Connect with us

Inspirasi

Kisah Inspirasi, Pengasas Empayar Perniagaan Runcit 99 Speedmart, Lee Thiam Wah Yang Lumpvh Sejak Kecil

Published

on

Kisah Inspirasi, Pengasas Empayar Perniagaan Runcit 99 Speedmart, Lee Thiam Wah Yang Lumpvh Sejak Kecil

Bagi masyarakat Cina, lahir dalam tahun naga mampu membuatkan seseorang itu mempunyai semangat untuk hidup yang kuat. Lee yang terpaksa berkerusi roda tahu dia perlu mengubah nasibnya sendiri.

Lee Thiam Wah yang baru berumur 8 bulan kehilangan keupayaan menggunakan kaki dan ketika dia membesar menjadi kanak-kanak, dirinya diser4ng peny4kit poliomyelitis atau polio. Dia hanya mampu melihat adik beradiknya bermain riang sementara dia terpaksa duduk di kerusi roda ke sana sini.

Kekurangan upay4 disebabkan peny4kit itu menyebabkan Lee terpaksa menghabiskan masanya di rumah bersama nenek, sementara ibu bapanya pergi mencari rezeki membesarkan 10 orang anak mereka.

Tiada pendidikan menengah

Keadaannya yang kurang upaya memaksa Lee berhenti sekolah selepas menghabiskan sekolah rendah. Kedudukan sekolah yang terlalu jauh dari rumah, memaksa Lee belajar apa saja yang dia boleh ketika meningkat remaja.

Bagi memenuhi masa, dia banyak membaca buku supaya ilmunya bertambah. Cubaan untuk mendapatkan kerja di mana-mana tempat yang memerlukan bantuan gagal, berikutan keadaannya yang berkerusi roda. Sebagai seorang yang terpaksa duduk di rumah, Lee tiada sumber pendapatan jadi dia mencari jalan membuka gerai tepi jalan menjual makanan ringan.

Neneknya memberi sokongan penuh dan galakan untuknya menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan serta menemani beliau berniaga.

Memulakan kedai runcit sendiri

Berkat ketekunannya meniaga serta menyimpan hasil jualannya, dengan bermodalkan RM17 ribu yang berjaya dikumpul sekian lama pada usia 23 tahun, Lee memberanikan diri membuka sebuah kedai runcit.

Di sinilah dia belajar asam garam perniagaan sebenar. Mengambil pendekatan pro aktif, Lee mempelajari semuanya menerusi apa yang dia lihat setiap hari. Lee mengakui dia banyak belajar daripada mengkaji apa yang gemar dibeli pelanggannya. Dia juga mula mempelajari pesaingnya serta harga yang mereka tawarkan.

Lama kelamaan Pasar Raya Hiap Hoe yang dibukanya menjadi semakin berkembang namun bagi Lee, dia mahu mencabar dirinya sendiri. Menyedari model perniagaannya tidak akan mampu bersaing dengan kedai-kedai milik warga Cina lain serta jelas tidak dapat menyaingi pasaraya besar, Lee menjual kedai runcit kecilnya itu.

Dengan modal RM38 ribu yang diperolehinya daripada jualan kedai itu, dia membuka cawangan pertama pasar mini di Klang Utama yang dinamakan mini market 99 pada tahun 1999.

Permulaan empayar pasar mini 99

Impian Lee bukan cukup sekadar mahu membuka satu. Dalam angannya, dia sedar untuk berjaya dia perlu membuka sekurangnya beberapa buah rantaian pasar mini dalam memaksimakan potensi perniagaannya.

Bermula dengan satu di Klang, pasar mini 99 berjaya membuka lapan lagi cawangan di sekitar Klang menggunakan jenama yang sama. Berikutan pembukaan beberapa cawangan lain itu dan usaha memantapkan jenamanya, Lee mengubah nama rantaian pasar mininya menjadi 99 Speedmart pada tahun 2000.

Teknik perniagaan 99 Speedmart

Lee tahu model kedainya tidak mampu melawan harga dengan peniaga-peniaga lain yang lebih besar. Jadi modelnya menumpukan kepada jualan langsung secara kecil-kecilan. Dia hanya menyimpan stok pada barangan yang benar-benar mampu dijual.

Untuk tahun pertama perniagaannya, Lee mengakui dia terpaksa mengurangkan nisbah keuntungan hanya untuk membuatkan pelanggan kembali membeli di kedainya. Pengorbanan yang dilakukan dengan tujuan untuk membina reputasi ini adalah satu proses yang dipantau sendiri Lee.

Bagi memudahkan urusniaga beliau, 99 Speedmart mempercepatkan pembayaran pada pembekal dengan bayaran akan dibuat 30 minit selepas barang dihantar, berbanding pasaraya-pasaraya besar yang membuat pembekal menunggu lama untuk mendapatkan bayaran atas barang yang telah dihantar.

Ini membuatkan 99 Speedmart mula terkenal sebagai rangkaian kedai yang memudahkan urusniaga dan modus operandi itu tetap cuba dikekalkan sehingga ke hari ini.

Masa depan 99 Speedmart

Usaha beliau memperkembangkan perniagaannya membuahkan hasil dan titik peluhnya mula mendapat pengiktirafan kerajaan. 99 Speedmart dianugerahkan anugerah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.

Atas usahanya membantu masyarakat dalam merendahkan harga barang, inisiatif beliau berjaya melayakkan 99 Speedmart mendapat anugerah ‘Kedai Harga Patut’ bagi beberapa tahun berikutnya.

Sehingga kini, 99 Speedmart telah berkembang mempunyai lebih 1000 cawangan di seluruh Malaysia, membuka peluang pekerjaan kepada lebih 10,000 orang serta mempunyai empat pusat operasi di seluruh negara. Bermula dengan sebuah kedai kecil menjual tepi jalan, dianggarkan nilai 99 Speedmart ketika ini sudah pun mencecah lebih daripada RM3.5 billion.

Rahsia hidup Lee Thiam Wah, pengasas 99 speedmart bersama isteri

Bagi kebanyakan peniaga yang ingin membangunkan jenama, mereka lebih gemar menggunakan sistem francais. Bagaimanapun bagi pemilik 99 Speedmart ini, dia lebih gemar menjalankan sendiri perniagaannya.

Walaupun pernah cuba memfrancaiskan perniagaannya, kini kesemua cawangan 99 Speedmart adalah di bawah miliknya sendiri kecuali hanya satu cawangan bukan miliknya. Berikutan teknik dan kaedah yang diamalkannya, ini membuatkan beliau takut untuk memiliki kediaman sendiri dengan kediaman di mana dia tinggal diduduki secara sewa.

Asetnya dalam bentuk hartanah hanyalah dua gudang bagi rangkaian kedainya yang duduk di atas tanah seluas 5 ekar.

Pertemuannya dengan salah seorang pekerjanya, Ng Lee Tieng yang ketika itu bekerja sebagai pembantu pembeli membuatkan rasa cinta berputik pada hati Lee. Ng yang dilihat mampu bekerja dengan tekun serta bijak menguruskan urusan kerja, menambat hati Lee lalu mereka berdua berkahwin dan pasangan itu dikurniakan dua orang anak.

Untuk seorang pesakit polio sejak kecil sehingga hilang keupayaan berjalan, pencapaian yang mampu dicapai oleh Lee Thiam Wah sebenarnya adalah sesuatu kejayaan yang tidak ada tolok bandingnya. Kini Lee Thiam Wah memperkembangkan perniagaannya selepas menjadi pemilik kepada rangkaian Burger King di Malaysia dan Singapura selepas membeli hak milik syarikat itu pada harga RM74.6 juta.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Inspirasi

Tak semua student asrama orang senang, ada pelajar asrama yang susah bayar seringgit sehari untuk 5 kali makan

Published

on

By

Tak semua student asrama orang senang, ada pelajar asrama yang susah bayar seringgit sehari untuk 5 kali makan

Sesetengah pelajar yang tinggal di asrama. Ada yang mudah mendapatkan belanja harian ke sekolah, tak kurang juga yang berdepan masalah kewangan yang menghimpit.

Sehinggakan ada yang selalu kehabisan wang belanja. Walaupun duduk asrama makanan disediakan di dewan makan, namun keinginan untuk membeli makanan lain itu tetap ada.

Kalau tiada duit belanja, tengok orang lain membeli, telan air liur sahajalah. Sesiapa yang pernah duduk asrama, tahulah perasaan itu.

Syukur, jika ada kawan yang hendak berkongsi rezeki atau guru yang empati dan prihatin. Antara guru yang berusaha membantu pelajar asrama yang susah adalah Cikgu Muhammad Yusof ini.

Kisahnya dikongsikan di Facebook milik beliau. Berikut tulisnya;

Bayar Seringgit, Makan 5 Kali Sehari

Tak semua student asrama saya orang senang. Ramai juga yang parentnya 0rang susah. Duduk asrama ni makan bayar seringgit je sehari untuk 5 kali makan. Ya, 5 kali makan hanya bayar seringgit je sehari. Mana nak dapat kalau makan kat luar kan?

Kadang ada di kalangan mereka yang tiada duit syiling nak telef0n atau kadang ada antara mereka yang kepu.tusan duit. Ialah, tengok kawan makan kat kantin sekolah, mereka pun teringin nak makan tapi duit tiada.

Dana Wakaf

Maka, saya ada buat ‘dana wakaf’ untuk mereka. Caranya saya masukkan duit seringgit, seringgit dan duit syiling dalam bekas, lepas tu mana-mana student yang nak ambil, saya bagi ambil je berapa banyak yang mereka nak ambil. Saya cukup ri,sau kalau student asrama kelaparan.

Dan yang bagusnya budak-budak saya ni, mereka ambil berapa yang mereka rasa perlu je, walaupun saya tak pernah pesan apa-apa kat mereka. Pernah saya tanya, kenapa awak tak ambil lebih. Pelajar tu jawab ‘saya ingat kat kawan-kawan saya juga cikgu, biar sama-sama rasa..’.

Alhamdulillah. Benda yang saya suka bila jadi warden ni ialah tentang kemenjadian murid.

Dan, syukur budak-budak asrama saya semuanya baik-baik. M0ga mereka jadi anak s0leh, anak s0lehah yang membahagiakan parent mereka dunia akhirat.

[Nota: saya tulis ni bukanlah nak bagitau saya cikgu terbaik ke apa cuma sekadar berkongsi tentang macamana kita nak bantu anak murid kita yang susah. Kesusahan is real, tuan, tuan dan puan, puan. Kalau ada manfaatnya kita sama-sama sharelah ya, m0ga idea untuk membantu sesama manusia ni kita suburkan, tak kira siapa pun kita.]

Sumber : Facebook Muhammad Yusof

Continue Reading

Inspirasi

Siapa sangka bekas juruteknik kilang kini mengusahakan tanaman timun raih pendapatan RM30,000 sebulan

Published

on

By

Siapa sangka bekas juruteknik kilang kini mengusahakan tanaman timun raih pendapatan RM30,000 sebulan

Setelah mengambil keputusan berhenti kerja di kilang, Bekas juruteknik kilang kini mampu meraih pendapatan ka,sar sehingga RM1,000 sehari, Ia me­nyamai gaji sebulannya ketika bekerja dahulu selepas mengusahakan tanaman timun di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor. N0resam Ma0n, 44, kebun seluas hampir 1 hektar diusahakan sejak 5 tahun lalu itu kini telah masuk musim ke 25 tanaman.

Tanam Timun, Hasil Cepat

Katanya, dia pernah mengusahakan pelbagai jenis tanaman menggunakan kaedah fertigasi antaranya tembikai dan cili, namun kini f0kusnya kepada tanaman timun kerana hasilnya yang cepat diper0lehi.

“Bagi tanaman timun untuk 4,200 p0libag, dalam semusim saya boleh tuai sehingga 20 tan. Jika nilai ka,sar, pulangan boleh perolehi sehingga RM30,000 untuk semusim.

“Saya sebelum ini bekerja sebagai juruteknik kilang kemudian bekerja sebagai k0ntraktor sekejap di Bandar Tenggara. Selepas tamat k0ntrak saya rasa ma,las hendak keluar dari sini, jadi dari situ bermulanya nekad untuk ter,jun dalam bidang pertanian.

Tiada Asas Pertanian

“Saya memang tidak ada asas dalam pertanian cuma ayah dahulu memang suka menanam sayur-sayuran di tepi rumah, itu pun untuk makan sahaja. Saya banyak belajar daripada pekebun-pekebun lain, datang ke kebun mereka dan bertanya sebelum usahakan sendiri,” katanya lagi.

Bapa kepada 3 orang anak itu berkata, pelaburan sebanyak RM30,000 sebagai m0dal untuk membangunkan sis,tem fertigasi menggunakan wang simpanan untuk mence,buri bidang pertanian itu ternyata berbal0i.

KataNoresam, keputusannya itu di­lihat sebagai tepat apabila kini dapat menikmati lebihan masa yang berkualiti bersama keluarga di samping pendapatan yang agak berbal0i.

Menurutnya, keadaan itu tidak dapat dira,sai ketika dia bekerja makan gaji kerana perlu keluar pagi dan pulang rumah lewat petang.

Ada Cabarannya

Bercerita lanjut, N0resam berkata, sepanjang 5 tahun dalam bidang itu, pelbagai cab,aran dilalui termasuklah pernah membu,ang timun sehingga 1 tan sehari akibat berlaku lambakan dan tiada pasaran.

Ia kerana pada masa itu, dia baru bermula dan tidak pandai hendak memasarkan hasil timunnya. Namun setelah menghadiri kursus barulah Noresam tahu selok beloknya.

Sumber : Kosmo

Continue Reading

Inspirasi

Demi Secebis Ilmu, Satu Keluarga Berjalan Kaki Sejauh 26 Kilometer Untuk Menghadiri Majlis Ilmu

Published

on

By

Demi Secebis Ilmu, Satu Keluarga Berjalan Kaki Sejauh 26 Kilometer Untuk Menghadiri Majlis Ilmu

Kisah menyentuh hati, demi secebis ilmu, ketua keluarga ini membawa anak dan isteri memerah keringat berjalan kaki sejauh 26KM untuk menghadiri majlis ilmu.

Cekal, tabah, dan semangat. Satu keluarga berjalan kaki sejauh 26KM di Kota Marudu demi menimba ilmu.

Saudara Kahar dan keluarganya menem,puh sejauh 26 KM dengan berjalan kaki dr Kg. B0mbong ke Kg. Samparita demi menghadiri majlis ilmu yang diadakan di l0kasi tersebut pada hari Sabtu, 6hb baru-baru ini. Difahamkan beliau dan keluarganya bergerak dari rumah seawal 5.30 pagi dan tiba di Masjid As- Syahadah, Kg. Samparita dalam jam 8.30 pagi.

 

Ketika berdekatan l0kasi dan hendak ditumpangkan, tetapi ayah ini men0lak dengan baik…katanya “Kerana ilmu, aku sanggup jalan jauh”

 

Walaupun tidak berkemampuan, hidup dalam keadaan kemudahan asas yang serba kekurangan, namun sememangnya orang Kota Marudu memiliki jiwa yang kental dan semangat memajukan diri! anda semua berjiwa besar sama seperti saudara Kahar, “Solar Mama” Tarihing, dan ayah yang mengusung jen4zah bayi perempuannya.

Reaksi Warganet

Mazlan Oujiboy – Saya berada di SLDB bombong…mmg sed,ih la jln ya p sana

Abu Ahsan Wal Husna II – Allahuakbar…tidakkah kalian melihat betapa beliau sangat bersungguh untuk majlis ilmu.

Mohd Azdie Apin – 30 tahun yang lalu, ada anak Murid saya menceritakan kepa.yahan perjalanan ini apabila pulang kampung cuti dari asrama sekolah.

Nanang Win – Bnyk lg ba kele.mahan KOTA MARUDU ni..Harga barangan naik TP harga jualan suka2 kna turun..Jd bg yg petani susah mau makan..Inilah yg myebabkan kmiskinan di KM semakin meningkat

Dinda Aslinda – patut cari penganti sudah, jgn di undi org yg sama seja..

Maszlie Islam – Di mna tu slogan sabah maju Jaya…maju di bdr tpi bukn di luar bdr.

Siti Hajar Harun – Semoga setiap langkah Dan keringat yang keluar diberi ganjaran Dari Allah. Semoga anak2 beliau menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti Dan mengubah kehidupan keluarga Dan membahagiakan keluarganya atas peng0rbanan yg telah dicurahkan.

Azzah Azzahra – Org yang hebat mmng cinta ilmu, tapi pemimpin /org yg z4lim, yang pentingkan p0ket, yang r4suah memang Tak fikirkan kebajikan Dan kesenangan org lain…kesian dgñ rakyat Sabah.

Sumber : Sabah Info via Faiz Asali

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK