Kelantan Pertaruhkan ‘Ubi Muda’

0
491

Ketua jurulatih Kelantan, Fajer Ibrahim mengambil pendekatan berani apabila bakal mempertaruhkan ‘ubi muda’ dalam aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Tunaku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Jurulatih kelahiran Damascus, Syria itu dijangka akan menurunkan beberapa pemain muda dalam kesebelasan utama malam ini bagi mengalas cabaran The Red Warriors (TRW). Malah dia sedikit pun tidak bimbang dengan ketiadaan beberapa pemain senior selepas melakukan rombakan kepada pasukan.

“Saya berpuas hati dengan pemain yang ada sekarang. Kelantan mempunyai ramai pemain muda yang berbakat cuma mereka perlu diberi peluang untuk dikembangkan.

“Jadi, untuk persiapan perlawanan nanti saya cuma mahukan mereka ikut segala apa yang dirancang dan patuh segala peraturan saya.

“Jika mereka ikut setiap yang diberitahu dan beri perhatian pada perlawanan ini, pasti tiga mata berada dalam tangan kita,” katanya kepada Berita Harian.

Mengulas mengenai perlawanan dengan Negeri Sembilan nanti, Fajer menegaskan anak buahnya tidak akan memberi peluang yang mudah kepada pasukan tercorot Liga Super itu.

“Falsafah saya, setiap perlawanan adalah bermain untuk menang, tidak kira kita bermain dengan siapa, di gelanggang kita atau di tempat lawan, saya mahu semua pemain melakukan terbaik.

“Saya sudah melihat beberapa perlawanan membabitkan Negeri Sembilan dan mereka mempunyai corak permainan seperti Kelantan. Justeru, saya menuntut pemain fokus untuk mendapat tiga mata berharga malam esok,” katanya.

 

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here