saya selama ini di Selangor.
“Anda boleh terus mengikuti kuliah saya di media sosial atau datang melawat sekolah saya di Pusat Pendidikan Al Barakah,” ujarnya.
Terdahulu, menerusi laporan media, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada ‘special lane’ atau pengecualian istimewa diberikan kepada mana-mana pendakwah walaupun popular.
Ini kerana golongan yang mengajar mengenai agama Islam perlu tertakluk kepada undang-undang serta peraturan berkuat kuasa di Selangor.
Sumber: Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan