Inspirasi
Kisah Benar! Cerita Yang Langsung Tidak Masuk Akal, Tetapi Benar-benar Berlaku!

Masa kat Kazakhstan dulu, ada satu cerita yang langsung tak masuk akal, tapi perkara tu berlaku..
(Awas : cerita terlalu panjang 😂)
Waktu kami kayuh di Kazakhstan, masa tu musim salji.
Punyalah sejuk masa tu, berlapis-lapis baju kami pakai masa tu.
Dah macam angkasawan kayuh basikal. hahaha.
Masalah terbesar setiap hari untuk saya sebagai AJK penginapan adalah mana nak tidur setiap malam.
Sebab kami kayuh kat jalan yang kiri kanannya padang yang putih diselimuti salji.
Sesekali je jumpa perkampungan. Itu pun rumah tak berapa nak banyak.
Setiap kali masuk waktu asar, mata saya mula mencari lokasi untuk kami tidur.
Kami pernah ketuk pintu rumah orang untuk tumpang tidur.
Kami pernah masuk bangunan kosong, port kaki mabuk untuk tidur.
Jika bernasib baik kami jumpa hotel, kami tidur di dalam bilik hotel.
Tapi, kami belum pernah lagi camping di atas salji.
Satu hari..
Kami sampai di satu lokasi yang hanya ada stesen minyak je. Macam R&R gitu.
Di luar stesen minyak tu ada tandas awam.
“Yang, malam ni kita camping kat sebelah stesen minyak ni nak? Ada tandas kat sini” tanya saya pada Adilah.
Adilah letakkan syarat pada saya. Kalau nak camping, pastikan dekat dengan tandas.
Kalau saya travel solo dulu, tak kisah sangat pun pasal tandas ni. hahaha
Tapi dah travel dengan isteri ni, kena fahami juga keperluan pasangan kita tu.
Saya pergi minta izin pegawai di kaunter stesen minyak tu untuk kami camping di dalam kawasan stesen minyak.
Pegawai tu tak bagi.
Berkali-kali saya beritahu malam ni, kami tiada tempat tidur, & kami nak pacak khemah kat tempat bukan laluan orang.
Muka dia macam tengah cakap “It’s not my problem” sambil layan customer lain.
Bila dia macam malas nak layan, saya tanya boleh tak kami camping dengan luar stesen & nak gunakan tandas dia.
Dia kata ok je kalau bukan dalam kawasan stesen minyak.
Lepas tu, saya keluar dari stesen minyak & jumpa Adilah.
“Macam mana bang?” tanya Adilah.
“Dia tak bagi..” jawab saya pendek.
“Habis tu, malam ni nak tidur mana?” tanya Adilah.
“Takde pilihan lain, kita camping kat luar pagar stesen minyak ni..” kata saya sambil tunjuk pagar stesen minyak.
Adilah senyap.
“Ayang ok?” tanya saya.
Saya tahu, camping atas salji adalah pilihan terakhir buat Adilah. Dia sebolehnya taknak camping atas salji sebab sebelum ni dia tak tahan & lari masuk ke dalam rumah Kak Nora masa saya test camping depan rumah Kak Nora. (Kak Nora ni orang tempatan Kyrgyzstan)
“Jom”
Saya ajak Adilah tolak basikal sampai ke tepi pagar.
Adilah ikut je tanpa berkata apa-apa.
Saya kena pasang khemah cepat-cepat sebelum matahari tenggelam.
Kami tolak basikal ke dalam salji tebal. Bawah salji tebal ada selut.
Saya bersihkan kawasan tersebut sambil diperhatikan oleh Adilah.
Saya tengok mulut dia terkumat-kamit baca sesuatu.
Selalu dia tolong saya kemas kawasan untuk camping, kalini dia senyap je tak bantu saya. Mungkin dia penat sangat masa tu.
Saya teruskan je pasang khemah.
Tiba-tiba..
Ada sebuah kenderaan datang ke arah kami.
Masa tu dah nak gelap dah.
“What are you doing here?”
Seorang lelaki menjengah kepalanya keluar dari tingkap kereta.
“We’re setup our tent to sleep here tonight” kata saya.
“You sleep here?” tanya beliau lagi.
“Yes” jawab saya pendek sambil punggah semua beg masuk dalam khemah.
“Why?” tanya beliau lagi.
“Because we dont have place to stay accept here” jawab saya lagi.
“No no no, you cannot sleep here..” kata lelaki tu.
“Aduhh, kalau tak boleh tidur sini, nak tidur mana? Dah la dah gelap ni..” kata saya dalam hati.
“You can sleep inside my shop..” kata beliau sambil tunjuk stesen minyak di sebelah.
“Your shop?” tanya saya inginkan kepastian.
“Yes, that Zhanoil is my shop..”
Rupanya lelaki tadi tu adalah owner kepada stesen minyak tadi!
MasyaAllah Tabarakallah.
“Yang! Dia ajak tidur dalam stesen minyak!” saya beritahu Adilah dengan excited.
Masa tu Adilah masih di atas basikalnya termenung.
Adilah tengok saya dengan wajah tersenyum. Nampak kelegaan diwajahnya.
Saya kemas balik khemah dan masukkan balik dalam beg kami & ikut Mr. Khanat, owner stesen minyak Zhanoil pergi ke stesen minyak tersebut.
“Ayang baca apa?” tanya saya pada Adilah semasa kami menolak basikal ke arah stesen minyak.
“Baca apa?” tanya Adilah balik.
“Abang nampak mulut Ayang kumat kamit baca sesuatu tadi..” kata saya nak kepastian.
“Kenapa?” tanya Adilah balik.
“Sebab benda ni tak masuk akal langsung. Waktu betul-betul dah nak gelap, Allah hantar orang yang tepat untuk bantu kita. Bukan calang-calang orang, owner stesen minyak terus!” kata saya.
“Ohh hahahaha, rahsialah!” kata Adilah.
Begitulah Adilah.
Jika dia tak suka sesuatu perkara tu, dia tak melenting, tapi mulut dia mula la terkumat-kamit baca sesuatu.
Masa tu, saya tahulah, dia tengah tak selesa.
Mr. Khanat tunjukkan kami bilik CCTV yang kecil untuk kami tidur di situ.
Beliau siap bagi heater untuk kami kekal panas dalam bilik.
“You can take anything you want inside the shop” kata Mr. Khanat sebelum keluar meninggalkan kami.
Saya macam tak percaya.
Bukan setakat dia bagi kami tidur dalam stesen minyak dia, dia siap offer untuk kami ambil apa saja dalam kedai dia!
MasyaAllah Tabarakallah!
“Ceritalah Yang, Ayang baca apa tadi?” tanya saya tak puas hati sambil tarik sleeping bag selepas kami solat maghrib & isyak.
“Takde baca apa pun.. Ayang selawat je..” kata Adilah yang dah bersedia nak tidur.
MasyaAllah. Dasyatnya kuasa selawat.
Tiba-tiba saya teringat hadis Nabi..
Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
Tuan Puan..
Banyak kebaikan dalam berselawat ni, nah saya senaraikan 30 kebaikan berselawat atas Nabi SAW :
- Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
- Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
- Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
- Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
- Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
- Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
- Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
- Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
- Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
- Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
- Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
- Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
- Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
- Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
- Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
- Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
- Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
- Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
- Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
- Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
- Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
- Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
- Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
- Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
- Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
- Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
- Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
- Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
- Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
- Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
Jom sama-sama amalkan.
Love,
Ahmad Isa
#JiwaKembara
#HidupLuarBiasa2022
Sumber : Ahmad Isa
Inspirasi
Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi
Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.
Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.
Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.
Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.
“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.
‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.
“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.
“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.
Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.
‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.
Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.
“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.
Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.
“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.
Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.
‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Sanggup Meninggalkan Bidang Kejuruteraan Demi Jadi Petani, Lelaki Ini Mampu Jana Pendapatan Bersih RM4,000 Seminggu

Sanggup Meninggalkan Bidang Kejuruteraan Demi Jadi Petani, Lelaki Ini Mampu Jana Pendapatan Bersih RM4,000 Seminggu
Sanggup meninggalkan bidang kejuruteraan untuk berbudi kepada tanah, ternyata memberi pulangan lumayan kepada Roslee Ismail yang mengusahakan tanaman nanas di Kampung Lepau, Pengerang di Kota Tinggi, Johor.
Melihat hamparan tanaman nanas setiap kali pulang ke kampung halaman, Roslee, 51 tahun berkata dia terdetik untuk menceburi bidang pertanian sebagai kerjaya barunya.
“Sebelum ini saya bekerja ‘makan gaji’ sebagai jurutera kimpalan di sebuah syarikat swasta di Selangor dan apabila pulang ke kampung di Kota Tinggi, saya melihat ramai orang luar yang mengusahakan tanaman nanas, daripada situlah timbulnya keinginan untuk berbakti kepada tanah di kampung halaman sendiri,” katanya.
Roslee berkata, pada 2006 dia mencuba nasib dengan membuat permohonan sewaan tanah daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak tersebut bersetuju menyewakan tanah seluas 8.09 hektar di Kampung Lepau kepadanya.
Sejak daripada itu, dia mengusahakan nanas jenis M36 diikuti Morris, Crystal Honey dan Josaphine sebelum menumpukan sepenuhnya kepada nanas MD2 susulan ia mendapat permintaan tinggi di pasaran.
“Bermodalkan kira-kira RM100,000 saya memulakan tanaman nanas dengan mengupah pekerja untuk mengusahakannya selama kitaran 18 bulan,” kata Roslee yang berkelulusan Sijil Teknologi Kimpalan dari Institut Kemahiran Belia.
Sebagai individu yang baru berjinak-jinak dengan sektor pertanian, dia sememangnya tidak dapat lari daripada pelbagai cabaran termasuk pada awalnya g4gal dalam permohonan untuk mendapatkan tanah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Jabatan Pertanian berikutan mempunyai saingan ramai.
“Selepas 18 bulan, percubaan saya untuk mengusahakan nanas berjaya dan pada masa sama terdapat beberapa pengusaha nanas dalam projek TKPM gagal, selepas itulah pihak Jabatan Pertanian menawarkan kepada saya tanah 20 ekar dan selepas cukup kitaran mereka menawarkan lagi 20 ekar tanah TKPM, syukur sehingga kini saya sudah mempunyai 40 ekar tanah untuk diusahakan,” katanya.
Menurut Roslee yang berpindah ke kebun TKPM pada 2009, dia sangat gembira dan berpuas hati apabila melihat hasil tanaman nanasnya mendapat permintaan ramai sekali gus membuatkannya nɛkad berhenti kerja sebagai jurutera kimpalan bagi menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kebun nanas itu pada tahun sama.
Lebih menggembirakannya apabila Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) turut menawarkan kepadanya pinjaman benih MD2 sebanyak RM100,000 pada 2013 bagi mempergiatkan lagi usaha tanaman nanas varieti tersebut bagi menampung permintaan tinggi dalam pasaran domestik serta eksport.
“Dalam tempoh seminggu kita mampu mengeluarkan 200 biji nanas jenis MD2 dengan purata jualan sebiji RM3 bersamaan RM6,000 seminggu dan jika dibantu LPNM dengan subsidi yang ada, petani hanya keluarkan kos dalam RM1 bererti bersih dalam RM2 sebiji untuk buah sahaja bermakna pendapatan bersih boleh dapat RM4,000 seminggu,” katanya.
Berdasarkan rekod LPNM, Johor merupakan pengeluar nanas terbesar negara diikuti Sarawak, Sabah dan Kedah.
Ketika ditanya mengenai harapan terhadap pengusaha nanas sepertinya, dia berharap kerajaan dapat mempergiatkan lagi industri pengeluaran nanas dengan menyediakan pelbagai bantuan dan latihan agar lebih ramai agropreneur muda terlibat dalam tanaman komoditi tersebut.
“Saya sendiri bersedia menawarkan diri untuk memberi latihan kepada anak-anak muda untuk mempelajari mengenai penanaman nanas ini, kerana ia bukan sahaja antara sumber kekayaan baharu negara malah mampu meningkatkan pendapatan petani.
“Saya yakin dengan adanya banyak program latihan sebegini dapat menarik lebih ramai golongan belia daripada kumpulan B40 untuk terlibat dalam sektor pertanian dan sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka,” kata bapa lima anak itu.
Sumber: Bernama
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Anak Muda Ini Peroleh Pendapatan Lebih RM 1 Juta Ringgit Walaupun Pembelajarannya Sehingga Darjah Enam Sahaja

Anak Muda Ini Peroleh Pendapatan Lebih RM 1 Juta Ringgit Walaupun Pembelajarannya Sehingga Darjah Enam Sahaja
Mencari pekerjaan sekarang ni bukannya senang, walaupun ada sijil, Diploma, Degree mahupun Master ia masih tidak menjamin untuk mendapat kerjaya yang bagus. Saipol Azmir Zainuddin menghabiskan pembelajaran sehingga darjah enam sahaja. Tetapi berkat usaha gigih dan rezeki Allah, pengembala muda ini peroleh pendapatan lebih RM 1 juta ringgit hasil jualan lembu pada tahun lalu.
Dapat Gaji Pertama, Beli Lembu
Macam kami bagitahu, Saipol telah mendapat pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan lembu pada tahun lalu. Walaupun menghabiskan pembelajaran pada darjah enam tetapi itu yang dibuktikan Saipol dengan hasil kerja keras dan usaha memulakan ternakannya dengan hanya seekor lembu.
Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil. Saya tak sekolah pun bukan saja-saja tapi kerana mahu bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah.
Tambah Saipol, dia beli seekor anak lembu berharga RM450 dengan gaji pertamanya sebanyak RM750 sebulan, untuk tujuan menternak dan dibiakkan. Sejak dari itu, setiap kali dapat gaji bulanan saya akan beli seekor anak lembu. Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ekor lembu.
Sepanjang tempoh itu, saya dengan bantuan ayah (Zainuddin Mat Yatim, 69,) menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung.
Duit yang saya dapat hasil jualan lembu saya simpan kerana impian saya adalah untuk memiliki ladang ternakan sendiri.
Miliki Rumah & Kenderaan Sendiri Sebelum Kahwin
Ketika berusia 19 tahun dia mula menjual lembu secara serius dan untuk pengetahuan anda, dia sudah memiliki kenderaan dan rumah sendiri sebelum berkahwin.
Kini, Penerima Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015 itu mempunyai 700 ekor lembu, 150 ekor kambing serta 30 ekor kerbau. Saipol juga sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 5 cahaya mata.
Saya kemudian buat pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebanyak RM100,000 melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bagi mengembangkan ternakan lembu.
LPP dan PPK Kual@ Langat juga banyak membantu saya dari segi pasaran dan promosi ke seluruh negara. Selain itu, jualan juga dilakukan melalui media sosial seperti WhatsApps dan Facebook.
Kumpul Duit, Beli Tanah
Selepas” beberapa tahun mengumpul duit hasil’ jualan lembu, Saipol mengambil keputusan untuk beli tanah lebih 0.8 hektar untuk menempatkan .ternakannya.
Kebanyakan lembu di sini baka tempatan, bukan diimp0rt dari ..luar negara. Sambutan sangat menggalakkan terutama apabila tiba .musim korban.
Saya akan pastikan ternakan sihat dan tidak berpenyakit sebelum dijual kerana tidak mahu pelanggan menghadapi sebarang masalah. Lembu di sini juga ditandakan supaya pembeli tidak rasa tertipu ketika ia dihantar. ke destinasi mereka kelak.
Biasanya lembu yang mengalami masalah kesihatan akan saya kuarantin bagi mengelak ia berjangkit kepada lembu-lembu lain.
Semakin Berjaya
Saipol yang mempunyai ladang di Kampung Endah, Banting, Selangor kini ada enam pekerja berjaya dan sedang membina sebuah kandang fidlot yang mampu memuatkan sehingga 500 ekor lembu.
Kos infrastruktur kompleks kandang dan ladang rumput napier say@ berjumlah RM500,000 dan sudah beroperasi sepenuhnya. Ini memberi …petanda positif kepada saya untuk terus bergerak maju pada masa depan.
Saya juga menawarkan kursus …ternakan kepada merek@ yang berminat. Golongan muda boleh mengambil kesempatan ini untuk memulakan projek ternakan masing-masing
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: myinfomaya
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan