Connect with us

Viral

Laut Langkawi ‘Terbelah’ Dua, Beting Pasir Sepanjang 600 Meter Muncul!

Published

on

beting

Susulan fenomena air surut penuh yang berlaku di Langkawi semalam menyebabkan munculnya beting pasir sepanjang 600 meter hingga laut kelihatan seperti dibelah.

Fenomena yang hanya berlaku setahun sekali dan berlaku dalam tempoh 2 jam ini dapat disaksikan lebih kurang 400 pengunjung di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi pada hari ini.

beting

Fenomena unik selama sejam mulai 7 pagi itu muncul sekali dalam setahun, selepas air laut di kawasan itu surut sehingga 0.1 meter.

Ramai pengunjung tiba awal sebelum jam 7 di kawasan itu untuk melihat fenomena yang jarang berlaku itu.

beting

Menurut salah seorang pengunjung, Azliyanti Ahmad, 40, dia datang ke situ untuk berjalan santai di atas beting pasir yang terbentuk.

“Kalau air pasang kawasan ini kedalamannya kira-kira 3.5 meter, tidak mungkin kita dapat melihat habitat hidupan marin,” katanya.

beting

Seorang pemandu pelancong yang juga ahli Pencinta Alam Sekitar, Zoher Mustan, 57, berkata kali ini air laut surut pada paras 0.1 meter, berbanding tahun lalu 0.0 meter.

Katanya, keunikan ini dinantikan penduduk tempatan serta pelancong dan pengunjung boleh berjalan atas beting pasir sejauh 600 meter ke Pulau Chabang dan Pulau Kelam Baya.

Pada tahun-tahun sebelumnya, selain Pantai Tanjung Rhu, fenomena itu turut dapat disaksikan di dua lagi lokasi iaitu di Teluk Datai dan Pantai Chenang.

beting

Fenomena air surut pada tahun 2020 di Pantai Tanjung Rhu

Sekiranya terlepas, orang ramai perlu menunggu tahun hadapan untuk menyaksikannya. Dan apa yang lebih menarik, pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan sebelah, gamat, belangkas dan kuda laut ketika menyusuri beting pasir

Antara yang turut datang melihat fenomena itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Mutalib yang menyatakan ianya boleh dipasarkan secara meluas.

Sumber : BH via Mypendidik

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

“baik sungguh hatimu” – Puteri Sarah mahu bantu ibu tujuh anak yang diusir dari rumah sewa

Published

on

“baik sungguh hatimu” – Puteri Sarah mahu bantu ibu tujuh anak yang diusir dari rumah sewa

Pelakon sensasi, Puteri Sarah meluahkan hasrat bagi membantu ibu tujuh anak yang akan diusir dari rumah sewa disebabkan tidak membayar sewa sejak Oktober tahun lalu.

Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia simpati melihat nasib wanita yang juga pesakit mental itu kerana diabaikan suaminya yang telah berkahwin lain.

Malah, pelakon berusia 38 tahun itu turut menyelar tindakan suami wanita tersebut yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas berpoligami.

“Allahuakbar kejamnya. Inilah yang dikatakan nak poligami tapi tak tahu tanggungjawab. Siapa kakak ni? Jika ada maklumat, tolong mesej Sarah. Sarah nak tolong,” tulisnya menerusi satu InstaStory semalam.

InstaStory berkenaan memaparkan sebuah keratan berita bertajuk ‘Ibu & 7 Anak Dihalau Dari Rumah Sewa, Suami Jarang Balik Sejak Ada Bini Muda’ yang melaporkan kesusahan hidup wanita terbabit.

Semalam, pihak Zakat Selangor tampil menghulurkan sumbangan kepada wanita tersebut yang mempunyai anak berusia antara empat hingga 14 tahun.

Lebih malang apabila situasi itu menyebabkan anak sulungnya turut mendapat rawatan psikiatri kerana kerap mengamuk sehingga sukar dikawal sekali gus perlu mengambil ubat penenang.

Terdahulu, Sarah dilabel sebagai ‘wanita besi’ kerana gigih memperjuangkan haknya susulan mengalami kemelut rumah tangga bersama suaminya Syamsul Yusof yang telah berkahwin lain di Thailand.

Tidak berdiam diri, ibu kepada dua cahaya mata itu kemudian menfailkan penceraian terhadap suaminya yang juga pengarah terkenal di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bulan lalu.

Sumber: Instagram Puteri Sarah, Facebook Zakat Selangor

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Pelajar kelas hujung dan kaki p0nteng berjaya b4ngkit! Dulu PMR tak ada A, kini ikuti ijazah kedua… setiap bul4n dapat RM20,000

Published

on

Pelajar kelas hujung dan kaki p0nteng berjaya b4ngkit! Dulu PMR tak ada A, kini ikuti ijazah kedua… setiap bul4n dapat RM20,000

Siapa s4ngka dari sikap sering pont3ng sekolah dan keputusan peperiks4an yang mengec3wakan, seorang pemuda bangk1t melakukan transf0rmasi ‘bukan biasa-biasa’.

Kejayaan tersebut dik0ngsikannya menervsi sebuah video di apl1kasi TikT0k.

Pemuda berkenaan, Nik Izzuddin Omary Nik Omar, berkata dalam peper1ksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dia mencatatkan keputusan yang kurang memvaskan.

Anak muda berusia 24 tahun itu memberitahu, keadaan itu disebabkan oleh kedeg1lan dan sik4p sambil lew4nya terhadap pelajaran selain masalah dis1plin di sekolah.

Ken4ngan… Nik (kanan) bersama arw4h ibu bapa dan adik-adiknya.

“Saya akui hanya banyak main-main PMR tahun 2013. Sudahlah p0nteng kelas di sekolah, kelas tu1syen pun saya tak datang.

“Keputus4n PMR saya langsung tak ada A. B pun ada 3 je, lebih banyak C. Saya masih ingat masa dalam dewan peperiksaan, saya tak tahu nak jawab apa,” katanya.

Lebih mesra disapa Nik, katanya, ibu kandungnya men1nggal dunia pada 2012, manakala bapa kandung dijempvt Ilahi pada tahun yang sama dia menduduki PMR.

“Sedih bila orang yang kita sayang perg1 buat selama-lam4nya, jadi semangat pun hil4ng. Masa tu belum mat4ng dan saya pernah terfik1r saya ni tiada masa depan,” ujar anak kelapan daripada 12 beradik itu.

Nik (dua, kanan) aktif dalam sukan taekwondo ketika di un1versiti.

Namun, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu mula menyed4ri tentang tanggvngjawab besarnya pada diri dan keluarga selepas mendapat kepvtusan PMR yang tervk.

Malah4n, dia bersyukur kerana rakan-rakan di kelas sewaktu di Tingkatan Empat memberikannya mot1vasi untuk memberi tumpvan kepada pelajaran.

Jika dulu tak berjaya, jangan berputvs asa. Apa yang penting ada kem4huan, biar perlah4n-lah4n tapi ada perkemb4ngan kons1sten.

“Walaupun belajar di kelas ‘hvjung’ tapi sebenarnya ramai yang mempunyai minat untuk belajar tetapi mereka tiada pemaham4n. Jadi, kami membantu antara satu sama lain.

“Syukur, keputus4n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) jauh lebih baik dengan 6A. Saya kemudian meny4mbung pengaj1an di peringkat asasi sebelum mengikuti Ijazah Sarjana Muda Und4ng-Und4ng di Univers1ti Islam Antarab4ngsa Malaysia (UIAM),” kata Nik.

Mencari pengal4man menjual sate.

Di UIAM, prestas1nya menunjukkan peningkatan apabila dua sem3ster ter4khir mencat4tkan keputusan dengan pencap4ian dekan menerusi purata nilai gred (GPA) 3.6 ke atas.

“Keputusan sem3ster lain bukan tak okay, tapi sipi-sipi nak dekan, dengan GPA sekitar 3.5,” katanya yang turut akt1f dalam sukan taekwondo sehingga mew4kili un1versiti ke Kejohanan Majlis Sukan Un1versiti Malaysia (Masum) pada 2015.

Selain itu, pemuda yang turut berg1at akt1f dalam sukan badminton ini juga berj1nak-j1nak dalam bisn3s secara kecil-kecilan untuk menj4na pendapatan samp1ngan.

Dulu (kiri) ketika di sekolah menengah dan kini bergelar pelajar un1versiti.

“Macam-macam yang saya jual, termasuk jual sate. Dan kini selepas tam4t pengaji4n dalam Ijazah Sarjana Muda Und4ng-Und4ng, saya mencebvri bisn3s percetakan (printing).

“Bisn3s ini ada pot3nsi apabila saya dan rakan niaga boleh capai pendap4tan kas4r RM20,000 sebulan. Bagi saya yang masih belajar berniaga, jvmlah itu cukup besar,” katanya.

Nik yang bakal meny4mbung peng4jian dalam Ijazah Sarjana Muda kedua (double degree) dalam jurus4n Und4ng-Und4ng Syariah di UIAM bersyukur dengan transf0rmasinya sejak kir4-kir4 lapan tahun lalu.

“Jika dulu tak berjaya, jangan berputus asa. Apa yang penting ada kem4huan, biar perl4han-l4han tapi ada perkemb4ngan kons1sten. InsyaAllah kita boleh berjaya,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Gempa Bumi: Turkiye Bersedih, Bencana Berlaku Ketika Ramai Sedang Tidur

Published

on

Gempa Bumi: Turkiye Bersedih, Bencana Berlaku Ketika Ramai Sedang Tidur

Situasi getir berlaku di Turkiye dan Syria ketika ini disebabkan gempa bumi kuat yang berlaku sekitar jam 4.17 pagi tadi waktu tempatan.

Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi pertubuhan Muslim Care Malaysia Society (MCM) cawangan Turkiye, Mohammad Khatib berkata setakat ini, bencana alam itu meragut nyawa sekurang-kurangnya 284 mangsa selain mencederakan ribuan mangsa lain.
“Kebanyakan mangsa menyangka dunia sudah kiamat. Lebih menyedihkan apabila ramai kanak-kanak terkorban akibat ditimpa runtuhan kediaman masing-masing. Mereka tidak sempat lari menyelamatkan diri berikutan sedang tidur ketika itu.
“Gempa bumi ini menyebabkan kerosakan teruk kepada kediaman dan bangunan membabitkan Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis,” katanya.
Presiden MCM, Zulkifli Wahijan pula berkata, pihaknya akan segera bertindak dengan melakukan misi kemanusiaan selain memaklumkan bahawa suhu di bawah paras beku – 5 darjah celcius di lokasi menyebabkan lagi kesukaran kepada mangsa terlibat.

“Setakat ini dilaporkan 1,710 bangunan dan kediaman musnah dalam bencana alam terbesar itu. Malah angka korban dijangka terus meningkat berikutan kejadian gempa bumi susulan 7.2 skala Richter yang dilaporkan berlaku di Malatya, Turkiye.
“Setakat ini wakil MCM di Turkiye sudah berada di lokasi kejadian bagi menyertai usaha mencari dan menyelamat. Keberadaan mereka sebagai usaha awal MCM menyampaikan bantuan secepat mungkin selain menyalurkan maklumat tepat lagi cepat,” ujarnya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK