Viral
Kuih-muih dipuji warga Jepun, Khairina miliki kilang proses produk sejuk beku

Kuih-muih dipuji warga Jepun, Khairina miliki kilang proses produk sejuk beku
Bermula dengan pujian daripada seorang majikan warga Jepun terhadap masakannya dan mencadangkannya berniaga, wanita berusia 53 tahun ini akhirnya memberanikan diri untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan.
Khairina Suleiman memberitahu, sebaik sahaja individu berkenaan memberi cadangan, dia memulakan langkah dengan berniaga sambilan di pasar malam.
Sedikit demi sedikit, akhirnya dia kini mampu memiliki sebuah syarikat yang membekalkan pelbagai aneka kuih-muih sejuk beku ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Pemilik D’Kochet Frozen Food meluahkan kesyukuran dengan rezeki kurniaan Allah SWT kerana penat lelahnya sejak tahun 2000 akhirnya membuahkan hasil dan semakin berkembang maju.
“Saya bermula tahun 2000 tetapi tidak sepenuh masa, sebab masih lagi bekerja. Maksudnya, hari tidak bekerja iaitu Sabtu Ahad saya berniaga di pasar malam.
“Terkejut tengok jualan laris sangat, bila pasang khemah terus pelanggan datang beratur,”luahnya.
Katanya lagi, ketika itu dia memang sudah buat makanan sejuk beku dan dibawa dan digoreng di pasar malam.
“Ketika itu saya hanya buat karipada dengan popia. Dari situ saya nampak makanan sejuk beku ini sangat berpotensi dan boleh pergi jauh,”terangnya.
Bercerita mengenai titik permulaan memberi fokus kepada perniagaan, Khairina berkata, segalanya semula apabila dia menerima tempahan sebanyak 3,000 keping karipap sejuk beku dari Hotel Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Oleh itu, dia membuat keputusan untuk berhenti melakukan dua tiga kerja dan fokus kepada bisnes makanan sejuk beku sahaja.
Orang selalu ketawakan perniagaan makanan sejuk beku
Pun begitu, penglibatannya berniaga makanan sejuk beku secara sepenuh masa menerima banyak sindiran walaupun mendapat sokongan dari suami dan keluarga.
“Pad awal saya berniaga, orang tertawakan saya. Malah, ada yang cakap, pelanggan hendak makan yang siap goreng dan boleh beli terus di gerai tepi jalan, bukan makanan sejuk beku,”ceritanya.
Bagaimanapun, Khairina tidak patah semangat kerana pada ketika itu dia sudah nampak bahawa suatu hari nanti di mana kesibukan orang ramai terutama wanita bekerja menyebabkan mereka tidak sempat keluar membeli atau buat sendiri.
“Mereka pasti mahu ada stok sedia (ready stock) di rumah, bila hendak makan atau tetamu datang, terus goreng dan hidang,”katanya dengan yakin.
Berniaga bukan kejar untung tapi anggap sebahagian fardu kifayah
Jelasnya lagi, tujuan utama berniaga bukanlah kerana mengejar keuntungan sebaliknya melihat dari sudut Islam iaitu sebagai fardu kifayah menyediakan makanan untuk orang Islam.
“Saya niat hendak serius dalam perniagaan ini juga kerana saya sendiri sukar mendapatkan produk sejuk beku bumiputera dan orang Islam.
“Jadi, saya mahu jadi orang Islam makan hasil air tangan orang Islam sendiri.
Tidak mudah melatah, Khairina akhirnya tersenyum lebar apabila impiannya terlaksana. Kini, syarikatnya menghasilkan kira-kira 100 jenis produk jenis beku seperti karipap, cucur badak, kasturi, onde-onde, popia, samosa, roti canai.
Kesemua itu boleh dibeli pada harga di antara RM6.50 hingga RM16 bergantung kepada jenis produk dan jumlah setiap paket.
Jelasnya lagi, kuantiti kuih-muih yang terdapat dalam setiap paket adalah di antara 10 hingga 12 keping dan kesemua tu bergantung kepada saiz produk berkenaan. Malah, mereka juga boleh mendapatkan ia secara atas talian menerusi laman sesawang rasmi, Shopee atau ejen serta kedai terpilih.
Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia banyak bantu kembangkan perniagaan
Di kesempatan itu, Khairina memberitahu kejayaannya turut dibantu oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dari segi kewangan. Bukan sahaja kepada perniagaannya sahaja, malah membantu ekonomi keluarga lain.
“Dulu, saya niat hendak adakan peluang pekerjaan untuk warga tempatan dan membantu ekonomi terutama ibu tunggal serta isteri yang ingin bekerja tidak jauh dari rumah disebabkan kekangan tertentu.
“Disebabkan itulah pekerja di kilang saya kebanyakannya penduduk sekitar. Sehingga kini, saya mempunyai 20 pekerja tetap dan enam separuh masa. Semua pekerja saya boleh buat semua jenis kuih kerana kita beri latihan agar dapat menampung permintaan,”jelasnya.
Dengan bantuan 20 pekerja katanya, setiap hari D’Kochet Frozen Food dapat menghasilkan tujuh hingga lapan jenis produk bergantung kepada permintaan di mana kira-kira 3,000 hingga 4,000 keping sehari bagi setiap jenis kuih.
Pada masa sama, Khairina merakamkan penghargaan terima kasih kepada AIM yang sentiasa menyokong perniagaannya dari bertatih sehingga kini dapat berlari pantas melalui bantuan kewangan yang mudah dan cepat.
“Alhamdulillah, sejak dibantu AIM kira-kira 10 tahun lalu, dari kedai kecil dan kini ada sebuah kilang dan menghasilkan 100 produk sejuk beku. Antara top selling adalah karipap, popia, donut dan pulut panggang.
Katanya lagi, atas bantuan AIM jugalah produknya dapat dipasarkan ke seluruh Semenanjung Malaysia dan Singapura.
Wang dikembalikan jika pelanggan tak puas hati
Sementara itu, usahawan wanita berjaya ini juga meyakinkan mereka akan menggembalikan wang kepada pelanggan sekiranya tidak berpuas hati memandangkan produk sejuk beku D’Kochet boleh bertahan setahun jika diletakkan dalam bahagian pembeku (freezer).
Berdasarkan penilaian pelanggan dari laman sesawang dan Shopee, kebanyakan mereka suka disebabkan rasa selain inti yang banyak. Apa yang lawaknya, ada juga pelanggan mengadu kerana banyak inti diletakkan dalam kuih.
“Alhamdulillah, harga mampu beli dan antara termurah di pasaran. Harga mampu beli ini kerana saya mahu produk mencapai sasaran. Maksudnya di sini, semua golongan dapat merasa dan membelinya,”katanya.
Namun begitu, dia tidak menafikan setiap perniagaan, pasti akan ada cabaran yang perlu dihadapi dan cabaran itu menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan dan menambahbaik perniagaan selari dengan peredaran zaman.
Antara cabarannya adalah permintaan terlalu tinggi sehingga menyebabkan mereka bimbang kerana tidak dapat memenuhinya. Begitu juga dengan harga bahan mentah yang bergantung kepada cuaca atau musim tertentu seperti keledek dan ubi.
Lantaran itu, dia terpaksa menaikkan harga produk, namun pada kadar kenaikan sekitar 10 sen hingga 30 sen bagi setiap tiga tahun sekali.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga
Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.
Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.
Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.
TONTON VIDEO DISINI
Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.
Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.
Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”
Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.
Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.
Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.
Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi
Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.
Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.
Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.
Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.
“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.
‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.
“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.
“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.
Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.
‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.
Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.
“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.
Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.
“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.
Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.
‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!
KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.
Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.
“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.
Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.
Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.
Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.
“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.
“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.
“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.
Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.
Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.
“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.
Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.
“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,
Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.
Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.
Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.
Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.
“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.
“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan