#Dunia
Kasih hingga akhir hayat… Jasad bapa ditemui tak bernyawa, lindungi anak lelaki di bawah runtuhan

Kasih hingga akhir hayat… Jasad bapa ditemui tak bernyawa, lindungi anak lelaki di bawah runtuhan
KASIH bapa hingga ke akhir hayat.
Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan situasi penuh meruntun jiwa, memaparkan seorang bapa yang melindungi anaknya walau nyawa menjadi galang ganti.
Jasad si bapa ditemui tidak bernyawa oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di bawah runtuhan bangunan, dalam posisi sedang melindungi seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anaknya.
Selepas pasukan SAR menarik jasad lelaki berkenaan, mereka menemui seorang kanak-kanak lelaki di bawahnya yang didapati masih bernyawa.
Selain itu, satu lagi mayat kanak-kanak berkemungkinan anak kepada lelaki tersebut yang berada di sisinya serta dikeluarkan terlebih dahulu.
Video penuh meruntun jiwa itu dikongsikan di laman Twitter seorang aktivis sosial, Mohd Ahtisham Ahsan.
Difahamkan, video tersebut dirakam di salah satu lokasi gempa bumi di Syria.
“Inilah dipanggil kasih seorang bapa. Dia sendiri terkorban tetapi melindungi anaknya sedemikian rupa. Alhamdulillah kanak-kanak tersebut selamat,” demikian kapsyen yang ditulis mengiringi video tersebut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak dan tidak dapat menahan air mata melihat video berkenaan.
“Moga si bapa ditempatkan di dalam syurga.
“Ayah adalah pelindung. Moga dia tenang di sana. Berasa sedih dengan kanak-kanak tersebut yang kehilangan bapanya ketika masih kecil,” demikian antara komen netizen.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
#Dunia
Sejam penuh mendebarkan… Nelayan nyaris putus jari, gembira dapat ’tewaskan’ ikan keli gergasi

Sejam penuh mendebarkan… Nelayan nyaris putus jari, gembira dapat ’tewaskan’ ikan keli gergasi
SEORANG nelayan British nyaris kehilangan jari ketika dia bergelut selama sejam untuk menangkap seekor ikan keli raksasa seberat 100 kilogram (kg).
Ditch Ballard, 37, sedang memancing di tebing Sungai Ebro di Sepanyol apabila sebelum dia secara tiba-tiba diserang oleh haiwan gergasi itu.
Dari kawasan tebing, pemuda itu masuk ke dalam perahunya sebelum berlaku ‘pertempuran’ dengan ikan berkenaan.
Ditch berkata dia menggigil dalam suhu beku ketika bergelut untuk menewaskan ikan sepanjang 2.7 meter itu.
Namun akhirnya, dia berjaya menarik ikan berkenaan naik ke kawasan darat.
“Setiap kali ikan itu cuba melepaskan diri, saya hampir berputus asa, kerana pada masa itu tangan saya sangat sejuk.
“Akhirnya ikan keli itu muncul, dan saya berjaya menguasai rahangnya. Saya keletihan secara fizikal dan mental tetapi terpaksa memberikan satu dorongan terakhir untuk mendapatkan ‘hadiah’ saya.
“Ia adalah pertempuran terbesar dalam kerjaya memancing saya, yang mana saya berjaya lakukannya seorang diri,” ujar Ditch.
Untuk rekod, Ditch merupakan pemilik syarikat pelancongan yang menjalankan aktiviti memancing, dikenali sebagai Ebro Mad Cats. – Daily Star.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
#Dunia
Dipeluk dan diraba bergilir-gilir! Pelancong Jepun dicabul ketika sambut festival Holi

Dipeluk dan diraba bergilir-gilir! Pelancong Jepun dicabul ketika sambut festival Holi
Seorang pelancong wanita Jepun dicabul enam lelaki ketika menyambut Festival Holi di India.
PERAYAAN Holi adalah salah satu sambutan penting bagi penganut Hindu di India yang diraikan pada 8 Mac 2023 lalu.
Acara penuh warna warni itu turut disertai ramai pelancong asing yang ingin turut sama merasai kemeriahannya.
Namun lain pula situasinya bagi seorang wanita dari Jepun apabila dia dibuli dan dikasari sekumpulan lelaki tempatan.
Video kejadian gangguan seksual terhadap wanita itu tular selepas dikongsikan di akaun Twitter @namidanamat.
Kumpulan lelaki berkenaan dilihat bergilir-gilir melumur pewarna. meraba tubuh selain memecahkan telur di kepala wanita malang berkenaan.
“Selamat Holi,” kata kumpulan lelaki itu.
“Sakit, sakit,” jerit wanita itu.
Kejadian ini dikatakan berlaku di daerah Paharganj, India dan mencetuskan kemarahan rakyat negara itu sehingga mendapat perhatian aktivis wanita Delhi, Swati Maliwal yang menganggap insiden ini sebagai kes serius.
“Video memalukan ini tular di media sosial dan menunjukkan gangguan seksual yang dialami oleh pelancong ketika perayaan Holi!
“Saya mengeluarkan notis kepada polis Delhi untuk memeriksa video ini dan menangkap pelakunya! Tingkah laku yang memalukan!,” kata Swati Maliwal.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
#Dunia
Sayu budak 6 tahun usung bapa uzur ke hospital sejauh 3km, hanya guna kereta sorong kayu

Sayu budak 6 tahun usung bapa uzur ke hospital sejauh 3km, hanya guna kereta sorong kayu
Seorang anak bersama ibunya menolak kereta sorong kayu yang membawa bapanya.
MENYAYAT hati menyaksikan video yang tular menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengusung bapanya yang uzur ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Lebih menyedihkan apabila kanak-kanak itu terpaksa membawa bapanya menggunakan kereta sorong kayu.
Kejadian berlaku di Singrauli di Madhya Pradesh, India, pada Sabtu lalu.
Insiden tersebut juga menimbulkan persoalan mengenai khidmat ambulans untuk keluarga miskin di kawasan terpencil di Madhya Pradesh.
Dilaporkan keluarga berkenaan terpaksa menunggu ambulans selama lebih sejam, namun kelewatan menyebabkan kanak-kanak itu nekad untuk membawa bapanya menggunakan kereta sorong kayu.
Beberapa penduduk melihat kanak-kanak berkenaan membawa bapanya, sambil ditemani ibunya.
Menerusi video tular, budak tersebut menolak kereta sorong itu sejauh 3 kilometer, manakala ibunya dilihat turut menolaknya dari arah bertentangan.
Susulan video yang tular di media sosial, pentadbiran daerah Singrauli mengarahkan siasatan berhubung perkara tersebut.
“Difahamkan kerana ketiadaan ambulans, pesakit terpaksa dibawa ke hospital oleh isteri dan anak lelakinya.
“Ketua pegawai perubatan dan pakar bedah awam telah diarahkan untuk menyiasat punca ambulans tidak disediakan,” kata wakil pentadbiran Singrauli, D.P. Burman kepada media. – India.com
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral12 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral11 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized12 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG12 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi12 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan