Uncategorized
Kisah Pian Cecupak Bert4ubat Selepas Dis3ksa ketika k0ma. “Demi iktibar dan pengajaran masyarakat, saya izinkan kisah saya ditulis dan dikongsi”

Kisah Pian Cecupak Bert4ubat Selepas Dis3ksa ketika k0ma. “Demi iktibar dan pengajaran masyarakat, saya izinkan kisah saya ditulis dan dikongsi”
KUANTAN – ALLAH…ALLAH…ALLAH…itu kalimah mulia yang keluar dari bibir Rafik Raman ketika diminta berkongsi pengalaman ng3rinya dalam keadaan k0ma.
Rafik atau lebih dikenali sebagai Pian Cecupak pernah k0ma sebanyak dua kali selepas menjalani pemb3dahan membuang kolagen daripada tubuhnya serta menjalani rawatan mengeluarkan 32 susuk em4s dan berlian yang dipakai.
“Betapa d4hsyatnya kesan kes4kitan menjalani pemb3dahan plastik dengan lebih 200 sunt!kan kolagen di tubuh. Saya mengalami keg4galan fungsi organ seperti paru-paru, usus, buah pinggang dan jantung,” katanya ketika berkunjung ke Kuantan, baru-baru ini.
Ketika itu juga, artis berusia 49 tahun ini berkata, ditunjukkan hu.kuman d0sa lalu, sehingga dimasukkan ke dalam ner4ka.
“ALLAH juga perlihatkan syurga yang indah tak terkata dan ner4ka yang meng3rikan,” katanya yang terpaksa menanggung pend3ritaan sejak lebih tujuh tahun lalu.
Belum sempat meneruskan kata-kata air matanya bergenang dan dia memalingkan muka lalu mengesatnya dan menarik nafas panjang untuk terus berkongsi kisahnya.
“Saya kalau boleh tidak mahu lagi membuka cerita ini. Ia sangat mem4lukan dan meruntun jiwa saya yang mend3rita. Tapi jika ia demi iktibar dan pengajaran masyarakat, saya izinkan kisah saya ditulis dan dikongsi kepada semua.
“Biarlah apa dunia akan kata. Biarlah mereka berterusan menc3muh. Benda sudah jadi, dan saya tidak mahu ada yang mengulangi kesilapan yang sama,” katanya. Berada dalam koma, Pian bermimpi melalui satu proses s3ksaan yang amat d4hsyat. Tubuhnya dipu.kul bertalu-talu dengan sesuatu yang dia tidak tahu namun kes4kitannya amat meny3ksakan.
Dia dipamerkan d0sa silam yang menjadikan m4ksiat dan amalan khur4fat sebagai makanan jiwa.
“Saya merayu, menangis dan menjerit sesungguh hati minta diberikan peluang ke dunia lagi. Saya mahu tebus kesilapan diri,” katanya yang bersyukur kerana tersedar dan mendapati dia hanya k0ma. ALLAHU… saya takut nak kenangkannya lagi…semua situasi tu macam realiti,” keluhnya.
Mudah terpengaruh
Cerita Pian lagi, kira-kira 10 tahun lalu dia merasakan auranya dalam industri hiburan tanah air tidak menyerlah biarpun telah banyak usaha dilakukan untuk melobi pekerjaan. Fikirnya mungkin berpunca daripada rupa yang tidak setampan rakan-rakannya ketika itu.
“Atas saranan rakan-rakan selebriti, saya membuat suntikan kolagen. Bermula daripada bibir, hidung, pipi, muka dan akhirnya ke seluruh badan. Semua benda saya nak ubah. Bukan sedikit, tapi lebih ratusan jarum.
“Bukan itu sahaja, saya turut memakai susuk emas dan berlian di beberapa bahagian tubuh. Puncak kecelaruan emosi saya adalah apabila anugerah Datuk yang diberikan kerajaan Naning Melaka menjadi ejekan dan gurauan rakan sehingga saya kemurungan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
“Pada usia memasuki 40 tahun badan saya mula s4kit sehinggalah ditegur seorang ustaz supaya membuang segala amalan khura4fat yang saya lakukan,” katanya.
Menurutnya, pengaruh pemakaian su.suk berlian dan emas itu turut mero0sakkan jiwa dan pemikiran sehingga ada kalanya membuat diri separa sedar dan digelar insan tidak waras.
Pian yang pernah menyertai dunia hiburan tanah air sekitar tahun 1990-an itu mengakui pend3ritaannya bertambah t3ruk apabila merasakan dirinya dipinggirkan dari dunia seni malah rakan-rakan seperjuangan yang menjadi pengaruh paling kuat untuk dia memakai susuk dan kolagen turut menjauhkan diri.
“Saya hampir hilang segala-galanya. Mujurlah dua anak dan ibu saya masih ada di sisi. Merekalah yang menjadi penguat semangat saya,” katanya.
Produk realiti TV
Pian lahir ke dalam dunia hiburan menerusi rancangan realiti TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak.
“Hanya untuk kelihatan kacak dan diterima dalam industri hiburan tanah air saya terpengaruh dengan saranan rakan selebriti sehingga lupa kepada larangan agama.
“Selepas beberapa tahun menghabiskan wang ringgit bagi mengubah wajah kononnya untuk lebih menarik saya mula menyesal. Kecantikan tidak kekal lama malah saya mula berasa kesakitan apabila usia semakin tua,” katanya.
Melihat wajah anak, hati Pian tersentuh untuk berhijrah bahkan dia mula melihat dua cahaya mata sebagai permata yang tidak ternilai harganya.
“Sakit. Sangat sakit, air mata berjurai-jurai ketika melakukan pembedahan buang kolagen. Saya nekad nak wajah kembali kepada asal walau pun kos buang lebih tinggi.
“Saya tahu apa orang mengata tentang saya tapi saya tidak kisah. Saya ada dua anak yang hendak saya bahagiakan. Saya sudah bertaubat. ALLAH beri saya peluang kedua untuk hidup dengan memperbaiki diri dan mencari bekalan sebanyak-banyaknya,” katanya.
Melalui Sinar Harian Pian berharap kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada selebriti generasi baharu agar menjauhi ilmu su.suk dan memasukkan kolagen.
“Ia tidak kekal lama malah memberi kesan jangka panjang sehingga saya sendiri selalu hilang punca dan lupa keadaan sekeliling.
“Ada ketika saya perlu memakai lampin pakai buang kerana tiada deria rasa untuk membuang air kecil. Kesan cucuk kolagen juga masih ada pada tubuh dan ia amat menyakitkan,” katanya.
“Alhamdulillah baru-baru ini saya bertemu dengan seorang usahawan yang sangat baik hati. Beliau menaja saya suplemen yang kaya Omega 3 iaitu Dlynd Gold Sacha Inchi dan saya sudah amalkan sehingga empat botol.
Katanya Pian, sebelum ini dia menggunakan tongkat tetapi kini hidupnya semakin tenang dan mampu menjalani rutin harian di rumah.
Pelawak dan pengacara Pian Cecupak, 52, meningg4l dunia selepas ditemui terj4tuh dalam bilik air di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni pada Januari 2022.
Adiknya Hassenah berkata, abangnya ditemui oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik air sekitar jam 8 malam.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan Allahyarham Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas mengalami kesukaran bernafas pada Oktober 2018.
Pian kerap berdepan masalah semput dan sering menerima rawatan daripada doktor. Doktor kemudiannya mengesahkan dia mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jan.tung (CRW).
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/, https://www.hmetro.com.my/
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Uncategorized
Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan mengenai video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan berhubung perkara tersebut,
“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, Kajang hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 52 saat memaparkan dua lelaki mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran bagi baginda.
Rakama itu turut menarik perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyiasat siapa dalang di sebalik ajaran berkenaan.
View this post on Instagram
Sumber: BERNAMA, Instagram Caprice
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Uncategorized
Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah
SYDNEY – Seorang aktivis anti-Islam terkemuka di Australia mengejutkan ramai pihak terutama kumpulan berhaluan kanan apabila mengisytiharkan dirinya telah memeluk agama Islam.
Shermon Burgess ialah bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts (UPF) dan terkenal dengan peranannya semasa protes anti-Islam yang tertumpu kepada pembinaan masjid di Bendigo pada 2015. Burgess menganjurkan berpuluh protes bersama ketua kumpulan neo-Nazi, Blair Cottrell dan Neil Erikson.
Selain UPF, Burgess pernah mengetuai beberapa lagi organisasi anti-Islam dan antipendatang, antaranya Reclaim Australia serta Defence League yang kini telah dibubarkan.
Alasan utama Burgess memilih Islam kerana tertarik dengan pendirian teguh agama tersebut terhadap isu maskuliniti, peranan jantina dan penentang total terhadap lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).
Tidak lama dahulu, Burgess pernah melabelkan Islam sebagai mundur dan menegaskan agama tersebut tidak sesuai diamalkan dalam cara hidup orang tempatan di Australia.
Dia juga menghasilkan pelbagai kandungan berbaur perkauman dan menghasut di laman media sosialnya ‘The Great Aussie’ sebagai tanda kebencian terhadap komuniti Muslim.
TERBUKA HATI
Burgess dalam temu bual eksklusif di portal Crikey berkata, dia terbuka hati mendekati Islam, seterusnya memeluk agama itu semasa Australia dilanda pandemik Covid-19.
Malah, pertemuannya dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose menjadi titik penting dalam memberinya input dan pandangan lebih jelas mengenai Islam.
“Anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah. Kini saya bersama komuniti Muslim untuk melawan penind4san Zi0nis dan Fre3mason yang memerintah,” katanya.
TERIMA KEC4MAN
Selepas memeluk Islam, Burgess mengakui dia menerima banyak kec4man dan u.gutan daripada bekas ahli-ahli UPF. Malah, akaun media sosialnya dihujani dengan kata-kata k3sat, namun perkara itu tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk terus mendalami Islam.
“Ramai antara mereka merupakan peminum ar4k t3gar.
“Malah, mereka juga mempunyai kehidupan yang tungg4ng-l4nggang.
“Saya suka dengan aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada mengambil alkohol serta d4dah,” ujarnya.
Tambah Burgess, kehidupannya kini lebih teratur dan bermakna berbanding sebelum mengucap dua kalimah syahadah.
Sumber: https://mykmu.ne
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Uncategorized
Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor
Pendakwah popular, Datuk Kazim Elias mendedahkan beliau tidak mempunyai tauliah untuk mengajar tentang agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Datuk Kazim atau popular dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, ketika ini beliau hanya mempunyai tauliah di dua negeri selain akan menerima satu lagi tauliah khas daripada sebuah negeri.
Menurut pendakwah berusia 50 tahun itu, beliau mengucapkan terima kasih atas ‘kebenaran sementara’ selama ini yang dipohon pihak penganjur bagi sesebuah program serta menyedari bahawa perlu mengikut undang-undang ditetapkan.
“Saya tidak ada tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun begitu saya berterima kasih kerana diberi peluang berceramah di seluruh negeri Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundang saya.
“Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor.
“Kerana ini adalah peraturan dan undang-undang. Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook semalam.

The Tahfiz school Al-Barakah Manjoi will eventually closed down due to unsufficient funds in sustaining the cost of running the school said the founder Ustad Datuk Mohammad Kazim Elias.
Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa menolak bagi memenuhi undangan program ceramah di Selangor dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Insya-Allah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor dan saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.
“Terima kasih kepada semua yang pernah mengurus, menjemput dan menghadiri semua program saya selama ini di Selangor.
“Anda boleh terus mengikuti kuliah saya di media sosial atau datang melawat sekolah saya di Pusat Pendidikan Al Barakah,” ujarnya.
Terdahulu, menerusi laporan media, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada ‘special lane’ atau pengecualian istimewa diberikan kepada mana-mana pendakwah walaupun popular.
Ini kerana golongan yang mengajar mengenai agama Islam perlu tertakluk kepada undang-undang serta peraturan berkuat kuasa di Selangor.
Sumber: Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan