Friday, June 22, 2018
Utama BERITA Kekalahan ke-10 tenatkan ‘nyawa’ Kelantan

Kekalahan ke-10 tenatkan ‘nyawa’ Kelantan

0
135

Tekanan Kelantan untuk terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan semakin kritikal sejurus pasukan itu me­rakamkan kekalahan ke-10 musim ini apabila tum­pas 0-1 kepada Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah kelmarin.

Pengendali The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah berkata, Kelantan tidak sepatutnya keciciran mata pada perlawanan tersebut kerana ia akan menambahkan lagi tekanan untuk mereka meloloskan diri daripada zon penyingkiran ke Liga Primer musim depan.

Menurutnya, walaupun keputusan itu agak pahit untuk diterima, namun dia tetap berlapang dada dan berpuas hati dengan persembahan yang dipe­ragakan oleh barisan pemain.

“Saya akui, barisan pemain muda Kelantan sering berdepan masalah setiap kali berentap dengan pasukan lebih senior dalam saingan Liga Super dan perkara itu perlu diatasi dengan kadar segera.

“Sejujurnya kita tidak harus membuang mata ketika berdepan dengan Kedah. Ini kerana, baki tujuh perlawanan yang perlu diharungi selepas ini cukup sukar untuk Kelantan terus kekal dalam kancah Liga Super,” katanya.

Yusri memberitahu, dia mahu anak-anak buahnya melakukan kebangkitan pada baki perlawanan Liga Super selepas ini selain berharap mereka le­bih fokus untuk memperkasakan corak permainan yang mantap nanti.

“Saya harapkan pemain-pemain akan lebih fokus memajukan pasukan ter­utama sekali untuk terus kekal pada Liga Super musim depan.

“Selepas ini kita akan bertemu Perbadanan Kemajuan Negeri Sela­ngor (PKNS FC) di laman sendiri. Insya-Allah TRW akan mendapat seorang lagi penyerang import baharu, Christiano Santos,” ujar Yusri.

Tambahnya, dia berharap kelahiran pemain itu mampu memperkasakan lagi TRW selepas ini dan lebih cepat serasi bersama TRW. – Kosmo

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here