Semasa
Kucing menderita perut besar dipenuhi na’nah, didak’wa ditem’bak oleh individu tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan sena’pang angin

Kucing menderita perut besar dipenuhi na’nah, didak’wa ditem’bak oleh individu tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan sena’pang angin
Kucing seringkali menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan kesayangan kerana sifatnya yang jinak dan telatah mereka yang comel lalu mampu menambat hati sesiapa sahaja. Namun, masih ada individu yang tidak bertanggungjawab dan sanggup melakukan kekejaman kepada haiwan ini.
Dalam satu video yang tular di media sosial beberapa hari lepas menunjukkan seekor kucing berwarna putih bertompok oren mengalami masalah perut yang membesar hingga kelihatan mengerikan. Lebih memilukan, haiwan berkenaan juga dilihat mengalami kesukaran untuk berjalan. Pada awalnya, tiada sesiapa pun tahu punca yang menyebabkannya menderita sedemikian rupa.
3 das peluru di dalam perutnya
Apabila dibawa bertemu pakar, barulah mereka mengetahui bahawa perut kucing ini dipenuhi na’nah, didakwa ditem’bak oleh individu tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan sena’pang angin.
Kucing ini diselamatkan oleh pemilik pusat perlindungan haiwan iaitu dikenali sebagai Rumah Singgah Clow. Di pusat perlindungan ini, mereka telah membuka dana untuk membantu kucing betina ini mendapatkan rawatan selanjutnya.
Kucing ini akhirnya berjaya diselamatkan melalui pembedahan. Ketika na’nah dikeluarkan daripada perutnya, doktor turut menemui 3 butir pel’uru yang dikesan lebih awal melalui imbasan x-ray.
Peluru yang masuk dalam perutnya
Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa syukur kerana penderitaan si bulu comel ini berakhir. Mereka juga tidak menyangka ada manusia yang tergamak melakukan tindakan kejam sedemikian dan sanggup melayan haiwan ini sebegitu rupa.
Selepas penderitaannya hilang, kucing ini bakal dijaga oleh seorang individu yang baik hati. Bagaimanapun, kucing ini hanya akan bertemu dengan tuan baharunya selepas tempoh rawatannya berakhir.
Sumber: Rumahsinggahclow
Semasa
Setelah tiga tahun ‘Menunggu’ Sebab Cov1d, wanita Jepun menikmati durian hingga menitiskan air mata, seolah dia merindui dengan kenikmatan rasa durian

Setelah tiga tahun ‘Menunggu’ Sebab Cov1d, wanita Jepun menikmati durian hingga menitiskan air mata, seolah dia merindui dengan kenikmatan rasa durian
Durian merupakan buah-buahan tempatan yang digelar sebagai ‘raja buah’, tak hairanlah kalau ada yang sampai menangis apabila dapat menikmati durian, seperti wanita dari Jepun ini. Namun, masih ada juga yang tidak suka dengan buah yang satu ini kerana mempunyai bau yang agak kuat.
Bukan sahaja orang Malaysia yang jatuh cinta dengan rasa lemak berkrim buah ini, orang luar juga ada yang menggemari raja buah ini hingga sanggup datang merentas benua untuk menikmati salah satu kenikmatan dunia termasuk warga Jepun ini.
Mengeksplorasi siaran Youtube milik salah seorang warga Jepun, dia berkongsi detik menikmati durian setelah tiga tahun. Menariknya, wanita Jepun ini menikmati durian hingga menitiskan air mata, seolah dia benar-benar merindui dengan kenikmatan rasa durian.
Dalam pada itu, menerusi video Youtube yang menggunakan nama iChang RM, wanita dan pasangannya itu jelas sekali sangat menggemari buah tersebut dilihat dari ekspresi wajah setiap kali suapan lemak berkrim durian menyentuh lidah mereka berdua.
“Lama tidak berjumpa,” tegur salah seorang peniaga durian itu menandakan bahawa memang dia pernah singgah di gerai ini beberapa tahun lalu sebelum dunia dihebohkan dengan pandemik.
Lebih menarik, wanita Jepun ini juga memiliki dompet yang mempunyai bentuk seperti sepangsa durian. Menurut kapsyen yang dimuat naik bersama video berkenaan, peniaga durian tersebut mungkin mengenali mereka berdua berdasarkan dompet durian yang dimiliki oleh wanita Jepun itu.
Perkongsian video pengalaman warga yang berasal dari negara matahari terbit ini menikmati buah kebanggan Malaysia.
Sumber: iChang RM (Youtube)
Semasa
Belum bertemu pengganti Vida, Iqbal mahu mencari jodoh, menangis sebelum tidur fikir soal jodoh

Belum bertemu pengganti Vida, Iqbal mahu mencari jodoh, menangis sebelum tidur fikir soal jodoh
Iqbal menitiskan air mata setiap kali memikirkan soal jodoh. Sehingga kini Iqbal Zulkefli masih belum mempunyai pengganti. Sejak hubungan cinta dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida kecundang ditengah jalan.
Iqbal yang juga usahawan sensai itu menerusi laman Instastory miliknya mendedahkan perkara itu sebagai menjawab pertanyaan netizen yang ingin mengetahui statusnya terkini.
“Jujur akak nak tahu, Iqbal dah ada girfriend atau seseorang yang istimewa di hati? Jawab dengan jujur,” tanya netizen.
Antara soalan netizen yang dijawab oleh Iqbal.
Menurut Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, mendapatkan pasangan hidup yang boleh menerima kekurangan serta susah senang bersama tidak semudah disangka.
Malah kata bekas peserta program Big Stage 2022 itu, ada masa air matanya mengalir memikirkan soal jodoh yang belum tiba sebelum tidur.
Kadang-kadang saya menitis air mata di tengah malam.
IQBAL ZULKEFLI
USAHAWAN
“Belum (kekasih). Kadang-kadang saya stres fikir tentang jodoh. Saya boleh beli apa sahaja yang saya mahu tetapi pasangan hidup, ia tak semudah itu.
“Menemui orang yang jujur, sanggup susah senang dan boleh terima segala kekurangan, ia tidak mudah. Tak semudah orang ramai bertanya ‘Iqbal bila nak kawin? Iqbal dah ada semua kenapa tak kawin? Iqbal, kawin sajalah’.
“Kadang-kadang saya menitis air mata di tengah malam. Tolong doakan saya ya,” kata Iqbal.
Sebelum ini, usahawan berusia 28 tahun itu pernah merancang untuk meminang Vida atau DSV pada tahun lalu namun hubungan mereka berakhir disebabkan konflik yang berlaku.
Iqbal mahu mencari jodoh.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Hujan ini juga menjawab persoalan netizen yang ingin melihat gambarnya ketika zaman kanak-kanak.
“Ini gambar saya. Ketika lahir, kulit saya betul-betul gelap seperti orang India. Sampaikan orang fikir ibu saya bela anak angkat. Berganjak usia tiga tahun terus berubah muka macam cina.
“Sebelah ayah saya ada arab, pakistan, india… entahlah. Saya pun pening. Apa yang penting saya sihat,” kata Iqbal.
Semasa
Yasin Rayu Keluarkan Gan’ja Daripada Senarai Nar’kotik

Yasin Rayu Keluarkan Gan’ja Daripada Senarai Nar’kotik
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pertu’duhan terhadap Yasin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana menanam 17 pokok gan’ja itu kekal berdasarkan laporan kimia diterimanya. Kes pendakwaan terhadap penyanyi terkenal, Yasin Sulaiman dikekalkan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Da’dah Berbahaya (ADB) 1952.
Bagi peguam Yasin, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan berkenaan dan berterima kasih kepada pihak pendakwaan kerana menyediakan laporan kimia dalam masa singkat.
Selain itu, keadaan semasa Yasin sempat menjadi bualan orang. Dilihat tersenyum, menerusi video dikongsikan Instagram Hlive, Yasin sempat menitipkan pesan menggesa kerajaan Malaysia mengeluarkan kan’abis daripada senarai nark’otik.
“Kan’abis bukan nark’otik, satu dunia dah tahu. 40 negara antara yang maju telah membenarkan kanabis perubatan. Tuhan tak jadikan pohon kan’abis sia-sia, pohon kan’abis adalah untuk rawatan. Maka, keluarkanlah kan’abis daripada senarai nark’otik. Terima kasih semua,” katanya.
Kebanyakan netizen sebak dan bersimpati dengan nasib yang menimpa Yasin. Perkongsian video itu kemudiannya tular di beberapa platform media sosial yang lain.
-
Viral4 months ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral2 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral2 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral3 months ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized2 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG3 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi3 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral3 months ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan