Connect with us

Sukan

Kelantan FC Dijangka Akan Melalui Jalan Sukar Menghadapi Teranggganu FC II

Published

on

Kelantan FC Dijangka Akan Melalui Jalan Sukar Menghadapi Teranggganu FC II

Kota Bharu: Kelantan FC dijangka berdepan laluan sukar menghadapi Terengganu FC II dalam perlawanan petang ini di Stadium Muhammad IV, di sini.

Ketua Jurulatihnya, Marco Ragini berkata, k3kal4han Kelantan ke atas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, Rabu lalu memberi tekanan untuk pasukannya mengutip tiga mata penuh bagi membaiki kedudukan dalam carta liga.

Katanya, perlawanan petang ini akan menjadi penentu buat kedudukan Kelantan bagi mengelakkan keciciran mata sehingga memberi k3suk4ran untuk merebut kedudukan teratas liga.

“Beberapa kelemahan dikesan melalui perlawanan lalu bersama PDRM, barisan kejurulatihan bertungkus-lumus melakukan bed4h siasat dan memastikan visi misi kelab tercapai dalam perlawanan petang ini,” katanya.

Beliau berkata, peluang menang bergantung kepada anak buahnya yang mengaplikasikan perancangan yang sudah diatur dalam 90 minit perlawanan.

“Kita akan pastikan tiada keciciran mata lagi dan pemain perlu peka dengan arahan yang diberikan juga sentiasa fikir ke arah kemenangan dan anggap ini perlawanan akhir.

“Pasukan Terengganu FC II adalah pasukan pilihan dalam liga malah mereka memiliki beberapa pemain yang berkualiti yang mampu memberi saingan sengit kepada pasukan Kelantan,” kata jurulatih dari Itali itu.

Bagaimanapun, Ragini positif kehadiran tiga pemain muda, Mohamad Hafizan Ghazali, Muhammad Syaqimi Rozi dan Ismail Ibrahim memberi kelegaan kepada barisan kejurulatihan selepas kehilangan beberapa pemain utama.

Ini termasuk kehilangan khidmat penyerang import, Jack Hindle yang mengalami k3ced3ra4n.

“Tiga pemain (Hafizan, Syaqimi dan Ismail) adalah prospek kelab dan yakin mereka mampu bersinar menjadi pemain berkualiti berdasarkan penilaian corak permainan mereka.

“Tiada yang mustahil jika mereka berusaha terus mempamerkan prestasi cemerlang ketika diturunkan dan saya berharap pemain tidak mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri,” katanya.

Sehingga kini, Kelantan menduduki tangga ke enam carta dan perlu m3new4skan skuad sang penyu yang berada di tangga ketiga bagi memperbaiki kedudukan.

Apa pendapat anda?Sila komen dan share kepada rakan-rakan peminat bola..Terima Kasih Banyak!

Sumber:msn.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sukan

“Jangan Kecewa Sangat, Ia Adalah Persembahan Yang Sangat Baik..Satu Malaysia Tahu Yang Anda Sudah Cuba Sedaya Upaya” Kata LCW Kepada Zi Jia

Published

on

By

“Jangan Kecewa Sangat, Ia Adalah Persembahan Yang Sangat Baik..Satu Malaysia Tahu Yang Anda Sudah Cuba Sedaya Upaya” Kata LCW Kepada Zi Jia

Kuala Lumpur: Persembahan yang dipamerkan oleh perseorangan badminton negara Lee Zii Jia cukup bagus sekali gus memberi gambaran bahawa dia bakal menjadi antara pemain terhebat satu masa nanti.

Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkata, berbekalkan pengalaman yang dimiliki Zii Jia ketika ini sudah pasti dia akan tampil lebih meyakinkan pada temasya Olimpik akan datang seterusnya menjadikan pemain China Chen Long sebagai lubuk untuk meraih kemenangan.

Chong Wei berkata, Chen Long sememangnya pemain yang lic1k malah dengan gaya muka innocent namun bijak membaca taktikal dan pergerakan lawan hingga mampu memerangkap Zii Jia.

“Usah kecewa sangat. It was a really good performance… Satu Malaysia tahu anda cuba sedaya upaya.

“Dibekalkan lebih pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk lu Bai…. Chen Long bukan calang-calang defending champion. Muka jer innocent tapi mam4t tu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.

“Semalam game I rasa dari segi power, speed and teknik, Zii Jia memang mengatasi Chen Long. Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting.

“Olimpik pertama kot, siapalah tak cemas? Game Chong Wei time first Olympic pun tak kemas, “katanya.

Terdahulu, perjuangan Zii Jia di Temasya Olimpik Tokyo berakhir apabila dia tew4s kepada lawannya dalam pusingan 16 terbaik, semalam.

Sudah hampir setahun tidak bertemu jelas sekali pemain perseorangan China Chen Long bukan lawan mudah buat Zii Jia apabila dia terpaksa akur menerusi keputusan 21-8,19-21,5-21 di Musashino Forest Sport Plaza.

Selain itu, Chong Wei dalam nada bergurau turut mencadangkan supaya Zii Jia menjalani latihan di Melaka jika mahu memperoleh emas pada temasya Olimpik akan datang.

“Maybe lepas ni cari tempat training kat Melaka. Dengar kata training kat situ boleh dapat emas Olimpik,” katanya.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sama-sama kita menyokong negara kita..Terima Kasih Banyak!

Sumber:msn.com

Continue Reading

Sukan

Pelari Atlet Pecut Wanita Negara Dari Terengganu, Azreen Mara Ke Pusingan Pertama

Published

on

By

Pelari Atlet Pecut Wanita Negara Dari Terengganu, Azreen Mara Ke Pusingan Pertama

KUALA LUMPUR: Atlet pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias mara ke pusingan pertama acara 100 meter selepas menamatkan saingan di tempat kedua dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Pelari berusia 21 tahun berasal dari Terengganu turut memperbaharui rekod peribadi terbaiknya apabila mencatatkan masa 11.77 saat (s) dalam saingan yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.

Catatan peribadi terbaik dia sebelum ini adalah 11.81s yang dilakukannya ketika Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Atlet Iran, Farzaneh Fasihi menamatkan aksi di kedudukan pertama apabila mencatatkan masa 11.76s manakala Alshammari Mudhawi dari Kuwait ketiga dengan catatan 11.82s.

Tiga atlet teratas dalam setiap saringan pusingan kelayakan layak ke pusingan pertama.

Saingan pusingan pertama 100m wanita dijadual bermula jam 11.15 pagi.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share kepada semua ya..Terima Kasih Banyak!

Sumber:msn.com

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK