Connect with us

Isu Semasa

“Kepala aku dihayun jurulatih” – Nota tulisan tangan Allahyarham Prebet Iman cetus tanda tanya, remuk hati kakak baca diari arwah

Published

on

“Kepala aku dihayun jurulatih” – Nota tulisan tangan Allahyarham Prebet Iman cetus tanda tanya, remuk hati kakak baca diari arwah

SETELAH lima bulan adik kesayangan pergi buat selama-lamanya, perasaan rindu seorang kakak bagaikan tiada berpenghujung.

Namun kekuatan yang diperoleh Noorzihansafira Arbain untuk menyelak helaian demi helaian bagi membaca catatan diari adiknya, Muhamad Iman menemukan satu luahan yang tidak disangka-sangka.

Ia benar-benar mengejutkan si kakak sementelah kematian mengejut adiknya sebelum ini memberi pelbagai tanda tanya.

“Baru-baru ini aku ketuk pintu bilik jurulatih. Ketuk, hentak kaki dan bagi salam. Selesai semua, aku buka pintu. (Jurulatih) kata aku kurang ajar ketuk pintu tak bagi salam, dan terus buka.

Luahan Allahyarham Iman menerusi catatan diari.

“Aku kena hukum, kepala aku dihayun oleh jurulatih banyak kali sampai pintu pecah. Dahi aku pun luka, ujian buat diriku,” tulis Allahyarham Prebet Muhamad Iman Arbain dalam coretan diarinya itu.

Namun coretan tulisan tangan itu tidak dinyatakan tarikh dan masa kejadian itu berlaku.

Untuk rekod sebelum ini juga mStar pernah menyiarkan kisah Allahyarham Muhammad Iman yang meninggal dunia pada 21 September 2022 ketika berusia 23 tahun.

Allahyarham dilaporkan rebah ketika menjalani latihan ketenteraan iaitu kursus orientasi asas komando pada 19 September tahun lalu.

Kemudian dia dimasukkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat strok haba dan kegagalan fungsi organ.

Bercakap kepada mStar tentang penemuan diari tersebut, Noorzihansafira berkata ia sebenarnya sudah lama dijumpai iaitu selepas adiknya meninggal dunia.

Allahyarham Iman meninggal dunia pada 21 September 2022.

“Sebelum ini, saya buka macam tu je, tak tengok secara terperinci. Baru-baru ini baru tergerak hati nak tengok sebab rindu sangat kat dia (arwah Iman).

“Saya buka dan baca satu demi satu muka surat, kebanyakannya yang ditulis ialah tentang rutin arwah iaitu apa aktiviti yang dia buat. Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila saya terbaca satu luahannya pada bahagian tengah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Wanita berusia 31 tahun itu berkata, kejadian tersebut mungkin didakwa berlaku pada 2021 ketika arwah menjalani latihan sebelum bergelar prebet.

Zihan (tengah) bersama bapa (kiri) dan Allahyarham Iman ketika menunaikan umrah di Tanah Suci.

Sebagai kakak, dia yang lebih mesra disapa Zihan tidak dapat menyembunyikan kesedihannya ketika membaca luahan adiknya.

“Saya terbayangkan situasi yang berlaku, terbayangkan dia memang tak akan melawan… sebab apabila ayah marah pun, dia tak akan melawan.

“Terutamanya part dia tulis ‘ujian untuk aku’, bermakna dia reda. Saya berlinang air mata kerana rasa sedih dan sakit hati,” ujarnya yang turut menegaskan bahawa luahan di dalam diari tersebut tiada kaitan dengan kematian adiknya lima bulan lalu itu.

Antara lain kandungan diari Allahyarham Iman yang memperuntukan gaji bulanan untuk mengembirakan ahli keluarga.

Menurut Zihan lagi, dia menegaskan bahawa perkongsian mengenai diari adiknya sekadar untuk memberi kesedaran kepada semua pihak.

“Kesedaran apabila seseorang jurulatih itu diberikan tanggungjawab, dia seharusnya memikul amanah itu sebaik-baiknya.

Dalam diari tu dia juga sebut tentang impian setelah tamat latihan… tapi tak kesampaian.
NOORZIHANSAFIRA ARBAIN
KAKAK
“Setiap latihan kena telus. Kita tak mahu budaya ragging berlaku dalam mana-mana badan beruniform mahupun asrama.

“Jangan gunakan title (jawatan) untuk menunjukkan diri ada kuasa, menindas orang yang berada di bawah. Jangan melakukan sesuatu yang melampaui batas,” katanya dengan nada sebak merindui Allahyarham Iman yang merupakan adik bongsu daripada tiga beradik.

Kerinduan Zihan (kanan) terhadap adiknya, Allahyarham Iman begitu menebal.

Dalam pada itu, Zihan memberitahu dia tidak menyangka kekuatannya untuk membaca diari arwah adiknya turut menemukan luahan lain yang menyentuh hati.

“Dalam diari tu dia juga sebut tentang impian dia setelah tamat latihan. Tapi tak kesampaian seperti nak hias dan ubah suai biliknya sendiri.

“Ini termasuklah kiraan bajet dia nak bagi duit kat ayah, adik-beradik dan anak-anak saudara.

“Tapi syukur ada juga pencennya yang ditinggalkan untuk ayah,” katanya yang merancang untuk menyambung hasrat arwah adiknya dengan mengubah suai bilik tidur di rumah bapa mereka di Rawang, Selangor.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Published

on

Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mohd Shukri hari ini telah berkongsi satu kenyataan bahawa dirinya menerima surat saman daripada ‘orang ketiga’ disebabkan posting Instagramnya sebelum ini.

Menurut Shuhada, wanita dikenali sebagai Athira Yuhada itu telah melayangkan tuntutan kepadanya menerusi peguam dan ia nyata membuatkan dirinya berasa susah hati.

Susah hati fikirkan saman
Mana tidaknya, dengan pelbagai masalah yang tiba-tiba sahaja muncul, dia terpaksa bekerja keras demi anak-anak dan perbelanjaan dirinya memandangkan tidak mempunyai simpanan sewaktu bergelar suri rumah.

Apabila baru mula berdikari dia telah disaman pula oleh individu yang menjadi punca rumah tangganya hancur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Ramai yang sanggup nak hulur sumbangan
Susulan daripada kenyataan yang ditulis di media sosial, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita berusia 29 tahun itu. Kebanyakan mereka mengakui geram dengan Athira dan mengatakan bahawa individu berkenaan tidak tahu malu selepas menjadi punca runtuhnya sebuah rumah tangga.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mencadangkan agar membuat kutipan bagi membantu Shuhada membayar kos guaman kerana tahu untuk ‘berlawan’ di mahkamah memerlukan kos yang agak tinggi.

 

Terdahulu, Shuhada telah membuat satu hantaran dengan mengucapkan terima kasih kepada ‘penyondol’ kerana berjaya menghancurkan hatinya serta anak-anak kerana menjalinkan hubungan dengan suaminya.

Hal ini susulan permohonan maaf dari Athira yang mengaku mempunyai hubungan dengan Hafidz Roshdi dan berjanji untuk mengakhiri hubungan mereka setelah merasakan tindakan yang dibuat adalah salah.

Sumber: Instagram ShuShukrii

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Tak tahan suami ‘dimalukan’, isteri Aaron Aziz tampil pertahan suami

Published

on

Tak tahan suami ‘dimalukan’, isteri Aaron Aziz tampil pertahan suami

Isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz, Diyana Halik meluahkan rasa sedih dan kesal atas apa yang menimpa suaminya. Hal ini disebabkan konflik yang berlaku antara Aaron Aziz dan pengarah filem, Syamsul Yusof yang mula berpanjangan.

Seperti yang sedia maklum, konflik yang tercetus ini disebabkan tindakan pengarah yang menggugurkan nama Aaron Aziz daripada filem The Original Gangster yang dikhabarkan disebabkan masalah kesihatan yang dialami pelakon itu.

Penjelasan Aaron Aziz

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Hati saya sakit bila suami dimalukan!
Menerusi postingnya di Instagram, Diyana Halik menjelaskan beliau tidak menyangka akan melalui detik sukar sebagai pengurus kepada suaminya kerana beliau banyak menangis sepanjang pengurusan projek lakonan filem tersebut.

Menurutnya lagi, beliau tidak pernah berkongsi apa-apa di media sosial dan hanya bersikap tenang, namun kali ini hatinya sakit dan berasa terpanggil ke depan untuk mempertahankan suaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diyana Halik (@diyanahalik)

“Ini bukan disebabkan rezeki yang ditarik balik sebab saya percaya Qada dan Qadar. Tetapi tindakan yang dikenakan sangatlah tidak sopan.”

Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada pelakon itu menjelaskan situasi ini banyak mengajarnya untuk melihat dengan siapa kita perlu meletakkan kesungguhan, dan dalam masa yang sama berbudi bahasa sangatlah penting.

Di perkongsian awal, Diyana mendedahkan suaminya mengalami kecederaan tulang belakang adalah berpunca dari penglibatan beliau dalam filem KL Gangster namun, posting tersebut dipadam dan diubah selepas ianya meraih perhatian ramai.

Tambah Diyana lagi, beliau bersyukur kepada Allah kerana melindungi suaminya dari meneruskan projek lakonan ini. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang dan sebaik-baik pelindung.

Semoga Diyana & Aaron tabah!
Luahan daripada isteri Aaron Aziz telah mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya memberikan kata semangat buat isteri pelakon itu.

Sumber : Instagram Diyana Halik

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Hadir ke Jawi untuk sesi perbincangan, Syamsul harap dapat berbaik dengan Sarah

Published

on

Hadir ke Jawi untuk sesi perbincangan, Syamsul harap dapat berbaik dengan Sarah

Syamsul Yusof dilihat telah tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (Jawi) sekitar jam 9.35 pagi bagi sesi mencari jalan penyelesaian berhubung kes rumah tangga antara dirinya dan juga pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Mohon doa untuk rumah tangganya
Menerusi video yang dikongsikan hlive, Syamsul yang hadir bersut hitam sempat menegur para media dengan memberi sedikit kenyataan berharap segalanya dapat diselesaikan dengan baik.

Dia juga turut mengatakan akan kembali bertemu media selepas selesai sesi tersebut.

“Doakan semoga Sarah boleh berbaik dan berbincang dengan saya. Doakan yang terbaik, kita jumpa lagi InsyaAllah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Mohon yang terbaik untuk isteri pertama & kedua
Awal pagi tadi, pengarah tersohor itu ada memuat naik kembali rakaman video sidang media yang dilakukan tempoh hari dengan meninggalkan kapsyen memohon agar isteri-isterinya menemui titik pendamaian setelah pelbagai masalah berlaku sebelum ini.

Dia juga berharap agar isu rumah tangganya berakhir dengan baik pada hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Selain Syamsul, Puteri Sarah turut hadir ditemani adik lelakinya bagi berbincang untuk menyelesaikan kemelut yang sudah melanda sejak sekian lama.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Sumber: Instagram hlive, Syamsul Yusof

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK