Kami Sudah Tahu Corak Permainan TRW : Rajagopal

Pengendali PKNS FC, Datuk K Rajagopal mendedahkan kunci utama kejayaan pasukannya menewaskan The Red Warriors adalah kerana dia sudah dapat mengenal pasti corak permainan yang Kelantan akan gunakan.

Tambah bekas pegendali kebangsaan itu, dia sudah dapat mengagak pemain TRW akan mejadikan Mohamed Ghaddar sebagai ‘target man’ dan setiap bola pastinya akan dihantar kepada penyerang berbisa itu. Maka kejayaan barisan pemainnya merantai setiap pergerakan Ghaddar telah mengekang corak persembahan pasukan dari Pantai Timur itu.

“Pemain saya bermain dengan lebih tenaga, kesungguhan dan agresif, elemen yang kami hilang dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Tetapi, pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk jaringkan gol dan ia memang perlawanan yang sukar.

“Kami tahu corak permainan mereka yang akan hantar bola kepada Mohamed Ghaddar sebagai penyerang di hadapan dan pemain berjaya mengekang gerakan tersebut” kata bekas pengendali kebangsaan itu.

Pada perlawanan Jummat lalu, Faris Ramli muncul wira buat PKNS apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-39 sekali gus memberikan kemenangan 1-0 buat tuan rumah.

Walaupun berjaya memperolehi tiga mata, Rajagopal berkata beberapa perkara akan diperbaiki menjelang pertembungan sekali lagi dengan TRW dalam saingan Piala FA, minggu depan.

Rajagopal menjelaskan, kelonggaran bahagian tengah perlu diperbaiki selain sentuhan penyudah yang perlu dipertajamkan bagi memastikan setiap peluang yang dimiliki tidak dipersia-siakan.

“Kita akan perbaiki beberapa masalah yang berlaku dalam pasukan sebelum aksi Piala FA, minggu depan” katanya┬áRajagopal lagi.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*