Kongsi Ilmu
Kisah Di Sebalik Lantai Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi Yang Ramai Tidak Tahu

NAMA LANTAI : THASSOS MARBLE
TEMPAT PENGELUAR : THASSOS ISLAND, GREECE
ARKITEK YANG BERTANGGUNG JAWAB MEMASANGNYA:
Dia adalah
**Almarhum Muhammad kamal ismail**
Almarhum Muhammad Kamal Ismail ada menceritakan satu kisah berkaitan lantai berbatu putih yang di gunakan di Masjidilharam dan Masjid Nabawi yang dinamakan dengan nama رخام ثاسوس ابيض (Rukham thassus abyad) Iaitu batu marble thasus putih.
Jom kita baca kisahnya…
Pengalaman yang diceritakan oleh Almarhum Muhammad Kamal Ismail berkaitan lantai berwarna putih di masjidilharam dan masjid nabawi.
Beliau sengaja memilih untuk meletakkan batu granit berwarna putih disekitar masjidil haram yang digunakan oleh para jemaah pengunjung yang bertawaf disekeliling kaabah dan dikawasan lain di dalam masjidilharam.
Batu granit ini fungsinya adalah untuk menyerap haba panas yang ada diatasnya. Cerita yang mengatakan dibawah lantai ini adanya teknologi air yang mengalir dan menyerap haba panas itu tidak benar sama sekali!
Untuk pengetahuan semua, batu granit berwarna putih ini hanya terdapat di satu bukit kecil yang terletak sebuah pulau yang dinamakan ia dengan nama THASSOS di negara Yunani atau nama lainnya adalah Greece.
Almarhum Muhammad Kamal Ismail telah pergi melihat sendiri dikawasan pergunungan itu dan membuat satu perjanjian kerjasama dari beliau sebagai pembeli dan syarikat pemilik batu granit ini. Matlamatnya adalah untuk membeli dengan kadar yang secukupnya bagi kegunaan masjidilharam.
Saat itu separuh dari bilangan yang diperlukan telah tersedia ada di lombong granit itu. Maka setelah perjanjian ditanda tangani, beliau pulang ke kota mekah dengan membawa batu granit putih ini. Ia berjaya dihamparkan di seluruh lantai masjidil haram dengan sempurna.
Setelah berlalu 15 tahun lamanya, kerajaan Arab Saudi meminta agar Almarhum Muhammad Kamal Ismail meletakkan lantai batu granit putih yang sama digunakan di masjidil haram.
Diletakkan di seluruh lantai masjid nabawi di madinatul munawwarah
Maka , Muhammad kamal Ismail bercerita.
“Pada saat saya mendapat panggilan dari pejabat pemerintah Arab Saudi, saya menjadi takut sangat sangat, kerana 15 tahun yang lepas saya telah mengambil sebahagian batu granit putih diletakkan di masjidil haram. Itu pun dikira bilangan yang sedikit, sebahagian lagi masih berbaki di Greece, takut-takut ada orang lain yang membelinya.”
Maka Almarhum Muhammad Kamal Ismail terbang pergi ke Greece untuk membeli sebahagian yang lain jika ada. Beliau pun datang ke syarikat yang sama di mana dahulunya beliau mengambil batu granit ini dan berjumpa dengan pemiliknya lalu menyatakan hasratnya untuk membeli sebahagian lagi batu granit atas tujuan pemasangan lantai Masjid Nabawi.
Pemilik syarikat itu memberikan jawapan,
“Sesungguhnya selepas tuan membeli sebahagian batu granit thassos pada 15 tahun yang lepas, ada orang lain yang datang telah membeli keseluruhannya.”
“Mendengar itu, saya menjadi sedih, menangis, hiba dan sebak. Dalam hidup saya, saya tidak pernah merasakan sedih seperti apa yang saya rasakan saat ini.
Ini kerana saya tidak mendapat apa yang saya mahukan. Sejak dari itu saya menjadi tidak keruan.
Air kopi saya pun saya tak sentuh. Kemudian saya keluar dari pejabat syarikat marble itu dan saya bergegas bookkan tiket pulang ke Arab Saudi pada hari berikutnya.”
“Sebelum itu ntah kenapa saya tertanya dengan sekretari, siapakah gerangan yang membeli baki batu granit itu?
Beliau menjawab bahawa mereka tidak pasti kerana sudah terlalu lama.”
Saya berkata padanya,
“Tolonglah carikan maklumat siapakah yang membelinya. Ini alamat hotel saya dan nombor telefonnya. Hubungi saya jika dapat. Saya masih ada satu hari lagi di sini.”
Kemudian saya meninggalkan office syarikat itu dalam keadaan saya menangis kerana terlalu sedih. Saya tertanya, kenapa saya ingin sekali mengetahui siapa pembeli batu-batu yang tersisa sebelumnya.
Saya terfikir, boleh jadi ada perkara yang Allah nak tunjuk pada saya yang saya tak tahu.
Esoknya, beberapa jam sebelum saya berlepas pulang, saya dapat panggilan daripada syarikat batu tersebut. Sekretari tersebut menelefon,
“Tuan datanglah ke pejabat, kami sudah jumpa maklumat pembeli yang tuan mahukan.”
Mendengarkan itu saya bergegas ke syarikat itu, dalam masa yang sama saya tertanya tanya,
‘Apa yang saya akan buat dengan maklumat pembeli itu?
Apa benda yang saya boleh lakukan, benda dah 15 tahun punya cerita?
Kenapa sangggup saya bersusah payah semata mata nak dapatkan alamat pembeli ini?’
Sampai sahaja di pejabat, saya mendapatkan alamat pembeli itu, berderau darah saya melihat maklumat pembeli tersebut!
Rupanya pembeli itu dari salah sebuah syarikat yang beralamat di Arab Saudi!
Apa lagi, dengan pantas saya terbang kembali ke Arab Saudi.
Turun airport terus ke alamat yang diberikan. Sampai sahaja di syarikat itu, Saya bertemu dengan pemiliknya lantas bertanya, apa yang akan dia lakukan dengan batu granit yang mereka beli pada tahun tahun yang lepas di Greece?
Maka pemilik ini seakan akan lupa lalu berkata.
“ Saya tak berapa ingat hal itu lalu” katanya beliau menelefon gudang dan memastikan.
“Batu granit itu masih ada di gudang,, tidak tersentuh sikit pun..”
Kemudian, Almarhum Muhammad Kamal Ismail bercerita lagi.
“Saat itu saya nangis teresak esak seperti kanak kanak. Sungguh sungguh saya menangis..”
Pemilik syarikat ini bertanya, menapa saya menangis?
Saya pun menceritakan hal ini dari awal pembikinan masjidilharam,,sampailah permintaan kali kedua untuk masjid Nabawi. Saya ceritakan keseluruhannya…
Kemudian saya berikan cek kosong kepada pemilik syarikat ini, saya katakan padanya
“Tuan tulislah berapa yang tuan mahu saya bayar. Saya akan membayarnya. Asalkan saya dapat kembali batu granit ini..”
Kemudian ia bersumpah dan berkata
“Demi allah yang tiada tuhan melainkan dia”
Setelah pemilik syarikat ini tahu yang saya ingin mendapatkan batu granit itu atas tujuan untuk pembinaan lantai masjid Nabawi, Ia berkata;
“Saya tidak mengambil satu dirham pun dari kamu, batu-batu granit ini saya hadiahkan saja pada kamu ikhlas disumbangkan pada jalan Allah. Sesungguhnya Allah telah melupakan aku pada batu yang telah aku beli satu ketika dahulu, dan Allah lah yang sebelum ini mengatur supaya aku membelinya untuk kepentingan yang lebih penting!”
Demi manfaat bersama, akhirnya batu ini diberikan kepada Al marhum Muhammad Kamal Ismail untuk diuruskan dalam proses meletakkan ia di seluruh lantai masjid nabawi.
Masyaallah…Subhanallah..Allahuakhbar!!!!!
Semoga allah cucuri rahmat pada mereka yang menyumbangkan tenaga dan idea mereka untuk usaha yang murni ini….
Amin…
Sekian perkongsian dari pak Arab..
هذا العبقري له قصه رائعه مع رخام الحرم حيث أنه أراد وضع رخام في أرضية الحرم للطائفين ورخام مخصوص يمتص الحراره تماما.. كان هذا الرخام موجود في جبل صغير باليونان ، ذهب لليونان وتعاقد علي شراء الكميه الكافيه للحرم وكانت نصف الكميه الموجوده تماما.. تعاقد وعاد وجاء الرخام الأبيض وتم فعلا وضع الرخام في كل أرضية الحرم المكي.. تمر السنوات وبعد خمسة عشر عاما تطلب الحكومه السعوديه منه وضع نفس نوع الرخام في الحرم النبوي بالمدينه.. يقول المهندس محمد كمال عندما طلب مني مكتب الملك تغطية الحرم النبوي خفت جدا فلا يوجد علي الأرض برحابتها من هذا النوع من الرخام إلا في منطقه صغيره باليونان وأنا إشتريت نصف الكميه وهي كميه بسيطه جدا.. قال ذهبت لنفس الشركه باليونان وطلبت مقابلة رئيس مجلس إدارتها وسألته عن الكميه المتبقيه.. فقال لي لقد تم بيعها بعدك مباشرة.. يقول حزنت كما لم أحزن في حياتي حتي أني لم أشرب قهوتي وغادرت المكتب وحجزت علي طيارة اليوم التالي للعوده ، عندما خرجت من مكتب رئيس الشركه وجدت السكرتيره فسألتها ولا أعلم لماذا.. من إشتري الكميه المتبقيه ؟ قالت لي هذا أمر مر عليه سنوات طويله ويصعب الرجوع للمشتري.. قلت لها مازال أمامي يوم في اليونان أرجوكي إبحثي وهذا رقم تليفون فندقي.. تركت الرقم وذهبت وأنا حزين.. يقول بعدما خرجت سألت نفسي.. لماذا تريد معرفة من إشتري ؟ يقول المهندس العبقري قلت لنفسي لعل الله يحدث أمرا.. في اليوم التالي وقبل ساعات قليله من ذهابي للمطار وجدت السكرتيره تتصل بي وتقول تعال إلي الشركه فعندنا عنوان المشتري.. ذهبت متباطئا متسائلا ماذا أفعل بعنوان من إشتري.. كان عندي بعض الساعات المتبقيه علي السفر فذهبت مره أخري للشركه وقابلت السكرتيره فأعطتني عنوان الشركه التي إشترت الرخام.. يقول الدكتور المهندس خفق قلبي بشده عندما وجدت المشتري شركه سعوديه.. طرت مباشرة إلي السعوديه ثم من المطار إلي الشركه التي إشترت الرخام ودخلت علي رئيس مجلس إدارتها وسألته ماذا فعل بالرخام الذي إشتراه منذ سنوات من اليونان.. قال لا أذكر.. إتصل بالمخازن وسألهم عن الرخام الأبيض اليوناني فقالوا له… كل الكميه موجوده كما هي.. يقول المهندس محمد كمال بكيت كالطفل وسألني صاحب الشركه لماذا تبكي.. حكيت له القصه كامله وقلت له هنا شيك علي بياض إكتب المبلغ الذي تريده.. قال والله الذي لا إله إلا هو صاحب الشركه عندما علم أن الرخام للحرم النبوي قال لا أخذ درهما واحدا الرخام كله في سبيل الله وإنما أنساني الله الرخام وجعلني أشتريه ليكون هنا لهذه المهمه
من حق الجميع أن يتعرفوا علي هذا النابغه المعماري
Kredit: Abdullah Mat Saman
#CELEB
“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Masa Mengaji” Rosyam Noor Tegas Dengan Staf Dipuji Netizen

“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Masa Mengaji” Rosyam Noor Tegas Dengan Staf Dipuji Netizen
Pelakon senior dan serba boleh yang kini bergelar usahawan sememangnya sering dikagumi masyarakat dan peminat tak kira dalam dunia lakonan ataupun di luar bidang seni.
Terkini, pemilik syarikat penerbitan Suhan Movies telah berkongsi satu video melalui channel youtubenya. Dalam perkongsian tersebut, ianya menunjukkan Dato Rosyam Nor atau pemilik nama sebenar Mohamed Noor Bin Shamsuddin dilihat sedang mengajar para pekerjanya mengaji iqra.
Apa yang menarik perhatian ramai, para pekerja yang diajari oleh Dato Rosyam bukan sahaja lelaki, malah termasuk pekerja wanitanya dalam kira-kira 20 orang kesemuanya.
Dalam rakaman berkenaan jelas kelihatan ketegasan yang dimiliki beliau mengajar para pekerjanya. Beliau sememangnya nampak garang, ibarat gangster namun tetap ada lawak jenakanya. Dato Rosyam yang biasa dipanggil mesra Tok Syam bukan sekadar mengajar mengaji sahaja, malah turut memberikan pesanan dan nasihat tentang kehidupan, terutamanya kesedaran beragama dan kepentingan mengaji Al-Quran dalam kehidupan.
Menurut sumber, Rosyam pernah berkongsi kisah bagaimana beliau mempunyai kesedaran dan ingin belajar tentang agama ketika usianya sudah mencecah 45 tahun. Semuanya bermula apabila dia telah kehilangan ayahnya, akhirnya dia menyedari bahawa dirinya tidak pandai mengaji walaupun diusia yang agak lewat.
Pelakon yang terkenal sebagai watak ‘Tailong’ dalam filem KL Gangster itu memberitahu, setelah berpuluh tahun dia meninggalkan Al-Quran, akhirnya pada usia 45 tahun beliau terdetik untuk kembali mendekati kitab suci umat Islam itu.
Hasil usahanya ingin mendekati Al-Quran, beliau sanggup bermula dengan belajar dari peringkat iqra sehinggalah beliau mampu mengaji dan khatam Al-Quran pada usia 45 tahun. Alhamdulilah.
“Jauh di sudut hati saya, ada satu perkara yang membuatkan saya takut, kerana sehingga ke satu usia, saya masih tak pandai membaca Al-Quran. Arwah ayah saya meninggal dunia depan mata, dan pada ketika itu saya rasa hina sangat diri sebab masih tak boleh mengaji.
“Pada masa itu, saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih kerana masih tak boleh mengaji. Saya terduduk menangis. Saya sangat teringin nak baca Al-Quran untuk ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak. Kami ni orang susah, dulu tinggal satu keluarga dekat estet ladang dan kami memang tak pandai.
Tambah beliau lagi, sekiranya beliau menjadi imam di rumah, anak-anak pun dah tahu apa surah yang akan dibaca.
Beliau mengambil masa yang lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji Al-Quran, sehinggalah hidayah datang dalam hidupnya melalui seorang ustaz.
“Dalam satu sesi penggambaran, ada seorang insan yang telah muncul dan pada peringkat awal saya hanya anggap beliau sebagai peminat biasa. Semasa itu saya mengaku bahawa saya ni tak pandai mengaji dan minta ustaz tersebut mengajarnya.
“Masa saya jemputlah ustaz tersebut datang ajar saya. Setiap hari saya belajar, dan umur 45 tahun saya berjaya khatam Al-Quran, semasa itu ialah 10 hari akhir ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. saya berusaha setiap tahun untuk cuba khatam Al-Quran, dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama”.
“Tapi ada satu syarat, janganlah beritahu orang lain, sebab saya rasa malu, inilah masalah paling besar dalam hidup saya bila dah tua. Tapi kita janganlah malu. Alhamdulilah saya mula belajar mengaji dengan alif ba ta, ujar Dato Rosyam.
Kongsi beliau lagi, ibunya sempat mengerjakan haji, boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak dalam hati apabila kisah isterinya yang mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang itu pun semuanya dinasihati.
“Wahai anak ayah sekalian, ayah dulu banyak buat salah, ayah minta anak ayah tolonglah ayah, jadilah anak yang baik.
Dengan penuh kasih sayang , Dato Rosyam Noor sebagai ketua keluarga memimpin isteri dan anak-anaknya semua. SubhanaAllah, rahsia kemudahan ini semua adalah doa dari ibu dan ayah.
“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu doa lagi dari ibu saya. Saya berikan dia duit dan minta beliau bersedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niatkan Allah luaskan kuburr dan dihadiahkan syurga firdaus untuk ayah saya”.
Beliau yang juga Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah sahaja dulu iaitu Al-Fatihah, An-Nas dan Al-Ikhlas. Kini usia yang semakin meningkat tapi beliau tetap berbangga akhirnya beliau berjaya khatam Al-Quran di hadapan kaabah mekah.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
#CELEB
“Cerita keluarga simpan dalam selimut”… Ashraf Muslim kongsi tip damaikan dua isteri, suami kena tunjuk contoh baik

“Cerita keluarga simpan dalam selimut”… Ashraf Muslim kongsi tip damaikan dua isteri, suami kena tunjuk contoh baik
ISU rumah tangga membabitkan selebriti yang hangat diperkatakan di media sosial hari ini sama sekali tidak menjejaskan keharmonian perkahwinan pelakon Ashraf Muslim.
Kata Ashraf, 42, dia sudah menasihati kedua-dua isterinya iaitu Dr Dayana Lokman (isteri pertama) dan Wan Sakinah Ahmad Saburi (isteri kedua) untuk tidak memberi pandangan atau mencampuri urusan perkahwinan orang lain.
“Apa saja cerita mengenai keluarga ni kalau boleh simpan dalam selimut, jangan buka aib… kalau kita sebarkan di media sosial akan rasa kebaikan untuk diri tapi sebenarnya ia memberi ruang untuk nampak keburukkan diri.
“Bila berlaku isu rumah tangga ini, saya cakap kepada kedua isteri saya… biarlah mereka, jangan ambil tahu sebab perkara ini serba sedikit akan memberikan kesan nanti.
“Sejujurnya, dua isteri saya ada la risau sikit apabila melihat isu pergolakkan rumah tangga begini tapi saya selalu pesan kepada mereka kalau boleh jangan samakan masalah orang dengan kita sebab setiap orang ada masalah yang berbeza,” katanya kepada mStar.
Untuk rekod, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 september 2011 di Makkah.
Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf, 7.
Ashraf kemudiannya berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
#CELEB
Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua

Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua
Pelakon veteran, Ruminah Sidek, 77, mendedahkan dirinya seorang gadis yang takut kepada lelaki, tetapi kini mencipta sejarah apabila berkahwin sebanyak lima kali. Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah Kata berkata, dia sudah melalui banyak masam manis dan bersyukur berjaya membesarkan enam anak-anaknya dengan baik sepanjang lima kali perkahwinan.
Jujurnya, saya paling takut dengan lelaki, tetapi takdir menentukan, saya akhirnya lima kali berkahwin. Mulanya, saya kenal dengan askar, orang tegap dan tinggi.
Tetapi, pada awal perkenalan ask4r itu mahu menc!um saya, terus tak jadi mahu berkahwin kerana t4kut. Namun, banyak pula saya berkahwin selepas itu. Saya pernah kem4tian suami sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan itu, saya memiliki seorang anak perempuan dan lima lelaki.
Dan saya memiliki 40 anak tiri,” katanya kepada BH Online. Berkongsi pandangan soal perkahwinan, Mak Mah mengakui, sebagai isteri dan wanita, seseorang perlu sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah. Kita menjadi wanita, tak kira wajah kamu bagaimana diberikan oleh Allah, jangan kamu jadikan apa yang Allah kurniakan itu untuk kamu melonjak di dunia yang sementara.
Kita mempunyai ‘jeneral’ di atas sana, yang menetapkan takdir hidup, jadi apa-apa pun jangan lupa pada ‘jeneral’ kita. Saya tahu ada yang merungut soal dugaan, tetapi kita kena nilai diri sendiri, solat bagaimana. Zikir dan selawat yang disuruh itu bagaimana amalannya?
Kalau kita sendiri tak tahu mengenai Allah, bagaimana Allah nak tahu mengenai kita. Saya cakap bukannya bermaksud menunjuk saya hebat. Apa yang saya nasihatkan ini untuk kebaikan bersama. Solat perlu dijaga dan bila kita buat apa yang diperintahkan Allah, saya percaya kita akan selamat,” katanya yang ditemui pada sidang media dan pelancaran filem Didi & Friends The Movie di Panggung Asia, Gombak, baru-baru ini.
Dan sekiranya diuji dengan perpisahan atau kehadiran insan ketiga dalam perkahwinan, Mak Mah berkata, lalui setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah dengan hati yang terbuka. Kita jalani sahaja laluan hidup yang ditakdirkan Allah. Andai kata sudah buat yang terbaik, tetapi ia tetap berlaku (perpisahan), itu namanya takdir.
Jangan bila Allah uji dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup, kita terus memberontak, jangan. Buang perasaan jika kita rasa tidak berguna dan sebagainya, itu salah. Kita kena terima kerana ini ujiannya kerana Allah nak bagi markah. Jangan tamak sebab setiap orang ada bahagiannya sendiri.
Itu sebabnya ada perkataan reda dan rela. Kita kena yakin dengan Allah, jadi reda. Kalau sesat di tengah jalan, kita kembali kepada Allah,” katanya. Mak Mah berkata, jangan sesekali menyalahkan lelaki kerana dia juga dijadikan oleh Allah. Bukan dia minta dilahirkan sebegitu kerana dunia ini memang dicipta untuk berlakunya semua itu. Jadi, pesanan saya apabila bersuami, kita kena sayang, suka, hormat dan puji dia. Terima dia seadanya,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan