Kesilapan PBJ melantik pemimpin menjadi punca kehancuran TRW

 

Skuad Kelantan yang megah dengan jolokan The Red Warriors (TRW) terpaksa akur bermain di Liga Perdana untuk saingan musim depan. Kemerosotan prestasi TRW dilihat berpunca daripada kesilapan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) yang memberi mandat kepada Bibi Ramjani Ilias Khan menerajui Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Mengulas mengenai perkara itu, Setiausah Agung The Red Warriors City Club (TRWCC) Umar Kamaruddin berkata, Bibi dilihat gagal memimpin KAFA dengan baik sehingga badan itu menjadi cukup lemah.

Tambahnya lagi, perubahan yang diperkatakan PBJ sebelum ini hanya omong kosong apabila Bibi dilihat tidak mempunyai perancangan yang jelas untuk membawa TRW dalam mengharungi saingan Liga Super 2018.

“Anda bolah lihat bagaimana tindakan drastik yang tidak masuk akal dilakukan oleh KAFA sehingga menjual pemain berkualiti.

“Hasilnya kita ke Liga Perdana musim depan dan itulah hakikat yang perlu terima dengan hati yang terbuka,” katanya kepada Utusan.

Setelah 21 perlawanan liga, Kelantan berada di kedudukan tercorot dengan mengumpul 15 mata hasil empat kemenangan, tiga seri dan 14 kekalahan.

Keputusan Bibi membawa masuk bekas jurulatih kebangsaan Syria, Fajer Ibrahim dengan memberi kuasa penuh telah mempercepatkan lagi kejatuhan TRW.

Ini kerana, Fajer telah menggunakan kuasa penuh itu dengan melakukan rombakan besar-besaran terhadap pasukan. Fajer telah menyingkirkan ramai pemai termasuklah beberapa pemain senior yang masih boleh memberikan sumbangan kepada pasukan. Keputusan drastik tersebut dibuat Fajer bagi memberi laluan buat ‘ubi muda’ untuk membarisi kesebelasan utama pasukan.

Antara tonggak senior yang ‘dibuang’ Fajer ialah Mohd Nor Farhan Mohamad, Mohd Badhri Radzi, Amiridzwan taj Tajuddin dan Khairul Fahmi Che Mat.

Tindakan berani Fajer itu mengundang malapetaka buat TRW apabila pemain muda yang kurang berpengalaman gagal memberi saingan kepada pasukan lain.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*