Connect with us

Isu Semasa

“KAU INGAT AKU KERJA NAK M4TI UNTUK KAU HABISKAN DUIT AKU?!!!!” – Ditengking Suami Disebabkan RM 30!

Published

on

pasaraya

Ditengking Suami Disebabkan RM 30!

Tak tahu di mana silapnya Kerajaan Malaysia.

Harga barang sangat mahal sekarang. Buah-buahan juga sangat mahal walaupun Kerajaan Malaysia setiap tahun adakan kempen Makanlah Buah-Buahan Tempatan.

Kita mahu rakyat sihat dengan makan buah-buahan tapi kita BRANDING-kan buah-buahan hingga rakyat tak mampu beli, apa lagi makan.

Sepanjang saya ke luar negara, saya TIDAK-PERNAH melihat buah-buahan  di-branding-kan sepertimana di Malaysia.

Hari ini seekor ayam saiz sederhana siap diproses mencecah harga RM18 seekor di bandar-bandar besar Malaysia.

pasaraya

Penulis.
Sumber gambar : Karya kayra

Ahad lepas ketika saya membeli barang keperluan dapur di sebuah pasaraya yang turut menjual barang basah di sini. Saat menunggu  giliran untuk membayar, seorang wanita di hadapan saya ditengking suaminya yang tiba-tiba datang ke kaunter.

Rupa-rupanya wanita itu meminta anak perempuannya yang berusia sekitar 8 tahun untuk meminta wang tambahan dari suaminya yang menunggu di dalam kereta. Wang cash pada si isteri tidak cukup lebih kurang lagi  RM30.

“Kau beli apa sampai duit aku bagi tak cukup???” tengking si suami yang nampak jelas tidak tahu kenaikan harga barang.

“Abang beri RM40 jer tadi,” jawab si isteri bagaikan hampir mahu menangis.

Semua orang terdiam memandang pasangan itu.

Saya memandang ke arah barangan yang dibeli si isteri di atas kaunter sambil dalam kepala saya buat anggaran harga, saya lihat ada satu plastik ayam, ikan selar, seikat bayam, satu plastik epal, satu tin susu pekat, sebotol kicap saiz kecil, sepeket serbuk kunyit dan barang keperluan penjagaan wanita seperti satu botol pencuci wanita, satu botol deodorant, satu bedak jenama murah dan tuala wanita jenama murah.. sekitar RM70 sahaja pada perkiraan saya.

“KAU INGAT AKU KERJA NAK M4TI UNTUK KAU HABISKAN DUIT AKU!!!!” t3ngking si suami lagi sambil menghempaskan ke lantai barang keperluan wanita yang mahu dibeli isterinya.

Adik cashier lantas berkata, “kalau rosak abang kena bayar.”

“KAU SURUH BETIN4 NIH BAYAR. KERJA TAK.  MENYUS4HKAN HIDUP AKU JER!!” kata si suami dengan marah sambil menunjal kepala isterinya.

Apabila melihat si suami itu mahu mengangkat plastik ayam pula untuk dihempas ke lantai, dan saya memang pantang orang biadab dengan makanan, segera saya berkata kepada chasier “saya bayar semuanya,” sambil menunjukkan kad bank saya.

Lantas saya letakkan kad bank saya pada mesin… selesai.

Si suami terus berlalu keluar apabila saya memandangnya dan tegas berkata..

“i pay for her!!!”

Manakala si isteri tidak berhenti ucapkan terima kasih ketika saya membantu mengutip barang-barangnya di atas lantai.

pasaraya

Gambar hiasan

Jujur saya sedih melihat keadaan isteri itu.

Barang keperluan wanita yang dibelinya bukanlah jenis berjenama dan tidak juga mahal. Rasanya harga minyak wangi saya lebih mahal dari keseluruhan harga barang keperluan wanita yang mahu dibelinya.

Jika saya jadi suaminya, saya takkan benarkan wanita itu beli tuala wanita jenama murah itu kerana tahu ianya diperbuat daripada bahan buangan yang boleh menyebabkan kanser jika dipakai bertahun-tahun.

Anda suka melihat wanita lain wangi, cantik dan sihat. Mengapa tidak dimulakan di rumah sendiri?

Wangikan isteri anda dengan minyak wangi paling mahal sekali. Sekali calit tahan sampai 2 bulan wanginya. Memang harganya mahal tetapi bau wanginya mengasyikkan hingga anda tak tergamak hendak menengking isteri sendiri.

Cantikkan isteri anda dengan skincare yang berkualiti. Biarlah mahal hingga ratusan ringgit supaya halus mulus kulitnya untuk anda nikmati seorang.

Sihatkan isteri anda dengan gembirakan hatinya. Jika sekadar anda perlu tambah RM30 untuk gembirakan hati isteri dengan barang keperluan wanita murah yang dipilihnya, usahakanlah untuk mencari RM30 itu. Jika wanita kesayangan anda mampu membelinya pasti dia tidak mengharapkan wang anda.

Entahlah…

Saya dibesarkan dalam suasana semua lelaki di dalam keluarga saya menjaga saya dengan baik. Semua kehendak saya dipenuhi ibubapa saya dengan sempurna. Bapa saya menasihati dengan lemah-lembut, abang serta adik beradik lelaki, ipar-ipar lelaki dan tiga anak lelaki bujang saya semuanya bercakap dengan bahasa bersopan dengan saya. Tiada sesiapa pernah meninggikan suara dalam keluarga kami. Setiap kali kami keluar makan di luar, semua lelaki dalam keluarga saya akan berebut membayarnya.

Yang saya fahami, lelaki yang baik saat dia marah.. lelaki itu tetap bercakap dengan lemah-lembut kepada wanita kerana dia tidak mahu melukai hati wanita kesayangannya.

Saya sering jumpa lelaki-lelaki yang baik begini dalam lingkungan pergaulan saya.

Saya doakan wanita itu juga jumpa lelaki yang baik buat dirinya kerana perkahwinan itu adalah satu perkara mulia bukan ruang untuk wanita dihina-hina dan ditengking-tengking hanya kerana dia cuba meminta Hak-Nafkah-nya.

Dalam keadaan harga barang yang sangat mahal sekarang. Saya berharap tiada isteri yang teraniaya.

Kadangkala tidak semuanya kerana ego seorang suami, kadangkala ianya lebih kepada harga diri seorang isteri.

Kayra, Putrajaya.

#sisterhood

Sumber : Karya Kayra

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Ajal dalam bilik hotel… pengetua maut ketika adakan hubungan sulit dengan guru wanita

Published

on

Ajal dalam bilik hotel… pengetua maut ketika adakan hubungan sulit dengan guru wanita

Seorang pengetua meninggal dunia dalam bilik hotel. -gambar hiasan

SEORANG pengetua sekolah meninggal dunia di sebuah bilik hotel ketika bersama dengan seorang guru wanita.

Lelaki berusia 50 tahun itu disyaki dan guru berusia 39 tahun menjalinkan hubungan sulit.

Kejadian berlaku di sebuah hotel di Tulungagung, Jawa Timur di Indonesia, pada 24 Januari lalu.

Kedua-dua mereka bertugas di sekolah yang sama.

Pasangan bukan suami isteri itu kemudian menginap di sebuah hotel.

Beberapa jam kemudian pengetua tersebut tidak sedarkan diri dan sempat diberi bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak dapat diselamatkan dah disahkan meninggal dunia.

Susulan itu, laporan polis dibuat berhubung kejadian.

Berdasarkan keterangan guru wanita itu, mangsa tidak mengambil sebarang pil ketika melakukan hubungan intim.

Perbuatan ini salah dari segi undang-undang atau/ haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. – Kompas

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Projek HSR: Dua Bekas PM Kena Saman, Pampasan RM1 Juta Untuk Setiap Rakyat Malaysia?

Published

on

Projek HSR: Dua Bekas PM Kena Saman, Pampasan RM1 Juta Untuk Setiap Rakyat Malaysia?

Ekoran dari pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura, seorang lelaki bertindak memfailkan saman terhadap dua bekas Perdana Menteri dan menuntut pembayaran ganti rugi RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia!

Mohd. Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif telah memfailkan saman tersebut pada Disember lalu atas kapasiti peribadi dengan menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai defendan pertama dan kedua.

Bekas Menteri Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan kerajaan Malaysia pula masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Beliau memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi dan bagi pihak seluruh rakyat negara ini yang terjejas dan terkesan akibat tindakan salah, kecuaian dan misfeasans (salah laku ketika berada di pejabat awam) sehingga membawa pembatalan salah projek HSR dan pembayaran pampasan tidak perlu kepada Singapura.

Wartawan Nuzulsham Shamsuddin dari KOSMO! ONLINE juga melaporkan, plaintif telah mendakwa Dr. Mahathir melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatannya ketika itu dengan menangguhkan projek HSR menyebabkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.

Ketika Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin menjadi Perdana Menteri pula, beliau didakwa cuai apabila menamatkan projek berkenaan sehingga kerajaan dan semua rakyat Malaysia termasuk plaintif selaku pembayar cukai perlu mengeluarkan wang RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan Perjanjian Dua Hala di antara Malaysia dan Singapura yang dipersetujui.

Manakala Wee Ka Siong pula didakwa cuai sehingga menyebabkan hak rakyat Malaysia untuk menikmati sistem pengangkutan kelas pertama di peringkat antarabangsa yang pantas, selamat dan murah telah dinafikan.

Kerajaan Malaysia dan Singapura sebelum ini telah bersetuju secara rasmi pada 19 Februari 2013 untuk melaksanakan projek HSR sejauh 350 kilometer yang dijangka siap pada 2026 dengan anggaran kos RM60 billion.

Namun, projek untuk rakyat menikmati perjalanan di antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit itu dibatalkan pada 1 Januari 2021 selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Malaysia kemudiannya dikehendaki membayar sebanyak SGD$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura sebagai kos yang perlu ditanggung bagi pembangunan projek dan pelanjutan penggantungannya.

Plaintif menuntut deklarasi bahawa pembatalan projek yang diumumkan oleh Muhyiddin adalah batal dan tidak sah dan deklarasi supaya kesemua defendan membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia termasuk plaintif kerana telah secara salah dan cuai membatalkan projek HSR.

Pengurusan kes ditetapkan pada 2 Februari 2023 di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar.

Sumber: KOSMO! ONLINE

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Buat lawak lucah ketika ‘live’, netizen jijik tengok perangai ‘bapak2 orang’

Published

on

Buat lawak lucah ketika ‘live’, netizen jijik tengok perangai ‘bapak2 orang’

Tindakan beberapa individu yang membuat live di aplikasi TikTok sambil bergurau sesama sendiri menggunakan lawak ‘double meaning’ telah mendapat perhatian ramai setelah rakaman live tersebut dimuat naik ke laman Twitter.

Buat live lawak double meaning
Menerusi perkongsian daripada pengguna Twitter dikenali sebagai Cikgu Anep, beberapa individu yang ada di antara mereka merupakan pelawak telah membuat bergurau dengan seorang wanita sambil menggunakan perkataan menjurus ke arah lucah.

Dalam video terbabit, mereka telah berlakon seperti berada di dalam kelas dengan wanita tersebut menjadi guru dan individu yang lain sebagai ‘anak murid’.

LIHAT VIDEO DISINI

Kesemua lelaki yang berada di dalam live tersebut seperti mempermainkan guru berkenaan dengan menjatuhkan pen ke bawah dan berulang kali menyebut ‘how much’ merujuk kepada perkara seksual.

Kalau perempuan tu ahli keluarga mereka macam mana?
Gurauan kurang cerdik mereka telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet yang rata-rata jijik mendengar ucapan mereka termasuklah ketika menyebut berkenaan ‘cup’ yang pasti merujuk kepada saiz pakaian dalam wanita.

Mereka menganggap perbualan individu-individu tersebut tidak wajar kerana masing-masing telah mempunyai pengikut tersendiri yang boleh jadi ada diantaranya adalah kanak-kanak.

Sumber: Twitter Cikgu Anep

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK