Connect with us

Uncategorized

Kuda Paling Mahal Di Dunia, Baka ‘Kuda Emas’ Milik Nabi Muhammad SAW Dijual Dengan Harga RM8 Billion!

Published

on

Kuda Paling Mahal Di Dunia

KUALA LUMPUR – Para pengguna media sosial semalam gempar apabila beberapa pengendali laman Facebook menyebarkan gambar ‘kuda emas’ dari baka Akhal-Teke yang dikatakan sebagai tercantik di dunia. Mereka antara lainnya mendakwa kuda yang berasal dari Turki itu merupakan baka dari kuda p3rang milik Nabi Muhammad saw

“Kuda ni berasal dari Turki dikatakan sebagai kuda tercantik di dunia (dan) rekod harga kuda paling mahal di dunia ialah RM8 billion iaitu baka kuda p3rang milik Rasulullah SAW” memetik kenyataan di status tersebut.

Kuda emas

Paling menarik mereka turut melampirkan kisah bagaimana kuda tersebut terpilih sebagai binatang tunggangan Nabi Muhammad saw ketika p3rang.

“Suatu ketika, 40 ekor kuda dikuarantin dan diberikan makan tanpa diberi air untuk satu tempoh tertentu untuk tujuan pemilihan baka. Suatu hari 40 ekor kuda ini dibawa ke satu kawasan oasis, di sana Rasulullah melepaskan semua 40 ekor kuda yang dahaga tersebut.

“Sebelum sempat 40 ekor kuda sampai digigi oasis tersebut, lalu Rasulullah saw memanggil kesemua kuda-kuda tersebut dengan isyarat tertentu.

“Dari 40 ekor kuda tersebut, hanya 4 ekor kuda sahaja yang berpaling dan berlari semula kepada Rasulullah SAW tanpa mempedulikan air tersebut, walaupun ia tersangat dahaga.

Maka 4 ekor kuda inilah yang dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai kuda p3rang Baginda, kerana kuda ini setia yang rela berkorban demi pemiliknya iaitu Rasulullah SAW,” katanya memetik sebagai berkata.

Bagaimanapun  tidak dapat dipastikan kesahihan dan kebenaran kisah tersebut kerana tidak dinyatakan sumber dari mana kisah tersebut dipetik. Namun hasil carian yang dilakukan mendapati kuda dari baka Akhal-Teke memang terkenal antara yang paling cantik dan mahal.

Berikut adalah catatan ringkas mengenai kuda tersebut:

Kuda emas

Akhal-Teke adalah sejenis baka kuda yang berasal dari Turkmenistan yang terkenal kerana pantas, lasak, cerdik, serta unik dengan bulu yang ‘berkilat’ sehingga dikenali dengan jolokan “Kuda Emas”.

Kuda ini sesuai dengan keadaan iklim yang melampau, malah dipercayai sebagai antara baka kuda tertua yang masih wujud. Kuda dari baka ini dikatakan semakin pupus apabila hanya terdapat sekitar 6,600 ekor di seluruh dunia, terutama sekali di Turkmenistan, Rusia, Eropah dan Amerika Utara.

Kewujudan kuda ini mungkin telah muncul sejak 3000 tahun yang lalu. Ia dikenali dengan beberapa nama, tetapi paling nama yang sering digunakan ialah kuda Nisean.

Puak asal Turkmenistan dikatakan menggunakan kuda Akhal-Teke untuk menyerbu dan pernah digunakan dalam pert3mpuran mel4wan Empayar Rusia yang berakhir dengan kekalahan.

Menurut sebahagian pendapat, kuda Akhal-Teke telah disembunyikan oleh puak setempat. Lokasi baka kuda ini membiak adalah di kawasan Turkmenistan iaitu di padang pasir Kara Kum. Padang pasir ini berbatu kawasan dataran gurun yang tandus serta dikelilingi oleh pergunungan.

Kuda emas

Namun ada pendapat lain mendakwa bahawa kuda-kuda ini adalah keturunan daripada kuda yang digunakan oleh kaum Monggol semasa melakukan s3rangan di kawasan pergunungan pada abad-13 dan abad ke-14.

Suku kaum Turkmenistan merupakan antara masyarakat pertama mempelopori penggunaan kuda untuk meny3rang. Mereka memilih kuda terbaik sebelum dibiakkan.

Kaum ini turut membuat nota salasilah kuda mereka berdasarkan tradisi lisan. Kuda-kuda itu disebut “Argamaks” oleh Russia, dan amat diminati oleh para pengembara yang mengunjungi kaum ini.

Pada tahun 1881, Turkmenistan telah menjadi sebahagian daripada Empayar Rusia. Suku-suku kaum ini telah berp3rang dengan pihak Tsar dan akhirnya memenangi peperangan tersebut.

Seorang jeneral Rusia, Kuropatkin, telah berjaya menangkap dan membiakkan baka kuda yang digunakan oleh suku kaum ini dan dinamakan sebagai kuda “Akhal-Tekes,” sempena suku Turkmen Teke yang tinggal berdekatan Akhal oasis.

Kerajaan Russia kemudiannya mencetak buku salasilah keturunan kuda pertama yang berjaya mereka biakkan adalah pada tahun 1941. Kuda baka Akhal-Teke, ini sering digunakan untuk disiplin berkuda Dressage, lompatan dan kuda lasak

Sumber: Facebook&Google

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Published

on

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan mengenai video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan berhubung perkara tersebut,

“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, Kajang hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 52 saat memaparkan dua lelaki mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran bagi baginda.

Rakama itu turut menarik perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyiasat siapa dalang di sebalik ajaran berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Sumber: BERNAMA, Instagram Caprice

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Uncategorized

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

Published

on

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

SYDNEY – Seorang aktivis anti-Islam terkemuka di Australia mengejutkan ramai pihak terutama kumpulan berhaluan kanan apabila mengisytiharkan dirinya telah memeluk agama Islam.

Shermon Burgess ialah bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts (UPF) dan terkenal dengan peranannya semasa protes anti-Islam yang tertumpu kepada pembinaan masjid di Bendigo pada 2015. Burgess menganjurkan berpuluh protes bersama ketua kumpulan neo-Nazi, Blair Cottrell dan Neil Erikson.

Selain UPF, Burgess pernah mengetuai beberapa lagi organisasi anti-Islam dan antipendatang, antaranya Reclaim Australia serta Defence League yang kini telah dibubarkan.

Alasan utama Burgess memilih Islam kerana tertarik dengan pendirian teguh agama tersebut terhadap isu maskuliniti, peranan jantina dan penentang total terhadap lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

Tidak lama dahulu, Burgess pernah melabelkan Islam sebagai mundur dan menegaskan agama tersebut tidak sesuai diamalkan dalam cara hidup orang tempatan di Australia.

Dia juga menghasilkan pelbagai kandungan berbaur perkauman dan menghasut di laman media sosialnya ‘The Great Aussie’ sebagai tanda kebencian terhadap komuniti Muslim.

TERBUKA HATI

Burgess dalam temu bual eksklusif di portal Crikey berkata, dia terbuka hati mendekati Islam, seterusnya memeluk agama itu semasa Australia dilanda pandemik Covid-19.

Malah, pertemuannya dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose menjadi titik penting dalam memberinya input dan pandangan lebih jelas mengenai Islam.

“Anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah. Kini saya bersama komuniti Muslim untuk melawan penind4san Zi0nis dan Fre3mason yang memerintah,” katanya.

TERIMA KEC4MAN

Selepas memeluk Islam, Burgess mengakui dia menerima banyak kec4man dan u.gutan daripada bekas ahli-ahli UPF. Malah, akaun media sosialnya dihujani dengan kata-kata k3sat, namun perkara itu tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk terus mendalami Islam.

“Ramai antara mereka merupakan peminum ar4k t3gar.

“Malah, mereka juga mempunyai kehidupan yang tungg4ng-l4nggang.

“Saya suka dengan aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada mengambil alkohol serta d4dah,” ujarnya.

Tambah Burgess, kehidupannya kini lebih teratur dan bermakna berbanding sebelum mengucap dua kalimah syahadah.

Sumber: https://mykmu.ne

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Uncategorized

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Published

on

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Pendakwah popular, Datuk Kazim Elias mendedahkan beliau tidak mempunyai tauliah untuk mengajar tentang agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Datuk Kazim atau popular dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, ketika ini beliau hanya mempunyai tauliah di dua negeri selain akan menerima satu lagi tauliah khas daripada sebuah negeri.

Menurut pendakwah berusia 50 tahun itu, beliau mengucapkan terima kasih atas ‘kebenaran sementara’ selama ini yang dipohon pihak penganjur bagi sesebuah program serta menyedari bahawa perlu mengikut undang-undang ditetapkan.

“Saya tidak ada tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun begitu saya berterima kasih kerana diberi peluang berceramah di seluruh negeri Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundang saya.
“Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor.
“Kerana ini adalah peraturan dan undang-undang. Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook semalam.

The Tahfiz school Al-Barakah Manjoi will eventually closed down due to unsufficient funds in sustaining the cost of running the school said the founder Ustad Datuk Mohammad Kazim Elias.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa menolak bagi memenuhi undangan program ceramah di Selangor dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Insya-Allah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor dan saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.
“Terima kasih kepada semua yang pernah mengurus, menjemput dan menghadiri semua program saya selama ini di Selangor.
“Anda boleh terus mengikuti kuliah saya di media sosial atau datang melawat sekolah saya di Pusat Pendidikan Al Barakah,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi laporan media, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada ‘special lane’ atau pengecualian istimewa diberikan kepada mana-mana pendakwah walaupun popular.

Ini kerana golongan yang mengajar mengenai agama Islam perlu tertakluk kepada undang-undang serta peraturan berkuat kuasa di Selangor.

Sumber: Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK